10 Tips Membawa Anak Melancong Ke Tokyo

Melancong ke Jepun tidak termasuk dalam wishlist saya. Tokyo, bandar dunia pertama saya lawat pada tahun 1999 bila adik bongsu saya menamatkan pengajian 4 tahun di sana. Ibu bapa saya menunaikan umrah ketika itu dan tidak dapat hadir ke majlis konvokesyen. Tidak terasa ingin kembali sebab masalah bahasa, makanan halal, kemudahan solat dan sebagainya menyukarkan perjalanan.

Akur bila 2 adik ingin membawa anak2 mereka kembara ke bumi sakura. Saya dan suami menemankan mereka dan anak-anak mereka berusia 5 hingga 18 tahun.

  1. TIKET

  • Guna Skyscanner untuk mencari tiket kapal terbang murah. Boleh pilih direct flight/transit. Oleh kerana saya membawa kanak-kanak, saya memilih direct flight untuk memudahkan perjalanan. Boleh baca pengalaman saya beli tiket di Skyscanner di sini. Semak harga di Skyscanner, tengok airline mana yang bagi tawaran murah, pergi ke laman web airline tersebut dan beli tiket di laman web airline. Jangan beli di Skyscanner. Boleh juga guna kayak.com untuk bandingkan harga.
  • Jika anda masih mempunyai banyak masa sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum pergi, gunakan Skyscanner Alert untuk mengetahui bila harga turun. Skyscanner alert akan terus menghantar emel kepada anda bila harga turun/naik.
  • Tanya kawan/keluarga yang dah pernah pergi berapa harga tiket mereka beli. Maklumat ini akan beri anda idea lingkungan harga tiket ke Tokyo.
  • Kalau pergi ramai, sign up laman web seperti MAS, AirAsia & masukkan nama ahli keluarga yg akan bersama dlm trip. Senang nak beli tiket. Tick je nama mereka bila nak beli tiket untuk mereka.
  • Bila beli tiket sykt penerbangan yang tidak menyediakan makanan halal seperti Japan Airlines, ANA pastikan masa beli tiket, prebook makanan halal onboard.

    2. PILIH KAWASAN PENGINAPAN

  • Tren/metro pengangkutan paling popular untuk pelancong ke Jepun. Antara kawasan yang popular untuk yang kali pertama melawat Tokyo adalah Ueno/Asakusa, Akihabara, Shibuya, Shinjuku, Roppongi. Tengok subway map Tokyo bila nak cari penginapan. Guna Google maps. 10 minit berjalan kaki agak munasabah untuk kanak-kanak jika cuaca tidak panas. Jarak antara penginapan kami dan stesen tren yang terdekat dengan kami; Minowa lebih kurang 7-10 minit. Tiada masalah bagi anak saudara yang berusia 5 tahun walaupun suhu antara 0-5 darjah Celcius. Kami memilih Ueno/Asakusa kerana quiet neighbourhood tapi selamat insyaAllah, masih boleh merasa menginap di rumah tradisional Jepun – ada bilik ada tatami mat & futon, ada onsen. Harga pun agak murah dibandingkan dgn kawasan lain yg lebih sibuk.

20170130_100712

  1. HOTEL

  • Pilih jenis penginapan yg anda ingin. Boleh baca artikel saya mengenai 10 jenis penginapan di Jepun. Penginapan bajet selalunya tak benarkan rombongan melebihi 6 orang menginap bersama mereka. Saya baca banyak review bagus tentang K’s House Tokyo. Frust bila mereka kata tak boleh menginap bersama mereka sebab grup saya 12 orang. Kalau rombongan anda tidak lebih 6 orang dan anda budget traveller, boleh pertimbangkan hotel bajet ini. Saya terpaksa pilih penginapan di airbnb. Satu rumah, 4 bilik, 4 malam termasuk segala macam cukai – RM4,084 untuk 12 orang (RM340 seorang utk 4 malam). Payah nak cari rumah yang ada 4 bilik.
  • Jika anda tidak memilih whole house di airbnb, pastikan bilik/bilik yang anda pilih tidak perlu berkongsi bilik air dengan pelancong lain. Lebih baik cari rumah lebih kecil & book satu rumah. Ini bilik-bilik yang disediakan di homestay kami. Bilik 2,3,4 di tingkat atas tiada bilik air/sinki. Hanya di tingkat bawah sahaja yang ada.

