18 Barang Keperluan Haji/Umrah : Kecil Tapi Penting

Kembara haji dan umrah perlukan jemaah buat persediaan sebanyak mungkin sebelum berangkat ke Mekah/Madinah. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga agar fizikal dan minda dapat difokuskan pada ibadah. Ada yang kata, tidak mengapa jika tertinggal barang, di sana semua ada. Kejatuhan RM menyaksikan barang-barang yang dijual di sana lebih mahal dari di Malaysia. Masa yang perlu digunakan untuk cari barang lebih baik digunakan untuk memaksimakan amalan.

Barang-barang yang saya senaraikan adalah barang-barang yang saya bawa dalam beg silang untuk ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Senarai ini boleh diubah mengikut keperluan jemaah. Penting untuk ada senarai semak ini sebelum kaki melangkah ke masjid. Ini demi memastikan kita dapat manfaatkan masa yang ada di masjid dengan efisyen.

SENARAI BARANG UNTUK IBADAH

1. Sejadah lipat

Bilangan : 1

Ciri-ciri :
  1. Ringan – muat dalam beg silang.
  2. Mudah lipat – sejadah muka memang mudah dibawa tetapi disyorkan bawa sejadah yang besar sedikit untuk bantu kurangkan rasa sejuk/panas jika terpaksa solat di ruang tanpa karpet.
  3. Kalis air – mudah dbersihkan. Jika kotoran sedikit, boleh bersihkan dengan tisu basah sahaja. Jika perlu dibasuh, sejadah jenis ini cepat kering walaupun hanya disidai dalam bilik bertutup.

Jemaah diwajibkan rapatkan saf sebelum solat. Sejadah ini membolehkan kita lipat dua jika jem aah di kiri/kanan turut bawa sejadah sendiri. Jika mereka tidak bawa, kita boleh bentang sejadah dalam keadaan melintang untuk dikongsi dengan jemaah di sebelah.

Kegunaan :

  1. untuk keselesaan dan kesihatan bagi jemaah yang alah pada habuk yang terperangkap di karpet.
  2. untuk melindungi diri dari sejuk simen jika jemaah terpaksa solat di ruang tiada karpet.

2. Tasbih Digital

Bilangan : 2

(diletak dalam beg sandang dan meja sisi katil). Jika hanya bawa 1 tasbih, dan perlu keluarkan dari beg sandang bila berada dalam bilik, ada kemungkinan kita terlupa untuk masukkan semula.

Ciri-ciri :

  1. kecil, ringan, mudah dipakai pada jari telunjuk.

Kegunaan :

  1. Mengingatkan kita agar sentiasa mengingati Allah,
  2. Tidak mudah tercicir,
  3. Mudah ikhlaskan hati zikir kerana Allah kerana saiz tasbih yang kecil sering terlindung oleh lengan jubah/telekung dari pandangan jemaah lain.

3. Wuduk Spray

Bilangan : 1

Ciri :

  1. ringan
  2. tidak terlalu lebar
  3. lubang semburan halus agar air yang keluar tidak meleleh setiap kali semburan

Kegunaan : mudah untuk berwuduk bila wuduk terbatal, boleh dilakukan sambal duduk.

Ini bergantung juga kepada :

  1. berapa lama jemaah rancang untuk berada dalam masjid?

Saya hanya berada di masjid sebelum solat Subuh hingga bermula waktu solat dhuha dan sebelum solat Maghrib hingga habis solat Isyak. Jadi, saya hanya bawa botol kecil dan rendah, cukup sekadar untuk ambil sekali wuduk.

      2. jarak hotel jemaah ke masjid?

Jika jarak hotel kurang dari 100 meter ke masjid, mudah untuk berulang alik ke hotel jika ada keperluan mendesak. Tidak perlu bawa botol wuduk yang besar.

      3. sama ada jemaah rancang untuk solat di tingkat atas atau di tingkat bawah berhampiran eskalator? Di tingkat bawah berhampiran eskalator ke Mataf, ada ruang ambil wuduk untuk jemaah. Tiada tandas dalam kawasan masjid.

4. Cermin mata untuk membaca

Bilangan : ikut keperluan

Ciri-ciri : bertali agar mudah digantung di leher dan tidak mudah hilang.

5. Tasbih tawaf/saie

Bilangan : 1

Ciri-ciri : saiz kecil

Kegunaan : membantu dalam pengiraan pusingan tawaf/saie.

SENARAI BARANG UNTUK KESIHATAN

1. Ubat Sakit Tekak

Bilangan : 1-4 peket

Jika beli banyak, boleh beri kepada jemaah lain yang memerlukan.

Ciri-ciri : Pilihan saya Difflam AB, perisa oren dan Strepsils.

Kegunaan :

Ada 2 jenis Difflam :

  1. a) Difflam AB – untuk tekak kering, gatal dan perlukan kelegaan sementara. Ada perisa lemon, orange, honey lemon, blackcurrant. Selalunya bila ke klinik, klinik akan bagi Difflam berwarna merah.
  2. b) Difflam Hextra – untuk tekak perit. Ada 1 perisa sahaja iaitu purple grape.

2. Gel untuk selsema

Bilangan : 1

Ciri-ciri : pilihan saya, Himalaya Cold Relief Balm, produk Himalaya

Kegunaan :

  1. untuk melegakan pernafasan dan hidung tersumbat.

3. Makanan ringan

Bilangan : 1/2

Ciri-ciri : peket kecil biskut/kurma/bar tenaga (energy bar)/ pisang. Pilihan saya Hutan Ration Powerfood, saya bawa ke Arafah/Mina.

Kegunaan :

  1. untuk alas perut sementara menunggu waktu makan utama dan memastikan bertenaga untuk beribadat.

4. Minuman

 Bilangan : 1

 Ciri-ciri : botol air kecil. Pilihan saya Tupperware Eco Bottle 310ml.

Kegunaan :

  1. kurangkan risiko dehidrasi,
  2. kurangkan masa dan tenaga berjalan untuk dapatkan air; dan
  3. dapat pastikan tempat solat kita tidak diambil oleh jemaah lain.

5. Pelitup Muka

Bilangan : jika sehari perlukan 3 helai, darabkan dengan jumlah hari umrah/haji.

Ciri-ciri : headloop. Pilihan saya : Jovian headloop 3-ply, memudahkan pernafasan.

Kegunaan :

  1. untuk mengelakkan risiko dijangkiti penyakit berjangkit.

6. Cermin mata hitam dan bucket hat

Bilangan : 1 setiap satu di atas

Ciri-ciri : besar, boleh dilipat, pilihan saya, bucket hat dari Miniso

Kegunaan :

  1. memastikan keselesaan mata
  2. melindungi kulit dari sinaran UV
  3. melambatkan kesan penuaan

SENARAI BARANG UNTUK KEBERSIHAN

1. Tisu

Bilangan : 1 peket kecil

Kegunaan :

  1. digunakan bila bersin/batuk jika tidak pakai pellitup muka;
  2. sebagai bahan lap selepas menggunakan tandas;
  3. mudah untuk bersihkan tangan selepas makan makanan alas perut.

2. Plastik

Bilangan : 1 atau 2

Ciri-ciri : saiz kecil dan bertangkai

Kegunaan :

  1. Untuk buang sampah kecil seperti tisu, pembalut makanan. Boleh dibuang bila ada pekerja pembersihan masjid datang menghampiri/dibuang dalam tong sampah dijumpai sepanjang perjalanan pulang ke bilik.
  2. untuk diisi seluar dalam yang dah dipakai sebelum diganti dengan yang baharu.

3. Seluar dalam

Bilangan : 1

Ciri– ciri :

  1. pakai buang
  2. jenis kain supaya tidak melecet.

Kegunaan :

  1. digalakkan pakai pad/pantiliner bila nak buat umrah. Tiada tandas di kawasan mataf. Di tempat saie, tandas terletak di luar bukit Marwah. Mungkin tidak sempat nak sampai ke tandas, dah terkucil. Jika pakai pad/pantiliner, mungkin tidak kena pada seluar dalam tapi lebih baik bawa juga lebih. Seluar dalam yang terkena najis boleh dibilas dengan air dan dimasukkan sementara dalam plastik kecil. Jika belum habis tawaf, perlu ambil semula wuduk selepas buang air. Jika hanya tinggal saie, tidak perlu ambil wuduk semula.

4. Plastik/beg kasut

Bilangan : 1

Ciri-ciri : ala backpack, tidak perlu jinjing

Kegunaan : memastikan kasut/selipar tidak hilang bila keluar dari masjid.

Ada yang kata lebih baik kasut diletakkan di rak kasut di luar masjid. Bagi saya, ini tiada masalah jika di Masjid Nabawi. Mudah nak keluar berdasarkan nombor pintu. Jarang Jemaah diarahkan keluar dari pintu yang lain dari pintu mereka masuk. Ini berlainan dengan keadaan di Masjidil Haram. Kadang-kadang kita masuk dari pintu King Aziz, kita keluar dari pintu King Fahd.

SENARAI BARANG UNTUK KESELAMATAN

1. Power bank

Bilangan : 1

Ciri-ciri : tanpa wayar, jika tak silap, tidak melebihi 100Wh atau bersamaan dengan 27,000mAh, terhad pada 2 powerbank sahaja

Kegunaan : memastikan Jemaah boleh dihubungi dan menghubungi terutama jika ada kecemasan.

