Ada Apa Dengan Istiklal Street Istanbul?

Turki menangis lagi. Sepanjang 3 bulan tahun ini, Turki telah dibom beberapa kali :

    • 12 Januari 2016, satu serangan berani mati dilakukan berhampiran Masjid Biru Sultanahmet. Serangan ini membunuh 13 pelancong German, seorang pelancong Peru, 14 cedera. Serangan dilakukan oleh Nabil Fadli, ahli Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL). Serangan terakhir di kawasan ini adalah pada 6 Januari 2015 oleh Diana Ramazanova, warga Chenchen yang dikatakan mempunyai hubungan dengan ISIL.
    • 17 Februari 2016, serangan bom di Ankara telah mengorbankan 28 orang dan mencederakan 61 yang lain.
    • 13 Mac 2016, sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan telah digunakan untuk menyerang bas awam di Ataturk Boulevard, Ankara. Sekurang-kurangnya 37 terbunuh, 125 cedera termasuk 19 cedera parah.
    • Serangan terbaru, 19 Mac 2016, serangan berani mati berlaku di hadapan pejabat kerajaan di persimpangan Balo Street dan Istiklal Street @ Istiklal Caddesi. Serangan menyebabkan 5 kematian termasuk penyerang, 36 dilapurkan cedera termasuk 7 cedera parah.

Ada apa dengan Istiklal Street?

Istiklal Street atau Istiklal Cadessi adalah jalan yang paling “happening” di Istanbul dan salah satu tempat wajib pergi bagi pelancong yang pertama kali melancong ke Istanbul. Ia umpama Oxford Street London. Terletak sepanjang 1.4 km antara Taksim dan Tunel (underground), Istiklal Street dipenuhi butik, kedai buku, kedai muzik, galeri seni, panggung wayang, teater, perpustakaan, kafe, restoran, bakeri, kelab malam dan sebagainya. Dianggarkan pada hujung minggu, 3 juta pelancong akan mengunjungi Istiklal Street. Kedai-kedai di sini dibuka hingga larut malam.

pic by eresin.com.tr
pic by eresin.com.tr

Saya tidak sempat pergi ke Istiklal Street semasa melawat Istanbul pada tahun 2013. Hanya sempat ke Taksim Square di hujung Istiklal Street. Itupun tidak lama. Hujan renyai membasahi bumi Istanbul dan kaki saya yang melecet pada malam itu menyebabkan saya terpaksa balik awal ke hotel seorang diri dan meninggalkan 2 rakan lagi untuk menikmati suasana malam di Taksim Square. Lagipun Istiklal Street terlalu sibuk terutama hujung minggu. Oleh kerana matlamat utama ke Istanbul juga bukan untuk membeli belah, maka kami tidak berhasrat untuk lama di situ.

TRAM

Tram telah digunakan pada kurun ke-19 di Istiklal Caddesi menghubungkan antara Taksim dan Galatasaray hingga ke Tunel Square (Underground). Tram ini dihentikan penggunaannya pada tahun 1961; digantikan dengan bas. Perkhidmatan tram telah dipulihkan pada tahun 1990 bila Istiklal Street diwartakan sebagai zon pejalan kaki.

tram

Anda boleh berjalan kaki dari Istiklal Street ke Taksim Square; akan mengambil masa lebih kurang 20 minit dan kemudian balik semula menggunakan tram ini. Secara purata tram ini membawa 6000 penumpang setiap hari.

HISTORIC ARCADES (PASAJ)

“Historic arcades” di Istiklal Street menampilkan senibina French, Italian dan Ottoman. Terdapat kemungkinan arked-arked bersejarah ini akan diambil alih oleh pusat membeli belah terkenal. Jika anda berkunjung ke Istanbul, jangan lupa mengunjungi historic arcades ini sebelum digantikan dengan bangunan lebih moden.

Antara arked atau pasaj (diambil dari perkataan Perancis yang bermaksud passageway/ corridor) yang sudah lama wujud di sini adalah:

Cicek Arcade 

Dahulunya dipenuhi dengan kedai bunga, kini menempatkan restoran mewah.

The Aznavur Arcade 

image from theguardian.com

image from istanbul.for91days.com
image from istanbul.for91days.com

Aznavur Arcade bermula pada tahun 1900 sebagai apartmen mewah. Aznavur diambil sempena nama arkitek; Hovsep Aznavur. Hari ini arked 9 tingkat yang mengekalkan seni bina Italian ini dipenuhi dengan lampu yang berwarna warni, pakaian dalam, barang kemas harga murah, boots….Terdapat 28 kedai beserta kafe, gimnasium, galeri, dewan tari dan sebagainya. Dibuka seawal 7am dan ditutup lebih kurang 1am.

Atlas Arcade 

Terletaknya Atlas Cinema dan Küçük Sahne theatre sejak 1948. Mula dibina pada tahun 1877. jelas kelihatan senibina Ottoman. Dibina dan diubahsuai semula pada tahun 1900an selepas kebakaran. Terdapat 44 buah kedai yang antara lain menjual fesyen pakaian wanita, barangan antik, cenderahati. Arked ini dibuka dari 9am – 11pm setiap hari.

image from istanbul.for91days.com
image from istanbul.for91days.com

atlas

Markiz Arcade

Mula dibuka pada tahun 1840. Bangunan 5 tingkat ini menempatkan 25 kedai, pelbagai kafe dan bar. Boleh membeli aksesori, pakaian, kasut, kosmetik dan sebagainya. Kedai-kedai dibuka dari 10am – 10pm. Bar ditutup lewat malam. Kedai pastri yang terkenal; Lebon yang merupakan tempat perjumpaan penulis, golongan intelek, seni juga terdapat di sini

GALATA MEVLEVI MUSEUM

Galata Mevlevi Museum menempatkan pakaian, instrumen, bahan bacaan whirling dervishes. Dibuka dari 9am – 4.30pm. Anda boleh menyaksikan whirling devishes yang kadang kala diadakan di situ, selalunya pada hari Ahad, 5pm. Harga tiket 70TL. Tiket boleh dibeli pada Sabtu tengah hari, di luar pagar muzium.

whirling

Bagaimana untuk pergi ke Istiklal Street dari Sultanahmet?

Ambil tram dari Sultanahmet Square ke KABATAS.

DSC_1990

Tram dari Sultanahmet ke Kabatas

route

image by istanbul.for91days.com
funicular image by istanbul.for91days.com

Kemudian ambil funicular ke Taksim Square. Taksim Square terletak di hujung Istiklal Street. Boleh jalan kaki selama 20 minit atau naik tunel tram lama ke Istiklal Street.

Enjoy the video  🙂

Serangan di Istiklal Street amat menyedihkan kerana ramai yang terkorban, menimbulkan rasa takut di kalangan pelancong asing dan warga tempatan. Serangan seperti ini juga akan memusnahkan senibina lama yang unik. Didoakan semoga rakyat Turki dilindungi setiap masa ameen.

pray

Leave a Reply