Melancong ke Auckland buat kali pertama – soalan pertama yang pasti bermain dalam fikiran – di mana saya ingin menginap? Saya memilih :
QUEEN STREET
5 Sebab Kenapa Saya Memilih Hotel di Queen Street
Queen Street sepanjang 3km bermula dari Downtown Ferry Terminal
berhampiran Britomart Transport Centre; hub pengangkutan utama di Auckland mendaki bukit hingga ke Karanghape Street (K Street). Ianya merupakan pusat perniagaan utama. Sebagai pusat perniagaan utama :
- Laluan Bas/Hanya berjalan kaki ke Tempat Tumpuan Pelancong
Mudah kemana-mana menggunakan perkhidmatan awam. Boleh tunggu bas di tempat perhentian bas sepanjang Queen Street, Britomart Transport Centre dan K Road; di hujung Queen Street.
Untuk ke Auckland Museum, kami menaiki bas dari K Road, bas berhenti di depan bangunan ini
berjalan ke depan sikit, belok kiri, berjalan kaki antara 5-10 minit ke Auckland Museum. Bayaran $3. Dari hentian bas depan bangunan ini, anda boleh menaiki bas kuning ke Mount Eden untuk menikmati pemandangan indah bandar Auckland dari puncak Mount Eden. Breathtaking view.
Dari Queen Street, anda boleh berjalan kaki ke Downtown Ferry Terminal; menaiki feri ke Devonport. Perjalanan antara 15-20 minit; harga tiket feri $12 pergi balik. Dari sini juga anda boleh ke beberapa tempat lain menggunakan perkhidmatan feri.
Dari Queen Street juga, anda boleh berjalan kaki ke Sky Tower.
Dari Queen Street juga, anda boleh berjalan kaki ke Viaduct Auckland.
Yang lebih penting, Queen Street adalah laluan bas dari Auckland Airport. Anda juga boleh ke Auckland Airport dari Queen Street (harga tiket bas $16 sehala). Perjalanan lebih kurang 40-45 minit.
2. Makanan Halal
Restoran yang menjual makanan halal banyak terdapat di Queen Street. Harga nasi & lauk ayam antara $5-6.
$5.50 – kenyang jugak. Nasi putih & ayam @ ayam & fries. Boleh pilih sos bbq, black pepper…
Jika anda berjalan ke depan sikit hingga ke K Road, anda akan berjumpa dengan Restoran Warisan Uncle Man’s milik En Najib yang berasal dari Muar.
3. Kedai cenderahati
Banyak terdapat di Queen Street. Boleh bandingkan harga walaupun perbezaan harga tidak ketara antara satu kedai dengan kedai lain.
Champions yang menjual barangan ekslusif All Blacks juga terdapat di Queen Street.
4. Convenience Store
Di kedai ini terdapat makanan halal sejuk beku, pastri, makanan segera ala Brahim
Daiso pun ada. Banyak sangat berjalan di Auckland, seluar pun jadi longgar, terpaksa beli tali pinggang kat Daiso. Pastu tandas kat hotel takde hose; terpaksa beli gayung. Pastu lupa bwk payung dr Malaysia (selalu bawa bila travel), kami hanya bawa poncho je, terpaksa beli payung di Daiso juga.
5. Jenama antarabangsa mudah didapati di sini
KIWI INTERNATIONAL HOTEL
Di Queen Street, saya memilih hotel ini kerana :
- Bas dari airport/ke airport berhenti betul-betul depan hotel ni. Tak perlu nak seret jauh beg2 besar itu
- Lokasi strategik antara Queen Street & Karanghape Road – 2 jalan paling sibuk di Auckland. Masa kami sampai di Auckland, kami diberi bilik mengadap Myers Park
Bila balik dari Rotorua, kami dapat bilik mengadap Sky Tower
- Wifi Percuma – boleh guna sesuka hati tanpa had. Kalau dah habis, boleh minta lagi
- Review di TripAdvisor yang memuaskan terutama tentang kebersihan hotel ini walaupun design lama. Worth ambil bilik besar sikit.
- Kemudahan mesin basuh, mesin pengering, seterika
- Ada agen pelancongan di tingkat bawah
- kami minta agen ni cari kereta sewa untuk kami. Tak perlu tempah dari Malaysia; mudah tempah bila dah sampai Auckland. Syarikat sewa kereta ini datang ambil kami di hotel untuk ke premis mereka.
kereta sewa kami berusia 10 tahun. Di Auckland, walaupun kereta dah berusia 10 tahun, masih dalam keadaan baik. Masa ambil kereta, minyak penuh. Bila pulang nanti, kena isi minyak penuh juga. Kami hantar kereta pada hari kami nak balik Malaysia. Drop kan kereta berhanpiran airport; u save ada pejabat di situ. Jangan risau jika tak sempat isi minyak sebelum itu kerana berhampiran airport ada stesen minyak.
Kami mula sewa pada hari Rabu pagi, terus ke Waitakere Ranges, Khamis ke Rotorua, dalam perjalanan singgah di Matamata (Hobbiton), pulang ke Auckland hari Sabtu & hanya hantar ke airport Ahad pagi. Kos sewa kereta & minyak lebih kurang NZD350.
Entri seterusnya, saya akan ceritakan lebih lanjut tentang tenpat-tempat menarik di Auckland yang sempat kami pergi insyaAllah.