6 Tips Book Hotel/Penginapan Murah

Memilih hotel/penginapan murah untuk setiap percutian, selalunya saya mengambil masa yang lama mencari hotel yang sesuai dengan bajet dan keperluan. Saya selalu menggunakan laman web TripAdvisor utk menempah hotel/penginapan murah. Menggunakan laman web ini membolehkan saya :

  1. membandingkan harga Agoda, Expedia, Hostelworld, AirAsia Go, Booking.com dan sebagainya;
  2. membaca review daripada mereka yg pernah menetap di sesuatu hotel itu;
  3. give back to the community dengan menulis review tentang tempat yang saya sudah lawati untuk membantu travellers yang lain. Contoh review saya tentang hotel di Istanbul yang kami menginap untuk beberapa hari. Setakat ini saya telah menulis 14 review mengenai penginapan murah yang saya pernah menginap.

6 tips yang saya senaraikan di bawah adalah berdasarkan pengalaman dan rujukan saya. Mungkin serba sedikit boleh dijadikan panduan untuk menempah penginapan murah. Hotel murah yang pernah saya menginap dan dinyatakan di bawah ini melainkan dinyatakan sebaliknya, boleh anda pertimbangkan jika anda melawat bandar-bandar tersebut.

1. Booking.com, Agoda, Expedia dan sebagainya tidak semestinya murah

Anda bayangkan laman web Booking.com, Agoda, Expedia dan sebagainya seperti hypermarket Giant, Tesco, Carrefour; mereka mungkin ada promosi untuk barang A tetapi tak semestinya mereka ada promosi untuk barang B. Hari ini Giant mungkin ada promosi untuk barang A, Tesco mungkin ada promosi untuk barang B. Harini mungkin Booking.com ada promosi untuk bilik A tetapi tiada promosi untuk bilik B. Agoda mungkin ada promosi untuk bilik B. Anda perlu buat research sebanyak mungkin.

Pergi juga ke laman web hotel berkenaan dan cuba bandingkan harga. Kadang-kadang hotel ada buat promosi – diskaun harga bilik, sarapan pagi percuma, baucer membeli belah…Kadang-kadang promosi bilik di laman web hotel lagi murah dari yang ditawarkan oleh laman web disenaraikan di atas.

Bagaimana anda ingin tahu yang mana satu menawarkan bilik di hotel yang sama tetapi pada harga yang paling murah? Saya terbaca dalam satu artikel yang menyebut anda boleh cuba pergi ke laman web ini. Saya belum pernah cuba laman web ini tetapi akan mencuba untuk trip seterusnya.

hotelscombined

Ada juga hotel seperti Travelodge yang tidak masuk dalam laman web perbandingan harga. Lawat laman web mereka sebelum membuat keputusan muktamad. Saya pernah menginap di Travelodge Sheffield pada tahun 2010 dan tempahan dibuat secara terus melalui laman web mereka.

DSCN4852DSCN4853

DSCN4854DSCN4851

2. Pilih lokasi hotel murah yang berdekatan dengan tempat yang ingin anda lawati atau stesen pengangkutan awam

Ini adalah untuk menjimatkan kos pengangkutan, mengelakkan kebarangkalian sesat yang boleh membazirkan masa dan tenaga anda. Jika anda pernah pergi lebih dari sekali ke tempat tersebut, anda boleh menginap di hotel jauh sikit dari tempat tumpuan pelancong kerana tempat tumpuan pelancong biasanya harga hotel agak mahal sikit.

Contoh hotel murah yang saya tempah berhampiran dengan tempat yang saya lawati atau berhampiran stesen pengangkutan awam.

Istanbul

Saya mencari hotel murah di sekitar Sultanahmet. Saya memilih Mystic Hotel Istanbul kerana tempat menarik yang ingin kami lawati seperti Blue Mosque, Aya Sofia, Topkapi, Basilica Cistern, Eminonu, Spice Market, Grand Bazaar kebanyakannya walking distance dari Mystic Hotel. Ini menjimatkan wang kerana setiap kali anda menaiki tram di Istanbul, anda perlu membayar 4TL (RM5.70) walaupun untuk short trip contohnya dari satu stesen ke stesen lain, melainkan anda ada Istanbulkart (boleh naik tram pada harga 2.30TL – 2.50TL).

