Itinerari Istanbul-Cappadocia-Pamukkale

Ada yang bertanya pada saya itinerari Istanbul-Cappadocia-Pamukkale. Saya senaraikan contoh itnerari untuk panduan anda merancang percutian ke tiga tempat ini.

Nota  :

  1. Saya pergi bersama 2 orang rakan perempuan; tiada warga emas/kanak-kanak dalam kumpulan kami. Faktor ini perlu anda ambil kira dalam merancang.
  2. Kami menetap di Sultanahmet semasa berada di Istanbul (baca di sini untuk pilih penginapan di Istanbul)
  3. Harga dinyatakan mungkin berubah dari masa ke semasa.

Tiba di lapangan terbang :

  1. Saya pilih airport transfer. Saya emel kepada hotel saya menginap dari Malaysia. Boleh juga ambil teksi di Balai Ketibaan.
  2. Beli Istanbulkart. Boleh kongsi satu kad guna untuk beberapa orang.
  3. Sim kad tempatan agak rumit. Lebih baik sewa pocket wifi dari Malaysia.

Hotel di Sultanahmet :

  1. Semasa daftar masuk, ambil kad perniagaan (business card) hotel dan beri kepada setiap ahli dalam kumpulan. Kad perniagaan ini hendaklah dibawa bersama setiap masa.
  2. Boleh bincang dengan hotel jika anda perlukan guided tour di Istanbul atau ke destinasi lain seperti Bursa. Perlu diingatkan, jika tempah melalui hotel, mereka akan ambil sedikit komisen. Tanya rakan-rakan yang pernah pergi untuk dapatkan nombor telefon pemandu pelancong mereka. Lebih mudah berurusan terus sebelum sampai Istanbul.
  3. Saya telah emel pemilik hotel sebulan sebelum sampai Istanbul untuk beli Museum Pass bagi pihak kami. Bila daftar masuk, terus kami diberi Museum Pass.

Jika penerbangan malam dan tiba di Istanbul waktu pagi

  1. Masjid Biru (baca di sini untuk panduan melawat Masjid Biru, Aya Sofia,Topkapi) – percuma
  2. Aya Sofia (1-2 jam) – bayaran masuk 40TL tanpa Museum Pass
  3. Basilica Cistern (30-45minit) -20TL
  4. Hippodrome – percuma

Hari Kedua – Topkapi/Eminonu

  1. Topkapi (3-4 jam) – 4OTL, Harem 25TL tanpa Museum Pass
  2. Bosphorus Cruise – Sehir Hatlari (9TL dengan Museum Pass)
  3. Spice Bazaar/Grand Bazaar – kami lebih banyak habiskan masa di Spice Bazaar kerana harga di Grand Bazaar agak mahal

Hari Ketiga – Kabatas

  1. Taksim Square/Istiklal Street
  2. Dolmabahce Palace
  3. Galata Tower
  4. Suleymaniye Camii
  5. Beli tiket feri ke Bursa (jika pergi Bursa tanpa pemandu pelancong)

Hari Keempat

Bursa – Pelabuhan : Kabatas (Istanbul), Mudanya (Bursa), Feri 24TL. Kami lewat lima minit dan feri telah pun berlepas. Hari kedua kami cuba lagi tapi laut bergelora, feri tak beroperasi. Rahmat di sebalik dugaan, kami dapat habiskan lebih banyak masa di Istanbul.

Hari Kelima

Penerbangan ke Cappadocia. Kami pilih Pegasus Airlines sebab selepas perbandingan harga waktu itu, tiket mereka murah.

Sabiha Gokchen (Istanbul)

Kayseri (Cappadocia)

Nota : Di Cappadocia, aktiviti yang biasa dilakukan untuk kali pertama datang adalah tarian sufi (boleh juga tengok di Istanbul), belon udara panas, red dan green tour. Aktiviti ini agak mahal; pilih ikut kemampuan anda. Kami tidak ada bajet untuk belon udara panas dan tarian sufi. Red tour dan green tour memerlukan kekuatan fizikal; banyak berjalan. Pilih mana yang sesuai untuk ahli rombongan. Jika hanya satu tour dipilih, tidak perlu 3h2m di Cappadocia; 2h 1m mungkin cukup. Sehari lagi boleh dihabiskan di Istanbul.

Tarian Sufi (jika nak tengok)

Hari Keenam

Hot air balloon

Green Tour

Hari Ketujuh

Pagi : Red Tour

Malam : Flight/Bas ke Pamukkale. Jika ingin menaiki bas malam ke Pamukkale, lebih baik aturkan dengan pemandu pelancong untuk tunggu bila sampai. Ini kerana bas akan teruskan perjalanan ke Denizli kalau tak silap, dan anda akan diberhentikan di tengah-tengah jalan. Perlu diingatkan anda akan sampai pukul 4.30 – 5.00 pagi.  Jika tiada pemandu pelancong, ada satu syarikat pelancongan akan ambil semua penumpang yang diturunkan dan dibawa ke pejabat mereka. Mereka akan cuba jual pakej pelancongan kepada anda. Jika hotel anda dekat dengan pejabat tersebut, anda boleh berjalan kaki. Banyak hotel bed and breakfast tak buka awal pagi.

Nota : Ramai datang sini hanya untuk menyaksikan cotton castle. Guided tour akan bawa anda ke tempat bersejarah dulu sebelum sampai Cotton Castle. Ada juga yang buat day trip dari Cappadocia.

Hari Kelapan

Guided tour bersama Tours4Turkey

Hari Kesembilan

Penerbangan ke Istanbul

Hari Kesepuluh

Penerbangan balik ke Kuala Lumpur

Nota : Jika anda kesuntukan masa/ ada bawa anak-anak kecil atau warga emas, mungkin Istanbul sahaja sudah memadai, melainkan ada tour guide mengiringi perjalanan anda. Jika ada tour guide, tiada masalah untuk ke bandar lain. Kami DIY di Istanbul tapi di Cappadocia dan Pamukkale, kami ambil guided tour.

Sebarang pertanyaan, boleh tulis di ruang komen. InsyaAllah saya akan cuba menjawab.

 

 

 

 

 

 

3 Ikon Sultanahmet Istanbul Anda Wajib Pergi

Bila melawat Istanbul, 2 kawasan penginapan dicadangkan : Sultanahmet @ Beyoglu. Jika anda sukakan night life, pilih Beyoglu. Jika anda seperti kami yang inginkan suasana malam yang tenang, pilih Sultanahmet. Jika membawa anak-anak kecil/ warga emas, pilih Sultanahmet terutama jika ini lawatan anda yang pertama ke Istanbul. Boleh baca di sini sebelum memilih penginapan di Istanbul.

💡 Klik di tempat menarik yang disenaraikan untuk terus ke laman web tempat tersebut

1) MASJID BIRU (SULTAN AHMET CAMII)

Masjid Sultan Ahmed @ Sultan Ahmet dibina pada tahun 1609 di zaman pemerintahan Sultan Ahmet dan siap sepenuhnya pada tahun 1616. Lebih dikenali sebagai Masjid Biru kerana jubin biru menghiasi dinding bahagian dalam masjid.

