Tokyo adalah bandar pilihan pertama destinasi tumpuan pelancong, diikuti oleh Osaka dan ketiga : HOKKAIDO.
New Chitose Airport adalah lapangan terbang utama di Hokkaido. Ada 11 lapangan terbang lain di Hokkaido. New Chitose Airport telah ditambah baik baru-baru ini. Berada di dalamnya, anda seperti berada dalam sebuah pusat beli belah yang besar. Jika penerbangan balik awal pagi, banyak kedai belum buka. Tak sempat nak cuci mata. Mungkin waktu balik, duit pun dah habis. Putih mata tengok sesuatu yang berkenan di hati. Lebih baik habiskan sedikit masa di sini semasa tiba. Ini yang kami lakukan sebab penerbangan balik kami nanti awal pagi.
Sebelum saya beri idea nak buat apa di New Chitose Airport, saya cerita sedikit pengalaman ketibaan. Paling penting tutup mobile data jika tidak gunakan perkhidmatan roaming. Lebih bagus lagi jika anda tutup mobile data sebelum berlepas.
Boleh ambil gambar di sini dulu kalau nak gambar ada perkataan Hokkaido.
Barisan di imigresen selalunya panjang. Beberapa pekerja ditempatkan untuk pastikan proses lancar dan cepat. Pastikan disembarkation card dan customs declaration telah diisi, diletakkan bersama paspot di tempat yang mudah dikeluarkan. Saya terlupa nak tanda tangan kedua-dua kad. Cuba nak pinjam pen mamat Korea di depan. Bini dia tolak laki dia ke depan suruh jalan. Grrrr. Terpaksa pinjam dari staf bertugas. Saya bawa pen tapi leceh nak keluarkan sebab barisan sentiasa bergerak.
Seperti semua lapangan terbang di dunia yang lain, mengambil gambar tidak dibenarkan.
ooopppsie! dah terambil satu. Siap kena tegur dengan ah soh yang berdiri di belakangku
Tengok barisan mana anda patut masuk.
Bila keluar dari imigresen, ada kaunter lagi periksa bagasi penumpang. Ada 2 perempuan depan kami disuruh buka bagasi. Pastikan kunci-kunci bagasi senang dicapai. Pegawai tanya kami beberapa soalan dan kami dilepaskan tanpa perlu buka bagasi.
Di tempat ambil bagasi, nampak seorang staf sedang mengangkat bagasi dari conveyor belt dan menyusun bagasi seperti dalam gambar. Tak perlu dumbbell, hari-hari dia buat senaman lengan.
Selepas ambil bagasi, boleh lakukan perkara-perkara berikut.
7 Aktiviti Boleh Dilakukan di Chitose Aiport
1. Swafoto dan tunafoto di Terminal Antarabangsa dan Terminal Domestik
bergambar dengan abang long kawasan
Nampak tak Information Counter di belakang saya. Saya pinjam kerusi roda di sini untuk kawan saya. Boleh dipulang semula di sini atau di Information Counter terminal domestik.
boleh bergambar di sini……dan di sini
lihat pada papan tanda ini untuk ke terminal domestik. Tak jauh. Kalau guna kerusi roda, bila nak dekat sampai, ada lif
dinamakan Smile Road kerana ada Doraemon Waku Waku Sky Park dan Hello Kitty Happy Flight
2) Solat
Terletak di sebelah kanan selepas keluar dari ambil bagasi.
hanya ruang yang kosong. Tiada tempat wuduk dan tiada telekung disediakan
3) Dapatkan Maklumat di Hokkaido Foreign Tourist Information Centre
imej dari laman web Chitose Airport
Dibuka setiap hari dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Perkhidmatan :
dapatkan brosur destinasi percutian
perkhidmatan kerusi roda
boleh tanya tentang maklumat percutian seperti sewa kereta, sewa wifi, penginapan dan sebagainya.
Staf bertugas boleh berbahasa Inggeris semasa saya minta kerusi roda.
4) Membeli belah di Terminal Domestik.
Bila sampai, cuba cari skrin ini di Terminal Antarabangsa. Ada maklumat tentang barang atau perkhidmatan yang dijual di New Chitose Airport.
Antara kedai-kedai yang terdapat di Terminal Domestik
ada je yang nak menempel dalam gambar 🙂Royce Chocolate
Starbucks
Ada juga panggung wayang yang menayangkan filem-filem Hollywood dan onsen untuk merehatkan badan.
