Ulasan Hotel : Cenang Plaza Beach Hotel

Tarikh Menginap : 27-31 Ogos 2022
Jumlah yang menginap : 2 orang
Hotel kelas : 3*

Hampir setiap tahun saya dan suami ke Langkawi. Bukan sangat nak membeli-belah. Tenang dan damai terutama jika pergi bukan waktu cuti sekolah atau cuti umum yang panjang.

2018, sekali lagi kami menjejaki bumi Langkawi. Kali ini ditemani adik beradik dan anak-anak saudara saya. Tempahan dibuat saat-saat akhir. Inap desa yang kami dapat agak jauh dari Cenang mahupun Kuah tapi cukup memuatkan keluarga kami dalam 2 villa.

Sementara menanti adik beradik shopping di Warisan Duty Free, saya dan suami santai di Cenang Mall. Menikmati secawan kopi di Old Town White Coffee, sambil memerhatiĀ  suasana di sekeliling. Pandangan tertumpu ke Cenang Plaza Beach Hotel yang terletak bertentangan dengan Cenang Mall.

“Sekali lagi bila datang Langkawi, kita dok hotel ni,” kata suami.

Kami sudah kembara sejak berkahwin pada tahun 2000. Hotel budget, kurang shopping, suka menginap di hotel berdekatan pantai walaupun tak suka mandi laut, hotel yang dipilih mesti dikelilingi kedai makan… antara ciri-ciri hotel pilihan kami.

2019, saya kembali ke Langkawi. Kali ini ditemani 2 rakan, 6 staf dan seorang bekas staf. Kami menginap di Malibest Resort, tidak jauh dari Cenang Plaza Beach Hotel. Harapan untuk kembali ke Langkawi tahun berikutnya musnah bila PKP 1.0 diisytiharkan.

Hanya pada tahun ini, 2022 kami direzekikan untuk kembali ke Langkawi. Oleh kerana tempahan saat akhir, di laman web hotel mengatakan tiada kekosongan. Selalunya masih ada kekosongan cuma tempahan di laman web ditutup terlebih dahulu kerana bilik yang tersedia tidak banyak yang tinggal.

“Masih ada bilik standard yang kosong, tapi twin sharing,” kata Cik S, salah seorang staf di Cenang Plaza Beach Hotel.

Faham sangat. Tempahan saat akhir umpama untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Terima apa sahaja yang ada.

Dari Lapangan Terbang Langkawi, kami menaiki teksi. Kaunter teksi boleh didapati di sebelah kiri selepas keluar dari balai ketibaan. Tambang RM25 untuk teksi, jika naik Grabcar, tambang antara RM17-20 untuk perjalanan 5km dari lapangan terbang ke Cenang Plaza. Pilih naik teksi sebab simpati tengok macam takde penumpang yang baru tiba pilih naik teksi. šŸ˜›

5 sebab saya pilih Cenang Plaza Beach Hotel

  1. Lokasi
  2. Terletak betul-betul berhadapan Cenang Mall yang ada kedai makan seperti Old Town White Coffee, KFC dan McD Dessert. Di pintu sebelah ada Pizza Hut, The Loaf dan Subway. Kedai-kedai makanan berat juga banyak, sama ada di belakang hotel (restoran makanan laut di sepanjang pantai), di bahagian kiri hotel ada restoran mamak, di sebelah kanan juga ada sebuah restoran.

    Pengangkutan awam juga mudah diperolehi jika tidak mahu sewa kereta. Stesen teksi hanya beberapa langkah dari hotel. Jika sewa kereta, kereta sewa boleh diletak di belakang Cenang Mall dan bayaran percuma. Jika mahu guna perkhidmatan Grabcar, tekan destinasi Cenang Plaza. Underwater World Langkawi hanya 3 minit jalan kaki dari hotel.

    Setiap malam ada pertunjukan api dari geng yang memperkenalkan diri mereka sebagai Anak Hantu. Jika hujung minggu, ada 2,3 geng lain yang buat persembahan sama. Menarik juga persembahan api ini. Tiada bayaran dikenakan cuma jika mahu duduk di sofa yang disediakan mereka, perlu beli makanan/minuman dari mereka.

    https://youtu.be/0Y7wYNV46H4

    Pengunjung berpeluang juga ambil gambar dengan watak-watak dari filem Transformers. Hulurkan sedikit sumbangan buat mereka. Bukan mudah nak pakai kostum sebegitu dalam cuaca panas. Panas dan tidak selesa.

