5 Hotel di Hanoi Anda Patut Menginap Bila Melawat Hanoi

Hotel di Hanoi terutama sekitar Old Quarter/Hoan Kiem Lake/pasar malam Hanoi kebanyakannya menawarkan perkhidmatan yang memuaskan. Competitive market, persaingan sengit.

Bagi yang kali pertama melawat Hanoi, anda disyorkan menginap di hotel sekitar 3 kawasan yang dinyatakan di atas; mudah untuk melawat tempat menarik sekitar Hanoi.

Saya menginap di Art Trendy Hotel bila melawat Hanoi kali pertama. Boleh baca di sini. Jika melawat Hanoi sekali lagi, saya ingin menginap di salah satu hotel yang disenaraikan di bawah.

Agoda.com menawarkan harga menarik untuk hotel-hotel dinyatakan ini; kurang dari RM150 semalam utk deluxe/ superior room. Bandingkan juga dengan harga di laman web hotel. Selalunya hotel di Hanoi juga menawarkan harga yang kompetitif kerana pihak hotel lebih suka jika anda tempah bilik secara langsung dari laman web mereka; mereka tidak perlu membayar komisen kepada pihak ketiga seperti Agoda, Booking, Expedia. Juga jika anda menempah bilik secara terus dengan mereka, selalunya ada free gift seperti free airport transfer (bernilai USD 18-20), free massage, free room upgrade dan sebagainya.

💡 Jika hotel beralamat dengan jalan yang bermula dengan ‘Hang’, hotel ini terletak di kawasan sekitar Old Quarter, Hoan Kiem Lake & Hanoi Night Market.

💡 Kebanyakan hotel boleh merancang percutian anda di Hanoi – contoh pakej ke Halong Bay, Sapa, city tour dan sebagainya. Anda tidak perlu book pakej pelancongan di Hanoi dari Malaysia; kos mungkin mahal jika book dari Malaysia.

💡 Kebanyakan hotel menyediakan laptop di setiap bilik. Anda tidak perlu membawa laptop jika sekadar hanya ingin mencari maklumat umum.

💡 Kebanyakan hotel menawarkan WiFi percuma dan signal WiFi agak bagus/laju. Anda tidak perlu bayar roaming service kepada service provider anda.

💡 Bilik yang mempunyai balkoni (bagus jika anda claustrophobic) kebanyakannya mengadap jalan; agak bising. Bilik di bahagian belakang (selalunya tiada view menarik, kadang-kadang tiada tingkap yang boleh dibuka) selalunya tiada bunyi bising.

💡 Ada hotel yang tidak mempunyai lif; pastikan hotel yang anda pilih ada kemudahan lif. Kesemua hotel saya senaraikan di bawah ini mempunyai lif.

💡 Ada kalanya berlaku double booking, hotel tak boleh cari rekod tempahan anda, anda tidak puashati dengan bilik yang diberi dan sebagainya, hotel akan cuba menawarkan sister hotel/hotel mereka yang lain berdekatan dengan hotel yang anda rancang untuk menginap. Kalau boleh insist nak menginap di hotel yang sama kerana ada kalanya hotel yang ditawarkan walaupun owner yang sama; ianya tidak memuaskan. Sebelum sampai di Hanoi, anda emel mereka untuk pastikan tempahan anda memang betul-betul confirmed.

💡 Pastikan bila membuat tempahan di laman web, anda memilih hotel yang betul. Hotel di Hanoi di mana pemiliknya sama akan menamakan hotel-hotel mereka dengan nama yang sama; yang membezakan hanya nombor di hujung contoh Hanoi Meracus Hotel 1, Hanoi Meracus Hotel 2. Saya pernah terkena masa tempah hotel di Ho Chi Minh. Sebenarnya ingin menginap di Hotel Hoang Hai Long berdepan dengan Hjh Basiroh tetapi buat kesilapan book di Hoang Hai Long 2 yang agak jauh sikit.

💡 Hanoi mengalami 4 musim walaupun tidak ketara. Secara umumnya rainy season (Jan-Sept), dry season (Oct-April).

Musim bunga (Feb-April) – suhu antara 15-20 Celcius.