2. Telefon

Bilangan : 1

Ciri-ciri : Simcard/Roaming? :

Semasa saya kerjakan umrah Ramadan dan haji pada tahun 2022, untuk masuk ke Raudhah perlu tempah slot melalui aplikasi eatmarna. Untuk tujuan ini, perlu guna local sim card. Ramai jemaah terutama warga emas perlukan bantuan untuk masukkan sim card. Saya lebih banyak guna roaming Maxis, 30 hari RM99 untuk data. Saya puas hati guna roaming Maxis. Alhamdulillah tiada masalah sepanjang berada di sana.

Boleh juga guna pocket wifi Roaming Man. Tempahan perlu dibuat secara dalam talian dan ambil di KLIA.

3. Pengenalan diri 

Salinan paspot dan visa, kad nama hotel, gelang haji/lanyard.

Senarai ini sebagai panduan, bukan senarai lengkap. Setiap jemaah mempunyai keperluan masing-masing. Jaga barang, jaga kesihatan insya-Allah.

Catatan Haji : Hati Yang Terpilih

Baru-baru ini aku menaiki Grab pulang ke rumah dari hadir kursus haji di Masjid Asy-Syakirin, KLCC.

Sembang banyak perkara dengan pemandu; anak muda yang tamat pengajian ijazah pada tahun 2019, kerja sebagai jurutera kontrak selama 2 tahun. Bila kontrak tamat, beliau buat e-hailing.

Aku : muda-muda ni baik daftar haji. RM1,300 dah boleh daftar.

Anak muda : saya dah daftar sejak mula bekerja puan.

Aku?

Ketika mula bekerja pada tahun 1999, daftar haji tidak terlintas di fikiran aku. Terasa diri punya banyak masa, boleh je daftar “bila dah bersedia.”

Ketika itu daftar haji pun agak leceh bagi aku.

Eh, kembara ke kota dunia lain beribu-ribu km boleh aje.

Pejabat TH terdekat tak sampai 30km dari rumah, terasa jauhnya. Giliran anak-anak saudara aku tunaikan haji lebih awal dari aku kerana arwah ayah mereka daftarkan mereka haji seawal usia.

Moral of the story – bila kita tiada impian, kita punya banyak alasan.

************************

Sejak 1999, aku sudah mula melancong ke luar negara, bermula dengan bandar Tokyo. Bukan tidak pernah ada impian untuk menunaikan umrah. Dua kota yang menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia – Mekah dan Madinah ada dalam senarai kota dunia yang aku ingin lawati. Malangnya, dua kota ini tidak berada dalam kedudukan 10 teratas dalam senarai aku. Aku fikir aku banyak masa. Aku fikir bila sudah bersara, baru aku akan ke sana. Kononnya lebih mudah beribadah jika tidak terlalu fikir pasal dunia.

Aku sering berkata pada diri “nantilah gi, bila agak-agak dah bersedia”. Baru kini aku rasakan jika impian tidak terlalu tinggi, hati 50-50 nak pergi, memang selama-lamanya tidak bersedia. Jika impian kuat, kekangan kewangan dan masa tidak mampu menghalang hasrat untuk pergi.

Bukan aku dan suami tidak mampu untuk menunaikan umrah sebelum ini (suami sudah pernah pergi sebelum mengenali aku). Setiap tahun sejak berkahwin pada tahun 2000, kami sering pergi bercuti. Cuti-cuti Malaysia beberapa kali dalam setahun. Cuti luar negara sekurang-kurangnya dua kali setahun. Aku sentiasa beri alasan “masih belum dijemput untuk pergi”. Sebenarnya hati masih belum mencintai Allah dan Rasul sepenuhnya. Diri mengaku Islam tapi tidak terbuka pintu hati untuk menzirahi bumi barakah.

Hidayah milik Allah; dicampak ke dalam hati hamba yang Allah pilih. Mei 2012, tika usia menginjak 40 tahun, hati aku antara yang terpilih. Alhamdulillah. Hati didorong untuk ke majlis ilmu Being Me – Muslimah Empowered yang julung kali diadakan di Malaysia. Dalam majlis yang dihadiri oleh lebih dari dua ribu peserta wanita, terasa diriku antara yang tua. Majoriti wanita muda yang hadir adalah pelajar universiti, golongan terpelajar. Majlis dianjurkan dalam Bahasa Inggeris dan perbualan antara mereka yang aku dengar juga dalam Bahasa Inggeris. Sungguh aku cemburu dengan mereka. Ketika aku sebaya mereka, aku lebih mencintai dunia, langsung tidak memikirkan tentang akhirat. Benar-benar aku manusia yang kerugian seperti yang digambarkan dalam Surah Ad-duha.

Waktu itu, aku sudah berhijab, mempunyai suami yang baik, mempunyai perniagaan sendiri. Dugaan Allah tidak dikurniakan cahayamata walau hampir 12 tahun usia perkahwinan, kami terima dengan hati yang reda. Kehidupan aku agak selesa, Cuma aku rasa aku Muslim yang biasa-biasa dari segi ilmu dan amalan. Being Me permulaan baru dalam hidup aku.

Alhamdulillah suamiku tidak pernah menghalang untuk aku menghadiri majlis ilmu walau selalunya kursus mengambil masa Sabtu dan Ahad. Malah selalunya kalau hari Sabtu, suamiku akan menghantar aku ke tempat kursus dan mengambil aku semula bila habis.

Selepas majlis ilmu ini hati didorong untuk ke majlis ilmu seterusnya – Heart Therapy. Ianya diadakan di alma mater aku, Universiti Malaya. Di sini aku dipertemukan dengan Mary Ann Gooi. Aku pernah sama kelas dengan Mary Ann di Fakulti Undang-Undang. Beliau seorang pelajar yang pandai. Ketika itu dia masih beragama Buddha jika tak silap aku. Ketika berehat untuk solat Zuhur, aku teragak-agak bila disuruh jadi imam dalam kumpulan jemaah yang kecil. Mary Ann menawarkan diri.

Detik ini mengajar aku agar tidak memandang rendah atau rasa diri hebat jika kita dilahirkan sebagai seorang Islam. Tidak mustahil satu hari nanti, ada di antara mereka yang dilahirkan sebagai bukan Islam menjadi hamba yang lebih takwa dan iman dari kita.

Jika Being Me – Muslimah Empowered menjadikan aku seorang yang semakin dahagakan ilmu mengenai Islam, Heart Therapy permulaan aku melakukan amalan yang sebelum ini tidak pernah aku lakukan atau dengar. Aku mula tahu tentang Hisnul Muslim – doa yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu alayhi wasalam untuk dibaca pagi dan petang. Aku mula tahu jika seseorang puasa tiga hari putih ayyam al bidh pada 13, 14 dan 15 hari bulan kalendar Islam, seumpama dia telah puasa sebulan.

Aku mula tahu tentang cara mendapatkan rumah di syurga setiap hari dengan mengerjakan12 rakaat sunat rawatib; qabliyah dan ba’diyah. Dua rakaat sebelum Subuh, dua atau empat rakaat sebelum Zuhur, dua atau empat rakaat selepas Zuhur, dua rakaat selepas Maghrib dan dua rakaat selepas Isyak. Solat sunat rawatib ini ambil masa hanya sepuluh hingga lima belas minit, biidznillah sebuah rumah di syurga didirikan setiap hari 12 rakaat ini dibuat.

Aku mula mempelajari tentang kelebihan solat tahajjud, solat dhuha, solat sunat rawatib 12 rakaat, puasa hari putih antara lainnya. Aku mula memenuhkan rak buku yang selama ini dipenuhi oleh buku-buku motivasi, pendidikan awal kanak-kanak, perniagaan dengan buku-buku tentang Islam. Dakwah Corner Bookstore di Ampang Park menjadi tempat aku lepak. Hingga kini aku masih dapatkan bekalan buku-buku tentang Islam dalam Bahasa Inggeris dari kedai buku ini yang kini telah mempunyai beberapa cawangan termasuk di Clock Tower, Mekah.

Ilmu tanpa amal adalah sia-sia. Justeru itu sedaya upaya aku amalkan apa yang telah aku pelajari. Bangun tahajjud buat pertama kali ketika ramai sedang lena bukan perkara mudah. Puasa hari putih di saat ramai yang tidak tahu dan tidak berpuasa pada hari tersebut benar-benar menduga iman. Memakai tudung labuh menutup dada di saat tudung pendek trending dan hijabista menghiasi muka depan majalah buat diri terasa terasing. Imanku yang senipis kulit bawang kadang tidak mampu menangkis dugaan yang datang.

September, 2012 ketika aku dan suami berjalan-jalan di bandar, ternampak papan tanda pejabat Rayhar. Ku heret suami naik ke pejabat mereka. Walau deposit yang diperlukan RM400 seorang dan aku hanya mempunyai RM300 di tangan, hasrat untuk menunaikan umrah tidak mampu aku bendung lagi. Aku dan suami menutuskan untuk menunaikan umrah bulan Februari 2013.

Akhir Februari 2013, dengan menaiki pesawat Saudi Airlines, aku dan suami meninggalkan bumi tercinta menuju bumi barakah. Hanya setelah lebih dari 30 kota dunia aku jejaki, pada usia 40 tahun, aku menyahut panggilan Ilahi.

“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.”

