8 Tip Bercuti Di Universal Studio Singapore

4 cara untuk pergi ke Universal Studio Singapore (day trip) saya kongsikan di sini.

Sebelum pergi pastikan kesemua ahli rombongan mempunyai kad putih yang telah diisi. Ini memudahkan urusan di checkpoint Woodlands nanti.

20160603_084903

Setiba di CIQ (Imigresen Malaysia), kesemua perlu turun. Anak-anak yang bersekolah menengah ke laluan automatik untuk pemegang passport Malaysia. Mereka perlu diajar untuk menggunakan laluan tersebut. Yang kecil akan bersama ibu mereka di kaunter pemeriksaan manual.

Anak-anak akan tunggu selepas kesemua ahli rombongan melepasi pemeriksaan imigresen. Kemudian sama-sama turun melalui Platform A untuk kembali ke bas. Pastikan ahli rombongan hafal no plat bas. Pada hari kami pergi, bas terpaksa menunggu lama kerana satu keluarga telah hilang arah. Ditambah dengan kesesakan lalulintas, kami tiba di USS lewat 45 minit dari waktu dibuka.

Sewaktu pulang, selepas pemeriksaan imigresen, pastikan anda tidak ke laluan JB Sentral, ianya laluan bertentangan dengan tempat bas parking.

Jangan lupa bawa tiket yang anda telah print untuk discan semasa masuk.

20160603_084941

TIP 1 – PILIH MASA YANG SESUAI

Walaupun anda telah membeli tiket secara online, ramai juga yang berbuat demikian. Jika pergi semasa peak period, anda perlu beratur panjang untuk masuk ke USS. Jika boleh elakkan pergi semasa cuti perayaan Tahun Baru Cina, Krismas dan cuti sekolah di Singapore. Anda boleh ke laman web ini untuk semak cuti sekolah di Singapore. Jika anda pergi semasa off-peak :

😆 Anda tidak perlu beratur panjang untuk bergambar bersama karakter kesayangan anda.

😆 Anda tidak perlu menunggu lama untuk giliran anda menaiki mana-mana rides/attractions.

😆 Tiket lebih murah.

TIP 2 : FIRST THING FIRST

😆 Selepas melepasi palang besi, di kaunter masuk, terus ambil Studio Guide dan jadual pertunjukan berdekatan kaunter masuk.

20160603_172215

Elok juga kalau anda boleh dapatkan Studio Guide dari keluarga/rakan yang telah pergi jika mereka masih menyimpan atau boleh juga print melalui laman web USS. Ini memudahkan anda merancang aturcara anda di USS terutama jika anda bercuti ke USS dengan anak-anak atau kumpulan besar.

😆 Ramai yang mengambil peluang bergambar di dpn pintu masuk USS dan selepas melepasi kaunter masuk. Lebih baik anda terus menuju ke rides/attractions yang popular dulu seperti Battlestar Galactica, Transformer & Revenge of the Mummy. Anda akan mempunyai banyak masa untuk bergambar di entrance kemudian. Bila lewat petang, tak ramai yang bergambar. Gambar anda pun sukar di photobomb oleh pelancong lain.

gambar ini kami ambil dalam pukul 5.45pm.

😆 Terdapat 2 jenis pass di USS :

  1. Universal Express – melayakkan pengunjung mendapat keutamaan menaiki satu ride tanpa perlu beratur atau jika beratur mungkin dalam tempoh yang singkat (priority access). Selalunya pengunjung yang membeli Universal Express ini adalah untuk Battlestar Galactica.
  2. Universal Express Unlimited melayakkan pengunjung menikmati priority access tanpa had di mana-mana rides/attractions.

Sebelum beli, tengok-tengok dulu jumlah pengunjung. Kalau agak-agak tak ramai, tak perlu beli. Beli kemudian pun takpe. Selain di pintu masuk (sebelah kiri), tiket-tiket Universal Express dan Universal Express Unlimited boleh juga dibeli di banyak tempat dalam USS.

20160603_172051

TIPS 3 : CUT THE QUEUE

Di USS, terdapat 7 zon bertema (themed zones).