Musim panas (Mei-Ogos) – 32 Celcius, Julai paling panas, kadang-kadang hujan lebat. Jangan lupa bawa payung/poncho.

Musim luruh (Sept-Nov) – paling best melawat Hanoi. 25 Celcius.

Musim sejuk (Dec-Feb) – 17 Celcius, kadang-kadang boleh jatuh bawah 10 Celcius; jangan lupa bawa jaket.

Hotel-hotel yang saya senaraikan adalah untuk double room yang kurang dari RM150 ketika entri ini dibuat. Hotel yang anda boleh pertimbangkan jika melawat Hanoi kali pertama :

RENDEZVOUS HOTEL HANOI

Alamat : 31 Hang Dieu St., Hoan Kiem Dist., Hanoi

Email: bookings@hanoirendezvoushotel.com

Harga bilik untuk 2016

Room type Room rate
Rendezvous Single VND 525.000 (=USD 25) Book now!
Rendezvous Single Balcony VND 588.000 (=USD 28) Book now!
Rendezvous Double VND 630.000 (=USD 30) Book now!
Rendezvous Double Balcony VND 735.000 (=USD 35) Book now!
Rendezvous Twin VND 630.000 (=USD 30) Book now!
Rendezvous Twin Balcony VND 735.000 (=USD 35) Book now!
Rendezvous TripleRendezvous Dorm Bed VND 840.000 (=USD 40) Book now!VND 168.000 (=USD 8)

 😀 Harga untuk double room USD 30, kurang dari RM150 ketika entri ini dibuat.

 😀 Terdapat pilihan dorm. Ada 6 katil single besar; 3 katil setiap bahagian. Antara satu bahagian dengan bahagian lain terdapat dinding pemisah.

😀 Hotel ini mendapat 815 reviews di TripAdvisor (setakat entri ini dibuat); 481 orang rate excellent, 196 rate very good.

😀 Receommended by Lonely Planet.

😀 Kurang dari 10 minit berjalan kaki ke Al Noor Mosque Hanoi di mana terdapat Zaynab Restaurant yang menyediakan makanan halal. Boleh baca mengenai restoran makanan halal di Hanoi di sini.

😀 Antara 5-10 minit berjalan kaki ke pasar malam Hanoi, Hoan Kiem Lake Market, Cho Dong Xuan Market, water puppet theatre.

LA BEAUTE DE HANOI HOTEL

la beaute

deluxe la beaute

la beaute 1

😀 pilih bilik ada balkoni jika ada bajet lebih dan anda inginkan street view. Masa di Art Trendy saya dapat street view, bising sikit. Saya lebih suka takde view menarik tapi sunyi. Di La Beaute juga sama, street view akan dgr bunyi bising melainkan anda di tingkat tinggi sikit.

😀 bilik twin bed besar sikit dari double room.

😀 pilih bilik ada tingkap jika anda claustrophobic.

😀 10-15 minit berjalan kaki ke Al Noor Mosque, 3 minit ke Hoan Kiem Lake, pasar malam Hanoi, water puppet theatre.

😀 617 review di TripAdvisor setakat entri ini dibuat; 476 orang rated excellent, 38 orang rated very good.

😀 superior room USD 35, deluxe USD 42

  ➡ PARADISE BOUTIQUE HOTEL

😀 bilik di tingkat 7 dan 8 ada balkoni; selalunya anda kena bayar lebih sikit untuk bilik ada balkoni. Kalau memang pertama kali di Vietnam dan banyak masa dihabiskan di luar, lupakan saja balkoni.

😀 antara 10-12 minit berjalan kaki ke Al Noor Mosque Hanoi.

😀 dalam 5-10 minit berjalan kaki ke pasar malam Hanoi, Hoan Kiem Lake Market, Cho Dong Xuan Market, water puppet theatre.

😀 superior room (musim panas) USD33, deluxe USD 39

paradise1

paradise2

GOLDEN SUN PALACE HOTEL

😀 antara 10-12 minit berjalan kaki ke Al Noor Mosque Hanoi.

😀 dalam 6-10 minit berjalan kaki ke pasar malam Hanoi, Hoan Kiem Lake Market, Cho Dong Xuan Market, water puppet theatre.