*** Di akhirat nanti, kita akan ditanya tentang perkara yang kita beri keutamaan ketika di dunia. Kita akan ditanya tentang senarai keutamaan kita. Memberi keutamaan kepada dunia dan segala isinya bermakna kita meletakkan Allah di tempat yang tidak sepatutnya. Apa yang kita tuai hari ini, hasilnya kita akan dapat lihat di akhirat (Quran 82:5).

Catatan Haji : Pasca Haji

Isteri : “Nothing ever touches you anymore. You just drift through life.”
Suami : “I don’t drift. I endure.”

Dialog ini adalah dari filem The Accidental Tourist. Filem ini mengisahkan sepasang suami isteri yang kehilangan anak mereka. Kehilangan yang penuh dirasai. Hidup mereka seperti kosong.
Bulan kedua selepas kembali ke tanah air dari mengerjakan haji, aku seperti pasangan dalam filem ini, terasa kehilangan. Berbeza dengan pasangan dalam filem ini yang kehilangan anak, aku kehilangan semangat untuk hidup. Terasa hidup seperti kosong. I drift, I struggle to endure.
Ini berbeza dengan sewaktu aku baru kembali dari mengerjakan haji. Aku bersemangat dalam melalui hari-hari selepas haji. Aku berhenti dari pengajian sarjana kerana aku punya banyak rancangan untuk bekalan di akhirat. Jika aku perlu fokus kepada pengajian sarjana, aku rasa banyak perkara lain aku tidak dapat buat. Aku mengejar masa. Hati aku sering berkata “aku tidak ada banyak masa.” Air mata tumpah juga bila aku buat keputusan berhenti belajar. Aku gagal genggam bara api hingga ke pangkal lengan.

Aku tidak biarkan kesedihan itu singgah di sanubari terlalu lama. Aku terus mula membaca satu persatu buku-buku yang aku beli. Setiap kali aku melihat rak-rak buku aku dalam cabinet floor to ceiling, aku sedih. Aku rasa anak-anak saudara aku tidak akan berminat mewarisi buku-buku yang aku beli dan sayang. Suami aku juga bukan bibliophile. Sedih bila memikirkan buku-buku aku mungkin akan diberi sahaja kepada sesiapa yang mahu. Belum tentu mereka peminat buku. Mungkin sekadar ingin memenuhkan rak buku atau ambil sahaja sebab diberi percuma. Barang yang diperolehi secara percuma atau dengan mudah selalunya tidak akan dihargai. Mungkin juga aku overthinking, memikirkan perkara yang tidak pasti.

Bulan Ogos, sekembali dari Madinah, aku mampu menghabiskan 2 buah buku – Tetamu Tuhan 50 Hari dan Nearness To You. Jika digabungkan kedua-dua buku ini, aku telah membaca lebih 600 halaman. Bulan September, aku berjaya habiskan 4 buah buku. Aku tidak mahu menulis banyak tentang ibadah yang aku lakukan. Cukup sekadar aku katakan, aku cuba buat seberapa banyak ibadah yang sama seperti yang aku lakukan ketika mengerjakan haji.

Aku fikir semangat aku ini akan terus menyala. Aku fikir iman aku akan terus meroket atau setidak-tidaknya tidak menjunam. Ternyata aku silap. Semakin hari semakin hilang hingga hari ini. Aku drift, ikut sahaja ke mana kehidupan membawa aku. Aku tidak lagi bersemangat membaca buku sebelum ini. Jika dulu beberapa helaian Quran mampu aku baca dalam sehari, semakin lama semakin berkurangan helaian yang aku tatapi. Solat qada struggle aku nak kerjakan, apatah lagi solat sunat. Ganti puasa pun aku tangguh.

Aku ingin sekali bercerita dengan rakan-rakan rapat. Ada yang belum pergi haji. Aku buat andaian mereka tidak akan faham apa yang aku lalui kini, drifting. Tentu ada nanti yang beranggapan aku tidak dapat haji mabrur kerana aku tidak mampu mengekalkan amalan-amalan yang aku buat ketika di sana. Aku kehilangan spark ini.

Memikirkan pakej haji RM80 ribu yang aku ambil, hati makin terasa sedih. Aku tidak kesal duit yang aku laburkan kerana aku sedar ia milik Allah. Jika aku tidak gunakan ke jalan Allah, duit itu mungkin akan habis juga. Jika tidak semasa hayat aku, akan dihabiskan selepas kematian aku. Aku sedih kerana nikmat yang Allah bagi – peluang untuk mengerjakan haji dalam keadaan yang begitu selesa, dipermudahkan dari sebelum sampai ke bumi Mekah lagi, aku tidak manfaatkan sepenuhnya. Aku fikir aku tidak melakukan sebaiknya. Jika tidak, masakan belum pun sampai 2 bulan meninggalkan Haramain, aku sudah tergelincir dari jalan kebenaran.

Berbaik sangka dengan Allah, pesanan yang sering dititipkan oleh para asatizah. Bukan aku kecewa dengan aturan Allah tetapi aku kecewa dengan diri aku sendiri. Aku tidak melakukan yang sebaik-baiknya. Justeru itu aku mudah diperdayakan oleh syaitan – aku semakin malas melakukan perbuatan baik yang beri manfaat kepada dunia dan akhirat aku. Aku mula menghabiskan masa dengan perkara-perkara lagha – menonton drama di Netflix dari satu episod ke episod yang lain.

Masyarakat pandang tinggi mereka yang diberi peluang menunaikan haji. Apatah lagi sebelum ini majoriti duyufurrahman yang telah buat persediaan bertahun lamanya sebelum pergi menunaikan haji. Bila pulang, tiada masalah bagi mereka untuk mengekalkan momentum. Kenapa aku tidak mampu menjadi seperti mereka?

Aku “google” frasa “life after haj” di Youtube. Ternyata aku tidak bersendirian menghadapi cabaran selepas haji. Satu persatu ceramah di Youtube aku dengar. Aku belum terlambat untuk kembali ke siratul mustaqim. Aku tulis di blog ini, tulis tentang kekurangan diri sendiri, tentang kurang persediaan rohani yang mungkin tidak ramai yang mahu mengakui. Aku tahu kekurangan persediaan ini antara sebab aku kini “drifting”, tidak mampu mengekalkan momentum untuk melakukan amalan yang sama seperti ketika aku di Haramain. Mungkin juga amalan yang tidak seberapa ketika berada di sana tidak mampu mejadi benteng pertahanan iman dan takwa.

Aku doa agar tulisan ini dapat menjadi panduan kepada bakal duyufurrahman dan mereka yang telah/akan diberi nikmat mengerjakan haji. Semoga apa yang aku alami tidak dialami oleh tetamu Allah yang lain. Apa yang baik jadikan panduan, apa yang kurang jadikan sempadan insya-Allah.

Emylia Mohd Nor
26 September 2022

Catatan Haji – Bila Hati Dijentik Ilahi

Tahun 2020, Covid datang tanpa dipinta. Dunia seakan berhenti berputar seketika. Sukar untuk kembara, semua takut jadi mangsa. Ramai yang terkandas, tidak dapat pulang ke pangkuan keluarga. Yang bekerja di lautan, jika sebelum ini pulang hanya sekali sekala, semakin sesak jiwa menahan rindu terhadap keluarga. Hanya panggilan video menjadi perantara. Yang bekerja di udara, ramai yang terpaksa atau dipaksa berhenti kerja.

Aku berusia 48 tahun dan suami 49 tahun ketika Covid-19 bermaharajalela. Kami sudah kembara ke berpuluh-puluh kota dunia tapi kami masih belum menunaikan rukun Islam yang kelima. Terbit rasa kesal di hati, kami sudah mampu untuk pergi. Rayuan untuk menjadi jemaah muasasah sudah ditolak 4 kali. Boleh sahaja kami pergi menggunakan pakej haji, namun waktu itu dunia belum diuji. Hati belum sepenuhnya sanggup mengeluarkan simpanan Tabung Haji. Diri seakan lupa simpanan milik Yang Esa, hanya dipinjamkan buat sementara.

Mac, 2022, aku, suami, 2 adik perempuan, kakak ipar dan sepupu perempuan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah. Kami sepatutnya berlepas pada 10 April, 2020. Rahmat di sebalik dugaan, penangguhan ini membolehkan kami mengerjakan umrah awal Ramadan. Kami sempat berpuasa 4 hari di Mekah.

Manisnya umrah ini setelah 10 tahun aku meninggalkan kota Mekah untuk umrah pertama. Lebih manis lagi, Allah jentik hati untuk ingin kembali semula pada musim haji. Laluan sukar untuk kembali. Hanya 14 ribu sahaja rakyat Malaysia dibenarkan pergi.

Di saat ramai yang sudah dipanggil untuk membuat persiapan menunaikan haji, kami terus menanti. Akhirnya setelah Tabung Haji mengumumkan KT terakhir yang akan pergi, kami hanya mampu gigit jari. Hanya ada satu sahaja laluan untuk kami pergi – rayuan melalui agensi. Pakej haji tahun 2022 lebih mahal berbanding tahun-tahun sebelum ini. Setelah 2 tahun, Malaysia tidak menghantar jemaah haji, tentunya banyak permintaan untuk pergi.

Jika tidak kerana Covid, dengan izin Allah, mungkin hati masih belum 100% sanggup berpisah dengan duit simpanan untuk tujuan kerjakan haji.

Jika tidak kerana Covid-19, dengan izin Allah, ramai yang melengah-lengahkan hasrat untuk menunaikan umrah dan haji termasuk empunya diri.