Taman hiburan mini. Ada permainan interaktif, tempat bergambar, aktiviti fizikal untuk anak-anak, perpustakaan, aktiviti mewarna dan melukis, kafe, kedai cendera hati.
Sama seperti Doraemon Skypark, sebuah taman mini hiburan.
Bayaran masuk :
Dewasa (13 tahun ke atas): 800 yen
4-12 tahun : 400 yen
3 tahun ke bawah : percuma
7) Menikmati makanan halal
walaupun dah tercegat depan pintu restoran lebih awal, selagi jarum jam tak tunjuk tepat 10.30 pagi, mereka tak benarkan pelanggan masuk
Saya makan ini buat mengalas perut. Kawan makan ikan, dia banyak duit. Gi pasar pun pakai LV 😆
Squid, scallop, shrimp 680 yen Nasi lain harga. Kena cuba juga. Lain macam lembut nasi di Jepun. Red melon & milk 480 yen (ni saya kongsi dengan kawan)kawan have-have makan ikan ini. 830 yen. Dia bagi saya rasa. Bestbakul oren bawah kerusi untuk letak beg/barang
Selepas habis makan, kami ke tempat menunggu bas untuk ke hotel. Terpisah dari kumpulan. Kami turun di lif berlainan. Ingatkan turun mana-mana lif pun boleh sampai ke tempat menunggu bas di bawah. Tidak. Jadi pastikan :
ikut sahaja papan tanda bus/train/taxi,
ada lif yang lambat. Turun awal sikit supaya tak tertinggal bas,
Penumpang disuruh susun bagasi. Bila bas sampai, penumpang naik. Bagasi diuruskan oleh pekerja. Dua tempat duduk di hadapan dikhaskan untuk bagasi. Sebelum bas bergerak, pemandu periksa dan ingatkan penumpang agar pakai tali pinggang keledar. Pemandu akan turun di setiap hentian bas, ucap selamat kepada penumpang dan uruskan bagasi penumpang.
Dalam bas, penumpang diingatkan agar :
telefon pintar diletakkan dalam silent mode
guna earphone jika perlu
jangan tinggalkan sampah dalam bas
1 jam juga nak sampai ke Sapporo dari Chitose Airport.
Sesungguhnya tidur itu lebih baik dari membawang atau kacau kawan
Kami pilih tempat duduk hot seat dan quiet zone. RM185 untuk setiap tempat duduk.
Tempat duduk kami 7A & 7B betul-betul di belakang Business Class, dipisahkan oleh tirai.
hanya dipisahkan oleh tirai
Eh kata always a budget traveller tapi sanggup bayar mahal hanya untuk tempat duduk?
Sebab-sebab kami pilih hot seat dan quiet zone :
Penerbangan KUL-CTS mengambil masa 8 jam. Saya light sleeper, hypertension…saya perlukan tidur yang cukup tanpa gangguan. Tiada penumpang kanak-kanak berusia bawah 10 tahun dibenarkan di kabin ini.
Si dia pula berbadan besar, perlukan extra legroom.
Kami juga minum banyak air bila kembara terutama semasa penerbangan. Dehidrasi boleh menyebabkan komplikasi lain. Bila banyak minum air lebih kerap pula ke tandas. Sukar ke tandas jika duduk di baris tengah, apatah lagi jika penerbangan malam. Tak sampai hati nak kejutkan sesiapa yang duduk di tempat duduk berhampiran aisle.
Kembara bajet saya bukan sekadar jimat duit, tapi juga jimat masa dan tenaga. Jika sekadar jimat duit tapi banyak masa dan tenaga diperlukan, saya rela bayar lebih sikit dan jimat untuk perkara lain. Selalunya bila kembara, saya jimat dengan tidak beli cendera hati untuk orang lain. Juga kurang membeli untuk diri sendiri. Saya lebih suka beli pengalaman ketika kembara.
Beza antara hot seat, quiet zone (baris 7) dan quiet zone (baris 8 hingga 14) :
baris 7 boleh cas telefon, tidak pasti di baris 8 hingga 14. Kawan saya yang duduk di hot seat baris 15 kata tiada tempat cas telefon.
baris 7 ada extra legroom, (tidak seluas di baris 15 hingga 34), baris 8 hingga 14 tiada
baris 7 fixed armrest, baris 8 hingga 14 boleh naikkan tempat letak tangan. Ini bermakna jika tiada penumpang di sebelah kita, boleh baring. Sesuai untuk mereka yang berbadan besar.
jika beli tiket baris 7, boleh sahaja pindah ke baris 8 hingga 14 jika tiada penumpang lain. Jika beli tiket baris 8 hingga 14, tidak boleh duduk di baris 7 walaupun baris 7 tiada penumpang. Ini saya nampak dalam penerbangan pulang di mana 2 penumpang yang cuba duduk di baris 7 disuruh kembali semula ke tempat asal. Mungkin bergantung juga kepada kru bertugas.