Apa yang unik tentang Masjid Biru – dari bahagian luar jelas kelihatan enam menara. Kebanyakan masjid hanya ada dua, empat. Ada juga yang mempunyai hanya satu menara. Sultan Ahmet mahukan menara yang dibuat dari emas (altin dalam Bahasa Turki). Akibat salah faham, enam (alti dalam Bahasa Turki) menara dibina.

➡ Jika anda menginap di Sultanahmet, anda hanya perlu berjalan kaki dari hotel. Pastikan anda memakai kasut yang sesuai kerana kebanyakan hotel di Sultanahmet terletak di kawasan berbukit. Saya pakai kasut Clarks yang saya beli sebelum trip ke London-Sheffield-Manchester-Edinburgh-Paris 2010. Kasut yang saya beli dengan harga RM339 telah mengembara ke lebih dari 20 bandar dunia dan masih boleh digunakan sehingga hari ini. Alhamdulillah.

➡ Tiada yuran masuk dikenakan. Pintu masuk adalah melalui Hippodrome.

DSC_1970
me & Elynn – bff sejak usia 13 tahun, telah kembara bersama ke beberapa buah negara; bermula dengan Gold Coast pada tahun 2004.
DSC_1976
Hippodrome – anda tidak akan terlepas pandang tempat ini insyaAllah
masuk melalui pintu ini, berdekatan Hippodrome

➡ Masjid Biru dibuka setiap hari. Masjid ditutup selama 90 minit setiap waktu solat. Jika boleh, elakkan melawat setengah jam selepas azan berkumandang terutama pada hari Jumaat melainkan anda ingin sertai solat berjemaah di Masjid Biru.

Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ketika melawat Istanbul – dapat mengerjakan solat Subuh berjemaah di Masjid Biru. Saya dan dua rakan menginap di sebuah hotel yang jaraknya kurang dari 1km dari Masjid Biru.

pernah tak gi Masjid Biru, tiada satu umat pun dalam Masjid Biru? Kami merasainya

sebab takde orang, boleh pose sesuka hati

Biarpun pemilik hotel tidak suka dibangunkan pada awal pagi untuk membuka pintu buat kami, kami gigih mengharungi kedinginan pagi demi merasai pengalaman solat subuh berjemaah di Masjid Biru.

Suasana sangat tenang dan nyaman (Oktober ketika itu). Selepas azan berkumandang, kami perlu tunggu setengah jam sebelum solat subuh dilakukan. Ini demi menunggu jemaah lain.

…me mengintai; tertanya2 bila nak mula solat….

Jemaah wanita hanya kami bertiga.

…the 3 of us at Blue Mosque, Istanbul…

Hanya beberapa baris memenuhi saf lelaki.

➡ Bagi kaum wanita ingin solat di Masjid Biru, disyorkan agar mengambil wudhu terlebih dahulu di hotel atau di tandas awam seperti di Hippodrome. Tandas awam di Hippodrome mengenakan bayaran masuk, kalau tak silap TL1

➡ Anda perlu menanggalkan kasut sebelum memasuki Masjid Biru. Kasut dimasukkan ke dalam plastik yang disediakan dan dibawa bersama anda.

➡ Pengunjung diwajibkan memakai pakaian sopan untuk memasuki Masjid Biru. Seluar / skirt pendek tidak dibenarkan. Baju tanpa lengan tidak dibenarkan. Wanita perlu menutup kepala. Tudung kepala disediakan di pintu masuk. Anda boleh pinjam dan dikembalikan bila keluar. Lebih baik bawa sendiri jika ingin mengelakkan perlu beratur panjang.

➡ Anda boleh mengambil gambar tanpa flash.

➡ Bila keluar, anda boleh menyumbang untuk penambahbaikan Masjid Biru. Resit rasmi akan diberikan bila anda membuat sumbangan.

➡ Jika anda menginap di kawasan Sultanahmet, gunakan peluang ini untuk berjalan-jalan di sekitar Masjid Biru pada waktu malam. Bas-bas pelancongan tidak dibenarkan memasuki kawasan Sultanahmet pada waktu malam. Tiada kelab-kelab hiburan di kawasan Sultanahmet. Cuma jangan berjalan hingga lewat malam.

Kami menghabiskan waktu malam berjalan-jalan di sekitar Masjid Biru. Terdapat peniaga-peniaga kecil menjual tembikai yang siap dipotong, besar, manis dalam bekas. Harga 10TL.

mahal gakkan, kami share, so juicy & sweet
merecik!

Juga ada peniaga jagung,

tudung.

shawl dipakai dibeli di luar Masjid Biru 15TL

Kalau boleh elakkan beli cenderahati di luar Masjid Biru, mahal sikit tapi kalau jiwa meruntun nak beli juga, silalah guna kemahiran tawar menawar anda  😆

Masjid Biru pada waktu malam memang cantik. Peminat fotografi tentu tidak akan melepaskan peluang ini.

2) AYA SOFIA/ HAGIA SOPHIA

➡ Musim panas 15 APRIL – 25 OKTOBER dibuka dari 9am – 7pm. Tiket perlu dibeli sebelum 6pm

➡ Musim sejuk 25 OKTOBER – 15 APRIL dibuka dari 9am – 5pm. Tiket perlu dibeli sebelum 4pm

➡ Bermula 2 Mei 2016, Aya Sofia akan ditutup setiap Isnin. Pengecualian 01/04/2017 sehingga 31/10/2017, Aya Sofia akan dibuka setiap Isnin.

 ➡ Aya Sofia juga ditutup beberapa hari pertama Ramadhan.

 ➡ Aya Sofia masih dalam proses penambahbaikan.

➡ Bayaran Masuk  40TL. Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah boleh masuk free kecuali di Harem, Topkapi, yg boleh masuk free kanak-kanak di bawah usia 6 tahun.

➡ Anda dijangka menghabiskan masa di sini selama 1-2 jam. Kalau nak benar-benar menghayati sejarah Aya Sofia boleh hire guide di luar – 50TL. Pastikan guide yang dipilih fasih berbahasa Inggeris. Sembang dulu baru tahu. Boleh juga Google sejarah Aya Sofia sebelum datang.

➡ Anda digalakkan beli Museum Pass untuk menjimatkan masa, wang dan tenaga. Jika tiada Museum Pass/ tiket, di entrance, sila beratur di sebelah kiri. Jika ada Museum Pass/tiket, sila beratur di sebelah kanan. Takut bila orang ramai sangat, anda tak nampak sign di depan

➡ Museum Pass ini berharga 85TL. Museum Pass ini :

  • melayakkan anda masuk ke beberapa muzium yg tersenarai termasuk yang popular – Topkapi (40TL) dan Harem (25TL)
  • mendapat diskaun di beberapa tempat yg tersenarai
  • yang paling penting – tidak perlu beratur panjang. Musim sejuk mungkin pengunjung kurang sikit, Dikatakan Museum Pass membolehkan anda jimat masa antara 30 minit hingga 2 jam beratur untuk masuk.
  • Fakta perlu ingat terutama kalau anda pergi tanpa agen, Museum Pass ini hanya sah 5 hari dari tarikh anda masuk muzium yg pertama.
  • Pass ini membolehkan anda masuk sekali sahaja untuk setiap muzium. Katakan anda dah masuk Aya Sofia pada waktu pagi, anda tak puas, nak melawat lagi waktu petang; ini tak boleh.