Jika tidak kerana Covid-19 dengan izin Allah, tentunya lebih ramai tumpu ke negara Eropah berbanding tanah suci.

Alhamdulillah Allah jentik hati, Allah campakkan keinginan meluap untuk tunaikan haji tanpa bertangguh lagi.

Ulasan Hotel : Cenang Plaza Beach Hotel

Tarikh Menginap : 27-31 Ogos 2022
Jumlah yang menginap : 2 orang
Hotel kelas : 3*

Hampir setiap tahun saya dan suami ke Langkawi. Bukan sangat nak membeli-belah. Tenang dan damai terutama jika pergi bukan waktu cuti sekolah atau cuti umum yang panjang.

2018, sekali lagi kami menjejaki bumi Langkawi. Kali ini ditemani adik beradik dan anak-anak saudara saya. Tempahan dibuat saat-saat akhir. Inap desa yang kami dapat agak jauh dari Cenang mahupun Kuah tapi cukup memuatkan keluarga kami dalam 2 villa.

Sementara menanti adik beradik shopping di Warisan Duty Free, saya dan suami santai di Cenang Mall. Menikmati secawan kopi di Old Town White Coffee, sambil memerhati  suasana di sekeliling. Pandangan tertumpu ke Cenang Plaza Beach Hotel yang terletak bertentangan dengan Cenang Mall.

“Sekali lagi bila datang Langkawi, kita dok hotel ni,” kata suami.

Kami sudah kembara sejak berkahwin pada tahun 2000. Hotel budget, kurang shopping, suka menginap di hotel berdekatan pantai walaupun tak suka mandi laut, hotel yang dipilih mesti dikelilingi kedai makan… antara ciri-ciri hotel pilihan kami.

2019, saya kembali ke Langkawi. Kali ini ditemani 2 rakan, 6 staf dan seorang bekas staf. Kami menginap di Malibest Resort, tidak jauh dari Cenang Plaza Beach Hotel. Harapan untuk kembali ke Langkawi tahun berikutnya musnah bila PKP 1.0 diisytiharkan.

Hanya pada tahun ini, 2022 kami direzekikan untuk kembali ke Langkawi. Oleh kerana tempahan saat akhir, di laman web hotel mengatakan tiada kekosongan. Selalunya masih ada kekosongan cuma tempahan di laman web ditutup terlebih dahulu kerana bilik yang tersedia tidak banyak yang tinggal.

“Masih ada bilik standard yang kosong, tapi twin sharing,” kata Cik S, salah seorang staf di Cenang Plaza Beach Hotel.

Faham sangat. Tempahan saat akhir umpama untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Terima apa sahaja yang ada.

Dari Lapangan Terbang Langkawi, kami menaiki teksi. Kaunter teksi boleh didapati di sebelah kiri selepas keluar dari balai ketibaan. Tambang RM25 untuk teksi, jika naik Grabcar, tambang antara RM17-20 untuk perjalanan 5km dari lapangan terbang ke Cenang Plaza. Pilih naik teksi sebab simpati tengok macam takde penumpang yang baru tiba pilih naik teksi. 😛

5 sebab saya pilih Cenang Plaza Beach Hotel

  1. Lokasi
  2. Terletak betul-betul berhadapan Cenang Mall yang ada kedai makan seperti Old Town White Coffee, KFC dan McD Dessert. Di pintu sebelah ada Pizza Hut, The Loaf dan Subway. Kedai-kedai makanan berat juga banyak, sama ada di belakang hotel (restoran makanan laut di sepanjang pantai), di bahagian kiri hotel ada restoran mamak, di sebelah kanan juga ada sebuah restoran.

    Pengangkutan awam juga mudah diperolehi jika tidak mahu sewa kereta. Stesen teksi hanya beberapa langkah dari hotel. Jika sewa kereta, kereta sewa boleh diletak di belakang Cenang Mall dan bayaran percuma. Jika mahu guna perkhidmatan Grabcar, tekan destinasi Cenang Plaza. Underwater World Langkawi hanya 3 minit jalan kaki dari hotel.

    Setiap malam ada pertunjukan api dari geng yang memperkenalkan diri mereka sebagai Anak Hantu. Jika hujung minggu, ada 2,3 geng lain yang buat persembahan sama. Menarik juga persembahan api ini. Tiada bayaran dikenakan cuma jika mahu duduk di sofa yang disediakan mereka, perlu beli makanan/minuman dari mereka.

    https://youtu.be/0Y7wYNV46H4

    Pengunjung berpeluang juga ambil gambar dengan watak-watak dari filem Transformers. Hulurkan sedikit sumbangan buat mereka. Bukan mudah nak pakai kostum sebegitu dalam cuaca panas. Panas dan tidak selesa.

    Aktiviti sukan air pun banyak. Harga boleh bincang. Jangan terus bersetuju dengan harga yang dipaparkan. Kami tak berani cuba tapi happy dapat jalan-jalan kuruskan badan sepanjang pantai yang landai dan luas. Dari hotel ke penghujung pantai boleh dapat 3km pergi balik. Di pantai awam ini juga dapat lihat keluarga berkelah, perempuan-perempuan muda pakai baju cantik dan bergambar di pantai untuk konten media sosial, nelayan yang menangkap ikan menggunakan pukat, keindahan matahari terbit dan terbenam….

    Briskwalking dari hotel hingga di sini – 3km pergi balik

    Pengunjung yang ingin membeli coklat sebagai cenderahati buat keluarga dan kenalan boleh dapatkan di Cenang Mall, Warisan Duty Free yang berhampiran dan 2,3 kedai lain  yang menjual pelbagai coklat dan barang hiasan rumah tidak jauh dari Cenang Plaza Beach Hotel.

    2) Layanan baik staf

    Cik S naik taraf bilik kami dari bilik standard ke bilik deluxe. Perbezaan harga lebih kurang RM30 semalam. Ini bermakna kami jimat RM120 untuk penginapan 4 hari 3 malam.

    deluxe beachfront twin room

    Bukan itu sahaja, kami diberi bilik menghadap laut. Lebih syukur lagi, pemandangan dari balkoni bilik kami tidak terhalang oleh pokok-pokok ru yang tinggi menghijau.

    Staf juga mesra dan cuba berikan yang terbaik kepada pelanggan. Seperti biasa, kami tidak mahu bilik dikemas setiap hari. Dapat bantu kurangkan beban kerja staf. Kami hanya minta bantuan staf untuk ambil sampah di bilik kami dan bekalkan 2 botol air mineral setiap hari.

    3) Kemudahan

    Bilik deluxe tidak besar, tapi ruang dimanfaat sepenuhnya. Ada almari, meja tulis yang saya perlukan, tandas dan tempat mandi berasingan, ampaian baju disediakan di balkoni, 2 kerusi untuk santai di balkoni. Rancangan tv walaupun tidak banyak tapi ada AXN & Fox Movies. WiFi laju. Mini bar juga disediakan. Penghawa dingin dan air panas berfungsi dengan baik.

    Barang mandian untuk badan dan rambut berkualiti. Saya memang sentiasa bawa gel mandian dari rumah kerana tak puas guna gel mandian dalam tiub kecil yang disediakan oleh pihak hotel.  😀

    Sarapan tidak disediakan tetapi pelanggan boleh menikmati sarapan di The Loaf, beberapa langkah sahaja dari hotel. Bayaran yang dikenakan RM15 seorang dan boleh pilih dari beberapa menu yang disediakan. Kami tidak ambil pakej sarapan yang ditawarkan sebab banyak kedai makan berhampiran hotel ini.

    Antara restoran berhampiran yang kami cuba (walking distance)

    kami sarapan di sini.
    2 kali sarapan di sini
    mesti cuba @Mytee
    makan malam di Telaga Seafood. Sedap
    di Telaga Seafood

    Ada 2 perkara saya harap dapat diperbaiki oleh pihak hotel :

    1. ganti seterika dan alas tempat gosok dengan alas baharu. Saya tidak kisah seterika tidak disediakan di setiap bilik kerana bila diperlukan, cepat sahaja staf hantar ke bilik. Bila sudah digunakan, letak sahaja di luar bilik. Staf ambil semula. Cuma saya tak puas hati dengan seterika dan tempat gosok pakaian. Ia tidak lagi kukuh dan kain alas sudah buruk. Warna putih sudah tukar jadi warna coklat. Di tapak seterika ada kesan karat.
    2. Cadar tilam saya ada kesan tompokan. Silap saya, dah nak balik baru perasan. Mungkin sudah dibasuh dan tidak dapat dihilangkan. Mohon agar tidak digunakan cadar-cadar yang bertompok dan berwarna lusuh.

    Selain dari 2 perkara di atas, keseluruhannya saya puas hati menginap di sini dan berharap dapat kembali lagi, insya-Allah.

    Tip : jika berdua, minta bilik 319/219

Musim Luruh di Gulhane Park, Istanbul

Gulhane bermaksud “Rose House” atau “Rose Garden.” Gulhane Park merupakan salah satu taman yang tercantik di Istanbul. Dikatakan terdapat 80,000 pokok ros ditanam di kawasan seluas 40 ekar ini. Pada mulanya Gulhane Park adalah sebahagian dari taman di bahagian luar istana Topkapi. Mula dibuka kepada orang awam pada tahun 1912. Terletak tidak jauh dari stesen “tram” Gulhane (Line T1). Hanya perlu berjalan kaki sedikit sebelum jumpa pintu masuk ke taman ini.  Masuk adalah percuma.

