Adena Beach Resort, Kuantan

Sudah beberapa kali ajak suami ke Kuantan. Rindu pantai. Saya bukan suka mandi laut. Suka berjalan di pantai. Damai

Suami enggan. Penat nak pandu kereta kata dia. Tak berbaloi naik kapal terbang.

Beberapa hari selepas hari jadi saya, suami balik kerja dan tanya

“apa kata kita pergi Kuantan?”

Yes, finally. Selepas lebih 10 tahun Kuantan tidak dikunjungi. Rahmat PKP. Melancong luar negeri hanya mampu capai dalam mimpi.

Saya cuba lihat harga Hyatt Regency Kuantan Resort. Hampir RM2 ribu untuk 3 malam. Tak berbaloi. Rakan yang sudah lama menginap di Kuantan syorkan Adena. Lebih tenang kata dia. Pesan dia kena cepat tempah bilik. Adena cepat penuh. Masa agak suntuk. Hanya bilik deluxe garden view twin sahaja ada kosong. Satu malam RM180 termasuk sarapan. Ok, kena dengan bajet.

Rupanya jalan ke Kuantan sudah banyak berubah. Suami ingat masih jalan lama. Itu sebab dia malas nak pandu ke Kuantan. Perjalanan dipermudahkan. Cuaca baik sepanjang jalan. Alhamdulillah.

Review Adena di Tripadvisor dan Agoda tidak lebih dari 4. Markah penuh 5. Banyak review negatif ditulis selepas PKP. Adena baru beroperasi semula. Mungkin penyusunan semula kerja dan proses pembersihan semula ambil sedikit masa.

Saya janji pada diri sendiri – pandang dengan mata lebah, jangan pandang dengan mata lalat. Jika kekurangan kecil, saya tutup mata. Fokus kepada kelebihan yang Adena bakal berikan. Tidak mahu isu kecil jejaskan percutian yang sudah lama dinantikan.

Kami tiba jam 1.30 petang. Bilik belum siap. Tidak mengapa. Masa daftar setiap hotel memang 3.00 petang. Sambil tunggu, kami ke pantai. Chalet-chalet comel memenuhi laluan ke pantai.

Matahari seakan berlindung di celah awan. Cahaya yang dipancarkan tidak begitu terang. Berteduh di bawah pohon merimbun, terasa nyaman bila pipi disapu sang bayu. Ombak beralun tenang di permukaan laut. Beberapa orang dewasa dan kanak-kanak sedang bermain di gigi air. Puteh Beach Bar dipenuhi manusia pelbagai bangsa. Teringin jamu selera. Perut minta diisi. Bila staf beritahu tukang masak bukan Islam, niat terhenti. Pasti ada tempat lain yang boleh makan tanpa keraguan dirasai.

Setengah jam kemudian kami cuba nasib. Bilik sudah siap. Tingkat bawah di bangunan tiga tingkat. Buka sahaja pintu bilik, terus nampak sinki. Banyak review negatif pasal sinki ini. Selalu sinki dalam bilik air. Mungkin untuk jimatkan ruang. Bagusnya reka bentuk ini, bilik jadi luas.

Bangunan tiga tempat, chalet dan di belakang kolam renang ada coffee house. Sarapan di sini.

Bilik bersih. Cuma ada habuk di sudut-sudut bilik. Tidak nampak jika tidak betul-betul amati. Isu kecil. Tiada mini bar. Ada kemudahan buat kopi dan teh. Tiada meja menulis. Saya memang perlukan meja menulis untuk siapkan manuskrip. Mujur meja tepi katil besar. Boleh letak komputer riba dan masih ada ruang untuk letak buku-buku rujukan.

Deluxe Garden View Twin
Bilik air. Air panas berfungsi dengan baik.

Rancangan televisyen sangat terhad. Tiada masalah jika ada Netflix dan sebagainya. WiFi dari bilik kami boleh tahan laju. Boleh sahaja tengok youtube dan sebagainya. Saya sempat baca buku-buku yang dibawa dan menulis. Tiada isu tiada hiburan.