➡ Anda boleh beli Museum Pass di sini. Boleh juga minta hotel belikan bagi pihak anda. Tentunya mereka perlukan bayaran dari anda terlebih dahulu. Masa kami pergi dulu, memang dah siap2 suruh owner hotel belikan museum pass. Bila sampai hotel terus tanya pasal museum pass kami. Boleh juga dibeli di mesin.

➡ Kalau anda beli tiket online, jgn lupa cetak dari rumah dan bawa bila nak masuk muzium. Pihak muzium akan scan barcode di online ticket itu.

➡ Jangan rancang lawatan ke Aya Sofia dan Topkapi pada hari yang sama kerana kedua-duanya anda perlu masuk 9am bila muzium dibuka. Jika tidak, pengunjung dah ramai bila anda masuk muzium kedua, sama ada Aya Sofia atau Topkapi.

➡ Anda digalakkan berpakaian sopan ketika mengunjungi Aya Sofia. Jika anda tidak memakai hijab, anda tidak perlu berbuat demikian untuk masuk ke Aya Sofia; tidak seperti Masjid Biru yang memerlukan anda menutup kepala.

➡ Aya Sofia dibuka pada pukul 9.00 am. Anda harus tiba awal sekurang-kurangnya 15-30 minit awal. Jika anda sampai 10 am ke atas, Aya Sofia akan dipenuhi dengan tour group. Masa menunggu jika anda datang selepas pukul 10 am adalah antara 30 minit hingga 2 jam.

➡ Digalakkan anda membaca sejarah Aya Sofia sebelum menjejakkan kaki ke sana untuk memahami dan menghargai pelbagai kesan sejarah dalam Aya Sofia.

➡ Bila dah masuk dalam Aya Sofia, pusing ke kiri, anda boleh menonton sedikit sebanyak maklumat tentang Aya Sofia.

Apa yang terdapat dalam Aya Sofia, boleh je anda Google, tapi gambar2 kami ni, Google tak dapat cari  😛

intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan
cantik minah2 ni eh silap Aya Sofia

caya tak, sepanjang lawatan 10 hari ke Istanbul-Cappadocia-Pamukkale, kami pakai jubah/skirt panjang, langsung tak pakai pants. Perempuan melayu terakahir di bumi Istanbul gitu 🙂
road less travelled

3) TOPKAPI

 ➡ Topkapi sangat luas, terbahagi kepada beberapa bahagian, lebih baik jika ada map sebelum pergi.

➡ dibuka setiap hari kecuali hari Selasa. Waktu dibuka 9.00am – 6.45pm. Digalakkan berada di sana sekurang-kurangnya pada pukul 8.30am.

➡ digalakkan melawat pada hari Isnin. Rabu & terutamanya Jumaat selalunya sibuk. Masjid Biru ditutup pada hari Jumaat sehingga 2.30pm. Pengunjung akan bertumpu di Topkapi.

➡ purata waktu menunggu untuk masuk pada hujung minggu dan hari cuti am adalah 40 minit.

➡ musim sejuk, Topkapi tak ramai pengunjung. Musim terbaik untuk menikmati Istanbul dan Topkapi. Jika anda minah bunga-bunga, datang April/Mei  😆

➡ anda dijangka menghabiskan masa di sana lebih kurang 3 jam atau lebih.

➡ bayaran masuk ke Topkapi 40TL, bayaran masuk ke Harem (satu bahagian dalam Topkapi) 25TL. Seperti juga Aya Sofia, dapatkan Museum Pass; kurang masalah. Jika taknak beli Museum Pass, mungkin sebab kesuntukan masa tak dapat nak pergi banyak muzium, datang awal. Pengunjung paling ramai tiba lewat pagi antara 10-11am. Selepas 3pm, pengunjung tak ramai. Boleh juga melawat waktu ini.

➡ anda digalakkan melawat Harem terlebih dahulu sebab Harem sempit. Biasanya pengunjung akan melawat muzium dulu, kemudian Harem. Anda melawat Harem dulu, anda boleh take your own sweet time, tak perlu bersesak-sesak kemudian. Tip ini saya dah dapat sebelum melawat Topkapi. Bila sampai di pintu masuk, pekerja yang jaga di situ siap tanya “Malaysia?”. Kami dengan gembira mengiyakan. Beliau bagitau “go Harem first”. Sebab kedua – Harem ditutup lebih awal dari bahagian lain. Cuma ada yang kata Harem dalam proses penambahbaikan, mungkin ada bahagian terjejas.

➡ banyak sangat khazanah berharga di Topkapi. Yang anda tak boleh miss –  Harem, Treasury & Marble Terrace, Islamic Museum, Kitchens, Jewel Museum.

➡ antara yang terdapat dalam Islamic Museum salinan pertama naskhah Quran yang dikumpulkan pada zaman Uthman bin Affan, helaian rambut Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasalam, pedang Ali bin Abi Talib dan ramai sahabat baginda, tongkat Nabi Musa Alayhi Salam.

➡ ada ramai pemandu pelancong berlesen di luar kaunter tiket. Pastikan mereka fasih berbahasa Inggeris jika ingin menggunakan khidmat mereka. Sembang dulu.

Banyak sangat gambar nak ambil  😀

Selepas lebih dari 3 jam di Topkapi, kami keluar gi makan aiskrim  🙂

bukan sahaja yang gambar diambil comelssss….
…yang tolong ambil gambar pun comel haha. Siap pesan jangan delete gambar dia
kepenatan macam baru run full marathon. mujur hotel walking distance, terus balik tidur dulu.

 

Istanbul Sunset

8 Aktiviti Menarik di Eminonu Pier Istanbul

Eminonu adalah tempat pertama kami lawat di Istanbul. Jika diterjemahkan dari Bahasa Turki ke Bahasa Inggeris, ianya bermaksud “in front of justice”. Pada waktu siang, kawasan ini begitu sibuk, waktu malam kawasan ini agak lengang dan sunyi.

Jika anda ingin ke Eminonu, anda boleh menggunakan tram berwarna merah jambu.

DSC_1990

Berhenti di stesen Eminonu. Melintas jalan untuk ke Eminonu Pier. Perlu melalui 2 stesen lain dari Sultanahmet sebelum sampai Eminonu. Anda boleh juga berjalan kaki dari Sultanahmet jika keadaan cuaca mengizinkan. Akan mengambil masa antara 15-20 minit.

route

8 aktiviti yang boleh dilakukan di Eminonu.

1) Jalan- Jalan Cari Makan di Galata Bridge

💡 Fish Sandwich (Balik Ekmek)

Bila keluar dari tram, anda perlu melintas jalan ke pelabuhan. Di situ ramai yang menjual makanan seperti ini – fish sandwich

DSC_2200

DSC00256

DSC_2199

Harga 6TL. Saya tak makan sayur; yg ikan terkontang kanting dalam bekas tu saya punya  😆

Ada beberapa tempat boleh beli fish sandwich :

  • bertentangan stesen tram Eminonu. Masa kami pergi harga sandwic ikan kat sini 5TL

DSC00257

  • anda jalan ke hadapan sedikit, berdekatan feri kerajaan yang membawa penumpang Bosphorus Cruise, berdekatan Galata Bridge, ada beberapa gerai cantik macam ni, fish and chips dimasak dalam bot yang cantik berhampiran Galata Bridge. Kat sini harga sandwic ikan 6TL.