Musim luruh di Istanbul. Suhu tidak sedingin seperti yang saya jangka. Kali pertama saya hadir di bumi Istanbul bersama 2 orang rakan awal Oktober 2013, sejuk terasa hingga ke tulang. Kali ini, 5 tahun kemudian, walaupun lawatan kali ini hampir ke penghujung Oktober, sisa kehangatan musim panas masih terasa. Mentari masih menghadirkan diri, memancarkan cahaya terang menerangi setiap inci bumi. Tidak perlu pakai baju sejuk yang tebal setiap kali keluar. Sebelum ke Istanbul, pastikan anda semak jangkaan suhu tarikh anda berada di sana. Boleh juga tengok video terkini berkaitan Istanbul dan perhatikan pakaian yang dipakai oleh mereka yang berada di sana. Ini dapat membantu anda menentukan pakaian yang sesuai dibawa ke sana.

 

Dari pintu masuk, sudah kelihatan pokok-pokok memenuhi bahagian kanan dan kiri taman. Seluruh taman redup dipayungi pokok-pokok tinggi dan besar, ada yang ditanam sejak 1800an. Di kiri taman, terdapat kolam pancuran air yang menarik. Kelihatan dua pekerja sedang tekun bersihkan daun-daun yang luruh agar tidak terbang memenuhi kolam.  Jambatan kecil merentangi kolam sesuai untuk dijadikan tempat mengambil potret.

Saya pilih untuk jalan ke arah kiri dahulu. Sepanjang jalan, disediakan bangku-bangku berukir dan tertera perkataan Gulhane Parki. Di sebelah bangku, terdapat tong sampah, warna senada. Menarik, lain dari tong sampah berwarna hitam yang sering saya jumpa. Daun-daun kuning, emas, merah dan coklat berguguran meninggalkan pohon, bertebaran sepanjang jalan. Pemandangan seperti ini yang buatkan saya suka kembara di musim luruh.

 

Selain dari pancuran air di pintu masuk, ada satu lagi pancuran air di bahagian tengah. Leka saya duduk di bangku memerhatikan pertunjukan air di dinding. Aliran air seperti muka surat buku dibuka. Ada perkataan yang saya faham, ada simbol yang saya tidak faham.

Pelbagai arca dipamerkan di Gulhane Park. Saya tidak tahu signifikan arca yang dipamerkan. Tiada banyak maklumat yang dipaparkan. Ada di antaranya kelihatan seperti terdapat pengaruh Rom. Mungkin dibina ketika empayar Rom berkuasa.

Seni arca pancuran air yang diukir menarik perhatian saya untuk singgah sebentar. 4 tempayan dan bangku-bangku dibina mengelilingi arca. Kolam kecil untuk aliran air yang kering jelas menunjukkan pancuran air ini tidak digunakan lagi. Burung-burung yang menjadikan kawasan ini padang permainan mereka.

Mungkin kerana hari bekerja, tidak ramai orang berada di taman waktu itu. Saya hanya nampak satu keluarga dan sekumpulan remaja sedang berkelah di bawah rimbunan pokok. Semakin hampir ke penghujung jalan, keadaan muka bumi semakin berbukit. Kelihatan beberapa pasangan duduk berdua-duaan, menikmati pemandangan Bosphorus dan Golden Horn dari kejauhan.

Bila tiba di penghujung jalan berhampiran pondok pengawal, saya ternampak Laut Marmara terbentang luas di seberang jalan. Kelihatan feri-feri berlayar tenang setenang pemancing-pemancing ikan yang membarisi tebing laut menanti umpan dimakan ikan. Saya turun dari bukit untuk ke seberang jalan. Saya melalui pondok pengawal sebelum melintas jalan yang agak sibuk. Kelihatan beberapa ekor anjing berkeliaran. Setelah beberapa hari di Istanbul, anjing-anjing yang berkeliaran dan bergerak dalam kumpulan tidak lagi menakutkan saya.

Di hadapan saya laut terbentang luas. Sayup di kejauhan, Golden Horn jelas kelihatan. Nelayan tempatan gigih buang joran ke dalam laut, tunggu dengan penuh harapan. Di belakang mereka beg berisi alatan memancing. Di tepi mereka, sebuah baldi untuk isi ikan jika umpan mereka mengena. Sempat saya tinjau dalam baldi salah seorang pemancing. Lebih kurang 10 ekor ikan saiz sederhana rezeki nelayan. Hampir sahaja kepala saya terkena joran yang dibaling ke belakang terlebih dahulu sebelum dibuang ke laut dalam.

Perhatian saya tertumpu lama kepada empat orang anak muda yang sedang asingkan kepah. Kepah dilambakkan di atas hamparan guni. Kepah yang kosong diketepikan dan yang berisi dimasukkan dalam besen. Tidak lama kemudian, seorang dari mereka tarik sesuatu dari dalam laut. Lama dia tarik. Sekali sekala kelihatan dia berhenti seketika. Penat agaknya.

Bila seorang penyelam muncul, pemuda itu berhenti tarik. Penyelam pula ambil alih tugas menarik. Bila yang ditarik muncul di tepian, baru saya tahu ianya pukat yang berisi kepah. Berpuluh kilo kepah terperangkap dalam pukat. Pukat ini kemudian dibawa naik dan dipunggah di atas guni yang berasingan.

Bila kerja asingkan kepah berisi dan yang kosong habis, saya lihat seorang dari mereka mengaup kepah yang kosong ke dalam pongkes dan dibuang semula ke laut.  Sesuatu yang tidak wajar dilakukan pada pendapat saya.

Bila mentari tegak di atas kepala, saya berpatah balik. Kali ini saya pilih laluan bertentangan dari laluan saya datang tadi.

Ternampak satu pasangan pakai baju sama jalan berpelukan. Bersama mereka ada seorang perempuan separuh umur. Mungkin ibu kepada salah seorang dari mereka. Perempuan ini bantu pasangan tersebut ambil gambar di batu yang berukir perkataan Gulhane. Setiap huruf ada hiasan bunga ros. Pelbagai gaya mereka abadikan kenangan di situ. Kami hanya mampu swafoto dan tukar posisi; saya ambil gambar si dia, si dia ambil gambar saya.

Si lelaki datang ke arah kami. Mungkin kasihan melihat kami terkial-kial cuba dapatkan pose terbaik dengan swafoto.

 “Do you want me to take your pictures?”

 “Yes please.” Telefon bertukar tangan.

 “Thank you,” ucap saya sebelum pasangan itu berlalu pergi.

Singgah sebentar di tandas sebelum menuju ke Muzium Sejarah dan Teknologi Islam. Dalam perjalanan ada kafe untuk melepaskan dahaga dan makan sedikit makanan ringan. Kami tidak singgah kerana bawa bekalan air dan sedikit biskut dari hotel. Surau juga disediakan.

Muzium ini termasuk dalam Museum Pass, jadi saya tidak perlu buat bayaran masuk lagi. Muzium lengang. Hanya ada seorang dua pengunjung. Sebenarnya banyak artifak sains dan teknologi dibangunkan oleh cendekiawan Islam dipamerkan di sini. Maklumat untuk setiap artifak juga agak lengkap. Malangnya, ini hari ketujuh saya di Istanbul. Kami telah pergi beberapa muzium sebelum ini. Agak penat juga berjalan dan banyak masa dihabiskan melihat aktiviti memancing dan mengasingkan kepah sebentar tadi. Rugi rasanya peluang ini disia-siakan. Sepatutnya saya masuk muzium ini dahulu sebelum ke bahagian lain Gulhane Park.

Jika anda berada di Istanbul pada bulan April, jangan lepaskan peluang mengunjungi Gulhane Park. Gulhane Park lebih cantik di bulan April bila ribuan tulip pelbagai warna menghiasai taman ini. Istanbul Tulip Festival selalu diadakan 3 minggu terakhir di bulan April di Gulhane Park dan beberapa kawasan lain di Istanbul seperti Sultanahmet Square dan Camlica Hill di Uskudar. Waktu pagi antara 8 hingga 9 pagi paling sesuai melawat Gulhane Park. Peruntukkan masa sekurang-kurangnya 2 jam waktu pagi di sini.

 

Secangkir Kopi di Istanbul

Peribahasa Turki berbunyi,

“Coffee should be black as hell, strong as death and sweet as love.”

“The memory of a good cup of Turkish coffee lasts 40 years.”

Bukan peminat kopi tegar tetapi ke mana sahaja saya kembara, pasti tidak lepaskan peluang menikmati kopi. Anda tidak boleh kata pernah sampai di Turki jika tidak rasa Turkish Coffee. Begitu istimewanya Turkish Coffee, ianya telah dimasukkan dalam UNESCO List of Intangible Cultural Heritage of Humanity pada tahun 2013. Menurut UNESCO,

“Turkish coffee is regarded as part of Turkish cultural heritage : it is celebrated in literature and songs, and is an indispensable part of ceremonial occasions.”

Sejarah Turkish Coffee dikatakan bermula pada tahun 1517 bila seorang pemerintah Ottoman di Yaman, Ozdemir Pasha jatuh cinta dengan minuman yang berasal dari biji kopi di tempat pemerintahan beliau. Beliau perkenalkan kopi kepada Sultan Suleiman. Pekerja istana menyediakan kopi untuk istana dan kemudian kopi menjadi popular di kalangan rakyat jelata.