Summer Low Season Rates:  From 1st May 2016 to 30th Sept 2016:

Room type  Public Rate USD Single Person Double
King Bed
Twin Bed Extra bed
Superior Room 45$++
( 957,000VND)
35$ 35$ 35$ 10$
Deluxe City view 50$++
( 1,070,000VND)
38$ 38$ 38$
Honeymoon 60$++
( 1,270,000VND)
48$
Family two King beds 80$++
(1.675.000VND)
66$

Rooms & Rates High Season: From 1st October 2016 to 30th December 2016:

Room type  Public Rate USD Single Person Double
King Bed
Twin Bed Extra bed
Superior Room 45$++
( 957,000VND)
* 38$ 38$ 10$
Deluxe City view 50$++
( 1,070,000VND)
42$ 42$ 42$
Honeymoon 60$++
( 1,270,000VND)
52$
Family two King beds 80$++
(1.675.000VND)
68$

02-deluxe-king-bed golden

05-superior-twin-beds golden

HANOI HOLIDAY DIAMOND HOTEL

😀 antara 7-10 minit berjalan kaki ke Al Noor Mosque Hanoi.

😀 dalam 10-12 minit berjalan kaki ke pasar malam Hanoi, Hoan Kiem Lake Market, Cho Dong Xuan Market, water puppet theatre.

diamond

Room type

Public Rates (USD)

Our rates (USD)

Single/Double/Twin

Triple

Standard Room
(VND 880,000)
40+
32
*
Executive Room
(VND 1,100,000)
50+
37
*
Junior Room
(VND 1,320,000)
60++
50
*
Holiday Room
(VND 1,430,000)
65+
55
*
Family Room
(VND 1,540,000)
70+
60
60
Honeymoon Room
(VND 1,430,000)
65+
55
*

* Extra bed is available : 10 USD (VND 220,000)

Pastikan anda pergi pada musim yang sesuai kerana anda perlu banyak berjalan kaki. Teksi agak mahal, banyak cerita taxi scam di Hanoi, juga keadaan jalan yang sibuk menyukarkan untuk pergi dari satu tempat ke tempat lain.

Yang penting, perlu memakai kasut yang sesuai ye.

Hanoi Kali Pertama – Di Mana Mahu Menginap?

20160428_133330-1

Sebulan lepas suami mencadangkan we take a short break jalan-jalan tengok dunia sempena cuti Hari Buruh.

20160429_095802

Kali terakhir kami ke luar negara bersama – hujung Disember 2014 ke Hong Kong. Tahun lepas saya hanya ke Ho Chi Minh City (HCMC) bersama my 3 sisters and sister in law.

Dalam masa sebulan sebelum pergi, saya plan percutian ke Hanoi. Yang paling utama – mencari hotel murah di Hanoi. Bajet kami kali ini – RM150 semalam.

Banyak hotel-hotel murah di Hanoi terutama di sekitar Old Quarter menawarkan perkhidmatan yang memuaskan. Competitive market. Agak sukar membuat pilihan tetapi akhirnya saya memilih

Art Trendy Hotel

😀 Penginapan semalam 33USD

Mulai 1/4/2016 – 30/9/2016, Art Trendy Hotel ada promosi harga bilik. Kami pilih bilik yang paling murah “Deluxe with Quiet”; harga promosi 33USD; sesuai dengan bajet kami.

20160429_103525

20160429_103640

20160429_103738

20160429_103403

20160429_103415

20160429_105452

Juga jika book bilik terus dengan mereka, anda dapat menikmati :

Urutan kaki selama 1 jam untuk seorang di Marvel Spa milik mereka (jika menginap 1 malam)

Diskaun 50% untuk airport pick up & 1 baucer urutan kaki selama 1 jam untuk seorang di Marvel Spa (jika menginap 2 malam berturut-turut)

Percuma airport pick up & 1 baucer urutan kaki selama 1 jam untuk seorang di Marvel Spa (jika menginap 3 malam berturut-turut)

😀 Terletak di dalam kawasan Old Quarter Hanoi

Kenapa perlu menginap di Old Quarter Hanoi?

