Bercuti Bersama Anak : Destinasi USS

Pada 3 Jun 2016, saya, suami, 2 orang adik-adik saya dan anak-anak saudara seramai 10 orang bercuti ke Universal Studio Singapore (USS). Anak-anak saudara saya berumur antara 4-17 tahun. Ini adalah kali ke-4 saya ke USS; kali pertama pada Mac, 2010.

4 cara bercuti ke USS dari Johor Bahru :

1. Membawa kenderaan sendiri dari Johor Bahru (day trip)

Kali pertama saya ke USS pada tahun 2010, saya dan rakan menaiki kereta ke USS. Rakan saya park kereta berdekatan kasino; kemudian menggunakan escalator untuk ke USS. Caj letak kereta pada masa itu $20 per entry.

Agak mudah jika drive ke USS dari Johor Bahru kerana tidak perlu turun kenderaan bila melewati CIQ checkpoint & Woodlands checkpoint. Cuma kesesakan lalulintas (jika ada) perlu juga diharungi, malah mungkin lebih lama dari bas kerana bas ada laluan sendiri.

2. Pakej hotel + USS melalui laman web hotel/ melalui agen

Kali ke-3 dan ke-4, saya melancong ke USS, saya menggunakan cara ini. Saya dan keluarga menginap di M Suites Hotel. Oleh kerana ianya waktu sekolah, harga pakej di M Suites :

Dewasa : RM460 + RM50 (Surcharge) + GST

Kanak-Kanak 4-11 tahun – RM325 + RM30 (Surcharge) + GST

Pakej termasuk penginapan, sarapan percuma, pengangkutan pergi balik USS & tiket masuk USS.

Sarapan di M Suites bermula pukul 6.30am, disuruh bersedia di lobi hotel 7.30am. Banyak masa untuk bersarapan sebelum pergi.

3. Penginapan sendiri; sama ada book homestay atau tinggal bersama kawan/ahli keluarga

Anda hanya perlu beli tiket bas Odyssey di Tune Hotel. Bas akan mengambil penumpang depan Tune Hotel.

Boleh juga menaiki bas dari Terminal Bas Larkin, berhenti di MRT Kranji. Dari sana berhenti di MRT Dhoby Ghaut, tukar MRT ke Harbour Front.

System Map_w 24022016

Agak leceh jika membawa kanak-kanak. Rombongan kami pernah terpisah bila tukar-tukar tren di Hong Kong. Tren yang padat menyebabkan hanya anak-anak saudara saya yang dewasa berjaya masuk tren dulu. Mujur mereka telah diberitahu untuk berhenti di stesen mana.

4. Day Trip KUL-SIN (USS)

Odyssey juga menawarkan pakej ke USS dari Kuala Lumpur. Bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 3.00am dan kembali semula ke Kuala Lumpur dari USS jam 8.00pm. Setakat post ini ditulis, harga untuk dewasa RM325 & untuk kanak-kanak RM290.

Berikut adalah persediaan saya membawa rombongan seramai 14 orang ini :

1) Memastikan kesemua ahli keluarga yang menyertai mempunyai passport yang belum tamat tempoh

Dulu boleh buat passport tempoh laku 2 tahun. Kali terakhir adik-adik dan anak-anak saudara saya membuat passport adalah sebelum kami melancong ke Hong Kong pada Disember, 2014 untuk tempoh 2 tahun. Jadi kesemua mereka perlu memperbaharui passport kerana kesemua passport telah tamat tempoh. Kini tempoh sah 2 tahun telah dimansuhkan; kesemuanya tempoh sah 5 tahun. Bayaran membuat passport :

 ➡ Pemohon biasa (13 tahun – 59 tahun) – RM 200

 ➡ Warga emas (60 tahun ke atas) – RM 100

➡ Kanak-kanak (bawah 12 tahun) – RM 100

➡ Siswazah luar negara (bawah 21 tahun) – RM 100

 ➡ Jemaah haji – RM 100

➡ Orang kelainan upaya (OKU) – Percuma

2) Mencari cara mudah dan murah melancong ke USS dari Johor Bahru

Beberapa hotel sekitar Johor Bahru menawarkan pakej hotel + USS seperti Bayu Marina Resort, KSL Resort, Pulai Springs Resort, Tune Hotel, M Suites….

