Istanbul Kali Pertama, Di Mana Mahu Menginap?

Jika anda melancong ke Istanbul buat kali pertama, mesti anda tertanya di kawasan mana anda perlu menginap untuk menjimatkan wang, masa dan tenaga?

Terdapat 2 kawasan yang disyorkan untuk mereka yang pertama kali melancong ke Istanbul.

Sultanahmet

 

Kawasan ini dipenuhi pelancong. Tempat menarik di Istanbul berada di kawasan ini. Menjimatkan wang kerana hanya perlu berjalan kaki dari tempat penginapan ke tempat-tempat menarik di Istanbul.

Masjid Biru
Topkapi
Hagia Sophia
Basilica Cistern
Hippodrome

Tiada kelab malam atau kelab hiburan di kawasan ini, tiada muzik membingitkan. Kedai-kedai ditutup awal, bas pelancongan tidak dibenarkan masuk pada waktu malam. Anda boleh mengambil kesempatan ini untuk berjalan di sekitar kawasan Masjid Biru dan Hippodrome, menikmati suasana malam yang tenang di kawasan ini. Boleh juga solat berjemaah di Masjid Biru.

Terdapat banyak hotel murah di kawasan ini yang masih mengekalkan ciri-ciri tempatan – dari segi binaan bangunan dan makanan yang disediakan atau dijual kepada pelancong. Cuma kebanyakan hotel murah di sini dibina di kawasan berbukit; tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah pergerakan.

Beyoglu

 

Penduduk tempatan ramai menetap di kawasan ini. Berlainan dengan Sultanahmet, kawasan ini terutama di Taksim Square dan Istiklal Street dipenuhi banyak kedai, restoran moden, hotel mewah. Jika di waktu malam, Sultanahmet agak sunyi, di kawasan Beyoglu terutama di Taksim Square dan Istiklal Street, kompleks membeli belah, restoran dan kelab-kelab hiburan dibuka sehingga lewat malam. 

dianggarkan 3 juta orang melawat Taksim Square & Istiklal Street pada hujung minggu
jenama-jenama terkenal memenuhi Istiklal Street & Taksim Square

di sebalik kehadiran jenama-jenama mewah, masih terdapat historical arcades di kawasan ini

Historic Tram membawa penumpang dari Taksim Square ke Istiklal Street
Galata Tower & Golden Horn. Di Galata Tower terdapat restoran mewah di mana anda boleh menikmati pemandangan Istanbul sambil menikmati hidangan

Jika anda ingin menginap di tempat bersejarah dan tak kisah tiada nightlife; hanya ingin berehat di waktu malam, tak kisah dengan penjual-penjual barang menghampiri anda bila anda bersiar-siar, kawasan sekitar Sultanahmet adalah pilihan terbaik. Anda hanya perlu berjalan kaki ke tempat menarik di Istanbul. Jika anda menginap di Sultanahmet dan ingin bersiar-siar pada waktu malam di Beyoglu, perlu diingat funicular yang menghubungkan Taksim Square dan Sultanahmet (melalui stesen Kabatas) menghentikan perkhidmatan pada pukul 12 malam. Selepas waktu itu anda perlu pulang ke Sultanahmet berjalan kaki dengan menuruni bukit atau menaiki teksi.

Jika anda inginkan nightlife, menghabiskan malam dengan penduduk tempatan, kawasan sekitar Beyoglu adalah sesuai untuk anda. Anda boleh melawat tempat menarik di Istanbul pada waktu siang.

Saya memilih Sultanahmet kerana dikelilingi bangunan bersejarah membuatkan saya berasa saya benar-benar berada di Istanbul.

 

 

 

Leave a Reply