DSC_1957DSC_1960

DSC_1962

Walau bagaimana pun saya kurang puashati dengan layanan pemilik Mystic Hotel dan untuk rakan saya yang akan ke Istanbul saya cadangkan Hotel Med Cezir.  Saya tidak pernah menginap di sini tetapi review tentang hotel ini di TripAdvisor agak bagus.

➡ Pamukkale, Turki

Saya memilih Hotel Sahin, jaraknya hanya 50m dari Hierapolis/Cotton Castle. Dari balkoni anda dapat melihat pemandangan yang cantik ini. Anda boleh menggunakan perkhidmatan tour guide atau anda boleh melawat tempat ini self guided.

DSC_2841 DSC_2843

Hong Kong

Saya melancong ke Hong Kong pada kali pertama pada tahun 2006 bersama Reliance. Kami ditempatkan di Metropark Hotel Mongkok. Kali kedua saya melancong ke Hong Kong pada akhir tahun 2014 bersama 18 ahli keluarga lain. Kali ini saya yang merancang itinerari perjalanan untuk ahli rombongan. Saya memilih penginapan murah di Golden Crown Guest House, Tsimshatsui, Kowloon kerana lokasinya :

  • hanya 2,3 minit sahaja dari Tsimshatsui MTR Station;
  • walking distance ke Victoria Harbour dan Ferry Terminal;
  • Masjid Kowloon terletak berhadapan dengan hotel ini; mudah mencari makanan halal
  • Bas A21 dari airport berhenti betul-betul depan hotel. Kami tak perlu guna servis airport transfer yang tentunya mahal untuk membawa 19 penumpang beserta beg-beg besar.

Kami menempah 4 double rooms & 2 quad rooms untuk memuatkan 19 ahli rombongan.

New Delhi, India

Saya melancong ke India pada tahun 2011 bersama 2 rakan, kami memilih kawasan backpackers di Main Bazar, Paharganj sebab penginapan murah kami; Smyle Inn Hotel hanya 5 minit sahaja berjalan kaki ke stesen keretapi New Delhi Train Station; mudah untuk ke bandar-bandar lain di India. Makanan murah, buah-buahan segar juga senang diperolehi di sini.

Paris

Saya melancong ke Paris pada tahun 2010 bersama suami, saya memilih hotel murah; Alfa Hotel Nation  kerana jaraknya lebih kurang 5 minit sahaja dari Nation metro station. Dari Nation, boleh terus ke Disneyland Paris & Charles de Gaulles airport (kami terbang dari Edinburgh dan mendarat di airport ini).

3. Rancang kewangan anda; stick to your travel budget

Bayaran untuk hotel adalah belanja kedua terbesar selepas tiket kapal terbang terutama jika anda berada di sesuatu tempat lebih dari seminggu. Kami melancong ke Turki selama 10 hari 9 malam. Bajet kami untuk hotel hanya RM100 semalam; tidak lebih dari RM1,000 untuk 9 malam. Di Sultanahmet, kebanyakan hotel murah di kawasan berbukit, maka lebih baik elakkan pergi musim panas.

Sebagai budget traveller, bila kami melancong, kami hanya ingin melawat tempat-tempat menarik. Shopping bukan keutamaan. Bab keselesaan – kami boleh sacrifice sikit. Apa yang penting penginapan murah yang kami tempah ada WiFi percuma untuk membolehkan kami menghubungi keluarga kami dengan cara murah. Satu ciri hotel bajet terutama di kawasan backpackers, budget hotels….selalunya WiFi laju. Di Turki, kelajuan internet sederhana; masalah di kebanyakan hotel murah sekitar Sultanahmet. Berlainan dengan Malaysia, macam susah nak dapat WiFi percuma di tempat awam di Turki.

