27 Tip Menulis Travelog

(Artikel saya ini telah disiarkan oleh online portal Jejak Tarbiah pada 8 Mac 2019 dan mendapat 121 Likes dan dikongsi oleh 96 orang di Facebook)

Definisi

Travelog adalah cerita kembara. Biasanya ditulis atau disampaikan dalam bentuk naratif atau lapuran bertulis. Ianya berkaitan dengan pandangan dan pengalaman peribadi pengembara. Imej biasanya disertakan untuk membawa pembaca atau pendengar ke tempat atau situasi dalam cerita.

Langkah-Langkah Menulis Travelog

  1. Tentukan tujuan menulis.

Gaya penulisan berbeza untuk majalah, untuk kawan atau untuk diri sendiri. Untuk terbitan umum, penggunaan bahasa pasar dikurangkan dan ejaan ditulis penuh,

  1. Ambil nota.

Bawa buku nota ke mana sahaja anda pergi. Catat apa yang anda lihat, tempat yang anda pergi dan orang yang anda jumpa. Catatkan juga perasaan dan pandangan anda tentang tempat, orang dan situasi yang anda temui.

Boleh juga guna perakam suara (recorder). Kumpulkan brosur, peta, panduan, tiket masuk dan sebagainya untuk panduan menulis kemudian.

  1. Ambil gambar sebanyak mungkin. Tidak semestinya hanya ambil gambar tempat bersejarah atau tempat popular. Papan tanda, jalan yang sibuk dan apa yang penduduk tempatan buat mampu sampaikan mesej dan cerita yang kuat.

Bagus jika anda mampu ambil gambar monumen dengan baik. Jika tidak, untuk tujuan penulisan, ambil sahaja imej dari Google. Ada yang percuma seperti di freeimages.com. Jika mampu bayar, boleh dapatkan imej yang lebih baik seperti di shutterstock.com.

Bila sampai di rumah, peruntukkan masa untuk review rakaman dan catatan. Asingkan ikut tarikh, kepentingan atau kriteria lain. Pilih gambar yang paling sesuai gambarkan saat indah kembara anda.

  1. Gariskan atau rumuskan (outline) kembara anda. Ini masih belum laporan lengkap tapi penting untuk susun pemikiran dan idea. Anda dapat juga lihat sama ada aliran cerita mengalir secara logik dan mudah difahami.
  2. Selepas siap rumusan, bersedia untuk tulis travelog penuh. Cuba tulis sebaik mungkin. Tambah deskripsi, sejarah, maklumat secara tepat dan jelas, Beri ilmu kepada pembaca tentang budaya dan tradisi tempat yang anda lawati.

 

Topik Fokus

  1. Budaya dan tradisi penduduk tempatan

Menarik jika anda buat sedikit kajian tentang perbezaan budaya dan tradisi masyarakat tempatan dan kemudian dapat tengok sendiri perbezaan ini bila sampai di bandar yang anda lawati. Perbezaan ini  mampu menarik minat pembaca dan jadikan penulisan anda berbeza dengan penulisan orang lain.

Ketika di Istanbul baru-baru ini, saya cuba beri tempat duduk dalam trem kepada seorang lelaki tua yang berdiri. Saya beri isyarat agar dia duduk di kerusi yang telah dikosongkan. Dia berkata sesuatu. Terangkat kening bila dia berkata. Saya tidak faham. Saya beri isyarat lagi supaya dia duduk. Saya dengar dan nampak dia berdecit. Saya geram. Rupanya itu budaya penduduk tempatan yang beri mesej mereka tak mahu.

  1. Makanan

Fokus kepada perbezaan makanan mengikut kaum penduduk tempatan atau daerah.

Sebagai contoh, ketika berada di Shanghai baru-baru ini, saya lebih banyak makan mi tarik yang dipopularkan oleh orang Islam Hui dari wilayah Ningxia. Masyarakat Islam Uyghur dari Xinjiang pula popularkan makanan seperti naan, pilaf pengaruh dari Asia Tengah, Timur Tengah dan disesuaikan dengan selera tempatan.

  1. Cabaran dan halangan kembara

Antara pengalaman kembara yang saya tidak boleh lupa ialah ketika berada di Stansted Airport, United Kingdom. Tidak semena-mena penggera keselamatan berbunyi ketika beg saya melalui mesin pengimbas. 4 orang pegawai keselamatan dan seekor anjing pengesan mengelilingi saya. Saya dibawa ke bilik siasatan, disoal dan hanya dilepaskan 20 minit kemudian.

  1. Harga dan pengangkutan

Maklumat tentang harga dan pengangkutan boleh beri panduan dan pilihan bila sediakan peruntukan ground arrangement, masa dan tenaga yang boleh dijimatkan. Ketika saya pergi ke Kashmir dari Delhi pada tahun 2011, saya boleh pilih untuk naik keretapi (12 jam) atau saya boleh pilih untuk naik kapal terbang (2 jam). Saya pilih naik kapal terbang untuk jimatkan masa dan tenaga. Mungkin ada yang suka naik keretapi kerana dapat lihat pemandangan sepanjang perjalanan.