Kali ke-3 saya bercuti ke USS bersama staf saya pada tahun 2013, kami menginap di Bayu Marina Resort yang menawarkan pakej day trip ke USS. Kami menginap di studio suite dan 3 bedroom-suite. Pada masa itu memang berpuashati menginap di sana. Suka sangat dim sum masa sarapan pagi; sarapan pagi termasuk dalam harga pakej. Cuma yang tak best pakej USS yang ditawarkan oleh pihak ke-3 kepada tetamu Bayu Marina Resort :

  1. Kami dibawa ke satu tempat dengan coach dan dibiarkan di tepi jalan menunggu bas yang akan membawa kami ke USS. Kena tunggu dalam 1 jam.
  2. Waktu balik dijanjikan 7.30 malam; menunggu lagi sebab bas datang lambat.

Kali ini saya memilih M Suites sebab kali pertama menginap di M Suites pada bulan April tahun ini, saya suka studio suite di M Suites. Walaupun perabot lama, bilik luas, staff memberikan layanan memuaskan, buffet breakfast tak menghampakan (mee goreng/koay teow sedap) dan saya yakin anak-anak saudara saya suka swimming pool di M Suites yang ada 2 slides.

3) Menukar matawang

Jika pakej melancong ke USS dari Johor Bahru, bayaran anda akan buat bila check out kepada pihak hotel dalam RM. Anda hanya perlu membawa dollar Singapore untuk membeli makanan, minuman dan cenderahati. Saya suka menukar matawang asing di Mid Valley berdekatan escalator. Kadang-kadang di Bandar Baru Sungai Buloh & Setia City Mall berdekatan rumah saya.

4) Roaming

Bagi pengguna prepaid tiada masalah; auto roaming. Bagi pengguna postpaid macam saya, pakej MaxisONE World; sehari RM38 – unlimited voice, SMS and data serta tambahan 500MB high-speed data. Bila masuk Singapura, turn on data roaming. Maxis akan menghantar SMS, connect provider SingTel. Penting utk tahu provider mana supaya kita tak dicaj ribu riban bila balik Malaysia. Pakej ini hanya terpakai kepada 8 negara ASEAN :

Singapore, Indonesia, Thailand, Myanmar, Brunei, Philippines, Cambodia, Laos

Jika ini kali pertama anda ke luar negara & anda adalah pengguna postpaid, kena inform service provider. Macam saya kalau tak silap, dulu saya bayar deposit RM300 utk roaming service Maxis. Jika sudah bayar deposit ini, tidak perlu inform Maxis lagi bila ingin ke luar negara seterusnya.

5) Kad Kredit

Juga jika kali pertama anda keluar negara, pastikan anda beritahu bank yang mengeluarkan kad kredit anda tarikh anda akan keluar negara, terutama jika anda menggunakan kad debit. Hingga kini saya masih beritahu Maybank jika saya keluar negara supaya segala transaksi tidak dihentikan sepanjang saya berada di luar negara.

Pengeluaran wang tunai melalui mesin ATM di luar negara akan dikenakan bayaran bagi setiap pengeluaran.

Post berikut nanti saya akan menceritakan pengalaman kami di USS insyaAllah.

10 Jenis Penginapan Di Jepun

Saya melawat Jepun pada tahun 1999; negara luar pertama yang saya lawat. Adik bongsu saya ketika itu menuntut di salah sebuah universiti di Jepun baru saja menamatkan pengajian. Saya menghadiri majlis konvokesyen beliau menggantikan ibubapa saya yg pd waktu itu sedang mengerjakan umrah.

Teringat lagi masa tu langsung tak tahu menahu tentang travel oversea. Tak boleh bayangkan kesejukan yg menanti; saya hanya pakai jaket nipis sedangkan suhu waktu itu bawah 10. Mujur adik saya dah standby jaket tebal.