Kerana stick to travel budget, kami tidak menaiki hot air balloon di Cappadocia kerana kosnya pada masa itu RM550 seorang; lari dari bajet kami.

4. Pertimbangkan penginapan homestay, apartment, hostel, dorm dan sebagainya terutama jika kumpulan besar

Medan, Indonesia

Semasa saya membawa keluarga saya seramai 23 orang ke Medan, kami menginap di Hotel Deli River, Medan. 4 cottages yang comel  dan selesa untuk keluarga saya. Walaupun hotel ini agak jauh dari Pasar Ikan, tujuan kami ke Medan adalah untuk sightseeing sebelum meneruskan perjalanan ke Lake Toba dan Brastagi. Konsep ala-ala homestay dengan kemudahan swimming pool, flying fox, kolam ikan, jauh dari hiruk-pikuk kota, sesuai untuk rombongan kami yang majoriti kanak-kanak. Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan tour guide beserta bas untuk kami melawat Lake Toba, Brastagi dan kembali semula ke Medan.

DSCN7850DSCN7841

DSCN7842DSCN7856

 DSCN7849DSCN7878

Bandung

Semasa saya membawa keluarga saya ke Bandung seramai 22 orang, kami menginap di apartment Aston Braga Bandung yg mempunyai 3 bilik, dilengkapi dapur untuk memasak, peralatan memasak yang lengkap, meja makan. Kami menginap di dua apartment yang terletak pada floor yang sama. Aston Braga Bandung hanya walking distance ke Pasar Baru.

➡ Edinburgh

Saya melawat Edinburgh semasa road trip saya ke UK dan Paris pada tahun 2010 bersama suami sempena anniversary kami yang ke-10.

Kami sewa kereta di sana. Ini membolehkan kami menginap jauh sikit dari tempat menarik di Edinburgh. Kami sewa bilik di rumah Scottish couple. Mereka tinggal di tingkat bawah. 3 bilik di atas adalah untuk disewakan kepada budget travellers seperti kami. Rumah mereka mendapat rating tinggi di TripAdvisor. Apa yg membuat saya terpikat dengan rumah mereka :

  • jalan kaki ke promenade. Best stroll along the beautiful promenade
  • binatang peliharaan tak dibenarkan; takdelah jumpa bulu binatang bersepah
  • senang nak dapat makanan halal di situ
  • Scottish breakfast untuk tetamu mereka

DSCN4950 DSCN4951

DSCN4991 DSCN4992 (3)

Legoland, Nusa Jaya, Johor

Kami menginap di sebuah rumah lot tepi Home2U Homestay. Terdapat 6 bilik yang boleh memuatkan kesemua kami seramai 18 orang. 4 bilik air untuk kegunaan pelanggan. Kami membawa peralatan memasak kami sendiri. Lokasi rumah ini :

  • 20 Minit ke Senai Airport
  • 20 Minit ke Johor Premium Outlet

  • 20 Minit ke JB Town ~ City Square

  • 15 Minit ke Danga Bay

  • 15 Minit ke the Tuas CIQ

  • 10 Minit ke Legoland Malaysia

  • 10 Minit ke Hello Kitty Malaysia

  • 10 Minit ke Tesco Bukit Indah Shopping Centre

  • 10 Minutes to Giant Bukit Indah Shopping Centre

  • 5 Minit berjalan kaki ke Aeon Bukit Indah Shopping Centre

  • 2 Minit ke Malaysia-Singapore Highway ( Link to North-South Highway)

  • 2 Minit ke Iskandar Coastal Highway

5. Pastikan sama ada hotel/penginapan murah ada menawarkan pemberian percuma atau diskaun untuk perkhidmatan lain

Cuba survey mana-mana hotel yang memberi pakej terbaik untuk penginapan anda. Contoh :

 ➡ Mystic Hotel Istanbul

Jika anda menginap di hotel ini selama 5 malam, anda dapat diskaun untuk malam terakhir.

