5 Hotel di Hanoi Anda Patut Menginap Bila Melawat Hanoi

Hotel di Hanoi terutama sekitar Old Quarter/Hoan Kiem Lake/pasar malam Hanoi kebanyakannya menawarkan perkhidmatan yang memuaskan. Competitive market, persaingan sengit.

Bagi yang kali pertama melawat Hanoi, anda disyorkan menginap di hotel sekitar 3 kawasan yang dinyatakan di atas; mudah untuk melawat tempat menarik sekitar Hanoi.

Saya menginap di Art Trendy Hotel bila melawat Hanoi kali pertama. Boleh baca di sini. Jika melawat Hanoi sekali lagi, saya ingin menginap di salah satu hotel yang disenaraikan di bawah.

Agoda.com menawarkan harga menarik untuk hotel-hotel dinyatakan ini; kurang dari RM150 semalam utk deluxe/ superior room. Bandingkan juga dengan harga di laman web hotel. Selalunya hotel di Hanoi juga menawarkan harga yang kompetitif kerana pihak hotel lebih suka jika anda tempah bilik secara langsung dari laman web mereka; mereka tidak perlu membayar komisen kepada pihak ketiga seperti Agoda, Booking, Expedia. Juga jika anda menempah bilik secara terus dengan mereka, selalunya ada free gift seperti free airport transfer (bernilai USD 18-20), free massage, free room upgrade dan sebagainya.

๐Ÿ’ก Jika hotel beralamat dengan jalan yang bermula dengan ‘Hang’, hotel ini terletak di kawasan sekitar Old Quarter, Hoan Kiem Lake & Hanoi Night Market.

๐Ÿ’ก Kebanyakan hotel boleh merancang percutian anda di Hanoi – contoh pakej ke Halong Bay, Sapa, city tour dan sebagainya. Anda tidak perlu book pakej pelancongan di Hanoi dari Malaysia; kos mungkin mahal jika book dari Malaysia.

๐Ÿ’ก Kebanyakan hotel menyediakan laptop di setiap bilik. Anda tidak perlu membawa laptop jika sekadar hanya ingin mencari maklumat umum.

๐Ÿ’ก Kebanyakan hotel menawarkan WiFi percuma dan signal WiFi agak bagus/laju. Anda tidak perlu bayar roaming service kepada service provider anda.

๐Ÿ’ก Bilik yang mempunyai balkoni (bagus jika anda claustrophobic) kebanyakannya mengadap jalan; agak bising. Bilik di bahagian belakang (selalunya tiada view menarik, kadang-kadang tiada tingkap yang boleh dibuka) selalunya tiada bunyi bising.

๐Ÿ’ก Ada hotel yang tidak mempunyai lif; pastikan hotel yang anda pilih ada kemudahan lif. Kesemua hotel saya senaraikan di bawah ini mempunyai lif.

๐Ÿ’ก Ada kalanya berlaku double booking, hotel tak boleh cari rekod tempahan anda, anda tidak puashati dengan bilik yang diberi dan sebagainya, hotel akan cuba menawarkan sister hotel/hotel mereka yang lain berdekatan dengan hotel yang anda rancang untuk menginap. Kalau boleh insist nak menginap di hotel yang sama kerana ada kalanya hotel yang ditawarkan walaupun owner yang sama; ianya tidak memuaskan. Sebelum sampai di Hanoi, anda emel mereka untuk pastikan tempahan anda memang betul-betul confirmed.

๐Ÿ’ก Pastikan bila membuat tempahan di laman web, anda memilih hotel yang betul. Hotel di Hanoi di mana pemiliknya sama akan menamakan hotel-hotel mereka dengan nama yang sama; yang membezakan hanya nombor di hujung contoh Hanoi Meracus Hotel 1, Hanoi Meracus Hotel 2. Saya pernah terkena masa tempah hotel di Ho Chi Minh. Sebenarnya ingin menginap di Hotel Hoang Hai Long berdepan dengan Hjh Basiroh tetapi buat kesilapan book di Hoang Hai Long 2 yang agak jauh sikit.

๐Ÿ’ก Hanoi mengalami 4 musim walaupun tidak ketara. Secara umumnya rainy season (Jan-Sept), dry season (Oct-April).

Musim bunga (Feb-April) – suhu antara 15-20 Celcius.

Musim panas (Mei-Ogos) – 32 Celcius, Julai paling panas, kadang-kadang hujan lebat. Jangan lupa bawa payung/poncho.

