Semalam di Tanah Aina Farrah Soraya

Tanah Aina (TA) Resorts di Malaysia :

  1. Tanah Aina Farrah Soraya Exclusive Eco Resort di Bentong, Pahang, Malaysia
  2. Tanah Aina Farhana BeachFront Resort di Desaru, Johor, Malaysia
  3. Tanah Aina Fareena Orchard Resort di Lentang, Karak, Pahang, Malaysia
  4. Tanah Aina Azareena Seafood Steamboat Restaurant di Bentong, Pahang, Malaysia
  5. Tanah Aina Farouq Durian Orchard Resort di Raub, Pahang, Malaysia
  6. Tanah Aina Fahad Glamping Resort di Ulu Dong, Raub, Pahang, Malaysia
  7. Tanah Aina Azfer Camping Orchard, Sg. Congkak, Hulu Langat, Malaysia (coming soon)
  8. Tanah Aina Fateh Camping Orchard di Batu Talam, Raub, Pahang, Malaysia (coming soon)
  9. Tanah Aina Cafe, Batu 3, Shah Alam, Malaysia
  10. Tanah Aina Fitness Centre, Batu 3, Shah Alam, Malaysia

Tanah Aina Resorts menampilkan konsep eco-tourism. Jika anda ingin mengadakan hari keluarga, program team building, romantic getaway atau hanya sekadar ingin lari dari kesibukan kota, Tanah Aina Resorts adalah pilihan terbaik. Berusaha mengekalkan keaslian hutan, sungai di Malaysia, Tanah Aina menampilkan percutian yang berbeza.

Pada 9 & 10 April 2016, saya dan rakan saya membawa staf kami ke Tanah Aina Farrah Soraya, Raub Pahang. Kami telah menyewa kereta Starex yang memuatkan 11 dewasa dan seorang kanak-kanak. Kami sewa kereta daripada Altima Car Rental (menyediakan perkhidmatan sewa kereta untuk penduduk sekitar Sungai Buloh, Puncak Alam, Meru kawasan sekitarnya).

Perjalanan dari Sungai Buloh ke Raub sepatutnya mengambil masa antara 1 hingga 1 1/2 jam. Kami mengambil masa lama sedikit kerana berhenti di R & R Genting Sempah.

Kami diberitahu melalui emel untuk membawa barang-barang berikut ke Tanah Aina Farrah Soraya :

2 pasang kasut : saya syorkan anda bawa

  • sepasang kasut getah. Kawan-kawan saya beli RM7 sepasang. Di Tanah Aina mereka jual pada harga RM12. Kasut getah ini anda boleh gunakan semasa jungle/waterfall trekking.

kasut getah

  • sepasang kasut sukan untuk melihat sun rise dan aktiviti flying fox (anda perlu mendaki bukit untuk tujuan ini)

Insect repellants – saya bawa tapi tidak digunakan sebab pintu dorm kami tutup terutama pada waktu petang dan malam. Saya beli di Guardian.

Lampu suluh; mana tau kot blackout

Gel mandian, shampu dan conditioner disediakan dalam dorm Pandan yang kami menginap. Tuala juga disediakan

Kami disyorkan bawa jaket tapi masa kami pergi TA Farrah Soraya pada awal April, cuaca panas – jaket tidak diperlukan.

Ubat-ubatan

Kami menggunakan waze untuk sampai ke sana. Sejurus selepas exit 808 Bentong, kami mula menelefon staf TA yang kami baru exit 808 Bentong seperti yang diarahkan dalam emel. Sebenarnya dari exit Bentong, lama juga nak menyampai ke TA. Bila waze mengatakan “you have reached your destination”, kelibat Tanah Aina Farrah Soraya masih tidak kelihatan. Kami meneruskan perjalanan, melepasi Tanah Aina Restaurant dan akhirnya sampai di sini.

20160409_112117

Bermula di sini keadaan jalan kurang elok dan laluan kecil. Kami hanya mengikut anak panah yang ditulis “Tanah Aina Parking”.

Sampai di tempat meletak kereta, sebuah lori sudah menunggu kedatangan kami.

Dorm kami – PANDAN

  • boleh memuatkan 10 orang; katil tambahan untuk 2 orang lagi
  • terdapat 2 bilik air – satu bilik air dengan kemudahan tandas dalam dorm.