 

Poin Penting Untuk Panduan

  1. Jangan hanya senaraikan tempat yang anda lawat dan makanan yang anda nikmati. Perlu ada idea utama yang menarik. Idea ini yang akan jadi tulang belakang karya anda. Contoh : ibrah dari kejadian dan refleksi beza tempat anda tinggal dan tempat anda melawat. Tema sejarah juga boleh jadi intipati karya anda.
  2. Cuba pergi tempat lain dari yang biasa pelancong lain pergi. Dengan cara ini boleh tambah banyak cerita menarik dan akhirnya tambah nilai kepada pembaca.
  3. Di bahagian pengenalan, boleh beri latar belakang, keadaan politik dan ekonomi tempat yang anda lawati. Di bahagian tengah, perkenalkan maklumat anda ingin beritahu kepada pembaca berdasarkan rakaman dan nota yang anda buat sepanjang kembara. Di akhir bahagian, ringkaskan pengalaman anda, Kongsi pendapat, pandangan dan tindakan anda seterusnya.
  4. Tidak semestinya hanya bercerita perkara yang baik-baik sahaja tentang sesuatu tempat. Ceritakan juga pengalaman perit, kesusahan, masalah di imigresen, tahap kebersihan dan scam.

The Do’s

  1. Jangan hanya bercerita tentang pengalaman peribadi. Beri maklumat penting kepada mereka yang ingin melawat. Beri gambaran tentang kos pengangkutan awam, hotel, bayaran masuk tempat menarik dan hiburan tempat yang dilawati.
  2. Masukkan suasana tempat dan perbualan dengan penduduk tempatan dan pelancong yang anda temui. Tanya tentang kehidupan mereka – masalah dan kebaikan tinggal di situ.
  3. Masukkan sejarah dan budaya tempat tersebut.
  4. Masukkan unsur humor dalam tulisan atau masalah yang anda hadapi dan berjaya atasi.
  5. Semak dan sunting karya anda.

The Dont’s

  1. Jangan masukkan gambar anda di monumen bersejarah. Gambar anda di tempat tersebut hanya untuk simpanan peribadi, dikongsi bersama rakan dan keluarga.
  2. Jangan hanya ulang dan ceritakan semula maklumat yang boleh didapati dalam buku panduan pelancong seperti Lonely Planet.
  3. Jangan guna sebarangan gambar yang boleh dijumpai di internet. Jika boleh guna gambar yang anda ambil.
  4. Jangan berlebih-lebihan menghakim budaya dan tradisi orang lain.
  5. Jangan tunggu masa lama untuk mula menulis. Terus tulis lepas balik dari kembara sementara fakta masih segar dalam ingatan.

Masalah Biasa Bila Menulis Travelog

  1. Fokus hanya kepada fakta. Kurang emosi dan tulisan menjadikan karya anda membosankan.
  2. Terlalu bersemangat meluahkan perasaan dan fikiran.
  3. Hanya bergantung kepada memori bila tulis travelog. Sama ada rujuk semula kepada nota atau cari maklumat tambahan.
  4. Terlalu banyak mengkritik. Cuba seimbangkan tulis perkara negatif dan positif dalam kembara. Ini menjadikan travelog anda lebih berwarna warni.

“Travelling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” Ibn Battuta

 

Pengalaman Beli Tiket Murah Di Skyscanner

Pengalaman saya buat kali pertama beli tiket murah ke Tokyo (Narita) di Skyscanner.

Pada mulanya saya tidak berani membuat tempahan melalui Skyscanner kerana :

  • tidak pernah menggunakan laman web ini
  • menyangkakan tempahan memerlukan pengisian banyak maklumat untuk setiap penumpang. Oleh kerana saya membawa 11 ahli keluarga yang lain, tentunya mengambil masa lama untuk mengisi begitu banyak maklumat. Di Air Asia dan Malaysia Airlines, saya telah menyenaraikan 10 ahli keluarga dalam “My Family and Friends”, saya hanya perlu tandakan dalam kotak di tepi nama, memudahkan urusan membeli tiket untuk kesemua mereka
  • nama-nama agen pelancongan yang disenaraikan oleh Skyscanner kurang saya kenali, takut berlaku penipuan

Bila tengok harga tiket ke Tokyo, Januari 2017 di laman web Air Asia, harga untuk seorang dewasa RM1800 lebih; belum termasuk bayaran bagasi dan makanan. MAS lagi mahal.

Saya mengunjungi MATTA Fair dengan harapan dapat beli tiket murah ke Tokyo; beratur lama di kaunter Air Asia pada hari Jumaat, hari pertama MATTA Fair. Tak ramai yang beratur tetapi sebab masing-masing ingin cari tiket murah, mereka mengambil masa yang panjang. Bila tiba giliran saya, harga tiket lagi mahal dari harga yang saya sendiri lihat di laman web. Saya cuba juga beli tiket di kaunter lain seperti Sedunia Travel, POTO Travel, Amar Travel, harga yang diberi memang melebihi 2 ribu.

Nekad akhirnya menggunakan Skyscanner.

Kali pertama menggunakan Skyscanner, membawa rombongan keluarga 12 orang – 4 dewasa, 8 kanak-kanak berusia antara 4-17 tahun memang memeningkan. Saya kongsi pengalaman saya ini, moga boleh menjadi panduan beli tiket murah ke Tokyo di Skyscanner.