Musim luruh (Sept-Nov) – paling best melawat Hanoi. 25 Celcius.

Musim sejuk (Dec-Feb) – 17 Celcius, kadang-kadang boleh jatuh bawah 10 Celcius; jangan lupa bawa jaket.

Hotel-hotel yang saya senaraikan adalah untuk double room yang kurang dari RM150 ketika entri ini dibuat. Hotel yang anda boleh pertimbangkan jika melawat Hanoi kali pertama :

โžก RENDEZVOUS HOTELย HANOI

Alamat : 31 Hang Dieu St., Hoan Kiem Dist.,ร‚ย Hanoi

Email: bookings@hanoirendezvoushotel.com

Harga bilik untuk 2016

Room type Room rate
Rendezvous Single VND 525.000 (=USD 25) Book now!
Rendezvous Single Balcony VND 588.000 (=USD 28)ร‚ย Book now!
Rendezvous Double VND 630.000 (=USD 30)ร‚ย Book now!
Rendezvous Double Balcony VND 735.000 (=USD 35)ร‚ย Book now!
Rendezvous Twin VND 630.000 (=USD 30)ร‚ย Book now!
Rendezvous Twin Balcony VND 735.000 (=USD 35)ร‚ย Book now!
Rendezvous TripleRendezvous Dorm Bed VND 840.000 (=USD 40)ร‚ย Book now!VND 168.000 (=USD 8)

ย ๐Ÿ˜€ Harga untuk double room USD 30, kurang dari RM150 ketika entri ini dibuat.

ย ๐Ÿ˜€ Terdapat pilihan dorm. Ada 6 katil single besar; 3 katil setiap bahagian. Antara satu bahagian dengan bahagian lain terdapat dinding pemisah.

๐Ÿ˜€ Hotel ini mendapat 815 reviews di TripAdvisor (setakat entri ini dibuat); 481 orang rate excellent, 196 rate very good.

๐Ÿ˜€ Receommended by Lonely Planet.

๐Ÿ˜€ Kurang dari 10 minit berjalan kaki ke Al Noor Mosque Hanoi di mana terdapat Zaynab Restaurant yang menyediakan makanan halal. Boleh baca mengenai restoran makanan halal di Hanoi di sini.

๐Ÿ˜€ Antara 5-10 minit berjalan kaki ke pasar malam Hanoi, Hoan Kiem Lake Market, Cho Dong Xuan Market, water puppet theatre.

โžก LA BEAUTE DE HANOI HOTEL

la beaute

deluxe la beaute

la beaute 1

๐Ÿ˜€ย pilih bilik ada balkoni jika ada bajet lebih dan anda inginkan street view. Masa di Art Trendy saya dapat street view, bising sikit. Saya lebih suka takde view menarik tapi sunyi. Di La Beaute juga sama, street view akan dgr bunyi bising melainkan anda di tingkat tinggi sikit.

๐Ÿ˜€ย bilik twin bed besar sikit dari double room.

๐Ÿ˜€ย pilih bilik ada tingkap jika anda claustrophobic.

๐Ÿ˜€ 10-15 minit berjalan kaki ke Al Noor Mosque, 3 minit ke Hoan Kiem Lake, pasar malam Hanoi, water puppet theatre.

๐Ÿ˜€ 617 review di TripAdvisor setakat entri ini dibuat; 476 orang rated excellent, 38 orang rated very good.

๐Ÿ˜€ superior room USD 35, deluxe USD 42

ย  โžก PARADISE BOUTIQUE HOTEL

๐Ÿ˜€ bilik di tingkat 7 dan 8 ada balkoni; selalunya anda kena bayar lebih sikit untuk bilik ada balkoni. Kalau memang pertama kali di Vietnam dan banyak masa dihabiskan di luar, lupakan saja balkoni.

๐Ÿ˜€ antara 10-12 minit berjalan kaki ke Al Noor Mosque Hanoi.

๐Ÿ˜€ dalam 5-10 minit berjalan kaki ke pasar malam Hanoi, Hoan Kiem Lake Market, Cho Dong Xuan Market, water puppet theatre.

๐Ÿ˜€ superior room (musim panas) USD33, deluxe USD 39

paradise1

paradise2

โžก GOLDEN SUN PALACE HOTEL

๐Ÿ˜€ antara 10-12 minit berjalan kaki ke Al Noor Mosque Hanoi.