Saya suka quiet zone. Apatah lagi penerbangan pergi dan balik tidak ramai orang di sini. Memang saya dapat tidur yang cukup.
Makanan dihidangkan sebaik sahaja kapal terbang berlepas.
Tidur yang lena. Sebaik terjaga, rasa syukur dipanjatkan kepada Yang Esa, dikejutkan tepat masuk waktu solat Subuh. Ternampak garis putih melintang di ufuk. Waktu itu jam menunjukkan pukul 4.15 pagi. Tidak tahu kami berada di mana. Cepat-cepat kejutkan si dia untuk ambil wuduk. Saya tahu akan solat dalam kapal terbang, jadi sudah bersedia pakai pakaian solat ready, pakai skirt labuh.
Bagaimana nak tentukan waktu solat?
Solat Subuh bermula bila ternampak garis putih melintang di ufuk. Berakhir bila nampak bulatan terawal matahari.
Solat Zuhur bermula bila matahari betul tegak atas kepala kita tapi telah tergelincir sedikit ke arah barat. Berakhir apabila bayang-bayangnya menjadi sama panjang dengan sesuatu yang dibayanginya.
Solat Asar bermula dari tergelincirnya matahari timur ke barat lalu bayangannya melebihi panjang yang asal dari sesuatu yang dibayanginya hinggalah apabila matahari condong menghampiri ufuk Barat lalu berkuningan rupa-bulatannya. Kuningnya matahari ialah seketika pendek sebelum terbenamnya keseluruhan bulatan matahari tersebut dan seseorang di waktu itu tetap dikira telah mendapat solat Asarnya.
Solat Maghrib bermula bila bulatan matahari tenggelam keseluruhannya Berakhir bila mega-mega merah di arah Barat langit mula menghilang.
Solat Isya’ bermula bila langit gelap keseluruhannya dan waktunya itu berlangsung sehingga ke pertengahan malam atau hingga terbit fajar sadiq menurut setengah pendapat.
Beberapa kaedah asas yang yang dapat membantu seseorang itu menentukan waktu solat ialah dengan menggunakan sebatang pen atau pensel lalu dipegang di tingkap kapalterbang untuk diukur-banding bayang bagi menentukan waktu Zuhur atau Asar, melihat di ufuk timur bagi tanda permulaan waktu Subuh atau ufuk barat bagi tanda permulaan waktu Maghrib dan Isya’. Seharusnya juga bagi seseorang itu melakukan persiapan ringkas sebelum mengambil sesebuah penerbangan, seperti mencari arah purata penerbangan tersebut supaya mudah baginya mengetahui beza condong bayangan dan arah matahari yang hendak dicari. (maklumat dari laman web ini)
2) Wuduk
Rukun-rukun wuduk seperti dalam Mazhab Shafie:
Niat
Basuh muka
Basuh kedua tangan hingga ke siku
Basahkan kepala
Basahkan dua kaki
Tertib (mengikut aturan)
Saya sudah ambil wuduk sebelum naik kapal terbang. Selepas ambil wuduk, saya pakai stoking. Jika wuduk saya kemudiannya terbatal, saya tidak perlu buka stoking/kasut untuk basahkan bahagian kaki. Saya hanya perlu basahkan tangan dan sapukan tangan basah tadi di bahagian atas kaki/kasut.
Bila bangun tidur, saya tidak pasti sama ada wuduk saya masih sah atau tidak. Saya ke tandas untuk ambil wuduk sekali lagi. Saya hanya basuh sekali sahaja setiap anggota wuduk supaya sinki dan lantai tandas tidak basah hingga menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain.
Tiada masalah ambil wuduk dalam tandas kapal terbang. Cuma jika kita duduk di tengah atau di tingkap dan sukar keluar ke tandas kerana tidak mahu menggangu penumpang yang duduk berhampiran aisle, botol spray berisi air yang boleh dibeli di Daiso, Mr DIY dan sebagainya boleh digunakan untuk wuduk. Hanya spray sekali dua ke bahagian anggota wuduk dan sapu hingga rata di permukaan anggota wuduk.