Tempat menarik di Hanoi seperti pasar malam Hanoi, Cho Dong Xuan Market (pasar borong ala-ala Ben Thanh) dan tempat shopping lain di Hanoi, water puppet show Hanoi, masjid Hanoi, Ho Chi Minh Mausoleum dan sebagainya terletak di kawasan ini.

😀 hanya 200 meter dari pasar malam Hanoi

Walaupun begitu hampir dengan pasar malam Hanoi, laluan di kedua hujung Hang But Street di mana terletaknya Art Trendy Hotel tidak boleh dilalui oleh kenderaan. Ini bermakna Art Trendy Hotel sunyi dari bunyi bising kenderaan. Jalan-jalan di sekitar Old Quarter Hanoi banyak tetapi pendek.

Pasar malam Hanoi hanya diadakan pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad. Kami tiba di Hanoi pada hari Jumaat dan pulang pada hari Isnin. Maka sepanjang berada di sana, setiap malam kami pergi pasar malam Hanoi.

😀 Review memuaskan di TripAdvisor

Review Art Trendy Hotel – staf berusaha untuk memberikan yang terbaik setiap masa. Saya bersetuju setelah melalui pengalaman menginap di sini. Staff called us by name – Miss Emy & Mr Shah setiap masa. They upgraded our room from deluxe with quiet (33USD) to deluxe with view (45USD).

Walaupun view hanya pemandangan gerai-gerai kecil di Hang But Street, bilik deluxe with view luas, selesa untuk solat, ada HBO Channel.

sebaik tiba di hotel, kami diminta tunggu sebentar supaya staff boleh membuat pemeriksaan terakhir di bilik kami, lampu dan aircond dihidupkan. Sementara menunggu, kami dihidangkan dengan ini

Ada tempat kami perlu menaiki teksi. Staf Art Trendy akan menahan reliable teksi untuk kami. Teksi yang ditahan selalunya seperti ini :

teksi merah, putih biru

Pastikan anda catat no di bahagian tepi teksi semasa naik supaya :

  1. jika anda tertinggal barang dalam teksi, senang nak cari semula teksi yang membawa anda; dan
  2. jika ada rungutan tentang bayaran, cara pemanduan dan sebagainya, boleh bagi no ini sebagai rujukan

Flight kami pulang ke Malaysia adalah pada pukul 9.30am. Ini bermakna by 6.30am kami kena bergerak menuju airport yang mengambil masa antara 45-60 minit bergantung kepada trafik. Ini bermakna juga kami tidak sempat sarapan pagi di hotel. Staff Art Trendy telah tapau some fruits, bread, butter & jam untuk kami. How thoughtful kan?

20160502_065343

Beberapa hari sekembali dari Malaysia, kami menerima emel dari Art Trendy Hotel menawarkan diskaun 20% jika kami kembali ke Hanoi dan menginap di Art Trendy Hotel.

Gift card

😀 Hanya 5 minit berjalan kaki ke restoran makanan halal di Hanoi

Masjid Al Noor, satu-satunya masjid di Hanoi terletak di Old Quarter. Hanya 5 minit berjalan kaki dari Art Trendy Hotel. Dalam kawasan masjid, ada satu restoran makanan halal dimiliki oleh sebuah keluarga Viet Muslim. Harga yang ditawarkan agak munasabah; kebanyakannya 70,000 VND. Portion pun banyak.

😀 WiFi percuma

Masa kami mula-mula check in, kami dapat bilik paling atas & paling hujung (Bilik 624). WiFi signal dalam bilik itu lg laju dari WiFi rumah kami 30mbps. Bila diaorang upgrade bilik ke Bilik 201, kelajuan kurang sikit tapi masih bagus.

 😀 Sarapan pagi percuma

Tiada banyak pilihan terutama bagi Muslim tapi Alhamdulillah sekurang-kurangnya ada juga makanan untuk mengalas perut.

small cafe di tingkat bawah
small cafe di tingkat bawah

20160430_072731

Dalam bilik juga disediakan complimentary buah-buahan dan air mineral setiap hari.