๐Ÿ˜€ dalam 6-10 minit berjalan kaki ke pasar malam Hanoi, Hoan Kiem Lake Market, Cho Dong Xuan Market, water puppet theatre.

Summer Low Season Rates:ย ย From 1st Mayย 2016 to 30th Sept 2016:

Room type ย Public Rate USD Single Person Double
King Bed
Twin Bed Extra bed
Superior Room 45$++
( 957,000VND)
35$ 35$ 35$ 10$
Deluxe City view 50$++
( 1,070,000VND)
38$ 38$ 38$
Honeymoon 60$++
( 1,270,000VND)
48$
Family two King beds 80$++
(1.675.000VND)
66$

Rooms & Rates High Season:ย From 1st Octoberย 2016 to 30th December 2016:

Room type ย Public Rate USD Single Person Double
King Bed
Twin Bed Extra bed
Superior Room 45$++
( 957,000VND)
* 38$ 38$ 10$
Deluxe City view 50$++
( 1,070,000VND)
42$ 42$ 42$
Honeymoon 60$++
( 1,270,000VND)
52$
Family two King beds 80$++
(1.675.000VND)
68$

02-deluxe-king-bed golden

05-superior-twin-beds golden

โžก HANOI HOLIDAY DIAMOND HOTEL

๐Ÿ˜€ antara 7-10 minit berjalan kaki ke Al Noor Mosque Hanoi.

๐Ÿ˜€ dalam 10-12 minit berjalan kaki ke pasar malam Hanoi, Hoan Kiem Lake Market, Cho Dong Xuan Market, water puppet theatre.

diamond

Room type

Public Rates (USD)

Our rates (USD)

Single/Double/Twin

Triple

Standard Room
(VND 880,000)
40+
32
*
Executive Room
(VND 1,100,000)
50+
37
*
Junior Room
(VND 1,320,000)
60++
50
*
Holiday Room
(VND 1,430,000)
65+
55
*
Family Room
(VND 1,540,000)
70+
60
60
Honeymoon Room
(VND 1,430,000)
65+
55
*

* Extra bed is available : 10 USD (VND 220,000)

Pastikan anda pergi pada musim yang sesuai kerana anda perlu banyak berjalan kaki. Teksi agak mahal, banyak cerita taxi scam di Hanoi, juga keadaan jalan yang sibuk menyukarkan untuk pergi dari satu tempat ke tempat lain.

Yang penting, perlu memakai kasut yang sesuai ye.

Hanoi Kali Pertama – Di Mana Mahu Menginap?

20160428_133330-1

Sebulan lepas suami mencadangkan we take a short break jalan-jalan tengok dunia sempena cuti Hari Buruh.

20160429_095802

Kali terakhir kami ke luar negara bersama – hujung Disember 2014 ke Hong Kong. Tahun lepas saya hanya ke Ho Chi Minh City (HCMC) bersama my 3 sisters and sister in law.

Dalam masa sebulan sebelum pergi, saya plan percutian ke Hanoi. Yang paling utama – mencari hotel murah di Hanoi.ย Bajet kami kali ini – RM150 semalam.

Banyak hotel-hotel murah di Hanoi terutama di sekitar Old Quarter menawarkan perkhidmatan yang memuaskan. Competitive market. Agak sukar membuat pilihan tetapi akhirnya saya memilih

Art Trendy Hotel

๐Ÿ˜€ Penginapan semalam 33USD

Mulai 1/4/2016 – 30/9/2016, Art Trendy Hotel ada promosi harga bilik. Kami pilih bilik yang paling murah “Deluxe with Quiet”; harga promosi 33USD; sesuai dengan bajet kami.

20160429_103525

20160429_103640

20160429_103738

20160429_103403

20160429_103415

20160429_105452

Juga jika book bilik terus dengan mereka, anda dapat menikmati :

Urutan kaki selama 1 jam untuk seorang di Marvel Spa milik mereka (jika menginap 1 malam)

Diskaun 50% untuk airport pick up & 1 baucer urutan kaki selama 1 jam untuk seorang di Marvel Spa (jika menginap 2 malam berturut-turut)

Percuma airport pick upย & 1 baucer urutan kaki selama 1 jam untuk seorang di Marvel Spa (jika menginap 3 malam berturut-turut)

๐Ÿ˜€ Terletak di dalam kawasan Old Quarter Hanoi

Kenapa perlu menginap di Old Quarter Hanoi?