Screenshot_2017-02-05-10-37-24-1

  • Berhati-hati bila memilih menginap dgn airbnb. Bukan seperti hotel, kita boleh dptkan byk maklumat bila Google. Di airbnb, host takkan bagi banyak sangat info tentang rumah penginapan mereka melainkan anda dah confirm booking & dah buat bayaran. Ada host yang hanya menguruskan premis & bukan pemilik. Bila dah confirm pun, review tak sebyk review utk hotel/penginapan bajet. Ada juga kes host batalkan tempahan saat-saat akhir.
  • Host kami – Takashi. Setiap mesej saya yang dihantar melalui airbnb, Takashi membalas dengan segera. Apa yang dikatakan tentang rumah yang kami book memang tepat. Takashi hantar panduan arah dari stesen metro ke rumah. Bila kami dapati tiada rice cooker dalam rumah, kami minta Takashi dapatkan untuk kami. Takashi dapatkan untuk kami pada hari yang sama.
  1.  STAY CONNECTED

  • Anda mempunyai pilihan untuk
  1. menggunakan perkhidmatan roaming menggunakan service provider anda seperti Maxis, Celcom dan sebagainya;
  2. membeli pakej data/simcard setiba di Tokyo; yang popular Docomo, Softbank;
  3. ada host airbnb memberikan kemudahan poket wifi yang anda boleh gunakan di luar;
  4. beli poket wifi di KLIA/KLIA2

Ada kawan yang pergi kata dia beli data service provider Docomo di Isetan, KLCC. Saya tak sempat nak beli di Narita. Saya cuba beli di kedai Docomo di Asakusa. Sales assistant tak mampu berbahasa Inggeris. Malas nak bertanya lagi, saya guna roaming service Maxis. Sehari RM38 utk 500MB. Pakej Celcom RM38, unlimited.

  1. ITINERARY

Itinerary saya, saya :

  1. taip dan cetak
  2. ada 7 column – date/time, lodging, attractions, how to reach, cost, total cost, remarks

Bagaimana saya merancang?

  • Join Facebook Group seperti Road To Japan, Japan Travel – Friendly Discussion Group.
  • Menentukan hari dan masa untuk ke tempat yang ingin dilawati. Dari masa ke semasa saya melihat kepada ramalan kajicuaca supaya aktiviti tidak terganggu jika cuaca tidak mengizinkan. Contoh : untuk ke Disneyland, ramalan kajicuaca kata hari yang kami nak pergi ada matahari, petang baru berawan. Elakkan dari pergi hujung minggu. Disneyland Tokyo tempat pilihan warga Jepun juga. Kami pergi hari Isnin sebab dari review yang dibaca, hari bekerja tak ramai sangat orang.
  • Menentukan kawasan yg ingin dilawati supaya tidak membazir masa pergi dari hujung sana ke hujung sini.

Hari pertama (utara)- UENO/ASAKUSA/NIPPORI kerana homestay kami berhampiran kawasan-kawasan ini.

Hari kedua (selatan)- ODAIBA

Hari ketiga – DISNEYLAND

Hari keempat (barat)- SHINJUKU, SHIBUYA, AKIHABARA

  • Baca tips tentang sesuatu tempat yang ingin dilawati. Contoh di Odaiba ada banyak tempat menarik untuk kanak-kanak tetapi kawasan ini agak luas; baca review boleh bantu pilih aktiviti yang sesuai untuk anak.
  • Menentukan fee masuk sesuatu tempat sebelum pergi ke tempat tersebut.