  1. Pergi ke laman web Skyscanner

2016-09-08-19-41-22

Skyscanner hanya membenarkan saya beli tidak lebih dari 9 tiket pada satu transaksi. Saya cuba membeli 12 tiket sekaligus, tetapi disuruh pilih :

  1. tukar tarikh; atau
  2. tambah airport berhampiran; atau
  3. mulakan carian baru

Bila tukar carian baru, saya kurangkan jumlah penumpang tidak lebih dari 9 orang, baru carian boleh dilakukan.

screenshot_2016-09-08-18-59-55

Saya beli tiket pada bulan September 2016, akan travel Januari 2017 insyaAllah, umur kanak-kanak yang akan travel perlu ditambah setahun bila mengisi ruang ini. Juga ada agen pelancongan menyenaraikan bawah 15 tahun sebagai kanak-kanak, ada agen pelancongan menyenaraikan bawah 11 tahun sebagai kanak-kanak.

Saya membuat 3 kali pembelian untuk trip ini. Walaupun jumlah pada kad debit cukup, bila tiba masa untuk bayar, mengambil masa lama. Saya akhirnya terpaksa menggunakan Visa Kredit Maybank membeli 12 tiket dalam 3 transaksi yang berasingan kerana had kredit saya hanya RM18 ribu. tidak cukup untuk membayar harga kesemua tiket. Saya cuba menggunakan kad kredit adik saya. Walaupun had kredit cukup, transaksi tidak berjaya.

Saya cuba untuk membuat bayaran kad kredit melalui maybank2u supaya had kredit saya bertambah dan cukup untuk saya beli tiket seterusnya, tetapi setiap kali bayaran ingin dibuat, keluar statement “bayaran melebihi jumlah kredit (hutang)”. Mungkin kerana agen pelancongan belum membuat tuntutan bayaran daripada pihak bank. Saya akhirnya terpaksa ke cash deposit machine Maybank, buat bayaran, lepas tu balik rumah dan beli tiket kapal terbang untuk 2 penumpang terakhir.

Kelengahan seperti ini mungkin akan menyebabkan :

  • harga tiket menjadi lebih mahal bila anda melakukan transaksi berikutnya. Semasa saya sedang membeli tiket, keluar pop-up harga tiket akan berubah dalam masa 27 minit
  • mungkin tiket habis untuk penerbangan yang diinginkan

Saya menyimpan kesemua salinan pasport ahli keluarga yang akan ke Tokyo bersama dalam telefon bimbit saya supaya senang dan cepat memasukkan data.

Kebaikan membeli tiket yang banyak dalam beberapa transaksi :

  • kurang melakukan kesilapan ketika memasukkan data penumpang yang diperlukan. Sebarang kesilapan perlu diperbetulkan dengan agen pelancongan dan ada di antara agen pelancongan tiada pejabat di Malaysia. Ini akan mengambil masa. Di samping itu ada kemungkinan anda perlu membayar penalti untuk sebarang pertukaran.
  • ada kemungkinan juga harga tiket bertambah murah untuk pembelian seterusnya.

Saya ingin membeli tiket ke Tokyo; tak kira Haneda/Narita Airport, maka saya tanda kotak “Add Nearby Airports”. Jarak di antara Narita Airport ke central Tokyo lebih kurang 60km, jarak di antara Haneda Airport ke central Tokyo lebih kurang 22km. Perlu tahu lapangan terbang mana yang lebih senang/dekat ke tempat penginapan anda selain dari faktor harga tiket.

Oleh kerana saya membawa ramai kanak-kanak, saya memberi keutamaan kepada perkara-perkara berikut :

  • direct flight; transit selalunya memanjangkan lagi tempoh perjalanan. tergesa-gesa jika berlaku kelewatan penerbangan. Tandakan di kotak “Direct Flights Only”

screenshot_2016-09-08-19-00-06

  • penerbangan malam dan tiba keesokan pagi supaya jika tempoh penerbangan lama, anak-anak boleh tidur/berehat sepanjang perjalanan.

Seterusnya, dipaparkan syarikat penerbangan, waktu penerbangan, tempoh penerbangan dan harga tiket.

screenshot_2016-09-08-19-01-39

Saya “Select” harga pilihan saya dan diminta memilih agen pelancongan beserta harga tiket yang ditawarkan.

screenshot_2016-09-08-19-01-57

Saya memilih Gotogate untuk trip ini sebab :

  1. harga yang ditawarkan murah
  2. penerbangan malam dan sampai keesokan pagi
  3. direct flight – dari Kuala Lumpur, Malaysia Airlines akan menerbangkan kami dan pulang bersama Japan Airlines (code share)

Selepas pilihan dibuat,

2016-09-08-19-40-26

2016-09-08-19-39-17

screenshot_2016-09-08-19-03-25

“go to payment”; bayaran perlu dibuat.

screenshot_2016-09-09-11-42-31

Untuk pilihan ini, harga tiket sudah termasuk bayaran bagasi.