Peringatan : Jangan masukkan air sebelum melepasi sekuriti dan imigresen. Bila tiba di tempat menunggu sebelum berlepas, baru masukkan air.
3) Solat
Dalam keadaan tenang, ada ruang untuk solat, penumpang mampu berdiri dan tidak takut berlaku kemudaratan kepada diri semasa sedang solat, maka hendaklah berdiri dan melakukan solat seperti biasa. Kedudukan kiblat boleh dirujuk kepada kru atau melihat kepada peta di skrin yang memaparkan kedudukan Arab Saudi (jika ada skrin).
Saya tidak nampak ada ruang untuk saya solat berdiri. Hanya solat duduk di kerusi. Dalam satu ceramah yang saya dengar, waktu solat bermula dan berakhir dengan cepat dalam penerbangan. Bagi solat Subuh yang tidak boleh jamak, solat perlu dilakukan dengan segera.
4) Hiburan
Hiburan dalam penerbangan Air Asia berharga RM59 jika ditempah dalam talian. Jika tidak, perlu bayar RM69 jika dibeli dalam penerbangan. Saya sempat baca buku ini.
5) Istinjak
Tiada bekas/cawan kertas yang boleh digunakan untuk istinjak. Saya guna bekas air Spritzer yang diberi bersama makanan yang dipesan setelah habis diminum.
6) Makan pagi
Alhamdulillah makanan dihidangkan lebih kurang pukul 5.00 pagi. Perut sudah mula terasa lapar waktu ini. Jika tidak lapar pun saya tetap akan makan. Harap tidak perlu makan makanan berat di Chitose Airport yang tentunya harga berlipat kali ganda. Saya pilih mee goreng pedas.
Sedap!
7) Bersihkan diri
Selepas makan, terus saya keluarkan berus gigi dan ubat gigi pakai buang yang saya ambil dari hotel saya pernah menginap serta pencuci muka yang saya letak dalam bekas kecil. Penting bagi saya ada 3 benda ini dalam hand carry bag. Saya juga masukkan sepersalinan pakaian termasuk pakaian dalam dalam hand carry bag. Jika bagasi lewat sampai, saya tidak perlu beli banyak barang sementara tunggu beg sampai. Jimat duit.
8) Disembarkation Card dan Customs
Saya memang sentiasa bawa pen. Senang nak tulis dokumen yang perlu sebelum mendarat. Kru akan edarkan. Jika tak dapat, mungkin sebab semasa diedarkan, kita tidur, minta sebelum kapal terbang mendarat. Jika dah sampai di Chitose Airport susah nak isi. Selalunya barisan beratur di imigresen panjang tapi bergerak cepat. Pastikan tanda tangan di kedua-dua kad. Saya terlupa nak tanda tangan di kad putih. Dah sampai depan pegawai yang jaga barisan baru perasan.
Meriah bunga skirt saya.
9) Telinga sakit
Bagaimanakah kita boleh mengurangkan rasa tidak boleh mengimbangi tekanan telinga semasa penerbangan? Penerangan Dr Ahmad Nordin, pakar ENT dalam artikel ini
Jangan tidur semasa kapal terbang berlepas atau mendarat. Perbezaan tekanan paling ketara semasa 2 masa tersebut.
Kunyah atau telan sesuatu semasa penerbangan, seperti gula-gula atau ‘chewing gum’. Menguap juga berkesan, terutamanya jika anda diiringi oleh rakan yang menjengkelkan anda.
Minum banyak cecair, sebaiknya air mineral. Ia menggalakkan anda menelan & menghidratkan anda. Udara dalam kabin adalah kering, maka ia mengeringkan cecair hidung & menyumbat tiub Eustachian.
Guna teknik ‘vasalva’, seakan meneran. Anda perlu menutup hidung dan mulut dan hembuskan nafas dengan kuat. Jangan meniup terlalu kuat kerana ia boleh merosakkan gegendang telinga & tiub Eustachian. .
Guna ubat ‘decongestant’. Ia sepatutnya diperolehi dari doctor, sebaiknya dari bidang ENT, kerana tempoh maksima penggunaan ialah 5 hari.
Tunda penerbangan anda jika anda menghidapi selsema (‘upper respiratory tract infection’).
Bagaimana dengan kanak-kanak?
JIka kanak-kanak tersebut boleh mematuhi arahan, kaedah seperti di atas boleh digunakan. Yang lain boleh mengikut kaedah tersenarai di bawah:
Pilih masa minum & makan supaya serentak dengan masa berlepas & mendarat
Jika mereka enggan, mereka perlu mengunyah atau menghisap sesuatu.