20160409_12081220160409_120755

  • Saya syorkan kalau trip anda hanya perempuan-perempuan sahaja, baiklah pilih yang ada kemudahan tandas dalam dorm. Kalau tandas di luar, kalau anda bertudung, memang kena tudung lengkap bagai sebab bukan 2,3 langkah ke tandas tapi berlangkah-langkah.
yang paling kiri tandas, yang paling kanan ada dorm. tak boleh nak berkemban je gi bilik air 🙂
  • dorm ini mempunyai 4 katil double decker, 2 katil single dan 1 katil king (1 katil king & 1 katil single terletak di tingkat atas)
  • tiada aircond untuk bilik-bilik di Tanah Aina Farrah Soraya. Jika anda dapat katil bawah, agak panas sikit pada waktu siang kerana kipas hanya mampu menyejukkan mereka yang tidur katil atas. Di tingkat atas yang menempatkan 1 katil single dan 1 katil king, keadaan lagi panas. Malam agak sejuk – tak tahulah sebab hujan atau keadaan semulajadi yang menyejukkan malam. Kepanasan ini mungkin disebabkan fenomena El Nino yang melanda negara masa saya pergi.
  • yang bestnya dorm PANDAN, ianya terletak di tepi sungai, berdekatan dengan reception dan tempat makan.
  • di bawah dorm ada surau. Luas juga untuk yang nak solat berjemaah.

20160409_133043

  • 2 tempat penyangkut baju disediakan di balkoni, juga sebuah meja kecil dan 2 kerusi untuk anda berehat di balkoni
  • bantal dan tilam sangat selesa
  • keadaan dorm sangat bersih
  • di bawah dorm Pandan, adalah dorm Sireh (utk 8pax, attached bathroom, percuma kanak2 bawah 2 tahun)

Bila kami sampai :

  • kami diberikan welcome drink
  • isi borang

20160409_114544

Line Maxis masih ok di reception. Bila di dorm, masih ada tapi tak kuat sangat. Sempat juga saya post updates di Facebook, whatsapp dengan suami dan keluarga.

Staf Tanah Aina akan tolong angkat beg bila naik lori, turun lori, daftar masuk, daftar keluar. Mereka memang yang terbaik.

Aktiviti di Tanah Aina Farrah Soraya – Hari Pertama

12.30pm – Makan tengah hari

Bestnya makan sambil mendengar air mengalir. Makanan yang disediakan ala buffet memang terbaik. Yang lagi best, selain dari kami 12 orang, penghuni lain hanya sepasang suami isteri dari Oman & Malaysia, satu keluarga suami isteri dan 2 anak mereka (isteri staf Tanah Aina dan datang untuk site visit). Jadi bila waktu makan, takde isu berebut-rebut atau makanan habis. Kami dapat makan dengan tenang.

2.30pm – Aktiviti Waterfall/Jungle Trekking

Bermula dengan penerangan tentang jungle/waterfall trekking dan group photo.

DSC08795

Memulakan aktiviti sejurus selepas itu. Memula pose semua senyum lebar  😀

DSC08802

DSC08805

DSC08806

Laluan agak sukar. Ibu mengandung, kanak-kanak kecil, mereka yang mempunyai masalah pergerakan tidak digalakkan melakukan aktiviti ini. Staf saya yang mengandung 5 bulan buat juga aktiviti ini walaupun dinasihatkan tidak melakukannya. Serik katanya.

DSC08811
memula air sungai paras buku lali je
diriku adalah makcik yg atas pelampung tu; tak berani sbb kaki tak jejak dasar sungai
nak balik daaa
pose terakhir utk aktiviti ini
pose terakhir utk aktiviti ini

Tidak perlu bawa kamera, handphone, gajet2 seumpamanya melainkan beg anda kalis air. Staf Tanah Aina akan mengambil gambar anda sepanjang perjalanan. Maka jangan lupa senyum dan pose bila dia di hadapan anda. Saya menyesal tak pose comel 😆

4.30pm – Minum petang

Selepas itu aktiviti bebas. Ada staf yang berehat di tepi sungai, ada yang tidur…

7.30pm – Makan Malam

Tenangnya malam di Tanah Aina. Makanan ala-ala bbq disediakan.

Kami juga menyambut harijadi salah seorang staf di situ. Yang bestnya, masa kami tiba, kawan saya tanya boleh tempah kek tak sebab nak buat surprised birthday party. Staff TA kata boleh, siap suruh pilih nak kek apa. Kek coklat tu diaorang buat sendiri. Surprisingly best kek coklat tu.

9.00pm – Menonton video gambar-gambar yang diambil semasa waterfall/jungle trekking. Sepatutnya ada aktiviti persembahan staf Tanah Aina tapi hujan lebat membasahi Tanah Aina sejurus selepas kami habis tonton video.