Bayaran tambahan pilihan RM8 untuk pemberitahuan melalui sms. Ada juga bayaran tambahan jika ingin tiket fleksibel – boleh buat pindaan tarikh penerbangan dan sebagainya. Ok kalau travel sorang tapi kalau travel ramai, mahal juga RM135 untuk setiap penumpang.

Jika menggunakan kad kredit, caj tambahan untuk kad kredit akan dikenakan bila anda ingin membuat bayaran. Untuk 2 tiket yang saya beli, caj untuk kad kredit RM189. Perhatikan 972USD di bahagian bawah. Jumlah ini (dalam matawang USD) yang akan dituntut oleh Gotogate dari bank. Ada agen pelancongan yang menggunakan Pound, Euro dan sebagainya.

Ini penyata kad kredit. Gotoget menggunakan matawang USD. Pound digunakan oleh bravofly. Bank convert jumlah ini ke Ringgit Malaysia mengikut kadar tukaran wang asing bank pada hari tuntutan dibuat (bukan pada hari yang sama).

screenshot_2016-09-09-11-22-43

Jumlah akhirnya dicaj ke kad kredit saya (RM4,068.93) (mengikut kadar tukaran wang asing bank pada hari itu); mahal dari jumlah yang dipaparkan di Skyscanner (RM3,976). Ini bermakna penggunaan kad kredit menambahkan harga tiket yang saya beli (RM189 + RM92.93 = RM281.93). Ini bermakna juga tiket untuk seorang penumpang untuk pembelian tiket kali kedua saya buat, agak mahal (RM2,034.47 seorang) dibandingkan dengan pembelian tiket sebelum itu.  Berlaku perubahan harga walaupun dibeli pada hari yang sama. Untuk tiket sebelum itu, harga tiket dewasa + caj hanya RM1,664 dan kanak-kanak RM1,468.

Ada yang mengatakan, Skyscanner hanya untuk bandingkan harga. Bila tau penerbangan mana tawar harga murah, terus ke laman web penerbangan tersebut seperti yang disyorkan oleh artikel ini. Saya cuba tapi dapati harga yang dipaparkan di laman web Japan Airlines/Malaysia Airlines/Air Asia lebih mahal dari harga yang saya bayar bilabeli tiket melalui agen pelancongan di Skyscanner.

2. Tunggu pengesahan e-ticket melalui emel dari agen pelancongan

Beberapa jam selepas saya beli tiket murah ke Tokyo di Skyscanner, saya mendapat e-ticket dari bravofly. Saya menerima e-ticket dari Gotogate 2 hari kemudian. Alhamdulillah.

20160911_073054-1-1

3. Sahkan tiket di laman web penerbangan

Saya pergi ke laman web Japan Airlines untuk mengesahkan e-ticket yang diberikan. Takut juga kalau ditipu oleh agen pelancongan.

screenshot_2016-09-11-07-42-26

Pilih “View My Reservations”.

Kemudian masukkan maklumat ini. “Family name” dan “Given name” kesemua dalam huruf kecil dan tiada “spacing”.

screenshot_2016-09-11-07-43-41

Maklumat kemudian dipaparkan mengesahkan kami memang akan menaiki penerbangan tersebut insyaAllah.

4. Check in

72 jam sebelum penerbangan.

Walaupun agak pening untuk beli tiket murah di Skyscanner, saya tidak serik untuk menggunakan Skyscanner lagi. Cuma di masa hadapan, saya perlu pastikan saya baca tip beli tiket di Skyscanner. Contoh tip – ada yang kata beli hari Selasa lagi murah, agen pelancongan Tripsta tak kenakan caj tambahan jika menggunakan Master card, kena beli tiket sekurang-kurangnya 7 minggu sebelum terbang dan sebagainya.

Ini pengalaman saya. Moga dapat beri sedikit sebanyak panduan beli tiket murah di Skyscanner insyaAllah.

Cara Murah dan Mudah Ke Taman Negara Bako

Taman Negara Bako atau Bako National Park terletak 40km dari bandar Kuching. Ianya antara taman negara yang terkecil di Sarawak. Apa yang menarik tentang Bako adalah pelbagai hutan hujan, flora dan fauna, pelbagai hidupan liar termasuk monyet Proboscis yang hanya terdapat di Borneo, 150 spesis burung, air terjun yang menjunam turun ke dalam kolam air dengan pemandangan hutan yang begitu mempersonakan, pantai terpencil, 16 laluan hutan terdapat di situ. Maklumat lanjut tentang Taman Negara Bako boleh dibaca di sini

Pada tahun 2015, saya telah membawa 5 staf kami melawat bandar Kuching. Turut menemani saya adalah rakan karib saya. Lawatan selama 5 hari 4 malam membawa kami ke tempat menarik di Kuching seperti Kampung Budaya Sarawak, river cruise, Muzium Kuching, kedai kek lapis dan restoran Dayang Salhah, Top Spot food court dan sebagainya.

Sunset River Cruise
Sunset River Cruise

shopping kek lapis Dayang Salhah

shopping terubuk ikan masin
shopping ikan terubuk masin

borong tshirts

Ingin menjadikan office trip kali ini berbeza, saya membawa staf ke Taman Negara Bako. Bila tanya teksi, mereka ingin mengenakan bayaran RM250-300 untuk perjalanan pergi balik. Itu tidak termasuk upah tour guide RM100 yang akan menemani kami sepanjang berada di Bako. Sebelum pergi, saya memang dah baca review di TripAdvisor tentang cara murah untuk melawat Bako.