     6. PENGANGKUTAN

  • Menentukan cara pengangkutan yang menjimatkan wang dan masa untuk ke tempat lawatan. Oleh kerana kami banyak menggunakan metro, kami beli metro pass 72 hours + tiket sehala Keisei Line dari Narita ke Ueno. Harga untuk metro pass 24//48/72 jam di sini. Harga untuk metro pass 72 hours + tiket sehala Narita – Ueno untuk Keisei Line lebih kurang Y 3500.

20170128_181241-1

  • Macam mana nak tau bila masa luput kad ini? Bila guna buat kali pertama, masa akan tercatit di belakang kad. Dari situ boleh tahu bila 24/48/72 jam berakhir.
  • Dari/ke Narita/Haneda terdapat beberapa tren yang lain – ada yang laju, ada yang perlahan, ada yang reserved seat, ada yang free seating. Harga berbeza. Dari Narita kami beli yang reserved seat sebab pakej termasuk 72 hr pass. Ke Narita dari Euno, kami menggunakan Keisei Line tapi free seating 1030 Yen. Tiket kami beli di mesin.
  • Menentukan kos/masa/jenis pengangkutan, Memula teringin nak gi Odaiba naik Hotaluna; bot ala2 spaceship. Balik dari Odaiba naik monorel sebab Hotaluna yang terakhir dari Odaiba 6.40pm. Atas masalah kos (Dewasa Y 1560, Kanak2 Y 930), batalkan niat dan kami naik monorel pergi balik. Selain Hotaluna, ada bot Himiko. Beza antara keduanya – Hotaluna yang terbaru, boleh naik dek atas untuk menikmati pemandangan, selfie bagai nak rak. Himiko tiada viewing deck. Tengok jadual sebelum beli tiket supaya dapat pilih Hotaluna/Himiko.
Hotaluna
Hotaluna
  • Pelbagai apps dicadangkan untuk memudahkan pergerakan di Tokyo seperti Hyperdia. Kami cukup sekadar menggunakan Google maps bila merancang & bila berada di sana. Reliable insyaAllah.
  • Beritahu anak-anak stesen mana perlu turun. Tidak perlu bagitau nama stesen, cukup sekadar sebut huruf & nombor stesen tersebut. Contoh : H16, G23. Lebih mudah anak ingat. Ini penting kerana pernah berlaku pada kami di Hong Kong. Kami naik tren pada waktu puncak. Beberapa orang anak remaja dah masuk dulu sebelum kami sempat meloloskan diri dalam tren. Mujur mereka dah diberitahu sebelum naik tren stesen yang kami akan turun.

20170130_100712

 

      7. BEKALAN MAKANAN

  • Kami bawa banyak makanan dari rumah untuk menjimatkan wang dan masa mencari makanan halal. Ramuan makanan banyak dalam Bahasa Jepun, bukan semua sales assistant boleh berbahasa Inggeris. Adik saya boleh berbahasa Jepun. Bila bertanya tentang ramuan dan cara penyediaan makanan yang ingin kami beli, satu sikap rakyat Jepun yang mengkagumkan mereka akan memberitahu secara detail. Kalau mereka tak pasti, mereka berusaha tanya kepada mereka yang lebih tahu.
  • Kadang kita mungkin dah senaraikan restoran halal di tpt yg nak pergi, tapi lebih baik standby makanan dalam beg sebab tak tahu bila anak-anak akan lapar. Kami dah diberi makan sebelum landed di Narita, letak beg & keluar semula terus ke Nakamise Shopping Street/Sensoji Temple. Di situ anak2 mengadu lapar. Takkan nak naik tren turun tren atau nak jalan kaki lagi utk cari restoran yang anda dah rancang.
  • Antara yang kami bawa :
  1. BRAHIM’S
  • Jika beli di mana-mana pasar raya harga sekotak untuk kuah & isi (Brahim’s Meals Ready To Eat) dalam RM6.65, untuk pelbagai nasi (Brahim’s MRE Rice) RM10+ paling murah. Ada yang jual lebih mahal. Adik saya tinggal berhampiran kilang Brahim’s di Bandar Baru Bangi, beli bekalan di sana, harga jauh lebih murah, pilihan pun banyak. Tapi kalau dok jauh dari Bangi, mungkin tak berbaloi nak drive ke sana.
IMG-20170126-WA0012
Ready To Eat Meals
IMG-20170126-WA0013
MRE Rice