End of Day 1

Hari Kedua di Tanah Aina Farrah Soraya

Seawal 7.00am, kami berkumpul untuk melihat matahari terbit. Perlu mendaki untuk aktiviti ini. Jangan lupa bawa air, tuala, kamera.

Mungkin hujan malam sebelumnya, kabus memenuhi ruang udara, matahari malu menunjukkan rupa.

20160410_072524

7.30am – Sarapan pagi 

9.00am – Flying Fox

Aktiviti ini optional. Kalau nak kena bayar RM30 seorang sekali. Perlu ada minimum 10 orang

  • boleh join grup lain kalau grup anda tak cukup 10 orang
  • kalau tiada grup lain, ada antara ahli grup anda boleh buat beberapa kali untuk cukupkan jumlah 10 orang (kali pertama RM30, kali kedua dan seterusnya RM15)

Pose dulu sebelum terbang

IMG-20160410-WA0029

Hanya 7 saat anda terbang. Hilangkan perasaan takut itu. Saya kurang takut sebab ini kali kedua saya melakukan flying fox. Kali pertama di Bali pada tahun 2009. Masa tu takut yang amat. Pelantar pun tinggi. Saya mengambil masa antara 5-10 minit sebelum “terbang” di Bali.

Staf saya yang nak buat hanya 4 orang; semua tak pernah buat. Yang paling muda memang saya push sikit untuk dia buat. Takut katanya. Bila dah buat, semua rasa best, nak buat lagi  😎 . Mujur ada staf saya di bawah ambil gambar; sopan je saya. Ada staf lain, gambar dia, kaki terkangkang  😛

IMG-20160410-WA0063

Selepas itu aktiviti bebas dan kemudiannya check out.

Jom tengok video kami di Tanah Aina Farrah Soraya

Staf Tanah Aina kata akak kena datang bulan Julai dan Ogos kerana waktu itu musim durian. Memang nampak banyak pokok durian di Tanah Aina Farrah Soraya. Merancang nak bawa 3 anak saudara yang kini menuntut di institusi pengajian tempatan. Mereka dah bincang tarikh di mana ketiga-tiga mereka cuti serentak.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Tanah Aina Farrah Soraya, boleh letakkan komen di bawah.

5 Restoran Makanan Halal Di Hanoi

Saya akan melancong ke Hanoi akhir bulan April insyaAllah. Bila ingin melancong ke negara di mana Islam bukan agama rasmi, perkara pertama yang perlu saya tahu – di mana saya boleh mendapatkan makanan halal. Pengalaman melancong ke Ho Chi Minh City (HCMC) sebanyak 2 kali; kali pertama pada tahun 2003 bersama kedua ibu bapa saya dan kali kedua pada tahun 2015 bersama adik beradik saya memberi saya idea/gambaran makanan apa menanti saya di sana.

Kali pertama saya ke HCMC pada tahun 2003, rakyat Malaysia masih belum menganjurkan rombongan cik kiah ke sana. Makanan halal payah nak cari. Kami jumpa satu restoran di mana pemiliknya dari Penang. Tak ingat nama restoran halal tu. Tiap-tiap hari ayah saya nak makan kat restoran tu. Masa tu saya belum terer buat DIY travel; saya book hotel di District 4 sedangkan Ben Thanh dan tempat shopping happening di District 1. Tiap-tiap hari kami kena naik teksi ke District 1. Ayah saya kata cantonese noodle kat restoran tu memang yang terbaik.

Kini saya dan suami akan melawat Hanoi. Sebenarnya tujuan kami memilih Hanoi kerana ingin ke Halong Bay. Oleh kerana tiada jaminan makanan disediakan dalam Dragon Pearl milik Indochina-Junk adalah 100% makanan halal, kami batalkan rancangan ke Halong Bay. Akan pertimbangkan day trip ke Halong Bay insyaAllah.

Tak sangka bukan mudah nak cari restoran makanan halal di Hanoi. Memang mudah nak cari senarai restoran makanan halal di Hanoi tapi bila baca lebih lanjut, banyak restoran yang disenaraikan itu menjual alkohol. Ada restoran yang disenaraikan menjual frog congee. Tengok gambar katak pun saya geli; cant imagine my food being prepared in the same kitchen dengan masakan katak.

Saya akan menyenaraikan 5 restoran disenaraikan halal di Hanoi dan apa kata pengunjung tentang restoran tersebut. Bear in mind, senarai ini setakat ini adalah berdasar bacaan saya sahaja. Sama ada ianya 100% halal, anda perlu melihat sendiri; sama ada anda yakin atau ada was-was tentang status halal restoran tersebut.