😎 Menaiki bas merah No 1 (Rapid Kuching) di depan mall Electra House. Boleh sarapan di gerai berhampiran. Bas bermula dari 7am-5pm. Setiap satu jam ada bas ke Bako.

dalam bas merah ke Bako
dalam bas merah ke Bako

bas kosong, kita pose dulu

bas kosong, kita selfie dulu
bas kosong, kita selfie dulu

😎 Dari Tune Hotel Waterfront, jalan melalui Jalan Wayang (1.1km – 14minit) @ boleh tunggu bas di   perhentian bas berdekatan Hilton Hotel, River Majestic Hotel. Bas No 1 lalu di depan beberapa hotel sepanjang waterfront. Tambang RM3.50 seorang. Perjalanan akan mengambil masa 45 minit.

😎 Ada juga minivan yang membawa penumpang ke Bako. Kalau grup ramai dan boleh memenuhi minivan, boleh juga menaiki minivan dan bertolak segera. Harga boleh runding. Antara RM5-10 seorang.

😎 Tiba di jeti. Perlu daftar nama kesemua ahli rombongan, masa anda dijangka pulang dan buat bayaran.

😎 Bot  – RM47 satu bot/sehala untuk 5 orang. Kalau 6-8 orang dikira RM9 seorang/sehala. Kanak-kanak bawah 7 tahun percuma. Tiba awal di Jeti jika bilangan ahli rombongan kurang dari 5 orang. Boleh kongsi bot dengan orang lain; jadi tak perlu bayar untuk satu bot

dalam bot ke Taman Negara Bako
dalam bot ke Taman Negara Bako

😎 Pas masuk untuk warganegara RM10, bukan warganegara RM20, untuk kanak-kanak berusia 7-18 tahun RM7

😎 Upah guide : RM100. Saya syorkan anda mengambil guide. Kami dapat Mr Alex; mmg terbaik. Semua binatang yang kami nak tengok terutama Proboscis Monkeys rare species kami dapat tengok (kali pertama saya up close personal dengan Proboscis Monkeys adalah di Labuk Bay, Sandakan)

😎 bawa teropong kalau ada; kami pinjam tour guide punya

20150316_103856-1

 😎 bawa topi kalau perlu; bergantung kepada trail yang anda pilih

 😎 kasut sukan; bersedia utk jinjing kasut jika air surut dan bot perlu mendarat jauh dari pantai

20150316_091653-1

 😎 zip lock bag untuk gajet anda. Nangis kalau gajet mahal jatuh dalam ni (laluan Telok Paku)

20150316_102712

 😎 bawa bekalan air mencukupi. Kami bawa jajan sikit. Di kantin Taman Negara Bako katanya air mineral sebotol RM4.

  😎 di jeti ada kantin kalau nak sarapan atau alas perut bila balik dari Taman Negara Bako.

 😎 kena ada stamina. Baby dan kanak2 berusia 5 tahun tidak digalakkan dibawa ke Taman Negara Bako kerana Paku trail yang paling dekat pun sehala antara 750-800m sehala; mengambil masa lebih kurang sejam sehala. Ni bukan jalan-jalan cari makan, ni jalan-jalan cari haiwan, kena ikut mood haiwan, kejap dia ada, kejap dia takde….

 😎 Dikatakan bulan April-Ogos adalah waktu sesuai untuk ke Taman Negara Bako

 😎 boleh tempah penginapan di Taman Negara Bako di laman web ini. Kebanyakan review negatif tapi kalau anda benar-benar ingin menginap di hostel yang disediakan, ingin merasai nikmat tidur dalam hutan, disyorkan pilih Forest Lodge Type 5 yang baru diperbaiki dan dipasang penghawa dingin. Forest Lodge Type 6 pun ok, cuma hanya ada kipas angin.

20150316_092201-1

Sampai sini, kena daftar nama ahli kumpulan. Yg ni guide buat untuk kami. Kena buat tau, untuk pastikan tiada yang hilang dalam hutan. Ada tandas disediakan. Di sepanjang laluan hutan tiada tandas ye. Baik gi dulu siap-siap.

Guide kemudian bawa kami ke sini, masih di entrance. Kena pilih nak gi walking trail mana. Kami pilih Telok Paku. Nampak tak, tu yang paling dekat. Foreigners yang pilih untuk menginap di situ sebab mereka nak pergi ke laluan yang jauh atau nak menerokai banyak laluan. Ada laluan yang membawa ke pantai yang cantik, bentuk mukabumi yang menarik.

20150316_094403

Best sangat guide kami. Dia tahu mana lokasi tepat di mana kami boleh lihat haiwan yang terdapat di Taman Negara Bako. Most of the time kami tak sempat capture gambar haiwan2 tu sebab pergerakan mereka pantas. Antara yang sempat :

20150316_111605-1
cantikkan ular ni?