Bila kedai kopi menjadi popular untuk masyarakat berkumpul dan membincangkan isu politik, kopi cuba diharamkan oleh pemerintah pada tahun 1656. Rakyat merusuh sehingga pengharaman ini terpaksa dibatalkan. Begitu kuat pengaruh kopi di Turki sehingga ada undang-undang yang membolehkan wanita ceraikan suami jika tidak mampu sediakan kopi setiap hari.  :-D.

Apa yang istimewanya Turkish Coffee?

Pengkaji sejarah berpendapat Turkish Coffee istimewa kerana proses penyediaan kopi yang berbeza. Biji kopi ditumbuk sehingga lumat, dimasak dalam cezve. Siap dimasak bila menggelegak, berbuih dan hampir melimpah.

Cezve. Imej : Kadir Celeb on Unsplash

Kadikoy jarang dikunjungi oleh pelancong yang tidak mempunyai banyak masa di Istanbul. Jika anda mempunyai banyak masa, masukkan Kadikoy dalam senarai tempat anda perlu kunjungi. Anda boleh sampai di sini melalui metro, feri, teksi dan sebagainya. Elakkan naik pengangkutan awam sewaktu waktu puncak. Saya lebih suka menggunakan perkhidmatan feri. Stesen ini di bahagian hujung Eminonu menghampiri restoran-restoran makanan laut.

Selepas makan lahmacun yang pedas dan minum segelas Ayran yang lemak masam, tekak teringin nak teguk secangkir kopi Turki. Deretan kedai kopi yang dihias cantik membanjiri Kadikoy. Pilih sahaja yang berkenan di hati. Saya pilih kedai kopi yang disyorkan oleh pelancong lain.

Ada 2 Fazil Bey’in di Kadikoy; pilih yang hampir dengan pasar ikan (Fish Market Kadikoy) yang popular di kalangan rakyat tempatan dan pelancong. Kedai kopi ini kecil sahaja jika dilihat dari luar. Memuatkan kerusi-kerusi kecil yang disusun rapat antara satu sama lain. Ada juga ruang di tingkat atas untuk penggemar kopi yang singgah di Fazil Bey’in. Kedai kopi ini berlainan dengan restoran-restoran lain di sekelilingnya dari segi pemilihan cat dan warna perabot.

Aroma kopi memenuhi setiap ruang. Hanya kopi dijual di sini. Pelbagai perisa boleh dicuba. Seorang pekerja berada di belakang kaunter sewaktu kami tiba. Pesanan dibuat di kaunter. Pemuda yang ambil pesanan kemudian sediakan kopi yang diminta oleh kami.

Suami saya, si dia pilih satu meja kecil dan tiga kerusi di sudut restoran. Sambil menunggu kopi disediakan, saya leka memerhatikan seorang pekerja di situ masukkan biji kopi ke dalam mesin, diproses menjadi serbuk kopi.

Serbuk kopi ini ada yang dijual kepada pelanggan restoran. Ada juga dibungkus untuk dibawa pulang oleh pelanggan untuk kegunaan sendiri atau dijadikan cenderahati.

Rakyat tempatan minum kopi sebagai pelengkap hidangan. Ini berlainan dengan masyarakat di tempat lain yang minum kopi sebaik sahaja bangun dari tidur.

Jangan terkejut melihat cawan kopi yang dihidangkan sangat kecil, besar sikit dari cawan espresso yang biasa kita minum di negara sendiri atau negara lain. Espresso selalunya ada 80mg caffeine. Secawan kecil kopi Turki mengandungi 160mg caffeine. Jangan minum kopi Turki sebelum tidur dan berpada-pada minum kopi Turki kerana kandungan kafein yang tinggi.

Di Fazil Bey’in setiap secawan kopi yang dipesan diberi segelas air kosong dan seketul manisan Turki. Air kosong ini diminum sebelum minum kopi untuk membersihkan usus. Menurut kepercayaan, jika tetamu minum kopi dulu sebelum air kosong, ini bermakna dia kenyang. Jika dia minum air kosong dulu bermakna dia lapar.

Silap sendiri, tidak tahu langsung mengenai kepercayaan ini. Saya minum kopi dulu sebab saya tahu kopi Turki pekat. Lepas minum kopi, saya minum air kosong pula. Konon untuk mudahkan proses penghadaman. Rupa-rupanya air kosong itu patut diminum dulu untuk aktifkan dulu sel deria rasa. Bila dah aktif,  baru dapat rasa keaslian sebenar kopi Turki.

Manisan Turki (lokum) dimakan selepas minum kopi. Menurut kepercayaan, manisan dihidangkan untuk tahu sama ada tetamu puas hati dengan layanan tuan rumah. Jika tetamu makan manisan selepas minum kopi, ini bermaksud tetamu puas hati dengan layanan tuan rumah. Jika makan manisan sebelum minum kopi, ini bermaksud dia tidak puas hati dengan layanan tuan rumah.

Rakyat tempatan lebih suka minum kopi tanpa gula. Gula dimasukkan semasa penyediaan kopi. Semasa buat pesanan, lebih baik jika anda beritahu sama ada anda inginkan gula, lebih gula atau tidak mahu gula langsung.

Bagi kali pertama rasa kopi Turki, mungkin lebih baik jika ditambah sedikit gula. Biasanya gula yang disediakan di restoran Turki datang dalam bentuk kiub kecil. Bila kopi sampai, perlu dikocak perlahan-lahan cawan kopi kerana serbuk kopi yang disediakan tidak larut dalam air. Jangan dikocak terlampau kuat, anda akan minum serbuk kopi. Jika tidak dikocak, anda akan minum kopi yang cair kerana serbuk kopi terkumpul di bahagian bawah.

Bila minum, minum dengan perlahan agar serbuk kopi yang terkumpul di bahagian bawah tidak naik ke atas hingga anda minum serbuk kopi. Serbuk kopi yang tinggal bukan untuk diminum, biarkan sahaja. Ada yang jadikan serbuk kopi yang tinggal bahan untuk tilik nasib. Cawan diterlangkupkan, sisa kopi dalam cawan ditafsirkan.

Selepas minum kopi, boleh window shopping di kawasan sekitar Kadikoy. Laluan seperti batas tanaman. Jalan sampai ke hujung dan masuk ke laluan berikutnya. Peruntukkan 2-3 jam di sini.

Adena Beach Resort, Kuantan

Sudah beberapa kali ajak suami ke Kuantan. Rindu pantai. Saya bukan suka mandi laut. Suka berjalan di pantai. Damai

Suami enggan. Penat nak pandu kereta kata dia. Tak berbaloi naik kapal terbang.

Beberapa hari selepas hari jadi saya, suami balik kerja dan tanya

“apa kata kita pergi Kuantan?”

Yes, finally. Selepas lebih 10 tahun Kuantan tidak dikunjungi. Rahmat PKP. Melancong luar negeri hanya mampu capai dalam mimpi.

Saya cuba lihat harga Hyatt Regency Kuantan Resort. Hampir RM2 ribu untuk 3 malam. Tak berbaloi. Rakan yang sudah lama menginap di Kuantan syorkan Adena. Lebih tenang kata dia. Pesan dia kena cepat tempah bilik. Adena cepat penuh. Masa agak suntuk. Hanya bilik deluxe garden view twin sahaja ada kosong. Satu malam RM180 termasuk sarapan. Ok, kena dengan bajet.

Rupanya jalan ke Kuantan sudah banyak berubah. Suami ingat masih jalan lama. Itu sebab dia malas nak pandu ke Kuantan. Perjalanan dipermudahkan. Cuaca baik sepanjang jalan. Alhamdulillah.

Review Adena di Tripadvisor dan Agoda tidak lebih dari 4. Markah penuh 5. Banyak review negatif ditulis selepas PKP. Adena baru beroperasi semula. Mungkin penyusunan semula kerja dan proses pembersihan semula ambil sedikit masa.

Saya janji pada diri sendiri – pandang dengan mata lebah, jangan pandang dengan mata lalat. Jika kekurangan kecil, saya tutup mata. Fokus kepada kelebihan yang Adena bakal berikan. Tidak mahu isu kecil jejaskan percutian yang sudah lama dinantikan.

Kami tiba jam 1.30 petang. Bilik belum siap. Tidak mengapa. Masa daftar setiap hotel memang 3.00 petang. Sambil tunggu, kami ke pantai. Chalet-chalet comel memenuhi laluan ke pantai.

Matahari seakan berlindung di celah awan. Cahaya yang dipancarkan tidak begitu terang. Berteduh di bawah pohon merimbun, terasa nyaman bila pipi disapu sang bayu. Ombak beralun tenang di permukaan laut. Beberapa orang dewasa dan kanak-kanak sedang bermain di gigi air. Puteh Beach Bar dipenuhi manusia pelbagai bangsa. Teringin jamu selera. Perut minta diisi. Bila staf beritahu tukang masak bukan Islam, niat terhenti. Pasti ada tempat lain yang boleh makan tanpa keraguan dirasai.

Setengah jam kemudian kami cuba nasib. Bilik sudah siap. Tingkat bawah di bangunan tiga tingkat. Buka sahaja pintu bilik, terus nampak sinki. Banyak review negatif pasal sinki ini. Selalu sinki dalam bilik air. Mungkin untuk jimatkan ruang. Bagusnya reka bentuk ini, bilik jadi luas.

