PART 1 : Sebelum Kuala Lumpur Kami Tinggalkan….
Anda suka sangat bila tengok kawan-kawan melancong ke Turki tanpa menggunakan perkhidmatan agen pelancongan. Anda pun nak travel mcm diaorg –
- ikut jadual sendiri, tak payah nak tunggu semua ahli rombongan semua ada baru boleh bergerak. Kalau grup kecil, ok lg tunggu, kalau grup besar…hmmm
- boleh plan tpt mana yang minat, tak perlu gi kedai wajib yg mengarut – kedai karpet, kedai kulit bagai,
- boleh dok lama kat tpt yg kita minat esp Topkapi tanpa perlu rush ke tpt lain,
- boleh solat Subuh berjemaah di Masjid Biru; dahlah masjid masa tu kosong, boleh dapat pahala berjemaah, juga harapan menggunung masjid biru akan menjadi saksi di Hari Kiamat nanti anda pernah solat di situ,
- malah anda boleh pose bagai nak rak, takde sape rush anda supaya cpt2 ambil gambar sbb mereka nak chop tpt tu pulak utk pose,
- dan siapa tahu ada hati tertinggal di Masjid Biru awww!
Selingan sikit pasal Cintaku Tertinggal di Masjid Biru. Mamat di atas ni security guard di Masjid Biru. Fakta yg patut anda tahu – Turki dipenuhi mamat2 yg sdp mata memandang. Mamat ni merapatiku sementara Rinie & Elin sibuk posing.
Dengan bahasa omputih sepatah2, dia kata
I want to…(jari telunjuk tgn kanan & jari telunjuk kiri disatukan)
Hah! biar betul. Dahlah diriku bini org. Sebelum sempat jawab apa2, mamat tu tunjuk kat Rinie. 😛
Bersusah payah dia cuba bg tau dia nak kawin dengan Rinie, boleh?
Antara kata2 dia “bring see father mother” 😳 Jom gelak guling2.
Nak melancong ke Turki macam perempuan Melayu terakhir di atas tapi anda tak tahu where to start. Kekangan kewangan dan masa pun buat anda takut nak survey or even nak berangan ke sana. Jangan terus kuburkan impian anda sebab 3 perempuan di atas pun bukannya banyak duit, cuma mereka
DARE TO BERANGAN 😆
Teringat masa kat KLIA, tunggu boarding. Only me and Elin. Kebanyakan penumpang lain mat saleh. Terkontang kanting kami berdua. Berhampiran dgn kami, 2 perempuan Melayu. Masa sembang diaorg tanya kami ke Istanbul atas urusan kerja ke seperti mereka?
Oh tak, kami nak gi bercuti.
Wah bestnya. Gi berdua je?
Bertiga.
Kerja apa mampu gi bercuti 10 hari ke Turki?
Saya cikgu tadika, kawan saya ni tukang jahit
Travel guide tunggu kat sana ke?
Tak lah, jln sendiri.
Jom ikuti persiapan perjalanan cikgu tadika, tukang jahit & agen insurans Prudential (Rinie) yg masa tu baru nak berjinak2 dgn dunia insurans menjejaki bumi Turki.
🙄 AIRLINE MANA NAK PILIH
Proses survey & compare harga dilakukan 4-6 bulan sebelum terbang. Date mmg dah confirmed sedari awal. Paling murah masa tu middle east airlines; sekitar RM2,500-2,800, kena transit.
Sekitar hujung Mac 2013, Malaysia Airlines (MAS) menawarkan tambang murah untuk terbang ke Istanbul. Me & Elin tanpa berlengah terus beli tiket. Kami dapat harga all in RM2,099. Rinie tak sempat nak beli tiket pada harga ini kerana 2,3 hari selepas itu harga melonjak kepada RM2700+. Rinie terpaksa terbang bersama Qatar Airways pd harga RM2400+.
Ada kawan rekemen book melalui seduniatravel. Dia baca insta Chef Wan yg rekemen.