DSC_2195

DSC_2203

DSC_2198

lemon juice; bukan utk diminum tau. Ni utk "disoskan" dalam fish sandwich
lemon juice; bukan utk diminum tau. Ni utk “disoskan” dalam sandwic ikan

DSC00314

Di bawah Galata Bridge, ada kedai makan yang menjual antara lainnya makanan laut dan tentunya sandwic ikan

DSC_2114

Ramai rekemen Yaka Balik Fish House di sini. Ada juga kata sandwic di Osmanli Balikcisi sedap.

💡 Jeruk

Yg abam tu jual pickles dalam bekas, harga TL1.50, sdp mkn dengan fish sandwich
Yg abam tu jual jeruk dalam bekas, harga TL1.50, sedap makan dengan sandwic ikan

DSC_1993

💡 Jagung Bakar

DSC_2122
the ladies not for sale ya. yang dijual apa yang dimakan oleh mereka

2) Jalan- Jalan Cari Makan di Hafiz Mustafa 1864

Nak cuba baklavas dan manisan lain? Ramai syorkan anda cuba di Hafiz Mustafa 1864.

hafiz mustafa

Cuba baklava

baklavalar

Baked Rice pudding

baked rice pudding

3) Rehatkan Mata dan Minda di Golden Horn

🙄 Boleh melihat lautan terbentang luas, feri yang sentiasa penuh dengan penumpang, nelayan mencuba nasib di Galata Bridge.

feri

4) Pose Selfie/Wefie

DSC00255
nak bergambar berdua sahaja; ada pulak yang enterframe

DSC00249

DSC_2127

Memang cantik kalau ambil gambar dari Galata Bridge tu tapi dipenuhi dengan nelayan, jalan pun sibuk dengan kenderaan lalu lalang. Kalau turun bawah, payah nak ambil gambar Golden Horn dari situ sebab pekerja-pekerja restoran akan suruh kita masuk restoran dia orang. Rimas.

5) Bosphorus Cruise

Pelancong yang mempunyai bajet terhad disyorkan agar menggunakan perkhidmatan feri kerajaan – SEHIR HATLARI. Kaunter beli tiket Sehir Hatlari adalah berdekatan dengan Galata Bridge.

DSC_2117

DSC_2116

Terdapat beberapa pilihan :

  • Jika waktu anda di Istanbul sangat-sangat terhad, anda boleh

– Jika anda kesuntukan waktu, anda boleh memilih Short Bosphorus Tour yang hanya mengambil masa 2 jam. Feri ini akan belayar melalui Asian side (Ortakoy) dan kembali melalui Europe side.

Bayaran hanya 12TL dan jika anda mempunyai Museum Pass, diskaun 3TL diberikan. Anda hanya perlu membayar 9TL.

–   Jika anda mempunyai banyak masa di Istanbul, anda boleh memilih Long Bosphorus Tour yang mengambil masa 6 jam. (10.30am – 4.30pm). Bayaran yang dikenakan adalah antara 15-35 Euros.

6 jam “Nostalgic Tour” anda boleh menyewa audio guides dengan bayaran 10TL. Anda perlu menyediakan ID untuk menyewa device itu. Jika tiada ID, anda perlu membayar 50USD/100 TL. Audio Guide memberikan maklumat mengenai landmark sepanjang Bosphorus. Terdapat lebih 60 topik dibincangkan dalam audio guide tersebut.

Feri 2 tingkat ini boleh menampung lebih kurang 400 penumpang. Tingkat 2 menempatkan beberapa tempat duduk di bahagian luar feri. Jika bukan pada musim sejuk dan cuaca mengizinkan anda mungkin ingin duduk di bahagian luar feri.

DSC_2156

Jika anda ingin duduk di bahagian luar, tempat yang terbaik adalah di bahagian kiri atau belakang. Pada waktu pergi, pemandangan yang menarik adalah di bahagian kiri . Bila balik, untuk menikmati pemandangan yang menarik, anda disyorkan duduk di bahagian kanan feri (European side). Terdapat 6 hentian…

Feri akan meninggalkan Eminonu pada pukul 10.35am. 90 minit kemudian, feri akan berhenti di Anadolu Kavagi (hentian terakhir Asian side). Anda diberi masa 3 jam untuk melihat kawasan sekeliling. Tiada apa sangat yang hendak dilihat kecuali Yoros Castle.

Untuk sampai ke Yoros Castle, anda perlu berjalan kaki antara 20-25 minit. Yoros Castle ini ditutup. Anda hanya boleh menikmati pemandangan indah kawasan sekitar termasuk pembinaan 3 jambatan. Terdapat sebuah restoran yang popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Terdapat banyak juga restoran berdekatan dengan pelabuhan (dock).

Pada pukul 3pm, feri akan meninggalkan Anadolu Kavagi dan kembali semula ke Eminonu.

Ramai memilih Short Bhosphorus Cruise termasuk saya. 2 jam pun saya tertidur separuh perjalanan. Jika anda seorang jurugambar, mungkin pemandangan sekeliling menarik minat anda untuk merakamkan keindahan pemandangan tersebut.

P1240861
memula pose bagai nak rak

P1240820

…..pastu….

P1240843

…lena dan terus…

P1240929
lena…

6) Feri ke Kadikoy

Eminonu – European side. Kadikoy – Asian side. Perjalanan 20-30 minit. Tiket 2.50 Lira, boleh bayar guna Istanbul Card. Ada cafe/restoran yang menarik, kedai-kedai kecil, makanan segar; di mana penduduk tempatan membeli belah. Tak ramai pelancong datang ke sini; harga lebih murah. Kalau ada masa boleh habiskan setengah hari di sini – tengok matahari terbenam dari Asian side pulak. Boleh juga ambil tour ke Princess Islands dari sini. Ada yang kata fabrik, alatan mengait, benang kait dan barang kraftangan mudah diperolehi di sini.

kadikoy bull
Kadikoy Bull Statue – tempat pertemuan

7) Spice Bazaar (Egyptian Market)

Di Spice Bazaar anda boleh membeli cenderahati bawah $10 seperti Urfa and Maras dried pepper, madu Turki atau pomegranate molasses. Jika ingin membeli satu kotak Turkish Delight, disyorkan anda memilih perisa pistachios, rose, hazelnut. Shawl, fridge magnet, pashmina, tuala yang biasa terdapat di hamam juga boleh diperolehi di sini. Disyorkan tawar menawar 10-30%. Kalau nak beli saffron, warna lebih gelap lebih bagus terutama dari Iran. Boleh minta penjual vacuum seal rempah/herba yang anda beli, senang nak bawa balik.

Masa kami pergi tahun 2013, kami beli di sini. Kedai ni dah nak sampai hujung menuju jalan keluar

DSC00415

Waktu operasi : Isnin – Sabtu : 8am-6pm, Ahad : 8am-7pm (berbeza dengan Grand Bazaar yang tutup hari Ahad)

DSC00261

Tengok2 juga kedai-kedai di luar Spice Bazaar. Ada yang menawarkan harga lebih murah. Ada kedai yang jual barangan yang tiada dalam Spice Bazaar.