Bangunan tiga tempat, chalet dan di belakang kolam renang ada coffee house. Sarapan di sini.

Bilik bersih. Cuma ada habuk di sudut-sudut bilik. Tidak nampak jika tidak betul-betul amati. Isu kecil. Tiada mini bar. Ada kemudahan buat kopi dan teh. Tiada meja menulis. Saya memang perlukan meja menulis untuk siapkan manuskrip. Mujur meja tepi katil besar. Boleh letak komputer riba dan masih ada ruang untuk letak buku-buku rujukan.

Deluxe Garden View Twin
Bilik air. Air panas berfungsi dengan baik.

Rancangan televisyen sangat terhad. Tiada masalah jika ada Netflix dan sebagainya. WiFi dari bilik kami boleh tahan laju. Boleh sahaja tengok youtube dan sebagainya. Saya sempat baca buku-buku yang dibawa dan menulis. Tiada isu tiada hiburan.

Penyangkut baju hanya ada 4. Kami memang selalu bawa lebih dari rumah. Kemudahan gosok baju tidak disediakan dalam bilik. Boleh pinjam dari housekeeping. Hanya tuala mandi dan tuala lap tangan disediakan. Tiada tuala muka. Penghawa dingin berfungsi dengan baik. Alhamdulillah. Perlu bawa selipar pakai buang dalam bilik sebab lantai agak sejuk.

Kolam renang agak kecil. Memadai untuk kanak-kanak. Ada komen, kolam renang kotor. Waktu pagi ada pekerja bersihkan kawasan sekeliling. Saya perhatikan ada pasir dalam kolam renang. Jika semua pelanggan pastikan mereka bilas badan selepas berada di laut dan sebelum masuk kolam renang, masalah ini pasti dapat dikurangkan. Hanya ambil masa kurang dari 5 minit untuk pastikan anda tidak bawa pasir bersama dalam kolam renang. #kitajagakita

Staf sedang bersihkan kolam

Waktu sarapan, makanan yang disediakan nasi lemak, ayam rempah (hari kedua kami di Adena, nasi lemak digantikan dengan nasi hujan panas dan ayam kurma, hari ketiga nasi tomato dan ayam masak merah), meehoon, roti, telur hancur, sosej, buah-buahan dan kek. Pilihan terhad tapi kenyang. Berapa banyak sangat pun seseorang boleh makan.

Hari terakhir di Adena, makan banyak sikit.

Kami cuba juga makan tengah hari di coffee house pada hari pertama. Sedap. Kenyang.

His
Hers

Ada yang komen staf tidak mesra. Cuba anda mulakan perbualan dahulu. Cuba anda senyum kepada mereka dahulu. Selagi hidup kita harapkan orang lain untuk gembirakan kita, untuk ceriakan hidup kita, ada waktu kita pasti kecewa.

Saya dan suami berbual dengan salah seorang adik housekeeping.

Saya : bilik penuh ya setiap hari?

Staf : ya puan. Alhamdulillah. Cuma kami kerja tanpa henti dari 9.00 pagi hingga 7.00 malam.

Simpati. Bukan tugas mudah. Rasa bangga juga anak muda tidak pilih kerja. Selalu housekeeping warganegara asing. Jika tempahan bilik semakin baik, mungkin Adena boleh tambah pekerja. Harap komen negatif yang diterima bukan sebab pekerja dibebankan dengan kerja yang banyak.

Sebagai pelanggan, kita boleh tunjukkan empati. Jika bilik tidak kotor, tidak perlu room service setiap hari. Sekadar kemas katil, kita boleh buat sendiri. Minta mereka tukar tuala, alas kaki dan buang sampah jika perlu. Minta air mineral dan sabun/pencuci rambut dalam bekas kecil jika sudah habis. Itu sahaja.

Sebagai ganti Please Do Not Disturb

Jika bilik ada anak-anak kecil pasti perlukan bilik dibersih setiap hari.

Bagi yang tiada anak seperti kami atau hanya orang dewasa dalam bilik, tidak perlu room service. Pertolongan kecil tapi jika ramai yang buat seperti ini, ringankan sedikit kerja mereka. Hati kecil pasti berkata “eh tapi kami bayar.” Betul tapi jika kita mudahkan hidup orang lain, insya-Allah ganjaran Allah lebih hebat.

“Be kind to others not because of who they are or what they do in return but because of who you are.”

Semasa tunggu Grabcar untuk ke tempat makan, sempat sembang dengan pakcik jaga di pintu utama. Masa balik, kami beli 2 bungkus nasi goreng untuk pakcik jaga dan seorang lagi rakan beliau. Kita biasanya beranggapan orang yang kita beri sedekah perlukan pertolongan kita. Hakikatnya kita yang lebih perlukan pertolongan mereka kerana mereka beri peluang kepada kita untuk cari reda Pencipta.

“Peliharalah dirimu daripada api neraka, walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma. Jika kamu tidak sanggup, maka dengan tutur kata yang baik.” (Al-Bukhari and Muslim).

Ada beberapa pilihan penginapan selain Adena Beach Resort iaitu Swiss Garden Beach Resort dan Timur Bay yang tawarkan banyak homestay.

Timur Bay Seaview Residency

Adena Beach Resort – Pasir pantainya putih dan halus, kurang sesak dibandingkan dengan Teluk Cempedak. Insya-Allah andai takdir mengatasi tadbir saya pasti kembali. Kucari damai di hati dan aku temui di bumi Ilahi ini.

Untuk tempahan, layari https://adenaresort.com

Umrah – dari buku The Ultimate Guide to Umrah

Saya telah membuat persediaan menunaikan umrah bersama 2 orang adik perempuan, kakak ipar dan seorang sepupu perempuan pada April, 2020. PKP 1.0 dilaksanaka di Malaysia menyebabkan rancangan kami perlu ditangguhkan buat masa ini. Saya pernah menunaikan umrah pada tahun 2013, adik bongsu saya telah menunaikan umrah dan haji. Pengalaman yang ada dan bacaan dari buku-buku umrah insya-Allah menjadi panduan kami di sana nanti.

Pada mulanya saya tulis nota dari buku Abu Muneer Ismail Davids ini untuk panduan kami berlima. Kemudian terfikir, lebih baik jika saya kongsi juga di blog agar beri manfaat kepada jemaah lain terutama mereka yang bakal menunaikan umrah buat kali pertama.

Buku ini saya pilih kerana ia dalam Bahasa Inggeris. Harap dapat beri manfaat kepada mereka yang tidak faham Bahasa Inggeris. Insya-Allah. Penulis buku ini juga menulis The Ultimate Guide to Hajj (ada diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu). Saya juga pernah hadir kursus haji dan umrah yang dikendalikan oleh penulis buku ini.

Definisi umrah

Diambil dari perkataan Bahasa Arab Al-I’timar yang bermaksud lawatan. Umrah bermaksud tawaf keliling Kaabah, berjalan antara Safa dan Marwah 7 kali, cukur kepala atau gunting rambut pendek.

Mengapa perlu menunaikan umrah?

Dari riwayat Abu Hurairah, Rasulullah Sallallahu alayhi wasalam berkata,

“Dari satu umrah ke satu umrah, menjadi penebus dosa antara keduanya. Sedangkan haji yang mabrur, tidak ada balasan baginya selain syurga.” (Bukhari : 1773, Muslim “ 1349 dan Ahmad : 9948)

Ada yang kata “saya dah pergi umrah berkali-kali, tak mahu pergi lagi.”

Dari riwayat Abu Sa’id Al-Khudri, Rasulullah Sallallahu alayhi wasalam berkata :

“Allah berfirman : Seorang hamba yang Aku beri kesihatan tubuh badannya dan aku luaskan rezeki kehidupannya, lalu berlalu lima tahun dan dia tidak datang ke rumahKU, maka dia adalah seorang yang terhalang dari kebaikan (Mahroum).” (Ibn Hiban : 3703 dan Musnad Abu Ya’laa : 1031)

Perlu bawa anak-anak?

Tidak digalakkan bawa kanak-kanak mengerjakan haji tapi sangat digalakkan bawa kanak-kanak untuk mengerjakan umrah

Umrah dalam Quran dan Sunnah

  • Ikhlas kerana Allah
  • Itiba’a (ikut Sunnah, tidak tambah atau tidak melakukan selain yang dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu alayhi wasalam)
  • Duit yang digunakan untuk mengerjakan umrah mesti diperolehi dari sumber yang halal
  • Jika keliru amalan mana perlu dibuat, tanya pada diri sendiri, apa yang Rasulullah Sallallahu alayhi wasalam kata, buat atau tidak buat dalam keadaan itu.