Anda akan bertemu dengan Zon Hollywood dahulu. Di sini terdapat kedai-kedai cenderahati. Tak perlu tergesa-gesa membeli. Di setiap zon ada kedai. Kalau ada yang berkenan di mana-mana zon, beli sahaja. Ada kalanya cenderahati yang anda nampak di zon tidak terdapat di kedai cenderahati di Zon Hollywood. Di sini juga ada Character Meet and Greet – artis-artis/karakter Hollywood seperti Marilyn Monroe, Woody Woodpecker, Minions.

Di persimpangan Zon Hollywood, anda perlu ke kanan jika anda membawa anak-anak dewasa/ kesemua ahli rombongan dewasa dan ingin mencuba Battlestar Galactica/Transformer/Revenge of the Mummy yang queue saban masa panjang.

Jika anda membawa anak-anak kecil/ahli rombongan anda tak berani cuba ketiga-tiga di atas, maka di persimpangan Hollywood, ambil jalan kiri.

TIP 4 – MAKANAN DAN MINUMAN

😆 Keempat-empat kali saya ke USS, tidak sekali pun mereka memeriksa beg yang dibawa. Saya bawa makanan ringan dan botol air (letak dalam beg, jangan nampak sangat makanan tu). Makanan di USS sama seperti taman tema lain, agak mahal. Air kosong pun dalam $4. Bawa botol air kecil, di sana banyak disediakan water cooler, boleh isi air.

Bawa botol mineral kosong untuk anda beristinjak. Di USS tiada paip disediakan dalam toilet. Kena isi air dalam botol mineral kosong dan dibawa masuk dalam toilet.

Makanan halal terdapat di tempat-tempat berikut :

Mel’s Drive Inn – menjual burger, kentang goreng, milkshakes

Marty’s Casa Del Wild Food Court – – menjual nasi lemak dan briyani

Friar’s – menjual seafood dan aiskrim

Goldilocks – menjual ayam goreng dan aiskrim Ben & Jerry

Oasis Spice Cafe – menjual makanan timur tengah (pic)

20160603_142433

20160603_142507

20160603_142511

20160603_142456

20160603_142500

TIP 5 – AKSESORI TAMBAHAN

Ride kegemaran saya Jurassic Park Rapids Adventure (Zon : The Lost World). Anda akan basah menaiki ride ini. Kalau nasib tak baik, lencun. Dalam raft tu pun memang sedia basah. Jika anda tak ingin basah, bawa bersama anda poncho yang boleh dibeli dengan murah di Malaysia seperti di 7-Eleven dan Daiso. Jika anda beli di USS, harga adalah $4.

Disyorkan bawa payung lipat, senang bawa dalam beg. Saya juga bawa payung, cuma Alhamdulillah beli payung tak perlu pegang di pasar malam Hanoi (RM10).

20160603_105301

Getah yang perlu diletakkan di kepala langsung tidak menyakitkan. Dapat melindungi dari terik matahari. Kalau hujan, setakat kepala je yang tak basah.

Jangan lupa cermin mata hitam  😎 .

TIP 6 : HAD KETINGGIAN

Panduan boleh diperolehi di sini.

TIP 7 : PERTUNJUKAN

Bagi saya pertunjukan yang anda tak boleh miss :

Waterworld (Zon : The Lost World)

  • selalu pertunjukan diadakan pada pukul 12.30pm /1.00pm. Ada 2/3 pertunjukan ini sehari. Biasanya pengunjung akan tengok pertunjukan pada pukul 12.30pm/1.00pm. Ini kerana jika hujan pada waktu petang, pertunjukan ini akan dibatalkan.
  • jika cuaca baik, anda boleh tengok pertunjukan ini pada sesi berikutnya dan boleh mengambil kesempatan untuk menaiki rides lain di waktu ini kerana ramai yang akan menyaksikan pertunjukan Waterworld.

Shrek 4D (Zon : Far Far Away )

  • pertunjukan indoor yang menarik, umpama menonton wayang. Dapat merasakan gegaran, percikan air dan sebagainya. Ada tempat duduk yang dikhaskan untuk wanita mengandung, bayi dan mereka yang tidak mahukan gegaran. Jika anda ingin merasakan pertunjukan 4D, pastikan anda tidak duduk di barisan untuk mereka yang dinyatakan di atas.

Madagascar Boogie

  • berhibur bersama penguin-penguin yang comel dan King Julien yang mencuit hati. Selepas pertunjukan, cepat-cepat beratur untuk bergambar bersama mereka.