Ini je sempat capture sebab dok leka tengok haiwan yang guide tunjuk. Babi hutan lalu tepi pun macam no hal sebab babi hutan mind their own business hihi…

20150316_105157-1

20150316_103332-1

kocak2 air, terasa jari2 digigit ikan
kocak2 air, terasa jari2 digigit ikan

Guide baik hati nak tunjuk kami laluan lain tapi by that time kami dah penat, minta pulang lebih awal dari 2pm yang kami janji dengan boat. Kena tunggu sekejap. Bila bot sampai, kami dibawa melihat ukiran batu yang sungguh menarik

20150316_122028

20150316_121825

20150316_121841

Bila sampai ke jeti, perlu menunggu untuk menaiki bas No 1. Bila nampak minivan, kami terus naik minivan, kalau tak silap RM5 seorang. Minivan akan ambil orang sepanjang jalan untuk penuhkan van. Dihantar berdekatan dengan Tune Hotel Waterfront, tempat kami menginap.

Apa kata anda cuba masukkan Taman Negara Bako dalam itinerari anda untuk melihat keindahan alam di bumi Borneo.

6 Tips Book Hotel/Penginapan Murah

Memilih hotel/penginapan murah untuk setiap percutian, selalunya saya mengambil masa yang lama mencari hotel yang sesuai dengan bajet dan keperluan. Saya selalu menggunakan laman web TripAdvisor utk menempah hotel/penginapan murah. Menggunakan laman web ini membolehkan saya :

  1. membandingkan harga Agoda, Expedia, Hostelworld, AirAsia Go, Booking.com dan sebagainya;
  2. membaca review daripada mereka yg pernah menetap di sesuatu hotel itu;
  3. give back to the community dengan menulis review tentang tempat yang saya sudah lawati untuk membantu travellers yang lain. Contoh review saya tentang hotel di Istanbul yang kami menginap untuk beberapa hari. Setakat ini saya telah menulis 14 review mengenai penginapan murah yang saya pernah menginap.

6 tips yang saya senaraikan di bawah adalah berdasarkan pengalaman dan rujukan saya. Mungkin serba sedikit boleh dijadikan panduan untuk menempah penginapan murah. Hotel murah yang pernah saya menginap dan dinyatakan di bawah ini melainkan dinyatakan sebaliknya, boleh anda pertimbangkan jika anda melawat bandar-bandar tersebut.

1. Booking.com, Agoda, Expedia dan sebagainya tidak semestinya murah

Anda bayangkan laman web Booking.com, Agoda, Expedia dan sebagainya seperti hypermarket Giant, Tesco, Carrefour; mereka mungkin ada promosi untuk barang A tetapi tak semestinya mereka ada promosi untuk barang B. Hari ini Giant mungkin ada promosi untuk barang A, Tesco mungkin ada promosi untuk barang B. Harini mungkin Booking.com ada promosi untuk bilik A tetapi tiada promosi untuk bilik B. Agoda mungkin ada promosi untuk bilik B. Anda perlu buat research sebanyak mungkin.

Pergi juga ke laman web hotel berkenaan dan cuba bandingkan harga. Kadang-kadang hotel ada buat promosi – diskaun harga bilik, sarapan pagi percuma, baucer membeli belah…Kadang-kadang promosi bilik di laman web hotel lagi murah dari yang ditawarkan oleh laman web disenaraikan di atas.

Bagaimana anda ingin tahu yang mana satu menawarkan bilik di hotel yang sama tetapi pada harga yang paling murah? Saya terbaca dalam satu artikel yang menyebut anda boleh cuba pergi ke laman web ini. Saya belum pernah cuba laman web ini tetapi akan mencuba untuk trip seterusnya.

hotelscombined

Ada juga hotel seperti Travelodge yang tidak masuk dalam laman web perbandingan harga. Lawat laman web mereka sebelum membuat keputusan muktamad. Saya pernah menginap di Travelodge Sheffield pada tahun 2010 dan tempahan dibuat secara terus melalui laman web mereka.

DSCN4852DSCN4853

DSCN4854DSCN4851

2. Pilih lokasi hotel murah yang berdekatan dengan tempat yang ingin anda lawati atau stesen pengangkutan awam

Ini adalah untuk menjimatkan kos pengangkutan, mengelakkan kebarangkalian sesat yang boleh membazirkan masa dan tenaga anda. Jika anda pernah pergi lebih dari sekali ke tempat tersebut, anda boleh menginap di hotel jauh sikit dari tempat tumpuan pelancong kerana tempat tumpuan pelancong biasanya harga hotel agak mahal sikit.

Contoh hotel murah yang saya tempah berhampiran dengan tempat yang saya lawati atau berhampiran stesen pengangkutan awam.

Istanbul

Saya mencari hotel murah di sekitar Sultanahmet. Saya memilih Mystic Hotel Istanbul kerana tempat menarik yang ingin kami lawati seperti Blue Mosque, Aya Sofia, Topkapi, Basilica Cistern, Eminonu, Spice Market, Grand Bazaar kebanyakannya walking distance dari Mystic Hotel. Ini menjimatkan wang kerana setiap kali anda menaiki tram di Istanbul, anda perlu membayar 4TL (RM5.70) walaupun untuk short trip contohnya dari satu stesen ke stesen lain, melainkan anda ada Istanbulkart (boleh naik tram pada harga 2.30TL – 2.50TL).