Bayi & anak kecil boleh menyusu badan, menyusu botol atau menghisap puting getah (‘pacifier’).
Kanak yang lebih besar boleh diberi gula-gula. Perlu diawasi juga apabila kanak-kanak diberi gula, kerana mereka mungkin menjadi terlampau aktif jika tahap gula badan tinggi. Ini kadangkala boleh memalukan ibubapa jika anak mereka tidak bersopan, seperti yang pernah saya alami sendiri sebelum ini.
Ambil ubat penahan sakit seperti paracetamol setengah jam sebelum berlepas jika mereka sedang mengalami selsema
Selepas 8 jam penerbangan…
Entri berikutnya, saya akan kongsi itinerari kami di Sapporo. Insya-Allah.
Boarding pass boleh dicetak di rumah. Sampai di KLIA2 hanya perlu cetak tag bag. Jika sudah dicetak di rumah, boarding pass ini boleh diguna untuk daftar masuk di gate pelepasan. Jika tidak dicetak di rumah, boleh sahaja dicetak di kiosk. Ada banyak kiosk disediakan untuk tujuan ini. Hanya masukkan booking number atau imbas barcode jika anda ada mobile app Air Asia. Jika minta dicetak di kaunter, bayaran RM10.60 akan dikenakan. Jika tak yakin guna mesin di kiosk yang disediakan, mohon bantuan staf.
Semak di skrin paparan maklumat penerbangan nombor kaunter untuk daftar masuk beg
Pergi ke kaunter yang ditetapkan. Letakkan beg di mesin penimbang. Imbas barcode tag beg. Jika berat beg tidak lebih dari berat beg yang anda beli, beg masuk ke conveyor belt. Selesai.
Beg si dia, suami saya terlebih muatan 1kg. Beg bini dah lepas, beg si dia sangkut. Jangan panik (walaupun kami panik juga 😀 sebab kali ini kali pertama satu beg dah lepas, satu beg sangkut), terus ke kaunter yang berhampiran untuk daftar masuk secara manual. Mujur beg si dia terlebih sedikit sahaja, kurang dari 1kg. Staf pejam mata. Alhamdulillah.
Periksa hand carry bag
Pastikan ada :
paspot (salinan paspot boleh diletak dalam beg masuk kargo), wang
sepasang persalinan. Berguna jika beg sampai lambat.
pengecas telefon bimbit, power bank dan adapter yang sesuai. Power bank jangan sesekali letak dalam beg yang masuk kargo. Pernah saya terlupa keluarkan power bank dari beg, saya dipanggil keluar dari kapal terbang sebentar beberapa minit sebelum kapal terbang berlepas dari Narita Airport untuk keluarkan power bank
jajan untuk alas perut. Berguna jika penerbangan ditangguhkan, lambat nak lepas imigresen di destinasi, dalam kenderaan sementara nak sampai hotel. Pada tahun 2009, saya ke Bali bersama seorang rakan. Kami sudah berada dalam perut kapal terbang tapi terpaksa tunggu 2 jam di dalam sebelum kapal terbang berlepas. Tidak diberitahu sebab berlaku kelewatan. Bayangkan jika perut lapar masa itu dan saya tak bawa makanan sebagai bekal.
saya sentiasa bawa penutup mata untuk tidur lena, neck pillow, tuala kecil/tisu, satu buku nipis
Pergi kaunter Roaming Man untuk pocket wifi
KLIA2 : Level 3, Balai Pelepasan (belakang daftar masuk kaunter Y, berhampiran Telekung Siti Khadijah)
KLIA : Level 5 (sebelah Mc Donalds)
Proses mudah. Mereka tunjukkan cara penggunaan dan serba sedikit peringatan tentang penjagaan device itu.
Makan dan minum
Biasanya jika penerbangan malam seperti kami, makanan disediakan sebaik sahaja selepas take off. Jika naik Air Asia lebih baik pra pesanan makanan kerana makanan pra pesanan diberi dahulu. Kemudian baru troli bergerak dari satu baris ke satu baris penumpang. Ada waktunya makanan yang ingin dibeli sudah habis.
alas perutdari kiri : saya, Nor, Ilah dan Mas. Rakan sekelas di STF 85/89
Penuhkan bekas air
Jangan lupa habiskan air dalam botol sebelum melepasi kaunter pemeriksaan terakhir. Ada mesin Coway disediakan. Boleh penuhkan semula botol. Saya memang sentiasa bawa botol kosong bila kembara. Jimat duit, tak perlu beli banyak air mineral. Jika naik Air Asia mahal juga sebotol air mineral. Sedikit sebanyak kita bantu juga jaga alam persekitaran.