P1240967

DSC00268

 

DSC_2004

P1240961

8) Ziarah Masjid – Yeni Cami (new mosque)

Terletak berdekatan pintu masuk Spice Bazaar. Terasa rugi bila jumpa banyak masjid cantik-cantik di Istanbul, tak singgah pun solat walau 2 rakaat. Masjid-masjid tu akan menjadi saksi “di sana” nanti. InsyaAllah, akan masuk dalam itinerari untuk trip lain nanti.

P1240822
Ni pandangan dari feri Bosphorus Cruise

Sepanjang jalan ramai yang menawarkan perkhidmatan menggilap kasut.

DSC_1997

Boleh juga bagi burung makan di luar masjid. Beli makanan burung dari makcik ni

DSC_2001

InsyaAllah nanti nak kongsi aktiviti menarik sekitar Sultanahmet pulak.

 

 

Istanbul Kali Pertama, Di Mana Mahu Menginap?

Jika anda melancong ke Istanbul buat kali pertama, mesti anda tertanya di kawasan mana anda perlu menginap untuk menjimatkan wang, masa dan tenaga?

Terdapat 2 kawasan yang disyorkan untuk mereka yang pertama kali melancong ke Istanbul.

Sultanahmet

 

Kawasan ini dipenuhi pelancong. Tempat menarik di Istanbul berada di kawasan ini. Menjimatkan wang kerana hanya perlu berjalan kaki dari tempat penginapan ke tempat-tempat menarik di Istanbul.

Masjid Biru
Topkapi
Hagia Sophia
Basilica Cistern
Hippodrome

Tiada kelab malam atau kelab hiburan di kawasan ini, tiada muzik membingitkan. Kedai-kedai ditutup awal, bas pelancongan tidak dibenarkan masuk pada waktu malam. Anda boleh mengambil kesempatan ini untuk berjalan di sekitar kawasan Masjid Biru dan Hippodrome, menikmati suasana malam yang tenang di kawasan ini. Boleh juga solat berjemaah di Masjid Biru.

Terdapat banyak hotel murah di kawasan ini yang masih mengekalkan ciri-ciri tempatan – dari segi binaan bangunan dan makanan yang disediakan atau dijual kepada pelancong. Cuma kebanyakan hotel murah di sini dibina di kawasan berbukit; tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah pergerakan.

Beyoglu

 

Penduduk tempatan ramai menetap di kawasan ini. Berlainan dengan Sultanahmet, kawasan ini terutama di Taksim Square dan Istiklal Street dipenuhi banyak kedai, restoran moden, hotel mewah. Jika di waktu malam, Sultanahmet agak sunyi, di kawasan Beyoglu terutama di Taksim Square dan Istiklal Street, kompleks membeli belah, restoran dan kelab-kelab hiburan dibuka sehingga lewat malam. 

dianggarkan 3 juta orang melawat Taksim Square & Istiklal Street pada hujung minggu
jenama-jenama terkenal memenuhi Istiklal Street & Taksim Square

di sebalik kehadiran jenama-jenama mewah, masih terdapat historical arcades di kawasan ini

Historic Tram membawa penumpang dari Taksim Square ke Istiklal Street
Galata Tower & Golden Horn. Di Galata Tower terdapat restoran mewah di mana anda boleh menikmati pemandangan Istanbul sambil menikmati hidangan

Jika anda ingin menginap di tempat bersejarah dan tak kisah tiada nightlife; hanya ingin berehat di waktu malam, tak kisah dengan penjual-penjual barang menghampiri anda bila anda bersiar-siar, kawasan sekitar Sultanahmet adalah pilihan terbaik. Anda hanya perlu berjalan kaki ke tempat menarik di Istanbul. Jika anda menginap di Sultanahmet dan ingin bersiar-siar pada waktu malam di Beyoglu, perlu diingat funicular yang menghubungkan Taksim Square dan Sultanahmet (melalui stesen Kabatas) menghentikan perkhidmatan pada pukul 12 malam. Selepas waktu itu anda perlu pulang ke Sultanahmet berjalan kaki dengan menuruni bukit atau menaiki teksi.

Jika anda inginkan nightlife, menghabiskan malam dengan penduduk tempatan, kawasan sekitar Beyoglu adalah sesuai untuk anda. Anda boleh melawat tempat menarik di Istanbul pada waktu siang.

Saya memilih Sultanahmet kerana dikelilingi bangunan bersejarah membuatkan saya berasa saya benar-benar berada di Istanbul.

 

 

 

Ada Apa Dengan Istiklal Street Istanbul?

Turki menangis lagi. Sepanjang 3 bulan tahun ini, Turki telah dibom beberapa kali :

    • 12 Januari 2016, satu serangan berani mati dilakukan berhampiran Masjid Biru Sultanahmet. Serangan ini membunuh 13 pelancong German, seorang pelancong Peru, 14 cedera. Serangan dilakukan oleh Nabil Fadli, ahli Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL). Serangan terakhir di kawasan ini adalah pada 6 Januari 2015 oleh Diana Ramazanova, warga Chenchen yang dikatakan mempunyai hubungan dengan ISIL.
    • 17 Februari 2016, serangan bom di Ankara telah mengorbankan 28 orang dan mencederakan 61 yang lain.
    • 13 Mac 2016, sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan telah digunakan untuk menyerang bas awam di Ataturk Boulevard, Ankara. Sekurang-kurangnya 37 terbunuh, 125 cedera termasuk 19 cedera parah.
    • Serangan terbaru, 19 Mac 2016, serangan berani mati berlaku di hadapan pejabat kerajaan di persimpangan Balo Street dan Istiklal Street @ Istiklal Caddesi. Serangan menyebabkan 5 kematian termasuk penyerang, 36 dilapurkan cedera termasuk 7 cedera parah.

Ada apa dengan Istiklal Street?

Istiklal Street atau Istiklal Cadessi adalah jalan yang paling “happening” di Istanbul dan salah satu tempat wajib pergi bagi pelancong yang pertama kali melancong ke Istanbul. Ia umpama Oxford Street London. Terletak sepanjang 1.4 km antara Taksim dan Tunel (underground), Istiklal Street dipenuhi butik, kedai buku, kedai muzik, galeri seni, panggung wayang, teater, perpustakaan, kafe, restoran, bakeri, kelab malam dan sebagainya. Dianggarkan pada hujung minggu, 3 juta pelancong akan mengunjungi Istiklal Street. Kedai-kedai di sini dibuka hingga larut malam.

pic by eresin.com.tr
pic by eresin.com.tr

Saya tidak sempat pergi ke Istiklal Street semasa melawat Istanbul pada tahun 2013. Hanya sempat ke Taksim Square di hujung Istiklal Street. Itupun tidak lama. Hujan renyai membasahi bumi Istanbul dan kaki saya yang melecet pada malam itu menyebabkan saya terpaksa balik awal ke hotel seorang diri dan meninggalkan 2 rakan lagi untuk menikmati suasana malam di Taksim Square. Lagipun Istiklal Street terlalu sibuk terutama hujung minggu. Oleh kerana matlamat utama ke Istanbul juga bukan untuk membeli belah, maka kami tidak berhasrat untuk lama di situ.