    Aktiviti sukan air pun banyak. Harga boleh bincang. Jangan terus bersetuju dengan harga yang dipaparkan. Kami tak berani cuba tapi happy dapatĀ jalan-jalan kuruskan badanĀ sepanjang pantai yang landai dan luas. Dari hotel ke penghujung pantai boleh dapat 3km pergi balik. Di pantai awam ini juga dapat lihat keluarga berkelah, perempuan-perempuan muda pakai baju cantik dan bergambar di pantai untuk konten media sosial, nelayan yang menangkap ikan menggunakan pukat, keindahan matahari terbit dan terbenam….

    Briskwalking dari hotel hingga di sini – 3km pergi balik

    Pengunjung yang ingin membeli coklat sebagai cenderahati buat keluarga dan kenalan boleh dapatkan di Cenang Mall, Warisan Duty Free yang berhampiran dan 2,3 kedai lainĀ  yang menjual pelbagai coklat dan barang hiasan rumah tidak jauh dari Cenang Plaza Beach Hotel.

    2) Layanan baik staf

    Cik S naik taraf bilik kami dari bilik standard ke bilik deluxe.Ā Perbezaan harga lebih kurang RM30 semalam. Ini bermakna kami jimat RM120 untuk penginapan 4 hari 3 malam.

    deluxe beachfront twin room

    Bukan itu sahaja, kami diberi bilik menghadap laut. Lebih syukur lagi, pemandangan dari balkoni bilik kami tidak terhalang oleh pokok-pokok ru yang tinggi menghijau.

    Staf juga mesra dan cuba berikan yang terbaik kepada pelanggan. Seperti biasa, kami tidak mahu bilik dikemas setiap hari. Dapat bantu kurangkan beban kerja staf. Kami hanya minta bantuan staf untuk ambil sampah di bilik kami dan bekalkan 2 botol air mineral setiap hari.

    3) Kemudahan

    Bilik deluxe tidak besar, tapi ruang dimanfaat sepenuhnya. Ada almari, meja tulis yang saya perlukan, tandas dan tempat mandi berasingan, ampaian baju disediakan di balkoni, 2 kerusi untuk santai di balkoni. Rancangan tv walaupun tidak banyak tapi ada AXN & Fox Movies. WiFi laju. Mini bar juga disediakan. Penghawa dingin dan air panas berfungsi dengan baik.

    Barang mandian untuk badan dan rambut berkualiti. Saya memang sentiasa bawa gel mandian dari rumah kerana tak puas guna gel mandian dalam tiub kecil yang disediakan oleh pihak hotel.Ā  šŸ˜€

    Sarapan tidak disediakan tetapi pelanggan boleh menikmati sarapan di The Loaf, beberapa langkah sahaja dari hotel. Bayaran yang dikenakan RM15 seorang dan boleh pilih dari beberapa menu yang disediakan. Kami tidak ambil pakej sarapan yang ditawarkan sebab banyak kedai makan berhampiran hotel ini.

    Antara restoran berhampiran yang kami cuba (walking distance)

    kami sarapan di sini.
    2 kali sarapan di sini
    mesti cuba @Mytee
    makan malam di Telaga Seafood. Sedap
    di Telaga Seafood

    Ada 2 perkara saya harap dapat diperbaiki oleh pihak hotel :

    1. ganti seterika dan alas tempat gosok dengan alas baharu. Saya tidak kisah seterika tidak disediakan di setiap bilik kerana bila diperlukan, cepat sahaja staf hantar ke bilik. Bila sudah digunakan, letak sahaja di luar bilik. Staf ambil semula. Cuma saya tak puas hati dengan seterika dan tempat gosok pakaian. Ia tidak lagi kukuh dan kain alas sudah buruk. Warna putih sudah tukar jadi warna coklat. Di tapak seterika ada kesan karat.
    2. Cadar tilam saya ada kesan tompokan. Silap saya, dah nak balik baru perasan. Mungkin sudah dibasuh dan tidak dapat dihilangkan. Mohon agar tidak digunakan cadar-cadar yang bertompok dan berwarna lusuh.

    Selain dari 2 perkara di atas, keseluruhannya saya puas hatiĀ menginap di sini dan berharap dapat kembali lagi, insya-Allah.

    Tip : jika berdua, minta bilik 319/219