2. AYAM BRAND

  • Boleh beli roti di mana2 convenience store seperti Lawson, Family Mart, 7-11. Roti mrk tebal, best makan dgn Brahim’s juga.
  • Setiap pengunjung ke Disneyland akan diperiksa beg, kalau setakat 1 @ 2 makanan diaorang tak strict sangat.
My favourite
My favourite
Saya bawa ni masuk Disneyland. Lepas
Saya bawa ni masuk Disneyland. Lepas

baked beans

3. ROTI

  • Sebuku roti Gardenia, rugi tak bawa lebih.

4.  BERAS

  • Tanya host sama ada periuk nasi automatik disediakan. Saya ingatkan memang dia akan sediakan, rupanya tidak. Kami minta bantuan host untuk carikan sebab kami bawa beras. Malam bila kami balik dari jalan2, periuk nasi dah ada. Adik saya kata beras mereka tak best dan mahal. Anak-anak saudara saya makan banyak. Kami sempat masak 3x dan beras yang digunakan tidak lebih dari 5kg.

5. MAKANAN SEJUK BEKU

  • Kami bawa nugget, chicken wing, burger. Balut dengan kertas suratkhabar. Semua makanan/bahan makanan kami letak dalam satu beg supaya senang dicari jika pihak kastam nak check. Makanan ni laku dengan anak-anak; cepat je habis.

6. MEE SEGERA

  • Setiap keluarga bawa; pelbagai perisa ada, dah macam boleh buka pasar mini. Tapi bukan setiap hari makan mee segera sebab makanan lain ada.

7. SAMBAL IKAN BILIS

  • Setengah kilo ikan bilis dibuat sambal cukup untuk rombongan kami.

8. BIJIRIN

  • Beli dalam peket2 kecil camni; senang nak masuk dalam beg untuk mengalas perut bila berjalan.

kokokrunch

9. MINUMAN 3 IN 1 & GULA

  • Di homestay kami tiada jug untuk buat air. Kami beli di Daiso berharga 100 yen (RM4).

10. KICAP & SOS

  • Kami bawa juga  😆

 

  • Kalau dah terdesak lapar bila berjalan, boleh beli onigiri – nasi kepal dibungkus dgn seaweed. Ada 3 langkah membuka onigiri ini. Ikut langkah 1-3, senang nak makan.

20170128_125226

  • Bento set seperti ini. Adik saya yg boleh berbahasa Jepun bertanya pada staf tentang cara penyediaan bento set ini. Ramuan bila dibaca tiada apa bahan yg meragukan di sisi Islam.

20170129_143922

IMG-20170130-WA0002

  • Setiap kami bawa botol air. Sebotol air mineral can easily cost you RM4.

     8. PAKAIAN

  • Januari adalah bulan paling sejuk di Tokyo. Kami tidak pernah ke luar negara in winter. Ada masalah bila nak cari baju sejuk. Ramalan kajicuaca – suhu waktu kami pergi antara 0-10 Celcius. Mengenangkan kami perlu heret beg dari homestay ke stesen metro & rumah tradisional Jepun yang kecil, kami tak bawa beg besar. Baju sejuk yang tebal tak boleh bawa. Kebanyakan baju sejuk/ tshirt tebal kami beli di Uniqlo. Banyak yang harga tak lebih RM100.
  • Jika boleh pinjam keluarga/rakan, pinjam je. Beli baju sejuk di Tokyo untuk kegunaan lain kali. Banyak kedai jual pakaian sejuk harga jauh lebih rendah dari di Malaysia. Saya pakai long john yang saya beli di Beijing beberapa tahun lepas. Harga RM40 sepasang dibandingkan jika beli di sini; boleh cecah ratus2.
20170129_100747-1
Maroon long john beli di Beijing
Grey sweater dr Uniqlo. Dalam - pakai inner nipis & short sleeves tshirt. Standby blue sweater dr Uniqlo
Grey sweater dr Uniqlo. Dalam – pakai inner nipis & short sleeves tshirt. Standby blue sweater (pic below) dr Uniqlo