💡 TIP PERTAMA
- Monitor harga tiket penerbangan antarabangsa sekurang-kurangnya 4 bulan sebelum terbang. Selalunya kami monitor 6 months sebelum terbang. Masa tu sekurang2nya duit utk flight ticket dah ada. Dpt harga cun, terus book. Takde nak pikir2 lg dah. Kejap je harga boleh berubah.
Unlike previous trip where I planned months ahead, this time around, I only planned 2 mths before the trip (kecuali beli flight ticket). Itupun sikit2 sebab Ramadhan. Right after Ramadhan, I was busy with our school’s concert. Tried to book domestic airlines during Ramadhan but to no avail. Only after Raya, I managed to book tickets for 2 domestic flights. By then prices had increased sikit.
💡 TIP KEDUA
- Jika anda ingin membeli tiket domestik di Turki, jgn beli nak dekat Ramadan atau semasa bulan Ramadan. Website mcm hang, mungkin sbb ramai masuk.
🙄 BANDAR MANA DI TURKI KAMI INGIN PERGI
Pakej melancong ke Turki oleh agen pelancongan selalunya akan melawat lebih dari 5 bandar di Turki. Dalam masa yang singkat dan perlu melalui perjalanan yang jauh dari satu bandar ke bandar yang lain, apa yang biasa agen pelancongan lakukan – bergerak waktu malam. Dengan cara ini mereka dapat mengurangkan kos menyewa hotel.
Saya tak suka cara itu kerana memenatkan. Dua tiga jam dalam bas pun dah penat, apatah lagi kalau antara 5-10 jam. Juga saya tak suka melancong “touch and go” – hanya berada di satu bandar bbrp jam sahaja. Sekurang-kurangnya saya perlu berehat semalam.
Saya akhirnya memilih melancong ke Istanbul,
menghirup kopi panas di Cappadocia sambil menikmati pemandangan bentuk mukabumi yg menakjubkan,
melawat Green Mosque di Bursa dan bersantai di balkoni yang mengadap cotton castle Pamukkale.
Istanbul, Cappadocia, Pamukkale adalah antara bandar2 yg sering dilawati. Yg lain Bursa & Selcuk (Ancient City of Ephesus). Plan awal mmg termasuk Ancient City of Ephesus tp tak cukup bajet 😆
🙄 BAGAIMANA NAK PERGI
➡ DARI ISTANBUL KE CAPPADOCIA
1. BAS
Jika kami pilih untuk naik bas, kami terpaksa mengharungi lebih kurang 12 jam dalam bas. Ramai memang boleh je tidur dalam bas, saya mmg tak boleh. Kalau nak jimatkan kos, boleh je naik bas.
Boleh juga naik tren tapi akan memakan masa dan memeningkan sebab dari Istanbul ke train station – Pendik; perlu naik feri, bas, teksi bagai sebelum sampai Pendik. Sekurang2nya 2 jam sebelum dah kena gerak dari hotel di Istanbul.
3. FLIGHT
Ada 2 airport berdekatan Goreme, Cappadocia – Kayseri (1 jam perjalanan ke Goreme) dan Nevsehir (1/2 jam perjalanan ke Goreme). Banyak pilihan terbang ke Kayseri dari Nevsehir.
Kami memilih utk terbang ke Kayseri, Cappadocia.
Penerbangan dari Istanbul (airport Sabiha Gokchen) ke Kayseri/Nevsehir mengambil masa antara 1 jam 30- 1 jam 45 minit.
Ada bbrp penerbangan domestik yang anda boleh pilih; bergantung kpd harga yg ditawarkan pd masa tu. Kena compare juga ye.
Antara penerbangan domestik :
Turkish Airlines juga ada membuat penerbangan domestik.
Sebaiknya check dulu harga domestic flight sbb kami dapat harga tiket less than RM100; luggage 15kg.