TRAM

Tram telah digunakan pada kurun ke-19 di Istiklal Caddesi menghubungkan antara Taksim dan Galatasaray hingga ke Tunel Square (Underground). Tram ini dihentikan penggunaannya pada tahun 1961; digantikan dengan bas. Perkhidmatan tram telah dipulihkan pada tahun 1990 bila Istiklal Street diwartakan sebagai zon pejalan kaki.

tram

Anda boleh berjalan kaki dari Istiklal Street ke Taksim Square; akan mengambil masa lebih kurang 20 minit dan kemudian balik semula menggunakan tram ini. Secara purata tram ini membawa 6000 penumpang setiap hari.

HISTORIC ARCADES (PASAJ)

“Historic arcades” di Istiklal Street menampilkan senibina French, Italian dan Ottoman. Terdapat kemungkinan arked-arked bersejarah ini akan diambil alih oleh pusat membeli belah terkenal. Jika anda berkunjung ke Istanbul, jangan lupa mengunjungi historic arcades ini sebelum digantikan dengan bangunan lebih moden.

Antara arked atau pasaj (diambil dari perkataan Perancis yang bermaksud passageway/ corridor) yang sudah lama wujud di sini adalah:

Cicek Arcade 

Dahulunya dipenuhi dengan kedai bunga, kini menempatkan restoran mewah.

The Aznavur Arcade 

image from theguardian.com

image from istanbul.for91days.com
image from istanbul.for91days.com

Aznavur Arcade bermula pada tahun 1900 sebagai apartmen mewah. Aznavur diambil sempena nama arkitek; Hovsep Aznavur. Hari ini arked 9 tingkat yang mengekalkan seni bina Italian ini dipenuhi dengan lampu yang berwarna warni, pakaian dalam, barang kemas harga murah, boots….Terdapat 28 kedai beserta kafe, gimnasium, galeri, dewan tari dan sebagainya. Dibuka seawal 7am dan ditutup lebih kurang 1am.

Atlas Arcade 

Terletaknya Atlas Cinema dan Küçük Sahne theatre sejak 1948. Mula dibina pada tahun 1877. jelas kelihatan senibina Ottoman. Dibina dan diubahsuai semula pada tahun 1900an selepas kebakaran. Terdapat 44 buah kedai yang antara lain menjual fesyen pakaian wanita, barangan antik, cenderahati. Arked ini dibuka dari 9am – 11pm setiap hari.

image from istanbul.for91days.com
image from istanbul.for91days.com

atlas

Markiz Arcade

Mula dibuka pada tahun 1840. Bangunan 5 tingkat ini menempatkan 25 kedai, pelbagai kafe dan bar. Boleh membeli aksesori, pakaian, kasut, kosmetik dan sebagainya. Kedai-kedai dibuka dari 10am – 10pm. Bar ditutup lewat malam. Kedai pastri yang terkenal; Lebon yang merupakan tempat perjumpaan penulis, golongan intelek, seni juga terdapat di sini

GALATA MEVLEVI MUSEUM

Galata Mevlevi Museum menempatkan pakaian, instrumen, bahan bacaan whirling dervishes. Dibuka dari 9am – 4.30pm. Anda boleh menyaksikan whirling devishes yang kadang kala diadakan di situ, selalunya pada hari Ahad, 5pm. Harga tiket 70TL. Tiket boleh dibeli pada Sabtu tengah hari, di luar pagar muzium.

whirling

Bagaimana untuk pergi ke Istiklal Street dari Sultanahmet?

Ambil tram dari Sultanahmet Square ke KABATAS.

DSC_1990

Tram dari Sultanahmet ke Kabatas

route

image by istanbul.for91days.com
funicular image by istanbul.for91days.com

Kemudian ambil funicular ke Taksim Square. Taksim Square terletak di hujung Istiklal Street. Boleh jalan kaki selama 20 minit atau naik tunel tram lama ke Istiklal Street.

Enjoy the video  🙂

Serangan di Istiklal Street amat menyedihkan kerana ramai yang terkorban, menimbulkan rasa takut di kalangan pelancong asing dan warga tempatan. Serangan seperti ini juga akan memusnahkan senibina lama yang unik. Didoakan semoga rakyat Turki dilindungi setiap masa ameen.

pray

Bila Istanbul Melambai Datang…

PART 1 : Sebelum Kuala Lumpur Kami Tinggalkan….

Anda suka sangat bila tengok kawan-kawan melancong ke Turki tanpa menggunakan perkhidmatan agen pelancongan. Anda pun nak travel mcm diaorg –

  • ikut jadual sendiri, tak payah nak tunggu semua ahli rombongan semua ada baru boleh bergerak. Kalau grup kecil, ok lg tunggu, kalau grup besar…hmmm
  • boleh plan tpt mana yang minat, tak perlu gi kedai wajib yg mengarut – kedai karpet, kedai kulit bagai,
  • boleh dok lama kat tpt yg kita minat esp Topkapi tanpa perlu rush ke tpt lain,

DSC00359

DSC_2260

  • boleh solat Subuh berjemaah di Masjid Biru; dahlah masjid masa tu kosong, boleh dapat pahala berjemaah, juga harapan menggunung masjid biru akan menjadi saksi di Hari Kiamat nanti anda pernah solat di situ,

DSC_2167

  • malah anda boleh pose bagai nak rak, takde sape rush anda supaya cpt2 ambil gambar sbb mereka nak chop tpt tu pulak utk pose,
perempuan2 melayu terakhir
perempuan2 melayu terakhir
dalam ramai2 kawan kita, mesti ada sorang yg "wayar dlm otak terputus"
dalam ramai2 kawan kita, mesti ada sorang yg “wayar dlm otak terputus”
  • dan siapa tahu ada hati tertinggal di Masjid Biru awww!
Cintaku Tertinggal di Masjid Biru
Cintaku Tertinggal di Masjid Biru

Selingan sikit pasal Cintaku Tertinggal di Masjid Biru. Mamat di atas ni security guard di Masjid Biru. Fakta yg patut anda tahu – Turki dipenuhi mamat2 yg sdp mata memandang. Mamat ni merapatiku sementara Rinie & Elin sibuk posing.

Dengan bahasa omputih sepatah2, dia kata

I want to…(jari telunjuk tgn kanan & jari telunjuk kiri disatukan)

Hah! biar betul. Dahlah diriku bini org. Sebelum sempat jawab apa2, mamat tu tunjuk kat Rinie.  😛

Bersusah payah dia cuba bg tau dia nak kawin dengan Rinie, boleh?

Antara kata2 dia “bring see father mother”  😳  Jom gelak guling2.

Nak melancong ke Turki macam perempuan Melayu terakhir di atas tapi anda tak tahu where to start. Kekangan kewangan dan masa pun buat anda takut nak survey or even nak berangan ke sana. Jangan terus kuburkan impian anda sebab 3 perempuan di atas pun bukannya banyak duit, cuma mereka

DARE TO BERANGAN  😆

Teringat masa kat KLIA, tunggu boarding. Only me and Elin. Kebanyakan penumpang lain mat saleh. Terkontang kanting kami berdua. Berhampiran dgn kami, 2 perempuan Melayu. Masa sembang diaorg tanya kami ke Istanbul atas urusan kerja ke seperti mereka?

