Ditahan di Stansted London

Saya ingin berkongsi pengalaman pahit dalam kembara saya ke lebih 30 bandar dunia bermula dengan pengalaman pahit di London.

Mac 2010, saya dan suami menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-10 dengan melawat Sheffield-Manchester-Edinburgh-Paris-London.

SHEFFIELD
day trip, kamera tertinggal di Sheffield, tak banyak gambar di Manchester
MANCHESTER!
EDINBURGH!
PARIS!
LONDON

Kami menaiki pesawat AirAsia, mendarat di Stansted Airport. Tiket kami dapat RM1,900. Ingatkan dah murah sangat, tak rupanya. Ada mamat dalam penerbangan yang sama kata tiket dia RM1500 pergi balik.

just landed…happy sangat!

Selepas 2 minggu, tiba masa untuk pulang. Saya jenis yang memang kena makan nasi, sekurang-kurangya sekali sehari. 2 minggu kadang dapat makan nasi, kadang tidak, membuatkan hati dah tak sabar nak balik.

Di Stansted, beg yang saya bawa berbunyi. Tak tahu sebab apa. Yang ada dalam tu pun sepasang pakaian santai, kalau-kalau penerbangan ditangguhkan, pakaian dalam yang langsung takde besi, komputer riba dan kamera kecil. Seorang pegawai menghampiri saya, diperiksa beg dengan teliti.

Suami saya yang berada di lorong sebelah datang pada saya dan beritahu pegawai “she’s my wife, we travel together”. Apa bukti yang ada pun kan? Surat nikah bukan valid di sana. 4 pegawai kemudian mengelilingi saya beserta seekor anjing.

Saya dibawa masuk ke bilik pemeriksaan. Seorang pegawai wanita melakukan thorough body search. Tidak ada apa yang dijumpa. Barang kemas pun takde. Saya dibiarkan bersendirian dalam bilik itu selama 20 minit. Nak telefon suami pun tak boleh, tak buat roaming. Masa tu whatsapp tak wujud lagi. Diri hanya mampu berdoa. Macam-macam perkara negatif bermain dalam fikiran.

Selepas 20 minit, seorang pegawai wanita masuk dan kata “you are free to go”. Pasport saya dikembalikan. Alhamdulillah.

Masa tu anti-Islam belum kedengaran sangat. Cuma wanita-wanita ramai dijadikan keldai dadah. Mungkin sebab itu saya ditahan sebab bila nak scan beg, mungkin silap saya tidak berada di belakang/depan suami tetapi di lorong sebelah. Nampak seolah-olah saya travel sendirian.

Selepas peristiwa itu, saya agak serik untuk ke negara-negara barat. Belum terdetik lagi hati untuk ke sana. Cuma saya teringin untuk ke Edinburgh lagi. Tak puas sebab penerbangan kami Edinburgh-Paris diawalkan; masa di Edinburgh dikurangkan dan di Paris ditambahkan. Jika diberi pilihan Edinburgh/Paris, saya pilih Edinburgh – masayarakat agak friendly dan suasana santai.