Hollywood Parade

  • hanya diadakan pada hari Sabtu pada pukul 3pm.

Bunga Api

  • juga diadakan pada hari Sabtu pada pukul 8pm.

Sesame Street Stage Show

  • menarik untuk anak-anak kecil.

TIP 8 : Kemudahan

😆 Terdapat kaunter kadar tukaran wang sebelum pintu masuk USS, di sebelah kanan.

😆 Terdapat kemudahan tandas di sebelah kanan selepas melepasi palang masuk. Dini juga terdapat kemudahan stroller & wheelchair.

electric vehicle
double stroller
single stroller
single stroller

20160603_172021

😆 Surau terdapat di Egypt World – bersebelahan Revenge of Mummy dan bertentangan dengan Oasis Cafe.

20160603_140821

20160603_142157

😆 Loker terdapat di beberapa tempat di USS; salah satunya di Revenge of the Mummy.

20160603_142334

Pertanyaan lain? Boleh komen di bawah, insyaAllah saya boleh bantu.

Jika anda merancang betul-betul percutian ke USS, insyaAllah percutian ke sana stress free  😀 .

Bercuti Bersama Anak : Destinasi USS

Pada 3 Jun 2016, saya, suami, 2 orang adik-adik saya dan anak-anak saudara seramai 10 orang bercuti ke Universal Studio Singapore (USS). Anak-anak saudara saya berumur antara 4-17 tahun. Ini adalah kali ke-4 saya ke USS; kali pertama pada Mac, 2010.

4 cara bercuti ke USS dari Johor Bahru :

1. Membawa kenderaan sendiri dari Johor Bahru (day trip)

Kali pertama saya ke USS pada tahun 2010, saya dan rakan menaiki kereta ke USS. Rakan saya park kereta berdekatan kasino; kemudian menggunakan escalator untuk ke USS. Caj letak kereta pada masa itu $20 per entry.

Agak mudah jika drive ke USS dari Johor Bahru kerana tidak perlu turun kenderaan bila melewati CIQ checkpoint & Woodlands checkpoint. Cuma kesesakan lalulintas (jika ada) perlu juga diharungi, malah mungkin lebih lama dari bas kerana bas ada laluan sendiri.

2. Pakej hotel + USS melalui laman web hotel/ melalui agen

Kali ke-3 dan ke-4, saya melancong ke USS, saya menggunakan cara ini. Saya dan keluarga menginap di M Suites Hotel. Oleh kerana ianya waktu sekolah, harga pakej di M Suites :

Dewasa : RM460 + RM50 (Surcharge) + GST

Kanak-Kanak 4-11 tahun – RM325 + RM30 (Surcharge) + GST

Pakej termasuk penginapan, sarapan percuma, pengangkutan pergi balik USS & tiket masuk USS.

Sarapan di M Suites bermula pukul 6.30am, disuruh bersedia di lobi hotel 7.30am. Banyak masa untuk bersarapan sebelum pergi.

3. Penginapan sendiri; sama ada book homestay atau tinggal bersama kawan/ahli keluarga

Anda hanya perlu beli tiket bas Odyssey di Tune Hotel. Bas akan mengambil penumpang depan Tune Hotel.

Boleh juga menaiki bas dari Terminal Bas Larkin, berhenti di MRT Kranji. Dari sana berhenti di MRT Dhoby Ghaut, tukar MRT ke Harbour Front.

System Map_w 24022016

Agak leceh jika membawa kanak-kanak. Rombongan kami pernah terpisah bila tukar-tukar tren di Hong Kong. Tren yang padat menyebabkan hanya anak-anak saudara saya yang dewasa berjaya masuk tren dulu. Mujur mereka telah diberitahu untuk berhenti di stesen mana.

4. Day Trip KUL-SIN (USS)

Odyssey juga menawarkan pakej ke USS dari Kuala Lumpur. Bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 3.00am dan kembali semula ke Kuala Lumpur dari USS jam 8.00pm. Setakat post ini ditulis, harga untuk dewasa RM325 & untuk kanak-kanak RM290.

