Pengalaman Beli Tiket Murah Di Skyscanner

Pengalaman saya buat kali pertama beli tiket murah ke Tokyo (Narita) di Skyscanner.

Pada mulanya saya tidak berani membuat tempahan melalui Skyscanner kerana :

  • tidak pernah menggunakan laman web ini
  • menyangkakan tempahan memerlukan pengisian banyak maklumat untuk setiap penumpang. Oleh kerana saya membawa 11 ahli keluarga yang lain, tentunya mengambil masa lama untuk mengisi begitu banyak maklumat. Di Air Asia dan Malaysia Airlines, saya telah menyenaraikan 10 ahli keluarga dalam “My Family and Friends”, saya hanya perlu tandakan dalam kotak di tepi nama, memudahkan urusan membeli tiket untuk kesemua mereka
  • nama-nama agen pelancongan yang disenaraikan oleh Skyscanner kurang saya kenali, takut berlaku penipuan

Bila tengok harga tiket ke Tokyo, Januari 2017 di laman web Air Asia, harga untuk seorang dewasa RM1800 lebih; belum termasuk bayaran bagasi dan makanan. MAS lagi mahal.

Saya mengunjungi MATTA Fair dengan harapan dapat beli tiket murah ke Tokyo; beratur lama di kaunter Air Asia pada hari Jumaat, hari pertama MATTA Fair. Tak ramai yang beratur tetapi sebab masing-masing ingin cari tiket murah, mereka mengambil masa yang panjang. Bila tiba giliran saya, harga tiket lagi mahal dari harga yang saya sendiri lihat di laman web. Saya cuba juga beli tiket di kaunter lain seperti Sedunia Travel, POTO Travel, Amar Travel, harga yang diberi memang melebihi 2 ribu.

Nekad akhirnya menggunakan Skyscanner.

Kali pertama menggunakan Skyscanner, membawa rombongan keluarga 12 orang – 4 dewasa, 8 kanak-kanak berusia antara 4-17 tahun memang memeningkan. Saya kongsi pengalaman saya ini, moga boleh menjadi panduan beli tiket murah ke Tokyo di Skyscanner.

  1. Pergi ke laman web Skyscanner

2016-09-08-19-41-22

Skyscanner hanya membenarkan saya beli tidak lebih dari 9 tiket pada satu transaksi. Saya cuba membeli 12 tiket sekaligus, tetapi disuruh pilih :

  1. tukar tarikh; atau
  2. tambah airport berhampiran; atau
  3. mulakan carian baru

Bila tukar carian baru, saya kurangkan jumlah penumpang tidak lebih dari 9 orang, baru carian boleh dilakukan.

screenshot_2016-09-08-18-59-55

Saya beli tiket pada bulan September 2016, akan travel Januari 2017 insyaAllah, umur kanak-kanak yang akan travel perlu ditambah setahun bila mengisi ruang ini. Juga ada agen pelancongan menyenaraikan bawah 15 tahun sebagai kanak-kanak, ada agen pelancongan menyenaraikan bawah 11 tahun sebagai kanak-kanak.

Saya membuat 3 kali pembelian untuk trip ini. Walaupun jumlah pada kad debit cukup, bila tiba masa untuk bayar, mengambil masa lama. Saya akhirnya terpaksa menggunakan Visa Kredit Maybank membeli 12 tiket dalam 3 transaksi yang berasingan kerana had kredit saya hanya RM18 ribu. tidak cukup untuk membayar harga kesemua tiket. Saya cuba menggunakan kad kredit adik saya. Walaupun had kredit cukup, transaksi tidak berjaya.

Saya cuba untuk membuat bayaran kad kredit melalui maybank2u supaya had kredit saya bertambah dan cukup untuk saya beli tiket seterusnya, tetapi setiap kali bayaran ingin dibuat, keluar statement “bayaran melebihi jumlah kredit (hutang)”. Mungkin kerana agen pelancongan belum membuat tuntutan bayaran daripada pihak bank. Saya akhirnya terpaksa ke cash deposit machine Maybank, buat bayaran, lepas tu balik rumah dan beli tiket kapal terbang untuk 2 penumpang terakhir.

Kelengahan seperti ini mungkin akan menyebabkan :

  • harga tiket menjadi lebih mahal bila anda melakukan transaksi berikutnya. Semasa saya sedang membeli tiket, keluar pop-up harga tiket akan berubah dalam masa 27 minit
  • mungkin tiket habis untuk penerbangan yang diinginkan

Saya menyimpan kesemua salinan pasport ahli keluarga yang akan ke Tokyo bersama dalam telefon bimbit saya supaya senang dan cepat memasukkan data.

Kebaikan membeli tiket yang banyak dalam beberapa transaksi :

  • kurang melakukan kesilapan ketika memasukkan data penumpang yang diperlukan. Sebarang kesilapan perlu diperbetulkan dengan agen pelancongan dan ada di antara agen pelancongan tiada pejabat di Malaysia. Ini akan mengambil masa. Di samping itu ada kemungkinan anda perlu membayar penalti untuk sebarang pertukaran.
  • ada kemungkinan juga harga tiket bertambah murah untuk pembelian seterusnya.

Saya ingin membeli tiket ke Tokyo; tak kira Haneda/Narita Airport, maka saya tanda kotak “Add Nearby Airports”. Jarak di antara Narita Airport ke central Tokyo lebih kurang 60km, jarak di antara Haneda Airport ke central Tokyo lebih kurang 22km. Perlu tahu lapangan terbang mana yang lebih senang/dekat ke tempat penginapan anda selain dari faktor harga tiket.