Proses akreditasi halal di Vietnam diuruskan oleh Halal Certification Agency of Vietnam. Saya pasti ianya masih jauh ketinggalan dari akrediatsi halal di Malaysia tetapi mempunyai agensi seperti ini adalah langkah yang patut dipuji.

Makanan yang popular di Hanoi

  1. Pho (Noodle Soup)

Pilihan sama ada ayam atau daging. Di HCMC, pho dihidangkan bersama taugeh dan selasih.

Phở_bò,_Cầu_Giấy,_Hà_Nội
Image from Wikipedia

Di bahagian utara Vietnam termasuk Hanoi, pho dihidangkan bersama quay (gambar di bawah)

Image from Wikipedia by Myra Siason
Cha ca La Vong (image Wikipedia)

rolls

coffeeegg
egg milk coffee (image http://meracushotels.com)

1) Zaynab Restaurant di Al -Noor Mosque

image from Facebook by Nik Mohd Faisal
image from Facebook by Nik Mohd Faisal

5 minit dari pasar malam Hanoi di Qld Quater (kami akan menginap di salah sebuah hotel 200m dari pasar malam Hanoi).

Dimiliki oleh Viet Muslim. Restoran ini terletak dalam kawasan masjid (ada wifi). Dibuka 11am – 9pm.

Makanan lebih murah dari restoran halal lain di Hanoi.

Tiada tempat wudhu berasingan untuk wanita di masjid ini. Walaupun masjid mungkin ditutup luar waktu solat, anda boleh gunakan pintu kecil di kiri pintu utama.

Alamat : 12 Hàng Lược, Hàng Mã, Hoàn Kiếm, Hà Nội, Vietnam

2) d’Lions @ Cosiana Hotel Hanoi

halal_certificate

Dibuka dari 10am-10pm. Menyediakan masakan Vietnam, Malaysia, Singapura.

Terletak bersebelahan Hanoi Railway Station dan bertentangan dengan Mercure Hanoi Hotel.

Mesti cuba halal Vietnamese food seperti pho, spring roll dan hot pot. Bagi penggemar ketam, cuba chili crab dimakan bersama baguette. Milk shake coffee dan teh tarik juga disyorkan.

Wifi percuma, maka sebelum makan jangan lupa ambil gambar makanan untuk dikongsi bersama rakan dan taulan.

chili crab

d'Lions @ Cosiana

3) Namaste Hanoi

Kata mereka di laman web mereka

“We are proud to offer the most wide-ranging and inclusive Indian cuisine menu to our patrons. Our extensive menu ranges from the mouth watering curries of the north to the hot and spicy soups of the south, from the rich Mughal cuisines of Hyderabad to the sweets of Gujarat. We take pride in the fact that our chefs have learnt and perfected the art of arousing the taste buds of patrons through their fine cuisine. We are pleased to offer only HALAL MEAT at Namaste Hanoi”.

Ramai memuji tentang keenakan makanan di restoran ini. Sebilangan kecil mengatakan makanan di sini agak mahal.

Extensive menu. Boleh tengok di sini. Boleh cuba crispy appalam (lentil crackers) untuk starter. Antara yang disyorkan juga chicken masala dosa, mutton rajma masala, mutton seekh kebab & chicken lollypop. Jangan lupa mango lassi.

Malas nak ke sana, telefon mereka untuk penghantaran.

Tel: 84-4-3935 2400 or 84-4-3935 2401

46 Tho Nhuom Street, Hoan Kiem District, Hanoi.

Makan tengah hari : 11.00am – 2.30pm (Last order : 2.00pm)

Makan malam : 6.00pm – 10.30pm (Last order : 9.45pm)

Caj tambahan untuk penghantaran : 20,000vnd

4) Nan N Kabab

Di Home Page mereka

logo

Review tentang restoran ini tak sebanyak review Namaste Hanoi.

Lebih kurang 15 minit berjalan kaki dari hotel kami.

Mereka menyediakan “…specialized in the most exotic Pakistani, Middle Eastern and Afghani  Cuisine which includes charcoal grilled barbecue, Meat Karahi, freshly baked Nan Bread…”

nan n kabab

Perkhidmatan penghantaran percuma juga boleh dibuat dalam kawasan lingkungan 5km.

Dibuka Isnin-Jumaat : 9.30am – 2.30pm

: 5.00pm – 9.30pm

Sabtu & Ahad : 9.30am – 2.30pm

: 5.00pm – 10.00pm

Alamat : 49 Xuan Dieu, Tay Ho, Ha Noi

046.258.3580 – 0922.08.7799

nannkababvietnam@gmail.com

5) Khazaana Indian Halal Restaurant

Di laman web mereka ”

“Serving Halal Food is our priority”.

chicken tikka masala
tandoori

Terletak di Old Quarter. Lebih kurang 4 minit berjalan kaki dari hotel kami.

Menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma dalam lingkungan 5km. Dijanjikan penghantaran akan dilakukan dalam masa 45 minit.

Review pelanggan di Tripadvisor :

  • makanan sedap, harga berpatutan
  • dalam restoran sejuk
  • tandas kotor
  • cukai hanya 10%, jangan lupa tengok resit sebab ada pelanggan dicaj 12%

Terdapat beberapa restoran makanan halal di Hanoi yang lain tetapi tidak mendapat review yang bagus. Contoh Nisa Restaurant yang kini bergelar Little India Restaurant. Sejak bertukar pemilik dikatakan kualiti makanan di restoran ini tidak memuaskan.

Katanya ada juga makanan ringan di Hanoi yang mempunyai tanda halal. Nak kena cari juga sebab saya jenis yang selalu lapar.

Istanbul Kali Pertama, Di Mana Mahu Menginap?

Jika anda melancong ke Istanbul buat kali pertama, mesti anda tertanya di kawasan mana anda perlu menginap untuk menjimatkan wang, masa dan tenaga?

Terdapat 2 kawasan yang disyorkan untuk mereka yang pertama kali melancong ke Istanbul.

Sultanahmet

 

Kawasan ini dipenuhi pelancong. Tempat menarik di Istanbul berada di kawasan ini. Menjimatkan wang kerana hanya perlu berjalan kaki dari tempat penginapan ke tempat-tempat menarik di Istanbul.

Masjid Biru
Topkapi
Hagia Sophia
Basilica Cistern
Hippodrome

Tiada kelab malam atau kelab hiburan di kawasan ini, tiada muzik membingitkan. Kedai-kedai ditutup awal, bas pelancongan tidak dibenarkan masuk pada waktu malam. Anda boleh mengambil kesempatan ini untuk berjalan di sekitar kawasan Masjid Biru dan Hippodrome, menikmati suasana malam yang tenang di kawasan ini. Boleh juga solat berjemaah di Masjid Biru.

Terdapat banyak hotel murah di kawasan ini yang masih mengekalkan ciri-ciri tempatan – dari segi binaan bangunan dan makanan yang disediakan atau dijual kepada pelancong. Cuma kebanyakan hotel murah di sini dibina di kawasan berbukit; tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah pergerakan.

Beyoglu

 

Penduduk tempatan ramai menetap di kawasan ini. Berlainan dengan Sultanahmet, kawasan ini terutama di Taksim Square dan Istiklal Street dipenuhi banyak kedai, restoran moden, hotel mewah. Jika di waktu malam, Sultanahmet agak sunyi, di kawasan Beyoglu terutama di Taksim Square dan Istiklal Street, kompleks membeli belah, restoran dan kelab-kelab hiburan dibuka sehingga lewat malam. 

dianggarkan 3 juta orang melawat Taksim Square & Istiklal Street pada hujung minggu
jenama-jenama terkenal memenuhi Istiklal Street & Taksim Square

di sebalik kehadiran jenama-jenama mewah, masih terdapat historical arcades di kawasan ini

Historic Tram membawa penumpang dari Taksim Square ke Istiklal Street
Galata Tower & Golden Horn. Di Galata Tower terdapat restoran mewah di mana anda boleh menikmati pemandangan Istanbul sambil menikmati hidangan

Jika anda ingin menginap di tempat bersejarah dan tak kisah tiada nightlife; hanya ingin berehat di waktu malam, tak kisah dengan penjual-penjual barang menghampiri anda bila anda bersiar-siar, kawasan sekitar Sultanahmet adalah pilihan terbaik. Anda hanya perlu berjalan kaki ke tempat menarik di Istanbul. Jika anda menginap di Sultanahmet dan ingin bersiar-siar pada waktu malam di Beyoglu, perlu diingat funicular yang menghubungkan Taksim Square dan Sultanahmet (melalui stesen Kabatas) menghentikan perkhidmatan pada pukul 12 malam. Selepas waktu itu anda perlu pulang ke Sultanahmet berjalan kaki dengan menuruni bukit atau menaiki teksi.

Jika anda inginkan nightlife, menghabiskan malam dengan penduduk tempatan, kawasan sekitar Beyoglu adalah sesuai untuk anda. Anda boleh melawat tempat menarik di Istanbul pada waktu siang.

Saya memilih Sultanahmet kerana dikelilingi bangunan bersejarah membuatkan saya berasa saya benar-benar berada di Istanbul.