Rakan saya, Mas MS beratur isikan air untuk dia, saya dan Ilah. Barisan agak panjang. Tiba-tiba ada seorang warga emas terus ke depan, potong giliran orang lain yang sedang menunggu. Mas beri sepatah dua kata kepada lelaki itu. Alasan beliau, dia hanya nak isi 1 botol sahaja. Hmmm… Ini bukan kali pertama saya jumpa warga emas tidak kira bangsa tidak mahu mematuhi peraturan mudah. Rasanya tiada siapa marah jika beliau minta kebenaran untuk potong barisan.
ada beberapa mesin Coway disediakan selepas pemeriksaan kastam
Penerbangan berlepas tepat pada masa. Alhamdulillah. Entri berikutnya tentang semasa penerbangan termasuk panduan wuduk dan solat dalam kapal terbang. Insya-Allah.
Selepas kembara Istanbul pada kali kedua awal Ogos 2018, tiada rancangan untuk kembara dalam masa terdekat. Kalau ada pun, hanya destinasi domestik. Si dia (suami) sudah mulakan pengajian MBA. Hampir setiap Jumaat dan Sabtu ada kelas. Tabung kembara pun belum cukup. Nyawa-nyawa ikan. Azam 2019 nak habiskan hutang-hutang jangka pendek supaya hati lebih tenang bila kembara insya-Allah.
Bila Nor, rakan sekelas dari tingkatan 1 hingga 5 di Sekolah Tun Fatimah (STF) beritahu nak buat rombongan ke Hokkaido akhir Jun, hati melonjak untuk pergi. Nor adalah pemilik Aliza Japan Travel (profail FB : Aliza Alias (Kak Belle) yang sering bawa rombongan ke Jepun. Walaupun saya lebih suka kembara DIY, saya tidak mahu lepaskan peluang kembara bersama Nor. Insya-Allah duit saya takkan hangus seperti banyak kes berlaku duit lesap bila agen pelancongan hilangkan diri.
Mengimbau kenangan 34 tahun dahulu, ketika kami berusia 17 tahun di STF, Nor duduk belakang saya. Tempat duduk kami tepi tingkap. Di luar ada kolam ikan. Nor suka mengelamun. Saya pun dua kali lima. Nor mengelamun tapi keputusan SPM tetap score sampai boleh melanjutkan pelajaran selama 4 tahun ke Jepun. Kami pernah jadi rakan kongsi satu perniagaan.
#Nak kenal penulis blog ini dan cerita kami pelajar STF boleh baca autobiografi saya Budak Kelas Belakang. Boleh diperolehi di kedai buku MPH dan Popular.
Ini bukan kali pertama saya kembara ke bumi Sakura. Kali pertama adalah pada tahun 1999. Tokyo merupakan bandar dunia pertama saya pergi. Adik bongsu saya, Aja menamatkan pengajian 4 tahun di Jepun pada tahun 1999. Ibu dan babah tidak dapat hadir hari konvokesyen Aja. Mereka sedang mengerjakan umrah ketika itu. Saya diwakilkan oleh mereka untuk menyaksikan hari bahagia Aja. Masih teringat pengalaman pertama ke Tokyo. Bila Aja kata Tokyo ketika itu sejuk, saya hanya bawa baju sejuk nipis. Ingatkan hanya sejuk-sejuk manja seperti di Genting Highlands. Keluar dari Narita, rasa badan tak boleh bergerak seinci pun. Bbbbrrrrrrr!
Pada hari konvokesyen Aja, saya berselimut dari hujung rambut hingga hujung kaki. Tak tahan sejuk. Aja marah sebab saya taknak pergi teman dia konvo. Konvo di sana bukan macam kita di sini; jubah, mortar board, perarakan bagai. Aja pakai yukata, mekap, set rambut, pose sebelah bunga sakura, pegang scroll macam perutusan istana zaman dulu. Kalau boleh pakai yukata buat apa pakai jubah tebal. 😎 Sempoi je diaorang.
