Sebulan lepas suami mencadangkan we take a short break jalan-jalan tengok dunia sempena cuti Hari Buruh.
Kali terakhir kami ke luar negara bersama – hujung Disember 2014 ke Hong Kong. Tahun lepas saya hanya ke Ho Chi Minh City (HCMC) bersama my 3 sisters and sister in law.
Dalam masa sebulan sebelum pergi, saya plan percutian ke Hanoi. Yang paling utama – mencari hotel murah di Hanoi. Bajet kami kali ini – RM150 semalam.
Banyak hotel-hotel murah di Hanoi terutama di sekitar Old Quarter menawarkan perkhidmatan yang memuaskan. Competitive market. Agak sukar membuat pilihan tetapi akhirnya saya memilih
😀 Penginapan semalam 33USD
Mulai 1/4/2016 – 30/9/2016, Art Trendy Hotel ada promosi harga bilik. Kami pilih bilik yang paling murah “Deluxe with Quiet”; harga promosi 33USD; sesuai dengan bajet kami.
Juga jika book bilik terus dengan mereka, anda dapat menikmati :
Urutan kaki selama 1 jam untuk seorang di Marvel Spa milik mereka (jika menginap 1 malam)
Diskaun 50% untuk airport pick up & 1 baucer urutan kaki selama 1 jam untuk seorang di Marvel Spa (jika menginap 2 malam berturut-turut)
Percuma airport pick up & 1 baucer urutan kaki selama 1 jam untuk seorang di Marvel Spa (jika menginap 3 malam berturut-turut)
😀 Terletak di dalam kawasan Old Quarter Hanoi
Kenapa perlu menginap di Old Quarter Hanoi?
Tempat menarik di Hanoi seperti pasar malam Hanoi, Cho Dong Xuan Market (pasar borong ala-ala Ben Thanh) dan tempat shopping lain di Hanoi, water puppet show Hanoi, masjid Hanoi, Ho Chi Minh Mausoleum dan sebagainya terletak di kawasan ini.
😀 hanya 200 meter dari pasar malam Hanoi
Walaupun begitu hampir dengan pasar malam Hanoi, laluan di kedua hujung Hang But Street di mana terletaknya Art Trendy Hotel tidak boleh dilalui oleh kenderaan. Ini bermakna Art Trendy Hotel sunyi dari bunyi bising kenderaan. Jalan-jalan di sekitar Old Quarter Hanoi banyak tetapi pendek.
Pasar malam Hanoi hanya diadakan pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad. Kami tiba di Hanoi pada hari Jumaat dan pulang pada hari Isnin. Maka sepanjang berada di sana, setiap malam kami pergi pasar malam Hanoi.
😀 Review memuaskan di TripAdvisor
Review Art Trendy Hotel – staf berusaha untuk memberikan yang terbaik setiap masa. Saya bersetuju setelah melalui pengalaman menginap di sini. Staff called us by name – Miss Emy & Mr Shah setiap masa. They upgraded our room from deluxe with quiet (33USD) to deluxe with view (45USD).
Walaupun view hanya pemandangan gerai-gerai kecil di Hang But Street, bilik deluxe with view luas, selesa untuk solat, ada HBO Channel.
Ada tempat kami perlu menaiki teksi. Staf Art Trendy akan menahan reliable teksi untuk kami. Teksi yang ditahan selalunya seperti ini :
Pastikan anda catat no di bahagian tepi teksi semasa naik supaya :
- jika anda tertinggal barang dalam teksi, senang nak cari semula teksi yang membawa anda; dan
- jika ada rungutan tentang bayaran, cara pemanduan dan sebagainya, boleh bagi no ini sebagai rujukan
Flight kami pulang ke Malaysia adalah pada pukul 9.30am. Ini bermakna by 6.30am kami kena bergerak menuju airport yang mengambil masa antara 45-60 minit bergantung kepada trafik. Ini bermakna juga kami tidak sempat sarapan pagi di hotel. Staff Art Trendy telah tapau some fruits, bread, butter & jam untuk kami. How thoughtful kan?
Beberapa hari sekembali dari Malaysia, kami menerima emel dari Art Trendy Hotel menawarkan diskaun 20% jika kami kembali ke Hanoi dan menginap di Art Trendy Hotel.
😀 Hanya 5 minit berjalan kaki ke restoran makanan halal di Hanoi
Masjid Al Noor, satu-satunya masjid di Hanoi terletak di Old Quarter. Hanya 5 minit berjalan kaki dari Art Trendy Hotel. Dalam kawasan masjid, ada satu restoran makanan halal dimiliki oleh sebuah keluarga Viet Muslim. Harga yang ditawarkan agak munasabah; kebanyakannya 70,000 VND. Portion pun banyak.
😀 WiFi percuma
Masa kami mula-mula check in, kami dapat bilik paling atas & paling hujung (Bilik 624). WiFi signal dalam bilik itu lg laju dari WiFi rumah kami 30mbps. Bila diaorang upgrade bilik ke Bilik 201, kelajuan kurang sikit tapi masih bagus.
 😀 Sarapan pagi percuma
Tiada banyak pilihan terutama bagi Muslim tapi Alhamdulillah sekurang-kurangnya ada juga makanan untuk mengalas perut.
Dalam bilik juga disediakan complimentary buah-buahan dan air mineral setiap hari.
Art Trendy Hotel ada sister hotel Art Boutique Hotel. Walaupun Art Boutique Hotel juga di kawasan Old Quarter tetapi review Art Boutique Hotel tidak sebagus Art Trendy Hotel.
Next post – beberapa hotel di Old Quarter yang mendapat review yang bagus