DSC_1957DSC_1960

DSC_1962

Walau bagaimana pun saya kurang puashati dengan layanan pemilik Mystic Hotel dan untuk rakan saya yang akan ke Istanbul saya cadangkan Hotel Med Cezir.  Saya tidak pernah menginap di sini tetapi review tentang hotel ini di TripAdvisor agak bagus.

➡ Pamukkale, Turki

Saya memilih Hotel Sahin, jaraknya hanya 50m dari Hierapolis/Cotton Castle. Dari balkoni anda dapat melihat pemandangan yang cantik ini. Anda boleh menggunakan perkhidmatan tour guide atau anda boleh melawat tempat ini self guided.

DSC_2841 DSC_2843

Hong Kong

Saya melancong ke Hong Kong pada kali pertama pada tahun 2006 bersama Reliance. Kami ditempatkan di Metropark Hotel Mongkok. Kali kedua saya melancong ke Hong Kong pada akhir tahun 2014 bersama 18 ahli keluarga lain. Kali ini saya yang merancang itinerari perjalanan untuk ahli rombongan. Saya memilih penginapan murah di Golden Crown Guest House, Tsimshatsui, Kowloon kerana lokasinya :

  • hanya 2,3 minit sahaja dari Tsimshatsui MTR Station;
  • walking distance ke Victoria Harbour dan Ferry Terminal;
  • Masjid Kowloon terletak berhadapan dengan hotel ini; mudah mencari makanan halal
  • Bas A21 dari airport berhenti betul-betul depan hotel. Kami tak perlu guna servis airport transfer yang tentunya mahal untuk membawa 19 penumpang beserta beg-beg besar.

Kami menempah 4 double rooms & 2 quad rooms untuk memuatkan 19 ahli rombongan.

New Delhi, India

Saya melancong ke India pada tahun 2011 bersama 2 rakan, kami memilih kawasan backpackers di Main Bazar, Paharganj sebab penginapan murah kami; Smyle Inn Hotel hanya 5 minit sahaja berjalan kaki ke stesen keretapi New Delhi Train Station; mudah untuk ke bandar-bandar lain di India. Makanan murah, buah-buahan segar juga senang diperolehi di sini.

Paris

Saya melancong ke Paris pada tahun 2010 bersama suami, saya memilih hotel murah; Alfa Hotel Nation  kerana jaraknya lebih kurang 5 minit sahaja dari Nation metro station. Dari Nation, boleh terus ke Disneyland Paris & Charles de Gaulles airport (kami terbang dari Edinburgh dan mendarat di airport ini).

3. Rancang kewangan anda; stick to your travel budget

Bayaran untuk hotel adalah belanja kedua terbesar selepas tiket kapal terbang terutama jika anda berada di sesuatu tempat lebih dari seminggu. Kami melancong ke Turki selama 10 hari 9 malam. Bajet kami untuk hotel hanya RM100 semalam; tidak lebih dari RM1,000 untuk 9 malam. Di Sultanahmet, kebanyakan hotel murah di kawasan berbukit, maka lebih baik elakkan pergi musim panas.

Sebagai budget traveller, bila kami melancong, kami hanya ingin melawat tempat-tempat menarik. Shopping bukan keutamaan. Bab keselesaan – kami boleh sacrifice sikit. Apa yang penting penginapan murah yang kami tempah ada WiFi percuma untuk membolehkan kami menghubungi keluarga kami dengan cara murah. Satu ciri hotel bajet terutama di kawasan backpackers, budget hotels….selalunya WiFi laju. Di Turki, kelajuan internet sederhana; masalah di kebanyakan hotel murah sekitar Sultanahmet. Berlainan dengan Malaysia, macam susah nak dapat WiFi percuma di tempat awam di Turki.

Kerana stick to travel budget, kami tidak menaiki hot air balloon di Cappadocia kerana kosnya pada masa itu RM550 seorang; lari dari bajet kami.

4. Pertimbangkan penginapan homestay, apartment, hostel, dorm dan sebagainya terutama jika kumpulan besar

Medan, Indonesia

Semasa saya membawa keluarga saya seramai 23 orang ke Medan, kami menginap di Hotel Deli River, Medan. 4 cottages yang comel  dan selesa untuk keluarga saya. Walaupun hotel ini agak jauh dari Pasar Ikan, tujuan kami ke Medan adalah untuk sightseeing sebelum meneruskan perjalanan ke Lake Toba dan Brastagi. Konsep ala-ala homestay dengan kemudahan swimming pool, flying fox, kolam ikan, jauh dari hiruk-pikuk kota, sesuai untuk rombongan kami yang majoriti kanak-kanak. Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan tour guide beserta bas untuk kami melawat Lake Toba, Brastagi dan kembali semula ke Medan.

DSCN7850DSCN7841

DSCN7842DSCN7856

 DSCN7849DSCN7878

Bandung

Semasa saya membawa keluarga saya ke Bandung seramai 22 orang, kami menginap di apartment Aston Braga Bandung yg mempunyai 3 bilik, dilengkapi dapur untuk memasak, peralatan memasak yang lengkap, meja makan. Kami menginap di dua apartment yang terletak pada floor yang sama. Aston Braga Bandung hanya walking distance ke Pasar Baru.