Amalan Terbaik

1)     Bersedia untuk Ihram (potong kuku, bulu kemaluan, ketiak, ghusl dan lain-lain

2)     Berniat Ihram di miqat

*kredit imej : Syaza Travel & Tours

3)     Memperbanyakkan talbiyah

Kredit imej : https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/10/23/fahami-erti-talbiyah-haji/

4)     Membiarkan bahu kanan tidak ditutup dengan kain ihram sebelum tawaf

5)     Melakukan tawaf 7 pusingan sebaik sampai di Mekah bermula dari Hajar Aswad

6)     Mendirikan solat 2 rakaat di Maqam Ibrahim selepas selesai mengerjakan tawaf. Baca Surah Kafirun pada rakaat pertama dan Surah Ikhlas pada rakaat kedua

7)     Minum air zamzam dan cium Hajar Aswad jika boleh. Jika tidak, selepas minum air zam zam, terus ke Safa

8)    Melakukan Sa’ie; bermula dari Safa dan berakhir di Marwah (7 kali)

9)    Cukur kepala bagi lelaki, perempuan gunting rambut lebih kurang seinci rambut pada bahagian yang sama

10)  Keluar dari ihram

11)   Sentiasa dirikan solat sunat 2 rakaat sebelum Subuh

12)  Sentiasa dirikan Solat Witir

13)  Melakukan Tawaf-al-Wadaa

Kesilapan Yang Sering Dilakukan

  1. Wanita enggan berada dalam ihram ketika haid
  2. Wanita hanya ingin pakai pakaian putih untuk Ihram
  3. Tidak lafazkan talbiyah kerana menyangka talbiyah hanya untuk haji
  4. Mengerjakan solat khas selepas memakai pakaian ihram
  5. Membiarkan bahu kanan tidak ditutup sepanjang umrah
  6. Melakukan umrah berkali-kali dan meninggalkan solat fardhu kerana penat
  7. Mengerjakan solat di luar Masjidil Haram walaupun ada tempat kosong dalam masjid
  8. Lelaki dan wanita solat bersebelahan
  9. Wanita solat depan lelaki
  10. Hanya masuk ke Masjidil Haram melalui Baab-as-Salam
  11. Baca doa khas dengan kuat untuk tawaf dan sa’ie
  12. Cium Rukun-al-Yamani
  13. Cium dan pegang/gosok Maqam Ibrahim
  14. Menolak dan mencederakan Jemaah lain hanya kerana ingin mencium Hajar Aswad
  15. Melakukan tawaf beramai-ramai dalam 1 kumpulan besar
  16. Melafaz dengan kuat doa dan sebagainya semasa mengerjakan tawaf dan sa’ie
  17. Ikut sepenuhnya buku doa yang mengandungi doa tertentu di setiap pusingan
  18. Mengupah orang lain untuk baca doa secara kuat untuk diikuti
  19. Melafazkan Inna safaa wal-marwatta di setiap permulaan Sa’ie
  20. Lelaki gunting hanya beberapa helai rambut
  21. Tidak melakukan tawaf-al-wadaa sebelum pulang

Bab berikutnya : Perancangan dan Persediaan

7 Aktiviti Boleh Dilakukan di New Chitose Airport

Tokyo adalah bandar pilihan pertama destinasi tumpuan pelancong, diikuti oleh Osaka dan ketiga : HOKKAIDO.

New Chitose Airport adalah lapangan terbang utama di Hokkaido. Ada 11 lapangan terbang lain di Hokkaido. New Chitose Airport telah ditambah baik baru-baru ini. Berada di dalamnya, anda seperti berada dalam sebuah pusat beli belah yang besar. Jika penerbangan balik awal pagi, banyak kedai belum buka. Tak sempat nak cuci mata. Mungkin waktu balik, duit pun dah habis. Putih mata tengok sesuatu yang berkenan di hati. Lebih baik habiskan sedikit masa di sini semasa tiba. Ini yang kami lakukan sebab penerbangan balik kami nanti awal pagi.

Sebelum saya beri idea nak buat apa di New Chitose Airport, saya cerita sedikit pengalaman ketibaan. Paling penting tutup mobile data jika tidak gunakan perkhidmatan roaming. Lebih bagus lagi jika anda tutup mobile data sebelum berlepas.

Boleh ambil gambar di sini dulu kalau nak gambar ada perkataan Hokkaido.

Barisan di imigresen selalunya panjang. Beberapa pekerja ditempatkan untuk pastikan proses lancar dan cepat. Pastikan disembarkation card dan customs declaration telah diisi, diletakkan bersama paspot di tempat yang mudah dikeluarkan. Saya terlupa nak tanda tangan kedua-dua kad. Cuba nak pinjam pen mamat Korea di depan. Bini dia tolak laki dia ke depan suruh jalan. Grrrr. Terpaksa pinjam dari staf bertugas. Saya bawa pen tapi leceh nak keluarkan sebab barisan sentiasa bergerak.

Seperti semua lapangan terbang di dunia yang lain, mengambil gambar tidak dibenarkan.

ooopppsie! dah terambil satu. Siap kena tegur dengan ah soh yang berdiri di belakangku

Tengok barisan mana anda patut masuk.

Bila keluar dari imigresen, ada kaunter lagi periksa bagasi penumpang. Ada 2 perempuan depan kami disuruh buka bagasi. Pastikan kunci-kunci bagasi senang dicapai. Pegawai tanya kami beberapa soalan dan kami dilepaskan tanpa perlu buka bagasi.

Di tempat ambil bagasi, nampak seorang staf sedang mengangkat bagasi dari conveyor belt dan menyusun bagasi seperti dalam gambar. Tak perlu dumbbell, hari-hari dia buat senaman lengan.

Selepas ambil bagasi, boleh lakukan perkara-perkara berikut.

7 Aktiviti Boleh Dilakukan di Chitose Aiport

1. Swafoto dan tunafoto di Terminal Antarabangsa dan Terminal Domestik

bergambar dengan abang long kawasan

Nampak tak Information Counter di belakang saya. Saya pinjam kerusi roda di sini untuk kawan saya. Boleh dipulang semula di sini atau di Information Counter terminal domestik.

boleh bergambar di sini…
…dan di sini

lihat pada papan tanda ini untuk ke terminal domestik. Tak jauh. Kalau guna kerusi roda, bila nak dekat sampai, ada lif

dinamakan Smile Road kerana ada Doraemon Waku Waku Sky Park dan Hello Kitty Happy Flight

2) Solat

Terletak di sebelah kanan selepas keluar dari ambil bagasi.

hanya ruang yang kosong. Tiada tempat wuduk dan tiada telekung disediakan

3) Dapatkan Maklumat di Hokkaido Foreign Tourist Information Centre

imej dari laman web Chitose Airport

Dibuka setiap hari dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Perkhidmatan :

  • dapatkan brosur destinasi percutian
  • perkhidmatan kerusi roda
  • boleh tanya tentang maklumat percutian seperti sewa kereta, sewa wifi, penginapan dan sebagainya.

Staf bertugas boleh berbahasa Inggeris semasa saya minta kerusi roda.

4)  Membeli belah di Terminal Domestik.

Bila sampai, cuba cari skrin ini di Terminal Antarabangsa. Ada maklumat tentang barang atau perkhidmatan yang dijual di New Chitose Airport.

Antara kedai-kedai yang terdapat di Terminal Domestik

ada je yang nak menempel dalam gambar 🙂
Royce Chocolate


Starbucks

Ada juga panggung wayang yang menayangkan filem-filem Hollywood dan onsen untuk merehatkan badan.

5) Bersuka ria di Doraemon Wakuwaku Sky Park

Taman hiburan mini. Ada permainan interaktif, tempat bergambar, aktiviti fizikal untuk anak-anak, perpustakaan, aktiviti mewarna dan melukis, kafe, kedai cendera hati.
Bayaran masuk :
Dewasa : 800 yen
13-18 tahun : 500 yen
3-12 tahun : 400 yen
2 tahun ke bawah : percuma

6) Bersuka ria di Hello Kitty Happy Flight

Sama seperti Doraemon Skypark, sebuah taman mini hiburan.
Bayaran masuk :
Dewasa (13 tahun ke atas): 800 yen
4-12 tahun : 400 yen
3 tahun ke bawah : percuma

7) Menikmati makanan halal

walaupun dah tercegat depan pintu restoran lebih awal, selagi jarum jam tak tunjuk tepat 10.30 pagi, mereka tak benarkan pelanggan masuk

Saya makan ini buat mengalas perut. Kawan makan ikan, dia banyak duit. Gi pasar pun pakai LV  😆

Squid, scallop, shrimp 680 yen Nasi lain harga. Kena cuba juga. Lain macam lembut nasi di Jepun. Red melon & milk 480 yen (ni saya kongsi dengan kawan)
kawan have-have makan ikan ini. 830 yen. Dia bagi saya rasa. Best
bakul oren bawah kerusi untuk letak beg/barang

Selepas habis makan, kami ke tempat menunggu bas untuk ke hotel. Terpisah dari kumpulan. Kami turun di lif berlainan. Ingatkan turun mana-mana lif pun boleh sampai ke tempat menunggu bas di bawah. Tidak. Jadi pastikan :

  • ikut sahaja papan tanda bus/train/taxi,
  • ada lif yang lambat. Turun awal sikit supaya tak tertinggal bas,

Penumpang disuruh susun bagasi. Bila bas sampai, penumpang naik. Bagasi diuruskan oleh pekerja. Dua tempat duduk di hadapan dikhaskan untuk bagasi. Sebelum bas bergerak, pemandu periksa dan ingatkan penumpang agar pakai tali pinggang keledar. Pemandu akan turun di setiap hentian bas, ucap selamat kepada penumpang dan uruskan bagasi penumpang.

Dalam bas, penumpang diingatkan agar :

  • telefon pintar diletakkan dalam silent mode
  • guna earphone jika perlu
  • jangan tinggalkan sampah dalam bas

1 jam juga nak sampai ke Sapporo dari Chitose Airport.

Sesungguhnya tidur itu lebih baik dari membawang atau kacau kawan