Berikut adalah persediaan saya membawa rombongan seramai 14 orang ini :

1) Memastikan kesemua ahli keluarga yang menyertai mempunyai passport yang belum tamat tempoh

Dulu boleh buat passport tempoh laku 2 tahun. Kali terakhir adik-adik dan anak-anak saudara saya membuat passport adalah sebelum kami melancong ke Hong Kong pada Disember, 2014 untuk tempoh 2 tahun. Jadi kesemua mereka perlu memperbaharui passport kerana kesemua passport telah tamat tempoh. Kini tempoh sah 2 tahun telah dimansuhkan; kesemuanya tempoh sah 5 tahun. Bayaran membuat passport :

 ➡ Pemohon biasa (13 tahun – 59 tahun) – RM 200

 ➡ Warga emas (60 tahun ke atas) – RM 100

➡ Kanak-kanak (bawah 12 tahun) – RM 100

➡ Siswazah luar negara (bawah 21 tahun) – RM 100

 ➡ Jemaah haji – RM 100

➡ Orang kelainan upaya (OKU) – Percuma

2) Mencari cara mudah dan murah melancong ke USS dari Johor Bahru

Beberapa hotel sekitar Johor Bahru menawarkan pakej hotel + USS seperti Bayu Marina Resort, KSL Resort, Pulai Springs Resort, Tune Hotel, M Suites….

Kali ke-3 saya bercuti ke USS bersama staf saya pada tahun 2013, kami menginap di Bayu Marina Resort yang menawarkan pakej day trip ke USS. Kami menginap di studio suite dan 3 bedroom-suite. Pada masa itu memang berpuashati menginap di sana. Suka sangat dim sum masa sarapan pagi; sarapan pagi termasuk dalam harga pakej. Cuma yang tak best pakej USS yang ditawarkan oleh pihak ke-3 kepada tetamu Bayu Marina Resort :

  1. Kami dibawa ke satu tempat dengan coach dan dibiarkan di tepi jalan menunggu bas yang akan membawa kami ke USS. Kena tunggu dalam 1 jam.
  2. Waktu balik dijanjikan 7.30 malam; menunggu lagi sebab bas datang lambat.

Kali ini saya memilih M Suites sebab kali pertama menginap di M Suites pada bulan April tahun ini, saya suka studio suite di M Suites. Walaupun perabot lama, bilik luas, staff memberikan layanan memuaskan, buffet breakfast tak menghampakan (mee goreng/koay teow sedap) dan saya yakin anak-anak saudara saya suka swimming pool di M Suites yang ada 2 slides.

3) Menukar matawang

Jika pakej melancong ke USS dari Johor Bahru, bayaran anda akan buat bila check out kepada pihak hotel dalam RM. Anda hanya perlu membawa dollar Singapore untuk membeli makanan, minuman dan cenderahati. Saya suka menukar matawang asing di Mid Valley berdekatan escalator. Kadang-kadang di Bandar Baru Sungai Buloh & Setia City Mall berdekatan rumah saya.

4) Roaming

Bagi pengguna prepaid tiada masalah; auto roaming. Bagi pengguna postpaid macam saya, pakej MaxisONE World; sehari RM38 – unlimited voice, SMS and data serta tambahan 500MB high-speed data. Bila masuk Singapura, turn on data roaming. Maxis akan menghantar SMS, connect provider SingTel. Penting utk tahu provider mana supaya kita tak dicaj ribu riban bila balik Malaysia. Pakej ini hanya terpakai kepada 8 negara ASEAN :

Singapore, Indonesia, Thailand, Myanmar, Brunei, Philippines, Cambodia, Laos

Jika ini kali pertama anda ke luar negara & anda adalah pengguna postpaid, kena inform service provider. Macam saya kalau tak silap, dulu saya bayar deposit RM300 utk roaming service Maxis. Jika sudah bayar deposit ini, tidak perlu inform Maxis lagi bila ingin ke luar negara seterusnya.

5) Kad Kredit

Juga jika kali pertama anda keluar negara, pastikan anda beritahu bank yang mengeluarkan kad kredit anda tarikh anda akan keluar negara, terutama jika anda menggunakan kad debit. Hingga kini saya masih beritahu Maybank jika saya keluar negara supaya segala transaksi tidak dihentikan sepanjang saya berada di luar negara.

Pengeluaran wang tunai melalui mesin ATM di luar negara akan dikenakan bayaran bagi setiap pengeluaran.

Post berikut nanti saya akan menceritakan pengalaman kami di USS insyaAllah.