20170129_120143

      9. BARANG KEPERLUAN

  • Tanya host barang keperluan yang anda perlukan – host kami bagitau tisu, plastik sampah, tuala, sabun mandi disediakan. Sabun basuh pinggan mangkuk & sabun basuh baju tak disediakan tapi penghuni sebelum kami ada tinggalkan dan kami boleh guna.
  • Adapter & Extension Cord

adapter

  • Ampaian, sepit baju & penyangkut baju – di homestay kami tiada tempat untuk menyidai baju. Dryer ada tapi bekalan elektrik tak cukup menampung byk sgt perkakas elektrik digunakan – heater dan sebagainya.

20170129_094541

20170129_094826

  • Bekas plastik air – walau tandas2 di Jepun terkenal kerana kecanggihan teknologinya, stesen-stesen kecil, malah Disneyland pun ada tandas tiada kemudahan untuk basuh. Beli bekas plastik seperti ini – ringan, boleh dilipat @ digantung tepi beg. Isikan air di sinki sebelum masuk tandas. Ni saya beli di Daiso.

20170129_080814

  • Alatan memasak – kami menggunakan periuk disediakan di homestay untuk memanaskan bungkusan Brahim’s. Kami menggunakan kuali disediakan di homestay untuk menggoreng makanan sejuk beku. Kami menggunakan sudu garpu disediakan di homestay. Cuma pinggan/ microweavable round serving bowl (pic below) kami bawa. Kami basuh menggunakan sabun Taharah sebelum digunakan walaupun kalau ikut pendapat mereka di bawah ini tiada dinyatakan perlu menggunakan sabun2 tertentu.

tupperware

  • Rujukan kami

Pendapat Dr MAZA

Islam Question & Answer

Dr Rozaimi Ramle

    10. KEMBARA ILMU

  • Anak saudara yang sekolah menengah disuruh rancang perjalanan kami ke tempat yang nak pergi. Dia kena tengok map, rancang perjalanan setiap hari, metro line mana yang kami akan ambil, Google info untuk tempat yang kami nak pergi dan sebagainya. Dia buat silap bila dia ingat grey bridge (antara G15 & H16) ini menandakan jarak tidak jauh antara satu metro line dan metro line lain. Hakikatnya kami kena keluar dari bangunan itu dan berjalan antara 5-10 minit untuk bertukar ke metro line lain. Lesson learnt.

20170130_100654

  • Anak kecil diajar – berdiri di belakang garisan kuning, biar orang keluar dulu, berhati2 jarak antara platform & tren dan sebagainya.

20170129_104143

  • Diajar kenapa tidak boleh makan sesuka hati di Mc Donalds, KFC….sedangkan di Malaysia kita boleh makan.
  • Diajar semangat tolong menolong. Ada 1 insiden yang 5 tahun tak mampu jalan balik dari stesen ke homestay, sepupu 18 tahun dukung sepanjang jalan.
20170129_202020
boys pun kena tolong basuh pinggan mangkuk

Serba sedikit tips, diharap dapat membantu memudahkan anda merancang percutian ke Tokyo bersama keluarga.

23 thoughts on “10 Tips Membawa Anak Melancong Ke Tokyo

  1. dila February 16, 2017 at 2:12 pm

    seronok saya baca..teringin bawak anak2 saya ke jepun satu hari nanti..InsyaAllah…terima kasih untuk tips & panduan ni.. 🙂

    • Emylia February 24, 2017 at 9:27 am

      Sis Dila

      InsyaAllah. Kalau nak maklumat lanjut boleh je tanya saya ye, insyaAllah saya cuba bantu.

  2. Noriza Abdul Rahman March 23, 2017 at 5:13 pm

    Wah bestnya berjalan-jalan cuci mata dan pemandangan di Jepun

    • Emylia March 26, 2017 at 8:16 am

      Best best. Thank you sis

  3. Oshii January 5, 2018 at 12:32 pm

    salam sis, saya nak tanya. senang tak naik metro station ni kalau utk beginner, especially solo traveler? ke ada alternative lain?