Sempat bersukaria di Disneyland Tokyo, makan strawberi di ladang, beli shot glass di Hard Rock Cafe, borong brg2 Hello Kitty & kawaii di kedai 100 yen (masa tu takde lg kat Malaysia).

InsyaAllah Disember ini saya bakal membawa rombongan ke Tokyo. Banyak maklumat saya kena cari. Saya berkongsi maklumat yang saya perolehi di sini supaya senang saya cari semula dan semoga bermanfaat buat semua.

Penginapan di Jepun terbahagi kepada 3 kategori :

– Penginapan bercirikan tradisonal (Traditional Japanese style room (和室, washitsu);

– Penginapan bercirikan barat/moden

– Penginapan unik

JAPANESE STYLE

➡ RYOKAN

image : www.explorejapan.jp
image : www.explorejapan.jp
  • rumah penginapan bercirikan rumah tradisional Jepun terutama di kawasan resort air panas.
  • bukan sahaja untuk anda tidur tetapi juga merasai pengalaman kehidupan rakyat Jepun.
  • harga bergantung kepada jenis ryokan : standard (paling murah), moden, tradisional, mewah, hotel. Boleh baca lebih lanjut mengenai jenis ryokan di sini.
  • biasanya terdapat :
  1. Tatami
  • tikar tebal, dianyam, bersaiz antara 1-2 meter. Dahulunya hanya mampu dimiliki oleh golongan bangsawan, kini ianya boleh didapati di hampir kesemua rumah di Jepun. Kasut/selipar perlu ditanggalkan sebelum menjejakkan kaki atas tatami.

Tatami mat

2. Futon bed

  • tilam yang dibentang atas tatami. Tilam ini akan dilipat dan diletakkan di dalam almari pada waktu siang dan dibentang semula selepas makan malam. Futon selalunya digunakan di penginapan ryokan dan minshuku.
image : www.explorejapan.jp
image : www.explorejapan.jp

3. Japanese traditional bath

  • Cara mandian sebegini bukan sahaja untuk membersihkan badan tetapi juga untuk merehatkan badan. Biasanya disediakan 2 bilik berasingan – satu untuk menyalin pakaian yang dilengkapkan dengan sinki; satu lagi dilengkapkan dengan shower dan tab mandi. Tandas di tempat berasingan.
  • Anda perlu membasahkan badan di shower atau bekas disediakan. Kemudian masuk ke dalam tab mandi untuk merendamkan badan. Selalunya air di dalam tab mandi adalah panas antara 40-43 darjah. Keluar dari tab mandi, bersihkan badan dengan sabun. Pastikan tiada sabun masuk dalam tab mandi. Bilas badan, baru masuk semula ke dalam tab mandi.
image : flashconf.com
image : flashconf.com

Di samping itu anda juga dapat merasa masakan tempatan jika menginap di ryokan.

Harga penginapan di Ryokan bergantung kepada saiz, lokasi, kemudahan yang disediakan. Ada ryokan dikendalikan oleh ahli keluarga sahaja, ada juga ryokan yang menyerupai hotel – banyak bilik. Ada ryokan bajet, ada ryokan mahal. Penginapan ryokan selalunya menyediakan hidangan malam, diikuti oleh sarapan keesokan hari.

Boleh baca di sini 20 Ryokan yang disenaraikan di Trip Advisor yang digemari pelancong.

 ➡ MINSHUKU

  • Konsep “bed and breakfast” di Jepun. Antara 5,000 – 10,000 yen seorang seorang semalam. Biasanya family run business, menyediakan makan malam & sarapan.
  • Konsep lebih kurang sama seperti ryokan tapi lebih kepada penginapan bajet.
  • Tatami dan futon disediakan.
image : www.japan-guide.com
image : www.japan-guide.com