Kali kedua ke Tokyo pada Januari 2017, saya pergi bersama si dia, dua orang adik, Aja dan Ayan bersama anak-anak mereka. 12 orang ahli rombongan. Satu gerabak subway. Kali ketiga saya ke Tokyo, Osaka dan Kyoto pada bulan Julai 2017 menemani si dia atas urusan kerja. Dapatlah merasa duduk di Otani Tokyo Garden, hotel 4 bintang dan Otani Osaka, hotel 5 bintang. Pemandangan di luar bilik adalah Osaka Castle. Sempat jogging sekitar Osaka Castle. Mengada. Di Malaysia, ada treadmill dalam rumah pun malas nak sentuh. 😳
Berlatar belakangkan Osaka Castle
Apa yang membuatkan saya teringin ke Hokkaido? Saya tidak pernah jemu kembara ke Jepun tapi tidak mahu ke Tokyo lagi. Terlalu padat. Hokkaido tidak sesak dengan lautan manusia dan kenderaan. Mungkin Sapporo sedikit sesak tapi di tempat-tempat lain, suasana kampung, begitu tenang. Mungkin faktor usia, lebih cinta kedamaian bila usia menginjak senja. 😥
Saya juga tidak suka sejuk keterlaluan. Saya tidak akan kembara bila musim dingin. Aktiviti seperti main salji, ski dan aktiviti musim dingin lain tiada dalam wishlist saya. Tak jeles pun tengok kawan-kawan ambil gambar di hamparan putih salju. Tengok gambar mereka pun, saya dah rasa menggigil.
Musim panas di Hokkaido dalam bulan Jun, suhu sekitar 12-20 Selsius. Saya suka suhu seperti ini. Musim luruh juga sesuai untuk melawat Hokkaido. Tidak perlu pakaian tebal. Hanya perlu bawa cardigan nipis. Winter coat yang ditempah di Shanghai, konon nak bergaya dengan kot cantik jika kembara musim sejuk nampaknya masih terus bergantung dalam almari.
Teingin juga merasai pengalaman rendam kaki di onsen yang banyak terdapat di Hokkaido. Dah berangan nak urut bagai di onsen. Juga melawat ladang dipenuhi lavender. Hamparan lavender yang lalu lalang di newsfeed Facebook benar-benar buat hati teringin nak berada di sana. Makanan laut segar dan aiskrim Hokkaido juga buat air liur meleleh setiap kali terbayang.
Lagi bersemangat nak pergi, bila dapat tahu rombongan kami ke Hokkaido terdiri dari 10 bekas pelajar STF. Nor, saya dan tiga rakan bawa suami masing-masing.
“Aku nak bawa rombongan budak-budak STF. Kita sewa kereta, santai je,” Nor cucuk jarum. Halus cucukan jarum Nor tapi tembus terus ke hati. 😛
Srikandi Tun Fatimah. 2 orang lagi mungkin dah tak sabar nak makan aiskrim, hilang tanpa dapat dikesan
Anak bongsu Nor turut bersama kami menjadikan rombongan kami seramai 16 orang.
Pada mulanya tiada rancangan nak bawa si dia. Bila si dia keluarkan ayat-ayat syahdu seperti,
“bestlah you, cuti dengan kawan-kawan, I jugak yang tak berjalan.”
“I takde kelas tarikh you gi Jepun tu.”
“orang lain ada yang bawak husband kan?”
Maka dengan ikhlas tapi jauh, bini setuju si dia ikut serta.
5 Perkara Penting Persediaan Melancong ke Hokkaido
1. Semak tarikh luput paspot
Tarikh luput mesti lebih dari 6 bulan. Pernah kawan saya putih mata tengok suami dan anak-anak berlepas sehari lebih awal ke destinasi percutian kerana tak perasan tarikh mati paspot beliau kurang 6 bulan dari tarikh penerbangan.
Si dia pun tak perasan tarikh luput paspot kurang dari 6 bulan. Mujur ada bini yang ada senarai semak yang panjang lebar sebelum kembara. Terpaksa si dia ambil cuti sehari untuk buat paspot di Kuala Selangor. Masa saya buat paspot, gambar pertama diambil saya terus kata ok walaupun nampak muka ketat. Si dia boleh pula ambil gambar berkali-kali. Alasan dia kepada abam imigresen – salah angle, nampak botak. 19 tahun hidup bersama, saya pun tak tahu angle mana nampak banyak rambut. Semua angle pun sama. Abam imigresen layan.
2. Beli tiket kapal terbang, berat beg dan makanan dalam kapal terbang
Kami perlu beli tiket kapal terbang sendiri mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Nor iaitu penerbangan pergi jam 2330, 25 Jun 2019 (Selasa) dan penerbangan pulang 0930, 1 Julai 2019 (Jumaat). Pada mulanya saya dan Mas, salah seorang rakan yang turut serta bercadang untuk lanjutkan tempoh kembara. Rasa tak puas kembara 6 hari 5 malam ke Hokkaido. Saya hanya beli tiket pergi sahaja. Mas langsung belum beli tiket waktu itu. Silap besar beli tiket sehala.