Oh tak, kami nak gi bercuti.

Wah bestnya. Gi berdua je?

Bertiga.

Kerja apa mampu gi bercuti 10 hari ke Turki?

Saya cikgu tadika, kawan saya ni tukang jahit

Travel guide tunggu kat sana ke?

Tak lah, jln sendiri.

Jom ikuti persiapan perjalanan cikgu tadika, tukang jahit & agen insurans Prudential (Rinie) yg masa tu baru nak berjinak2 dgn dunia insurans menjejaki bumi Turki.

🙄 AIRLINE MANA NAK PILIH

Proses survey & compare harga dilakukan 4-6 bulan sebelum terbang. Date mmg dah confirmed sedari awal. Paling murah masa tu middle east airlines; sekitar RM2,500-2,800, kena transit.

Sekitar hujung Mac 2013, Malaysia Airlines (MAS) menawarkan tambang murah untuk terbang ke Istanbul. Me & Elin tanpa berlengah terus beli tiket. Kami dapat harga all in RM2,099. Rinie tak sempat nak beli tiket pada harga ini kerana 2,3 hari selepas itu harga melonjak kepada RM2700+. Rinie terpaksa terbang bersama Qatar Airways pd harga RM2400+.

Ada kawan rekemen book melalui seduniatravel. Dia baca insta Chef Wan yg rekemen.

💡 TIP PERTAMA

      • Monitor harga tiket penerbangan antarabangsa sekurang-kurangnya 4 bulan sebelum terbang. Selalunya kami monitor 6 months sebelum terbang. Masa tu sekurang2nya duit utk flight ticket dah ada. Dpt harga cun, terus book. Takde nak pikir2 lg dah. Kejap je harga boleh berubah.

Unlike previous trip where I planned months ahead, this time around, I only planned 2 mths before the trip (kecuali beli flight ticket). Itupun sikit2 sebab Ramadhan. Right after Ramadhan, I was busy with our school’s concert. Tried to book domestic airlines during Ramadhan but to no avail. Only after Raya, I managed to book tickets for 2 domestic flights. By then prices had increased sikit.

💡 TIP KEDUA

      • Jika anda ingin membeli tiket domestik di Turki, jgn beli nak dekat Ramadan atau semasa bulan Ramadan. Website mcm hang, mungkin sbb ramai masuk.

🙄 BANDAR MANA DI TURKI KAMI INGIN PERGI

Pakej melancong ke Turki oleh agen pelancongan selalunya akan melawat lebih dari 5 bandar di Turki. Dalam masa yang singkat dan perlu melalui perjalanan yang jauh dari satu bandar ke bandar yang lain, apa yang biasa agen pelancongan lakukan – bergerak waktu malam. Dengan cara ini mereka dapat mengurangkan kos menyewa hotel.

Saya tak suka cara itu kerana memenatkan. Dua tiga jam dalam bas pun dah penat, apatah lagi kalau antara 5-10 jam. Juga saya tak suka melancong “touch and go” – hanya berada di satu bandar bbrp jam sahaja. Sekurang-kurangnya saya perlu berehat semalam.

Saya akhirnya memilih melancong ke Istanbul,

DSC_1990

menghirup kopi panas di Cappadocia sambil menikmati pemandangan bentuk mukabumi yg menakjubkan,

DSC_2463

melawat Green Mosque di Bursa dan bersantai di balkoni yang mengadap cotton castle Pamukkale.

23

22

21

Istanbul, Cappadocia, Pamukkale adalah antara bandar2 yg sering dilawati. Yg lain Bursa & Selcuk (Ancient City of Ephesus). Plan awal mmg termasuk Ancient City of Ephesus tp tak cukup bajet  😆

  🙄 BAGAIMANA NAK PERGI

 ➡ DARI ISTANBUL KE CAPPADOCIA 

1. BAS

Jika kami pilih untuk naik bas, kami terpaksa mengharungi lebih kurang 12 jam dalam bas. Ramai memang boleh je tidur dalam bas, saya mmg tak boleh. Kalau nak jimatkan kos, boleh je naik bas.

2. SLEEPER TRAIN

Boleh juga naik tren tapi akan memakan masa dan memeningkan sebab dari Istanbul ke train station – Pendik; perlu naik feri, bas, teksi bagai sebelum sampai Pendik. Sekurang2nya 2 jam sebelum dah kena gerak dari hotel di Istanbul.

3. FLIGHT

Ada 2 airport berdekatan Goreme, Cappadocia – Kayseri (1 jam perjalanan ke Goreme) dan Nevsehir (1/2 jam perjalanan ke Goreme). Banyak pilihan terbang ke Kayseri dari Nevsehir.

Kami memilih utk terbang ke Kayseri, Cappadocia.

DSC00396

Penerbangan dari Istanbul (airport Sabiha Gokchen) ke Kayseri/Nevsehir mengambil masa antara 1 jam 30- 1 jam 45 minit.

Ada bbrp penerbangan domestik yang anda boleh pilih; bergantung kpd harga yg ditawarkan pd masa tu. Kena compare juga ye.

Antara penerbangan domestik :

Turkish Airlines juga ada membuat penerbangan domestik.

Sebaiknya check dulu harga domestic flight sbb kami dapat harga tiket less than RM100; luggage 15kg.

 ➡ DARI ISTANBUL KE BURSA

Di awal perancangan kami, kami akan menaiki feri. A day trip dari Istanbul. Tiket feri boleh dibeli secara online. Kami beli sebelum bertolak ke Istanbul lg.

We thought feri ke Bursa dari Eminonu, which is 2 stations away from Sultanahmet; where we stay. Rupanya dari Kadikoy. Bila sampai Eminonu, seksa bertanya orang dr mana nak board feri ke Bursa. Bukan mereka taknak menolong tp most of them tak boleh berbahasa Inggeris. Someone kata kami kena naik feri ke Kadikoy. Tak sempat naik feri yg awal ke Kadikoy sbb penuh. Terasa masa begitu lambat berlalu bila kami naik feri seterusnya…

By the time we reached Kadikoy :-

hujan renyai menyambut ketibaan kami

demi tiket yang telah dibeli

demi masa mencemburui kami

dengan payung melindungi diri dari dibasahi gerimis pagi,

dengan skirt ala2 Kajol penghias diri,

dengan shawl menutup muka kami semasa berlari….

kami berlari anak mengejar feri…

apakan daya, feri baru saja berlalu pergi,

takkan menunggu walau sedetik lagi

tukar tarikh tiket di kaunter dengan sedikit penalti…

harapan menggunung tinggi…

Bursa, esok mu tunggu kedatangan kami…

takdir Ilahi mengatasi tadbir kami.

walau esoknya tiba tepat seperti yang dikehendaki,

hati hampa tidak terperi,

bila gadis kaunter memberitahu feri tidak belayar hari ini

kerana ombak bergelora membahayakan feri & diri.

Ok tak puisi ni? Mujur boleh dapat semula refund; ditolak sikit admin charge bagai.