➡ DARI ISTANBUL KE BURSA
Di awal perancangan kami, kami akan menaiki feri. A day trip dari Istanbul. Tiket feri boleh dibeli secara online. Kami beli sebelum bertolak ke Istanbul lg.
We thought feri ke Bursa dari Eminonu, which is 2 stations away from Sultanahmet; where we stay. Rupanya dari Kadikoy. Bila sampai Eminonu, seksa bertanya orang dr mana nak board feri ke Bursa. Bukan mereka taknak menolong tp most of them tak boleh berbahasa Inggeris. Someone kata kami kena naik feri ke Kadikoy. Tak sempat naik feri yg awal ke Kadikoy sbb penuh. Terasa masa begitu lambat berlalu bila kami naik feri seterusnya…
By the time we reached Kadikoy :-
hujan renyai menyambut ketibaan kami
demi tiket yang telah dibeli
demi masa mencemburui kami
dengan payung melindungi diri dari dibasahi gerimis pagi,
dengan skirt ala2 Kajol penghias diri,
dengan shawl menutup muka kami semasa berlari….
kami berlari anak mengejar feri…
apakan daya, feri baru saja berlalu pergi,
takkan menunggu walau sedetik lagi
tukar tarikh tiket di kaunter dengan sedikit penalti…
harapan menggunung tinggi…
Bursa, esok mu tunggu kedatangan kami…
takdir Ilahi mengatasi tadbir kami.
walau esoknya tiba tepat seperti yang dikehendaki,
hati hampa tidak terperi,
bila gadis kaunter memberitahu feri tidak belayar hari ini
kerana ombak bergelora membahayakan feri & diri.
Ok tak puisi ni? Mujur boleh dapat semula refund; ditolak sikit admin charge bagai.
➡ DARI CAPPADOCIA KE PAMUKKALE
Boleh juga naik kapal terbang, airport berhampiran Pamukkale adalah Denizli. Kami memilih untuk menaiki bas. Pada hari sampai Goreme, Cappadocia, sebaiknya jalan kaki gi beli tiket ke Pamukkale. Selalunya bas bertolak antara 8.30-9.00pm. Boleh juga minta owner hotel di Goreme belikan.
Perjalanan mengambil masa 10 jam. Elin & Rinie lena sepanjang jalan, Me? Boleh tidur sekejap2 je. Bas berhenti 3x. Elin & Rinie langsung tak turun; lena tidur. Saya turun di ketiga2 tpt. Sejuk kat luar tak terkata. Menggigil. Sempat beli shawl seperti dalam gambar ni.
Kat istanbul 15TL, kat R & R RM10TL. Beli bbrp helai utk anak2 sedara.
Di tgh2 jln, bas berhenti menurunkan penumpang yg ingin ke Pamukkale. Just imagine, lebih kurang 5am detik itu, kami dan bbrp penumpang lain diarahkan turun. Gabra gak lah kan. Sekeliling takde satu bangunan pun. Rupa2nya ada satu coach akan membawa penumpang2 ke pejabat tour company. From there, walking distance ke hotel2 kaw sekitar. Kami sempat book 1 day tour & airport transfer dengan company ini. We were lucky tak kena tipu. Ramai yg kena tipu dgn company ni.
Nasihat saya, book sedari awal dgn reliable tour company. So kalau ada coach yg dtg ambil, naik je mcm org lain but bila sampai off diaorg, tell them u dah book tour lain. Be firm.
➡ DARI PAMUKKALE KE ISTANBUL
Ada backpackers yg akan singgah di Selcuk utk melihat Ancient City of Ephesus. Dr Pamukkale boleh naik bas ke Selcuk (3 – 3 1/2 jam). We skipped Selcuk sbb kekangan masa & duit.
Kami terus balik semula ke Istanbul dengan Pegasus Airlines. Airport Denizli which is 65km/ 1hr dari Pamukkale.
Next post, saya akan bercerita bila Istanbul Melambai Selamat Datang 🙂