Saya tahu beli tiket sehala lebih mahal. Saya tak tahu harga hot seat juga akan berbeza. Bayaran hot seat KUL -CTS RM185 tetapi hot seat nombor tempat duduk sama dari CTS-KUL berharga RM298. Terpaksa beli juga sebab si dia memang suka beli hot seat untuk penerbangan jauh. Senang nak keluar masuk bila nak ke tandas. Legroom besar sikit. Tempat duduk tepi tingkap pilihan si dia. Jika kembara bersama si dia, saya pasrah duduk tengah. Kalau penumpang di aisle ala Theo James saya rela. Selalunya yang dapat sama ada warga emas atau anak ikan.
Saya beli berat beg 30kg untuk 2 beg bawah nama saya. Minima berat boleh dibeli 20kg untuk penerbangan antarabangsa. Kami tahu barang yang kami bawa setiap kali kembara untuk setiap orang tidak lebih dari 15kg. Jika beli 20kg bawah nama si dia dan 20kg bawah nama saya, jumlah perlu dibayar untuk 2 beg RM260 . Oleh itu saya beli berat beg 30kg untuk 2 beg. Jumlah perlu dibayar RM180. Jimat RM80.
Penerbangan ke Chitose Airport (CTS) ambil masa 8 jam. Walaupun akan makan di KLIA2 sebelum berlepas, penerbangan yang lama, perut perlu diisi. Penerbangan 2,3 jam pun saya akan pesan makanan. Asyik lapar dalam kapal terbang apatah lagi kalau penumpang sebelah pesan makanan. Nugget pun nampak sedap. Saya pesan makanan pasta dan air mineral untuk dimakan dalam penerbangan ke Sapporo. Saya elakkan dari minum minuman kafein sebelum dan semasa penerbangan untuk mengelakkan dari dehydration – sakit kepala, perut memulas, loya, masalah pencernaan dan kulit bertambah kering.
3. Sewa pocket wifi
Ketika kembara ke Tokyo, Osaka, Kyoto dan tahun berikutnya ke Shanghai, saya guna pocket wifi satu syarikat. Ada kawasan tiada liputan. Bateri cepat habis. Belum setengah hari berjalan, bateri habis. Leceh nak kena cas selalu. Ketika ke Hanoi, saya guna pocket wifi syarikat lain. Device rosak, langsung tak boleh digunakan. Mujur mereka pulangkan semua bayaran yang telah dibuat.
Kembara kali ini saya guna Roaming Man. Tempah online, pick up di KLIA2. Jika penerbangan dari KLIA, boleh juga pick up di sana. RM12 sehari, saya ambil pelan 6 hari. Tidak perlu deposit. Alhamdulillah coverage luas, bateri tahan lama, saiz kecil. Takdelah orang lain sibuk pose maut di ladang lavender, saya dok sibuk cari power point.
4. Insuran
Bila cari maklumat tentang insuran kembara yang sesuai, tak dapat maklumat yang saya perlukan. Akhirnya saya pilih MSIG, syarikat Jepun. Logik saya mengatakan mungkin lebih senang berurusan jika berlaku apa-apa yang tak diingini. Beli dalam talian sahaja. Paling penting perlu ada perlindungan untuk perkara-perkara berikut:
Emergency medical care
Medical evacuation and repatriation
Trip cancellation/interruption
Baggage/personal item loss and delay
24/7 worldwide assistance
Bonus kalau ada perlindungan percuma untuk anak-anak dan polisi boleh dibatalkan tak kira apa jua alasan.
5. Tukar matawang Yen
Biasanya bila kembara saya tukar mata wang negara yang dilawati antara RM1000 – RM1500 untuk makan, membeli belah, bayaran masuk ke tempat yang ingin dilawati. Kali ini saya tukar RM2000. Masih berbaki RM600 bila saya kembali dari Hokkaido. Bayaran hotel dan pengangkutan sudah dibayar kepada Nor.
Saya selalu tukar di Mid Valley Megamall. Selalunya lebih menguntungkan. Kali ini saya tukar di KL Sentral sebab kadar pertukaran di sini tak jauh beza dengan yang di Mid Valley untuk Yen.
Bila perkara penting dah buat, baru nampak Hokkaido melambai datang.