Guven Cave Hotel Cappadocia

Mr Mustafa, pemilik Guven Cave Hotel yang kami menginap selama 3 hari 2 malam memberikan kami diskaun 20€ untuk hot air balloon Turkiye Balloons kerana dia merupakan salah seorang hot air balloon pilot dengan syarikat ini

Golden Crown Court, Tsimshatsui

Istimewanya hotel ini, anda boleh membeli tiket ke tempat-tempat berikut dengan harga yang lebih murah. Bila check in, terus je beli tiket masuk ke tempat yang anda kehendaki.

golden_crown_discounted_tickets

Concorde Hotel Gold Coast, Surfers Paradise

Semasa Malaysia Airlines mengadakan The Malaysia Airlines Travel Fair 2004/5 yang pertama, kami membeli pakej Free and Easy dari Corporate Information Travel. Bersama pakej yang kami beli (pada masa itu hanya RM2700, all in – termasuk flight tickets Malaysia Airlines, menginap di Concorde Hotel, Surfers Paradise, entrance ke Sea World dan Movie World, airport transfer (pada masa itu dari Brisbane), pick up service to and fro Sea World & Movie World. CIT juga memberikan kami voucher seafood buffet dinner di Marriott Resort & Spa, Surfers Paradise

Kesemua hotel yang kami menginap selama ini menawarkan sarapan percuma yang sangat-sangat diperlukan kami sebelum memulakan lawatan. Sarapan pagi ini penting kerana kadang kala tempat yang kita ingin lawati tiada restoran yang buka awal pagi.

Walaupun begitu, sebagai budget travellers, kami tetap membawa bekalan makanan dari rumah.

6. Bayar sebelum atau selepas menginap?

Saya lebih suka hotel yang membenarkan bayaran dibuat bila daftar masuk (check in). Hotel hanya memerlukan butir-butir kad kredit/ debit. Jika tempahan bilik dibatalkan kurang dari 2 hari sebelum pelanggan sepatutnya daftar masuk, penalti atau bayaran penuh akan dicaj kepada kad kredit/ debit pelanggan. Jika tempahan dibatalkan lebih dari 2 hari sebelum daftar masuk, tiada penalti/ bayaran dikenakan.

Kelebihan membayar sepenuhnya terlebih dahulu sebelum menginap – kadang-kadang hotel menawarkan harga pada kadar istimewa untuk tempahan seperti ini.

Took me many sleepless nights bila merancang percutian self guided tapi salah satu passion saya – travel. Tak terasa masa berlalu walaupun perancangan selalunya mengambil masa 2 bulan jika ke negara yang saya belum pernah pergi. Saya kongsikan di sini serba sedikit pengalaman saya, moga bermanafaat insyaAllah.

8 thoughts on “6 Tips Book Hotel/Penginapan Murah

  1. intan August 13, 2016 at 1:41 pm

    wah artikelnya menarik sekali, saya juga suka keliling indonesia kadang kendala dengan penginapan murah dan saya juga sering membandingkan harga tiap-tiap situs booking hotel online. kunjungi juga http://www.pengalamanbelitiket.com

    • Emylia August 26, 2016 at 5:18 pm

      Terima kasih Intan

  2. Husna October 21, 2017 at 3:10 pm

    utk penginapan di istanbul dan cappadocia,semuanya ditempah dari Msia ?

    • Emylia December 9, 2017 at 2:01 am

      Ya semua tempahan dibuat dari Malaysia

  3. Ellysa January 28, 2018 at 8:59 pm

    Salam emylia, di istanbul tiada masalah nak communicate ke di sana?

    • Emylia January 28, 2018 at 9:08 pm

      Waalaikumsalam. Ada masalah bahasa. Ada juga yang boleh berbahasa Inggeris tapi tak ramai. Kalau tiada guide kena buat persediaan sebelum sampai; taklah termangu-mangu. Signage Eng ada

  4. Safura February 12, 2018 at 9:30 pm

    Salam, flight ke cappadocia sis booking dari M’sia ke ?

    • Emylia February 12, 2018 at 9:31 pm

      Waalaikumsalam.

      Betul. Saya book pegasus. Dari pamukkale ke istanbul, saya naik anadolujet

Leave a Reply to Safura Cancel reply