20160429_103548

Art Trendy Hotel ada sister hotel Art Boutique Hotel. Walaupun Art Boutique Hotel juga di kawasan Old Quarter tetapi review Art Boutique Hotel tidak sebagus Art Trendy Hotel.

Next post – beberapa hotel di Old Quarter yang mendapat review yang bagus

5 Restoran Makanan Halal Di Hanoi

Saya akan melancong ke Hanoi akhir bulan April insyaAllah. Bila ingin melancong ke negara di mana Islam bukan agama rasmi, perkara pertama yang perlu saya tahu – di mana saya boleh mendapatkan makanan halal. Pengalaman melancong ke Ho Chi Minh City (HCMC) sebanyak 2 kali; kali pertama pada tahun 2003 bersama kedua ibu bapa saya dan kali kedua pada tahun 2015 bersama adik beradik saya memberi saya idea/gambaran makanan apa menanti saya di sana.

Kali pertama saya ke HCMC pada tahun 2003, rakyat Malaysia masih belum menganjurkan rombongan cik kiah ke sana. Makanan halal payah nak cari. Kami jumpa satu restoran di mana pemiliknya dari Penang. Tak ingat nama restoran halal tu. Tiap-tiap hari ayah saya nak makan kat restoran tu. Masa tu saya belum terer buat DIY travel; saya book hotel di District 4 sedangkan Ben Thanh dan tempat shopping happening di District 1. Tiap-tiap hari kami kena naik teksi ke District 1. Ayah saya kata cantonese noodle kat restoran tu memang yang terbaik.

Kini saya dan suami akan melawat Hanoi. Sebenarnya tujuan kami memilih Hanoi kerana ingin ke Halong Bay. Oleh kerana tiada jaminan makanan disediakan dalam Dragon Pearl milik Indochina-Junk adalah 100% makanan halal, kami batalkan rancangan ke Halong Bay. Akan pertimbangkan day trip ke Halong Bay insyaAllah.

Tak sangka bukan mudah nak cari restoran makanan halal di Hanoi. Memang mudah nak cari senarai restoran makanan halal di Hanoi tapi bila baca lebih lanjut, banyak restoran yang disenaraikan itu menjual alkohol. Ada restoran yang disenaraikan menjual frog congee. Tengok gambar katak pun saya geli; cant imagine my food being prepared in the same kitchen dengan masakan katak.

Saya akan menyenaraikan 5 restoran disenaraikan halal di Hanoi dan apa kata pengunjung tentang restoran tersebut. Bear in mind, senarai ini setakat ini adalah berdasar bacaan saya sahaja. Sama ada ianya 100% halal, anda perlu melihat sendiri; sama ada anda yakin atau ada was-was tentang status halal restoran tersebut.

Proses akreditasi halal di Vietnam diuruskan oleh Halal Certification Agency of Vietnam. Saya pasti ianya masih jauh ketinggalan dari akrediatsi halal di Malaysia tetapi mempunyai agensi seperti ini adalah langkah yang patut dipuji.

Makanan yang popular di Hanoi

  1. Pho (Noodle Soup)

Pilihan sama ada ayam atau daging. Di HCMC, pho dihidangkan bersama taugeh dan selasih.

Phở_bò,_Cầu_Giấy,_Hà_Nội
Image from Wikipedia

Di bahagian utara Vietnam termasuk Hanoi, pho dihidangkan bersama quay (gambar di bawah)

Image from Wikipedia by Myra Siason
Cha ca La Vong (image Wikipedia)

rolls

coffeeegg
egg milk coffee (image http://meracushotels.com)

1) Zaynab Restaurant di Al -Noor Mosque

image from Facebook by Nik Mohd Faisal
image from Facebook by Nik Mohd Faisal

5 minit dari pasar malam Hanoi di Qld Quater (kami akan menginap di salah sebuah hotel 200m dari pasar malam Hanoi).

Dimiliki oleh Viet Muslim. Restoran ini terletak dalam kawasan masjid (ada wifi). Dibuka 11am – 9pm.

Makanan lebih murah dari restoran halal lain di Hanoi.

Tiada tempat wudhu berasingan untuk wanita di masjid ini. Walaupun masjid mungkin ditutup luar waktu solat, anda boleh gunakan pintu kecil di kiri pintu utama.