 ➡ DARI CAPPADOCIA KE PAMUKKALE

Boleh juga naik kapal terbang, airport berhampiran Pamukkale adalah Denizli. Kami memilih untuk menaiki bas. Pada hari sampai Goreme, Cappadocia, sebaiknya jalan kaki gi beli tiket ke Pamukkale. Selalunya bas bertolak antara 8.30-9.00pm. Boleh juga minta owner hotel di Goreme belikan.

Perjalanan mengambil masa 10 jam. Elin & Rinie lena sepanjang jalan, Me? Boleh tidur sekejap2 je. Bas berhenti 3x. Elin & Rinie langsung tak turun; lena tidur. Saya turun di ketiga2 tpt. Sejuk kat luar tak terkata. Menggigil. Sempat beli shawl seperti dalam gambar ni.

DSC_2849

Kat istanbul 15TL, kat R & R RM10TL. Beli bbrp helai utk anak2 sedara.

Di tgh2 jln, bas berhenti menurunkan penumpang yg ingin ke Pamukkale. Just imagine, lebih kurang 5am detik itu, kami dan bbrp penumpang lain diarahkan turun. Gabra gak lah kan. Sekeliling takde satu bangunan pun. Rupa2nya ada satu coach akan membawa penumpang2 ke pejabat tour company. From there, walking distance ke hotel2 kaw sekitar. Kami sempat book 1 day tour & airport transfer dengan company ini. We were lucky tak kena tipu. Ramai yg kena tipu dgn company ni.

Nasihat saya, book sedari awal dgn reliable tour company. So kalau ada coach yg dtg ambil, naik je mcm org lain but bila sampai off diaorg, tell them u dah book tour lain. Be firm.

  ➡ DARI PAMUKKALE KE ISTANBUL

Ada backpackers yg akan singgah di Selcuk utk melihat Ancient City of Ephesus. Dr Pamukkale boleh naik bas ke Selcuk (3 – 3 1/2 jam). We skipped Selcuk sbb kekangan masa & duit.

Kami terus balik semula ke Istanbul dengan Pegasus Airlines. Airport Denizli which is 65km/ 1hr dari Pamukkale.

Next post, saya akan bercerita bila Istanbul Melambai Selamat Datang 🙂

Turkey, Pembuka Bicara

Turkey pembuka bicara di blog ini.

Pada tahun 2011, saya, Elyn (rakan saya yang saya kenal ketika berusia 13 tahun di Sek Tun Fatimah, Johor Bahru) & Rinie (rakan yg sama-sama dgn saya buka Q-dees; saya di Saujana Utama, Rinie buka di Gombak) pergi ke India bertiga.

P1150142

P1150141

Kami sepatutnya travel bertiga ke Bali pada tahun 2009, at the very last minute, Rinie couldnt make it, maka hanya saya & Elynn ke Bali.

Me & Elynn dah travel to few places together. Bermula dgn Gold Coast (2005), trip seterusnya ke Seoul & Nami Island (2006), Sri Lanka (2012), cruise Penang-Phuket-Krabi (2013), Bali (2009), USS Singapore (2014), Golden Triangle India & Kashmir (2011)…

Ketika percutian kami di India hampir tamat, kami membayangkan ingin travel bersama lg (that was the first time saya & Elyn travel bersama Rinie & kami bertiga serasi). Kami mula memasang angan-angan utk menjejaki bumi Turkey dalam masa 2 tahun selepas trip India.

Ini adalah post saya yang pertama. Negara pertama yang saya pilih untuk post pertama saya adalah Turkey.

P1240822

P1240862

Kenapa Turkey?


Turkey sangat cantik, anda perlu pergi sekali seumur hidup biidznillah;

DSC_2598

DSC_2673

DSC_2674

  • Saya pergi Turkey pada bulan Oktober 2013, masih segar dalam ingatan;
  • Saya merangka sendiri itinerary saya dari a-z utk perjalanan kami 10h9m; walaupun mengambil masa hampir 2 bulan untuk melengkapkan itinerary itu, saya berpuashati kerana hampir 85% yang dirancang berjalan lancar;
  • Saya ingin berkongsi pengalaman saya – bila saya tengok trip ke Turkey bersama travel agent, saya rasa adakalanya harga yg di “quote” agak mahal; Mungkin dengan tips yang saya kongsi, anda berani rancang percutian murah ke Turkey bersama keluarga atau sahabat handai tanpa perlu terikat dengan jadual orang lain;
  • Rakan saya akan melawat Turkey April, 2016. Saya “digajikan” menyediakan itinerary perjalanan mereka selama 10h9m. Saya bertanggungjawab untuk perkara-perkara berikut :
  • memilih bandar-bandar yang mereka perlu lawati
  • book hotel2 yg mereka akan tinggal di bandar2 yg dipilih; kemudahan yang mereka inginkan – wifi. Kemudahan lain saya rasakan perlu
  • book tiket kpl terbang/feri/keretapi dsbnya yg diperlukan sepjg perjalanan mereka
  • book airport transfer
  • merangka tpt2 menarik yg boleh mereka lawati sepanjang berada di Turkey
  • transport ke tpt2 lawatan
  • perkara2 lain yg berkaitan

Maklumat yang saya perolehi semasa menyediakan itinerary mereka insyaAllah boleh saya kongsi di sini.

Sepatutnya pergi berempat; ahli yang ke-4 adalah Kelly, rakan saya semasa menuntut di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Sebulan sebelum pergi Kelly terpaksa cancel rancangan utk menyertai kami kerana kesukaran mendapat cuti.
Sepatutnya kami melawat 4 bandar di Turkey; Istanbul, Bursa, Cappadocia dan Pamukkale, tapi takdir Allah mengatasi perancangan kami – kami tidak berjaya sampai di Bursa.
Kami terbang bersama Malaysia Airlines ke Istanbul, berada di Istanbul 5H4M, terbang ke Cappadocia bersama penerbangan domestik;
20131008_220443
berada di Cappadocia 3H2M, menaiki bas 10-11 jam ke Pamukkale, bermalam di Pamukkale
22
dan keesokan harinya terbang semula ke Istanbul dengan penerbangan domestik Turkey.
Bermalam di Istanbul & keesokannya pulang ke tanahair bersama Malaysia Airlines.
Tiada tour guide mengiringi kami di Istanbul. Itinerary sendiri. Di Cappadocia & Pamukkale kami mengikuti local tour.
Jika anda mengikuti pakej percutian Turkey dari Malaysia :
1) walaupun bandar2 yg disenaraikan banyak, anda akan bermalam dalam bas. Perjalanan mengambil masa yg lama; kami memilih utk menghadkan bandar yg kami pergi dan menaiki penerbangan domestik yg mengambil masa kurang dr 2jam. Even gi Sabah pun lebih dr 2 jam
2) penerbangan domestik agak murah, berbaloi sangat
3) selalunya pakej fullboard, makanan disediakan pd waktu yg dittpkan. Kalau gi tpt sejuk, kebarangkalian lapar mmg tinggi. Makanan di Turkey ada yg tak tertelan oleh saya. Kami bawa rice cooker kecil & makanan2 ini.
DSC_1968
DSC_1969
Dapatlah mkn nasi impit & rendang Brahim. Boleh bawa bekal bila jln2.
Jangan lupa terus mengikuti pengembaraan kami menjejaki bumi Turkey.
NEXT : Istanbul Aku Datang