Itinerari Istanbul-Cappadocia-Pamukkale

Ada yang bertanya pada saya itinerari Istanbul-Cappadocia-Pamukkale. Saya senaraikan contoh itnerari untuk panduan anda merancang percutian ke tiga tempat ini.

Nota  :

  1. Saya pergi bersama 2 orang rakan perempuan; tiada warga emas/kanak-kanak dalam kumpulan kami. Faktor ini perlu anda ambil kira dalam merancang.
  2. Kami menetap di Sultanahmet semasa berada di Istanbul (baca di sini untuk pilih penginapan di Istanbul)
  3. Harga dinyatakan mungkin berubah dari masa ke semasa.

Tiba di lapangan terbang :

  1. Saya pilih airport transfer. Saya emel kepada hotel saya menginap dari Malaysia. Boleh juga ambil teksi di Balai Ketibaan.
  2. Beli Istanbulkart. Boleh kongsi satu kad guna untuk beberapa orang.
  3. Sim kad tempatan agak rumit. Lebih baik sewa pocket wifi dari Malaysia.

Hotel di Sultanahmet :

  1. Semasa daftar masuk, ambil kad perniagaan (business card) hotel dan beri kepada setiap ahli dalam kumpulan. Kad perniagaan ini hendaklah dibawa bersama setiap masa.
  2. Boleh bincang dengan hotel jika anda perlukan guided tour di Istanbul atau ke destinasi lain seperti Bursa. Perlu diingatkan, jika tempah melalui hotel, mereka akan ambil sedikit komisen. Tanya rakan-rakan yang pernah pergi untuk dapatkan nombor telefon pemandu pelancong mereka. Lebih mudah berurusan terus sebelum sampai Istanbul.
  3. Saya telah emel pemilik hotel sebulan sebelum sampai Istanbul untuk beli Museum Pass bagi pihak kami. Bila daftar masuk, terus kami diberi Museum Pass.

Jika penerbangan malam dan tiba di Istanbul waktu pagi

  1. Masjid Biru (baca di sini untuk panduan melawat Masjid Biru, Aya Sofia,Topkapi) – percuma
  2. Aya Sofia (1-2 jam) – bayaran masuk 40TL tanpa Museum Pass
  3. Basilica Cistern (30-45minit) -20TL
  4. Hippodrome – percuma

Hari Kedua – Topkapi/Eminonu

  1. Topkapi (3-4 jam) – 4OTL, Harem 25TL tanpa Museum Pass
  2. Bosphorus Cruise – Sehir Hatlari (9TL dengan Museum Pass)
  3. Spice Bazaar/Grand Bazaar – kami lebih banyak habiskan masa di Spice Bazaar kerana harga di Grand Bazaar agak mahal

Hari Ketiga – Kabatas

  1. Taksim Square/Istiklal Street
  2. Dolmabahce Palace
  3. Galata Tower
  4. Suleymaniye Camii
  5. Beli tiket feri ke Bursa (jika pergi Bursa tanpa pemandu pelancong)

Hari Keempat

Bursa – Pelabuhan : Kabatas (Istanbul), Mudanya (Bursa), Feri 24TL. Kami lewat lima minit dan feri telah pun berlepas. Hari kedua kami cuba lagi tapi laut bergelora, feri tak beroperasi. Rahmat di sebalik dugaan, kami dapat habiskan lebih banyak masa di Istanbul.

Hari Kelima

Penerbangan ke Cappadocia. Kami pilih Pegasus Airlines sebab selepas perbandingan harga waktu itu, tiket mereka murah.

Sabiha Gokchen (Istanbul)

Kayseri (Cappadocia)

Nota : Di Cappadocia, aktiviti yang biasa dilakukan untuk kali pertama datang adalah tarian sufi (boleh juga tengok di Istanbul), belon udara panas, red dan green tour. Aktiviti ini agak mahal; pilih ikut kemampuan anda. Kami tidak ada bajet untuk belon udara panas dan tarian sufi. Red tour dan green tour memerlukan kekuatan fizikal; banyak berjalan. Pilih mana yang sesuai untuk ahli rombongan. Jika hanya satu tour dipilih, tidak perlu 3h2m di Cappadocia; 2h 1m mungkin cukup. Sehari lagi boleh dihabiskan di Istanbul.

Tarian Sufi (jika nak tengok)

Hari Keenam

Hot air balloon

Green Tour

Hari Ketujuh

Pagi : Red Tour

Malam : Flight/Bas ke Pamukkale. Jika ingin menaiki bas malam ke Pamukkale, lebih baik aturkan dengan pemandu pelancong untuk tunggu bila sampai. Ini kerana bas akan teruskan perjalanan ke Denizli kalau tak silap, dan anda akan diberhentikan di tengah-tengah jalan. Perlu diingatkan anda akan sampai pukul 4.30 – 5.00 pagi.  Jika tiada pemandu pelancong, ada satu syarikat pelancongan akan ambil semua penumpang yang diturunkan dan dibawa ke pejabat mereka. Mereka akan cuba jual pakej pelancongan kepada anda. Jika hotel anda dekat dengan pejabat tersebut, anda boleh berjalan kaki. Banyak hotel bed and breakfast tak buka awal pagi.

Nota : Ramai datang sini hanya untuk menyaksikan cotton castle. Guided tour akan bawa anda ke tempat bersejarah dulu sebelum sampai Cotton Castle. Ada juga yang buat day trip dari Cappadocia.

Hari Kelapan

Guided tour bersama Tours4Turkey

Hari Kesembilan

Penerbangan ke Istanbul

Hari Kesepuluh

Penerbangan balik ke Kuala Lumpur

Nota : Jika anda kesuntukan masa/ ada bawa anak-anak kecil atau warga emas, mungkin Istanbul sahaja sudah memadai, melainkan ada tour guide mengiringi perjalanan anda. Jika ada tour guide, tiada masalah untuk ke bandar lain. Kami DIY di Istanbul tapi di Cappadocia dan Pamukkale, kami ambil guided tour.

Sebarang pertanyaan, boleh tulis di ruang komen. InsyaAllah saya akan cuba menjawab.