Penyangkut baju hanya ada 4. Kami memang selalu bawa lebih dari rumah. Kemudahan gosok baju tidak disediakan dalam bilik. Boleh pinjam dari housekeeping. Hanya tuala mandi dan tuala lap tangan disediakan. Tiada tuala muka. Penghawa dingin berfungsi dengan baik. Alhamdulillah. Perlu bawa selipar pakai buang dalam bilik sebab lantai agak sejuk.

Kolam renang agak kecil. Memadai untuk kanak-kanak. Ada komen, kolam renang kotor. Waktu pagi ada pekerja bersihkan kawasan sekeliling. Saya perhatikan ada pasir dalam kolam renang. Jika semua pelanggan pastikan mereka bilas badan selepas berada di laut dan sebelum masuk kolam renang, masalah ini pasti dapat dikurangkan. Hanya ambil masa kurang dari 5 minit untuk pastikan anda tidak bawa pasir bersama dalam kolam renang. #kitajagakita

Staf sedang bersihkan kolam

Waktu sarapan, makanan yang disediakan nasi lemak, ayam rempah (hari kedua kami di Adena, nasi lemak digantikan dengan nasi hujan panas dan ayam kurma, hari ketiga nasi tomato dan ayam masak merah), meehoon, roti, telur hancur, sosej, buah-buahan dan kek. Pilihan terhad tapi kenyang. Berapa banyak sangat pun seseorang boleh makan.

Hari terakhir di Adena, makan banyak sikit.

Kami cuba juga makan tengah hari di coffee house pada hari pertama. Sedap. Kenyang.

His
Hers

Ada yang komen staf tidak mesra. Cuba anda mulakan perbualan dahulu. Cuba anda senyum kepada mereka dahulu. Selagi hidup kita harapkan orang lain untuk gembirakan kita, untuk ceriakan hidup kita, ada waktu kita pasti kecewa.

Saya dan suami berbual dengan salah seorang adik housekeeping.

Saya : bilik penuh ya setiap hari?

Staf : ya puan. Alhamdulillah. Cuma kami kerja tanpa henti dari 9.00 pagi hingga 7.00 malam.

Simpati. Bukan tugas mudah. Rasa bangga juga anak muda tidak pilih kerja. Selalu housekeeping warganegara asing. Jika tempahan bilik semakin baik, mungkin Adena boleh tambah pekerja. Harap komen negatif yang diterima bukan sebab pekerja dibebankan dengan kerja yang banyak.

Sebagai pelanggan, kita boleh tunjukkan empati. Jika bilik tidak kotor, tidak perlu room service setiap hari. Sekadar kemas katil, kita boleh buat sendiri. Minta mereka tukar tuala, alas kaki dan buang sampah jika perlu. Minta air mineral dan sabun/pencuci rambut dalam bekas kecil jika sudah habis. Itu sahaja.

Sebagai ganti Please Do Not Disturb

Jika bilik ada anak-anak kecil pasti perlukan bilik dibersih setiap hari.

Bagi yang tiada anak seperti kami atau hanya orang dewasa dalam bilik, tidak perlu room service. Pertolongan kecil tapi jika ramai yang buat seperti ini, ringankan sedikit kerja mereka. Hati kecil pasti berkata “eh tapi kami bayar.” Betul tapi jika kita mudahkan hidup orang lain, insya-Allah ganjaran Allah lebih hebat.

“Be kind to others not because of who they are or what they do in return but because of who you are.”

Semasa tunggu Grabcar untuk ke tempat makan, sempat sembang dengan pakcik jaga di pintu utama. Masa balik, kami beli 2 bungkus nasi goreng untuk pakcik jaga dan seorang lagi rakan beliau. Kita biasanya beranggapan orang yang kita beri sedekah perlukan pertolongan kita. Hakikatnya kita yang lebih perlukan pertolongan mereka kerana mereka beri peluang kepada kita untuk cari reda Pencipta.