Oleh kerana saya membawa ramai kanak-kanak, saya memberi keutamaan kepada perkara-perkara berikut :

  • direct flight; transit selalunya memanjangkan lagi tempoh perjalanan. tergesa-gesa jika berlaku kelewatan penerbangan. Tandakan di kotak “Direct Flights Only”

screenshot_2016-09-08-19-00-06

  • penerbangan malam dan tiba keesokan pagi supaya jika tempoh penerbangan lama, anak-anak boleh tidur/berehat sepanjang perjalanan.

Seterusnya, dipaparkan syarikat penerbangan, waktu penerbangan, tempoh penerbangan dan harga tiket.

screenshot_2016-09-08-19-01-39

Saya “Select” harga pilihan saya dan diminta memilih agen pelancongan beserta harga tiket yang ditawarkan.

screenshot_2016-09-08-19-01-57

Saya memilih Gotogate untuk trip ini sebab :

  1. harga yang ditawarkan murah
  2. penerbangan malam dan sampai keesokan pagi
  3. direct flight – dari Kuala Lumpur, Malaysia Airlines akan menerbangkan kami dan pulang bersama Japan Airlines (code share)

Selepas pilihan dibuat,

2016-09-08-19-40-26

2016-09-08-19-39-17

screenshot_2016-09-08-19-03-25

“go to payment”; bayaran perlu dibuat.

screenshot_2016-09-09-11-42-31

Untuk pilihan ini, harga tiket sudah termasuk bayaran bagasi.

Bayaran tambahan pilihan RM8 untuk pemberitahuan melalui sms. Ada juga bayaran tambahan jika ingin tiket fleksibel – boleh buat pindaan tarikh penerbangan dan sebagainya. Ok kalau travel sorang tapi kalau travel ramai, mahal juga RM135 untuk setiap penumpang.

Jika menggunakan kad kredit, caj tambahan untuk kad kredit akan dikenakan bila anda ingin membuat bayaran. Untuk 2 tiket yang saya beli, caj untuk kad kredit RM189. Perhatikan 972USD di bahagian bawah. Jumlah ini (dalam matawang USD) yang akan dituntut oleh Gotogate dari bank. Ada agen pelancongan yang menggunakan Pound, Euro dan sebagainya.

Ini penyata kad kredit. Gotoget menggunakan matawang USD. Pound digunakan oleh bravofly. Bank convert jumlah ini ke Ringgit Malaysia mengikut kadar tukaran wang asing bank pada hari tuntutan dibuat (bukan pada hari yang sama).

screenshot_2016-09-09-11-22-43

Jumlah akhirnya dicaj ke kad kredit saya (RM4,068.93) (mengikut kadar tukaran wang asing bank pada hari itu); mahal dari jumlah yang dipaparkan di Skyscanner (RM3,976). Ini bermakna penggunaan kad kredit menambahkan harga tiket yang saya beli (RM189 + RM92.93 = RM281.93). Ini bermakna juga tiket untuk seorang penumpang untuk pembelian tiket kali kedua saya buat, agak mahal (RM2,034.47 seorang) dibandingkan dengan pembelian tiket sebelum itu.  Berlaku perubahan harga walaupun dibeli pada hari yang sama. Untuk tiket sebelum itu, harga tiket dewasa + caj hanya RM1,664 dan kanak-kanak RM1,468.

Ada yang mengatakan, Skyscanner hanya untuk bandingkan harga. Bila tau penerbangan mana tawar harga murah, terus ke laman web penerbangan tersebut seperti yang disyorkan oleh artikel ini. Saya cuba tapi dapati harga yang dipaparkan di laman web Japan Airlines/Malaysia Airlines/Air Asia lebih mahal dari harga yang saya bayar bilabeli tiket melalui agen pelancongan di Skyscanner.

2. Tunggu pengesahan e-ticket melalui emel dari agen pelancongan

Beberapa jam selepas saya beli tiket murah ke Tokyo di Skyscanner, saya mendapat e-ticket dari bravofly. Saya menerima e-ticket dari Gotogate 2 hari kemudian. Alhamdulillah.

20160911_073054-1-1

3. Sahkan tiket di laman web penerbangan

Saya pergi ke laman web Japan Airlines untuk mengesahkan e-ticket yang diberikan. Takut juga kalau ditipu oleh agen pelancongan.

screenshot_2016-09-11-07-42-26

Pilih “View My Reservations”.

Kemudian masukkan maklumat ini. “Family name” dan “Given name” kesemua dalam huruf kecil dan tiada “spacing”.

screenshot_2016-09-11-07-43-41

Maklumat kemudian dipaparkan mengesahkan kami memang akan menaiki penerbangan tersebut insyaAllah.

4. Check in

72 jam sebelum penerbangan.

Walaupun agak pening untuk beli tiket murah di Skyscanner, saya tidak serik untuk menggunakan Skyscanner lagi. Cuma di masa hadapan, saya perlu pastikan saya baca tip beli tiket di Skyscanner. Contoh tip – ada yang kata beli hari Selasa lagi murah, agen pelancongan Tripsta tak kenakan caj tambahan jika menggunakan Master card, kena beli tiket sekurang-kurangnya 7 minggu sebelum terbang dan sebagainya.

Ini pengalaman saya. Moga dapat beri sedikit sebanyak panduan beli tiket murah di Skyscanner insyaAllah.

Leave a Reply