Alamat : 12 Hàng Lược, Hàng Mã, Hoàn Kiếm, Hà Nội, Vietnam

2) d’Lions @ Cosiana Hotel Hanoi

halal_certificate

Dibuka dari 10am-10pm. Menyediakan masakan Vietnam, Malaysia, Singapura.

Terletak bersebelahan Hanoi Railway Station dan bertentangan dengan Mercure Hanoi Hotel.

Mesti cuba halal Vietnamese food seperti pho, spring roll dan hot pot. Bagi penggemar ketam, cuba chili crab dimakan bersama baguette. Milk shake coffee dan teh tarik juga disyorkan.

Wifi percuma, maka sebelum makan jangan lupa ambil gambar makanan untuk dikongsi bersama rakan dan taulan.

chili crab

d'Lions @ Cosiana

3) Namaste Hanoi

Kata mereka di laman web mereka

“We are proud to offer the most wide-ranging and inclusive Indian cuisine menu to our patrons. Our extensive menu ranges from the mouth watering curries of the north to the hot and spicy soups of the south, from the rich Mughal cuisines of Hyderabad to the sweets of Gujarat. We take pride in the fact that our chefs have learnt and perfected the art of arousing the taste buds of patrons through their fine cuisine. We are pleased to offer only HALAL MEAT at Namaste Hanoi”.

Ramai memuji tentang keenakan makanan di restoran ini. Sebilangan kecil mengatakan makanan di sini agak mahal.

Extensive menu. Boleh tengok di sini. Boleh cuba crispy appalam (lentil crackers) untuk starter. Antara yang disyorkan juga chicken masala dosa, mutton rajma masala, mutton seekh kebab & chicken lollypop. Jangan lupa mango lassi.

Malas nak ke sana, telefon mereka untuk penghantaran.

Tel: 84-4-3935 2400 or 84-4-3935 2401

46 Tho Nhuom Street, Hoan Kiem District, Hanoi.

Makan tengah hari : 11.00am – 2.30pm (Last order : 2.00pm)

Makan malam : 6.00pm – 10.30pm (Last order : 9.45pm)

Caj tambahan untuk penghantaran : 20,000vnd

4) Nan N Kabab

Di Home Page mereka

logo

Review tentang restoran ini tak sebanyak review Namaste Hanoi.

Lebih kurang 15 minit berjalan kaki dari hotel kami.

Mereka menyediakan “…specialized in the most exotic Pakistani, Middle Eastern and Afghani  Cuisine which includes charcoal grilled barbecue, Meat Karahi, freshly baked Nan Bread…”

nan n kabab

Perkhidmatan penghantaran percuma juga boleh dibuat dalam kawasan lingkungan 5km.

Dibuka Isnin-Jumaat : 9.30am – 2.30pm

: 5.00pm – 9.30pm

Sabtu & Ahad : 9.30am – 2.30pm

: 5.00pm – 10.00pm

Alamat : 49 Xuan Dieu, Tay Ho, Ha Noi

046.258.3580 – 0922.08.7799

nannkababvietnam@gmail.com

5) Khazaana Indian Halal Restaurant

Di laman web mereka ”

“Serving Halal Food is our priority”.

chicken tikka masala
tandoori

Terletak di Old Quarter. Lebih kurang 4 minit berjalan kaki dari hotel kami.

Menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma dalam lingkungan 5km. Dijanjikan penghantaran akan dilakukan dalam masa 45 minit.

Review pelanggan di Tripadvisor :

  • makanan sedap, harga berpatutan
  • dalam restoran sejuk
  • tandas kotor
  • cukai hanya 10%, jangan lupa tengok resit sebab ada pelanggan dicaj 12%

Terdapat beberapa restoran makanan halal di Hanoi yang lain tetapi tidak mendapat review yang bagus. Contoh Nisa Restaurant yang kini bergelar Little India Restaurant. Sejak bertukar pemilik dikatakan kualiti makanan di restoran ini tidak memuaskan.

Katanya ada juga makanan ringan di Hanoi yang mempunyai tanda halal. Nak kena cari juga sebab saya jenis yang selalu lapar.