“Peliharalah dirimu daripada api neraka, walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma. Jika kamu tidak sanggup, maka dengan tutur kata yang baik.” (Al-Bukhari and Muslim).

Ada beberapa pilihan penginapan selain Adena Beach Resort iaitu Swiss Garden Beach Resort dan Timur Bay yang tawarkan banyak homestay.

Timur Bay Seaview Residency

Adena Beach Resort – Pasir pantainya putih dan halus, kurang sesak dibandingkan dengan Teluk Cempedak. Insya-Allah andai takdir mengatasi tadbir saya pasti kembali. Kucari damai di hati dan aku temui di bumi Ilahi ini.

Untuk tempahan, layari https://adenaresort.com

Hotel Sfera, Manjung Perak

Baru-baru ini suami saya ada urusan kerja di Manjung. Saya tak lepaskan peluang untuk ikut. Bekerja sendiri sejak 12 tahun lepas, mudah bagi saya mengikut suami jika bertugas di luar Kuala Lumpur/Selangor. Apatah lagi saya tiada anak untuk dirisaukan tentang persekolahan.

 

Saya langsung tak ingat saya pernah jejakkan kaki di Manjung. Kata suami, kami pernah pergi tapi lebih 10 tahun yang lepas. Pada mulanya kami ingin menetap di Ritz Garden. Tiada rezeki menginap di situ. Penuh. Saya buat tempahan bilik di Hotel Sfera.

 

Sepanjang jalan ke Manjung, tiada pemandangan yang luar biasa. Saya tidur hampir separuh perjalanan. Selepas keluar dari tol Slim River, sebaik sahaja kereta pusing ke kanan, barisan kenderaan memenuhi sepanjang jalan buat hati tertanya-tanya. Ingatkan ada majlis kahwin. Rupa-rupanya di situlah terletaknya Restoran Bamboo Sungai Klah. Saya tak pernah tahu restoran ini pernah menjadi viral.

 

Jalan menuju ke Manjung seterusnya melalui ladang kelapa sawit dan ladang kelapa. Kebetulan tarikh pilhanraya yang ke 14 telah diumumkan, sepanjang jalan dipenuhi bendera parti-parti yang bertanding. Semakin menghampiri bandar Manjung, gerai-gerai jual buah-buahan tempatan seakan menggamit pengunjung untuk singgah. Menyesal juga saya tak berhenti beli buah sebab dalam perjalanan pulang tak sempat singgah.

 

Setiba di Hotel Sfera, proses daftar masuk agak mudah. Kami diberi diskaun; mungkin kerana off peak season. Cuma tiada bilik yang memuatkan katil saiz queen pada malam pertama kami menginap. Yang tinggal cuma bilik twin sharing. Untuk malam kedua ada tapi saya malas nak pindah bilik.

 

Lobi

 

Lobi – Ruang Menunggu

 

Hotel Sfera ada dua bangunan; satu bangunan tambahan terletak di seberang jalan bangunan utama dan dihubungkan dengan bangunan utama melalui skybridge. Tiada masalah pun mahu menginap di bangunan utama atau bangunan di seberang jalan. Cuma kemudahan memang berada di bangunan utama. Harga bilik di bangunan utama mahal sedikit dari harga bilik di bangunan tambahan.

Tempat letak kereta percuma tapi agak terhad. Juga terletak di seberang jalan. Jika tiada tempat kosong, boleh sahaja letak kereta di sepanjang jalan tepi hotel cuma perlu bayar.

Jambatan yang menghubungkan bangunan utama dan bangunan tambahan

 

Kami diberi bilik di tingkat tiga; tingkat paling atas.

 

Bilik twin sharing

 

Bilik agak besar. Bersih dan kemas. Ada meja menulis, kemudahan menggosok, alatan mandian yang lengkap, kemudahan buat kopi/teh dan wifi percuma. Bilik air moden; tempat mandi dan tandas dipisahkan oleh dinding kaca.