    • Emylia January 5, 2018 at 12:36 pm

      Senang sangat. Beli metro pass utk tourist.

  4. Zurainny Ismail January 7, 2018 at 11:42 am

    Salam Kak Emy, ingat lg ka…. Me & Ismail, coursemates kat UM dulu? Zaz tgh mcari2 tips travel (sbb will be heading to Tokyo next week) tjumpa pula blog Kak Emy. Alhamdulillah… 😀

    • Emylia January 7, 2018 at 1:08 pm

      Waalaikumsalam. Ingat. Been wanting to add contents pasal Jepun. Tak terbuat lagi. Let me know if you need more info ya.

  5. Fatima mohd thani February 21, 2018 at 2:01 pm

    Salam sis, nak tanya, di sana ada banyak water dispenser tak? dan makanan sejuk beku tu lepas ya di kastam jepun?

    • Emylia February 22, 2018 at 8:21 am

      Waalaikumsalam. Di Disneyland ya ada. Di tempat awam saya tak nampak. Vending.machines merata.

      Alhamdulillah lepas makanan sejuk beku. Kami bungkus dengan surat khabar

  6. JULIANA BINTI AHMAD JUNAEDHYE April 12, 2018 at 12:07 pm

    assalamualaikum sis. saya nak tanya airbnb mana sis sekeluarga duduk. exactly nama. tq.

  7. zila June 11, 2018 at 6:27 am

    Salam sis..
    Sy kesana 1st raya ni..

    Nk tanye mcm nugget …letak surat khabar . ..by the time smpi sana x lembik ke?

    Bole bawa beras?

    Host kami cancel booking very last min..n end up kami duduk hotel…

    • Emylia June 11, 2018 at 9:35 am

      Waalaikumsalam

      Ya Puan kami bungkus dalam kertas suratkhabar.Packaging asal kami tak buka. Sampai sana tak lembik sangat pun.

      Kami juga bawa beras 5kg untuk 5 hari 4 malam. Tak habis pun.

      Kalau puan menginap di hotel, boleh ke masak Puan? Kami menginap di homestay.

  8. Aireen June 25, 2018 at 12:48 am

    Assakamualaikum…sy nak ke Tokyo 1-6 Nov…first country dgn anak2… 4 dan 5 thn… nak tanya sis iti boleh?klo email? plus skrg airbnb de prob kan..sis suggest hotel or cmne?blur..hehe… tqia

  9. Izham Ishak August 25, 2018 at 12:15 pm

    Assalamualaikum puan

    Subway pass cover semua tempat termasuk ke odaiba ker?
    Terima kasih

    • Emylia August 25, 2018 at 1:50 pm

      Waalaikumsalam.

      Ya termasuk transport ke odaiba.

      Emylia Mohd Nor

  10. mikals December 6, 2018 at 8:17 am

    Hey, Amazing points you shared with us to post. i’ll gonna follow these tips on my blog with keep in mind.

  11. kamaruzaman bin husain December 31, 2018 at 10:28 am

    ASALAM. Nak taya macamana nk pegi ke Naeba prince hotel dgn cara mudah dan murah dari tokyo kami 5 org

  12. Nur Ashikin January 17, 2019 at 1:14 am

    Sis nak tanya,masa booking Airbnb tu kena letak jumlah guest ke,contoh mcm 8 org,sbb bila nk booked dan letak jumlah guest hrga jd sgt2 mahal,mohon explain ye

    • Emylia January 17, 2019 at 6:03 am

      Ya betul. Kena tulis dengan jujur terutama di luar negara. Takut bila sampai tengok lagi ramai mereka ada hak cancel booking.

  13. amie October 29, 2019 at 11:24 am

    salam. mana sy nk dpt map mcm ni

    • Emylia October 29, 2019 at 11:36 am

      Waalaikumsalam.

      Di airport ada puan. Atau buat carian Google utk Tokyo metro map dan cetak

Leave a Reply to Nur Ashikin Cancel reply