 ➡ RUMAH/APARTMENT

  • semakin mendapat tempat di Jepun terutama di Tokyo dan Kyoto.
  • seluruh rumah atau apartment disewa selalunya oleh kumpulan besar.
  • terdapat rumah/apartment moden dan berciri tradisional.
  • Tempahan boleh dibuat melalui airbnb.com. Kena berhati2 bila tempah penginapan melalui airbnb di Jepun. Baru-baru ini desakan daripada industri perhotelan dan rakyat Jepun yg tidak selesa kawasan perumahan mereka dibanjiri pelancong asing menyebabkan Perdana Menteri Shinzo Abe telah mengeluarkan peraturan untuk home sharing/minpaku in Japanese. Rumah/apartment hanya boleh disewa jika tetamu menginap sekurang-kurangnya seminggu; average mereka menginap hanya 4 hari. Kesan dari peraturan ini akan menyebabkan banyak Airbnb rentals di Jepun tidak sah. Peraturan ini akan menjadi undang-undang jika dikuatkuasakan oleh majis daerah. Osaka, bandar ke-3 terbesar di Jepun telah menguatkuasakan peraturan ini; begitu juga Ota.

WESTERN STYLE

 ➡ Business Hotels 

  • harga antara 5,000 – 10,000 yen setiap bilik
  • menawarkan bilik kecil, moden, ringkas. Makanan ringan dan minuman boleh dibeli dari vending machine yang disediakan. Rangkaian hotel seperti Route Inn, APA Hotel, Super Hotel dan Toyoko Inn menawarkan penginapan di lokasi strategik dengan harga berpatutan. Sesuai bg mereka yg hanya memerlukan tempat utk tidur.

 ➡ Pension

  • harga antara 6,000 – 12,000 yen setiap seorang.
  • perbezaan dengan minshuku – pension menawarkan penginapan berkonsep moden. Kebanyakannya dimiliki oleh golongan berada; kos lebih tinggi membina pensions dari membina minshuku.
  • boleh didapati di kawasan resort pergunungan, countryside (cottage)

 ➡ Hostels dan Dorm

  • 1,500 – 4,000 yen seorang.
  • penginapan paling murah. Terdapat bilik-bilik bercirikan tradisional.
image : http://www.jyh.gr.jp
image : http://www.jyh.gr.jp
  • Family room juga boleh didapati di Youth Hostels.

PENGINAPAN UNIK

 ➡ Capsule Hotels

  • berharga antara 3,000 – 4,000 yen seorang
  • konsep yang kini juga terdapat di Malaysia.
  • menyediakan televisyen, kunci utk coin lockers, radio.
  • sesuai untuk solo travellers. Ada kapsul hotel menawarkan women-only floors.
  • tidak sesuai utk pasangan kerana kemungkinan besar akan ditempatkan di kapsul yang berlainan tingkat.
http://travelpluswine.com
http://travelpluswine.com

 ➡ Menginap di Kuil (Temple Lodgings – Shukubo)

  • penginapan selalunya termasuk 2 hidangan vegetarian dan peluang menyertai acara keagamaan seperti meditasi, sembahyang di awal pagi, lawatan ke kubur pd waktu malam utk mereka yg adventurous.
  • tidak sesuai untuk pelancong Muslim.
  • paling terkenal di Mount Koya.
image : boutiquejapan.com
image : boutiquejapan.com

 ➡ Manga Cafes

  • berharga antara 1,500 – 3,00 yen seorang.
  • menyediakan tempaat duduk/ruang untuk membaca manga (komik Jepun) dan melayari internet. Kebanyakannya dibuka 24 jam dan menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh pelancong bajet rendah untuk bermalam di manga cafe.
  • anda boleh pilih tempat duduk di tempat terbuka atau tertutup (private booth). Private booths kebanyakannya dilengkapi meja, kerusi pejabat/reclining chair, katil sofa/futon. Ada juga manga cafe yang boleh memuatkan 2 org atau lebih tetapi harga lebih mahal.
image : japan-guide.com
image private booth : japan-guide.com

Love Hotels

  • harga antara 6,000 – 12,000 yen sebilik
  • lebih memberi perkhidmatan kepada pasangan yg ingin meluangkan masa bersama tanpa diganggu.
  • boleh bermalam di sini, boleh juga menghabiskan masa hanya 2-3 jam di sini.
image : japandailypress.com
image : japandailypress.com

Berminat nak menginap di ryokan/minshuku tapi kena cari yang bajet sbb nak bawak ramai rakyat. Kalau berdua je tentu dah pilih love hotel  😳