➡ Edinburgh

Saya melawat Edinburgh semasa road trip saya ke UK dan Paris pada tahun 2010 bersama suami sempena anniversary kami yang ke-10.

Kami sewa kereta di sana. Ini membolehkan kami menginap jauh sikit dari tempat menarik di Edinburgh. Kami sewa bilik di rumah Scottish couple. Mereka tinggal di tingkat bawah. 3 bilik di atas adalah untuk disewakan kepada budget travellers seperti kami. Rumah mereka mendapat rating tinggi di TripAdvisor. Apa yg membuat saya terpikat dengan rumah mereka :

  • jalan kaki ke promenade. Best stroll along the beautiful promenade
  • binatang peliharaan tak dibenarkan; takdelah jumpa bulu binatang bersepah
  • senang nak dapat makanan halal di situ
  • Scottish breakfast untuk tetamu mereka

DSCN4950 DSCN4951

DSCN4991 DSCN4992 (3)

Legoland, Nusa Jaya, Johor

Kami menginap di sebuah rumah lot tepi Home2U Homestay. Terdapat 6 bilik yang boleh memuatkan kesemua kami seramai 18 orang. 4 bilik air untuk kegunaan pelanggan. Kami membawa peralatan memasak kami sendiri. Lokasi rumah ini :

  • 20 Minit ke Senai Airport
  • 20 Minit ke Johor Premium Outlet

  • 20 Minit ke JB Town ~ City Square

  • 15 Minit ke Danga Bay

  • 15 Minit ke the Tuas CIQ

  • 10 Minit ke Legoland Malaysia

  • 10 Minit ke Hello Kitty Malaysia

  • 10 Minit ke Tesco Bukit Indah Shopping Centre

  • 10 Minutes to Giant Bukit Indah Shopping Centre

  • 5 Minit berjalan kaki ke Aeon Bukit Indah Shopping Centre

  • 2 Minit ke Malaysia-Singapore Highway ( Link to North-South Highway)

  • 2 Minit ke Iskandar Coastal Highway

5. Pastikan sama ada hotel/penginapan murah ada menawarkan pemberian percuma atau diskaun untuk perkhidmatan lain

Cuba survey mana-mana hotel yang memberi pakej terbaik untuk penginapan anda. Contoh :

 ➡ Mystic Hotel Istanbul

Jika anda menginap di hotel ini selama 5 malam, anda dapat diskaun untuk malam terakhir.

Guven Cave Hotel Cappadocia

Mr Mustafa, pemilik Guven Cave Hotel yang kami menginap selama 3 hari 2 malam memberikan kami diskaun 20€ untuk hot air balloon Turkiye Balloons kerana dia merupakan salah seorang hot air balloon pilot dengan syarikat ini

Golden Crown Court, Tsimshatsui

Istimewanya hotel ini, anda boleh membeli tiket ke tempat-tempat berikut dengan harga yang lebih murah. Bila check in, terus je beli tiket masuk ke tempat yang anda kehendaki.

golden_crown_discounted_tickets

Concorde Hotel Gold Coast, Surfers Paradise

Semasa Malaysia Airlines mengadakan The Malaysia Airlines Travel Fair 2004/5 yang pertama, kami membeli pakej Free and Easy dari Corporate Information Travel. Bersama pakej yang kami beli (pada masa itu hanya RM2700, all in – termasuk flight tickets Malaysia Airlines, menginap di Concorde Hotel, Surfers Paradise, entrance ke Sea World dan Movie World, airport transfer (pada masa itu dari Brisbane), pick up service to and fro Sea World & Movie World. CIT juga memberikan kami voucher seafood buffet dinner di Marriott Resort & Spa, Surfers Paradise

Kesemua hotel yang kami menginap selama ini menawarkan sarapan percuma yang sangat-sangat diperlukan kami sebelum memulakan lawatan. Sarapan pagi ini penting kerana kadang kala tempat yang kita ingin lawati tiada restoran yang buka awal pagi.

Walaupun begitu, sebagai budget travellers, kami tetap membawa bekalan makanan dari rumah.

6. Bayar sebelum atau selepas menginap?

Saya lebih suka hotel yang membenarkan bayaran dibuat bila daftar masuk (check in). Hotel hanya memerlukan butir-butir kad kredit/ debit. Jika tempahan bilik dibatalkan kurang dari 2 hari sebelum pelanggan sepatutnya daftar masuk, penalti atau bayaran penuh akan dicaj kepada kad kredit/ debit pelanggan. Jika tempahan dibatalkan lebih dari 2 hari sebelum daftar masuk, tiada penalti/ bayaran dikenakan.

Kelebihan membayar sepenuhnya terlebih dahulu sebelum menginap – kadang-kadang hotel menawarkan harga pada kadar istimewa untuk tempahan seperti ini.

Took me many sleepless nights bila merancang percutian self guided tapi salah satu passion saya – travel. Tak terasa masa berlalu walaupun perancangan selalunya mengambil masa 2 bulan jika ke negara yang saya belum pernah pergi. Saya kongsikan di sini serba sedikit pengalaman saya, moga bermanafaat insyaAllah.