Tempat menarik di Hanoi seperti pasar malam Hanoi, Cho Dong Xuan Market (pasar borong ala-ala Ben Thanh) dan tempat shopping lain di Hanoi, water puppet show Hanoi, masjid Hanoi, Ho Chi Minh Mausoleum dan sebagainya terletak di kawasan ini.

๐Ÿ˜€ hanya 200 meter dari pasar malam Hanoi

Walaupun begitu hampir dengan pasar malam Hanoi, laluan di kedua hujung Hang But Street di mana terletaknya Art Trendy Hotel tidak boleh dilalui oleh kenderaan. Ini bermakna Art Trendy Hotel sunyi dari bunyi bising kenderaan. Jalan-jalan di sekitar Old Quarter Hanoi banyak tetapi pendek.

Pasar malam Hanoi hanya diadakan pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad. Kami tiba di Hanoi pada hari Jumaat dan pulang pada hari Isnin. Maka sepanjang berada di sana, setiap malam kami pergi pasar malam Hanoi.

๐Ÿ˜€ Review memuaskan di TripAdvisor

Review Art Trendy Hotel – staf berusaha untuk memberikan yang terbaik setiap masa. Saya bersetuju setelah melalui pengalaman menginap di sini. Staff called us by name – Miss Emy & Mr Shah setiap masa. They upgraded our room from deluxe with quiet (33USD) to deluxe with view (45USD).

Walaupun view hanya pemandangan gerai-gerai kecil di Hang But Street, bilik deluxe with view luas, selesa untuk solat, ada HBO Channel.

sebaik tiba di hotel, kami diminta tunggu sebentar supaya staff boleh membuat pemeriksaan terakhir di bilik kami, lampu dan aircond dihidupkan. Sementara menunggu, kami dihidangkan dengan ini

Ada tempat kami perlu menaiki teksi. Staf Art Trendy akan menahan reliable teksi untuk kami. Teksi yang ditahan selalunya seperti ini :

teksi merah, putih biru

Pastikan anda catat no di bahagian tepi teksi semasa naik supaya :

  1. jika anda tertinggal barang dalam teksi, senang nak cari semula teksi yang membawa anda; dan
  2. jika ada rungutan tentang bayaran, cara pemanduan dan sebagainya, boleh bagi no ini sebagai rujukan

Flight kami pulang ke Malaysia adalah pada pukul 9.30am. Ini bermakna by 6.30am kami kena bergerak menuju airport yang mengambil masa antara 45-60 minit bergantung kepada trafik. Ini bermakna juga kami tidak sempat sarapan pagi di hotel. Staff Art Trendy telah tapau some fruits, bread, butter & jam untuk kami. How thoughtful kan?

20160502_065343

Beberapa hari sekembali dari Malaysia, kami menerima emel dari Art Trendy Hotel menawarkan diskaun 20% jika kami kembali ke Hanoi dan menginap di Art Trendy Hotel.

Gift card

๐Ÿ˜€ Hanya 5 minit berjalan kaki ke restoran makanan halal di Hanoi

Masjid Al Noor, satu-satunya masjid di Hanoi terletak di Old Quarter. Hanya 5 minit berjalan kaki dari Art Trendy Hotel. Dalam kawasan masjid, ada satu restoran makanan halal dimiliki oleh sebuah keluarga Viet Muslim. Harga yang ditawarkan agak munasabah; kebanyakannya 70,000 VND. Portion pun banyak.

๐Ÿ˜€ WiFi percuma

Masa kami mula-mula check in, kami dapat bilik paling atas & paling hujung (Bilik 624). WiFi signal dalam bilik itu lg laju dari WiFi rumah kami 30mbps. Bila diaorang upgrade bilik ke Bilik 201, kelajuan kurang sikit tapi masih bagus.

ย ๐Ÿ˜€ Sarapan pagi percuma

Tiada banyak pilihan terutama bagi Muslim tapi Alhamdulillah sekurang-kurangnya ada juga makanan untuk mengalas perut.

small cafe di tingkat bawah
small cafe di tingkat bawah

20160430_072731

Dalam bilik juga disediakan complimentary buah-buahan dan air mineral setiap hari.

20160429_103548

Art Trendy Hotel ada sister hotel Art Boutique Hotel. Walaupun Art Boutique Hotel juga di kawasan Old Quarter tetapi review Art Boutique Hotel tidak sebagus Art Trendy Hotel.

Next post – beberapa hotel di Old Quarter yang mendapat review yang bagus