 

Saya suka tempat gantung tuala di kedua-dua bahagian pintu bilik air.

 

Kemudahan yang terdapat di Hotel Sfera :

➡ Kolam Renang

 

Kolam renang sesuai untuk semua peringkat umur. Ada permainan kanak-kanak, sauna dan bilik membaca berhampiran kolam renang. Rumput tiruan di kolam renang membolehkan kanak-kanak berlari tanpa perlu risau kanak-kanak terjatuh kerana lantai licin.

Mainan untuk anak kecil sebelah kolam renang

 

➡ Bilik Membaca

 

Bilik berwarna hijau yang mendamaikan terletak di tingkat tiga.  Bilik agak luas. Malangnya tiada bahan bacaan yang baru diletakkan di rak. Mungkin tidak ramai yang gunakan kemudahan ini.

 

 

➡ Sarapan secara buffet

 

Walaupun ada yang kata tidak banyak pilihan, bagi saya memang memadai. Makanan pelbagai dan rasa masakan tidak menghampakan. Makanan seperti mee goreng/nasi goreng, kuih muih, mee berkuah, roti, pelbagai jenis telur, hash brown dan sosej mengenyangkan.

 

Tidak perlu risau tentang makanan jika menginap di hotel ini. Di belakang Hotel Sfera ada deretan kedai makan. Pasaraya juga terletak di belakang Hotel Sfera.

 

Harga RM8. Puas hati ikan bawal besar dan segar.

 

Hotel Sfera terletak lebih kurang 4km dari jeti ke Pulau Pangkor dan Teluk Batik. Sempat kami menikmati matahari terbenam di Teluk Batik.

 

 

Jika anda berada di Manjung, saya syorkan menginap di Hotel Sfera. Saya puas hati menginap di sini sepanjang 3 hari 2 malam.

Semalam di Tanah Aina Farrah Soraya

Tanah Aina (TA) Resorts di Malaysia :

  1. Tanah Aina Farrah Soraya Exclusive Eco Resort di Bentong, Pahang, Malaysia
  2. Tanah Aina Farhana BeachFront Resort di Desaru, Johor, Malaysia
  3. Tanah Aina Fareena Orchard Resort di Lentang, Karak, Pahang, Malaysia
  4. Tanah Aina Azareena Seafood Steamboat Restaurant di Bentong, Pahang, Malaysia
  5. Tanah Aina Farouq Durian Orchard Resort di Raub, Pahang, Malaysia
  6. Tanah Aina Fahad Glamping Resort di Ulu Dong, Raub, Pahang, Malaysia
  7. Tanah Aina Azfer Camping Orchard, Sg. Congkak, Hulu Langat, Malaysia (coming soon)
  8. Tanah Aina Fateh Camping Orchard di Batu Talam, Raub, Pahang, Malaysia (coming soon)
  9. Tanah Aina Cafe, Batu 3, Shah Alam, Malaysia
  10. Tanah Aina Fitness Centre, Batu 3, Shah Alam, Malaysia

Tanah Aina Resorts menampilkan konsep eco-tourism. Jika anda ingin mengadakan hari keluarga, program team building, romantic getaway atau hanya sekadar ingin lari dari kesibukan kota, Tanah Aina Resorts adalah pilihan terbaik. Berusaha mengekalkan keaslian hutan, sungai di Malaysia, Tanah Aina menampilkan percutian yang berbeza.

Pada 9 & 10 April 2016, saya dan rakan saya membawa staf kami ke Tanah Aina Farrah Soraya, Raub Pahang. Kami telah menyewa kereta Starex yang memuatkan 11 dewasa dan seorang kanak-kanak. Kami sewa kereta daripada Altima Car Rental (menyediakan perkhidmatan sewa kereta untuk penduduk sekitar Sungai Buloh, Puncak Alam, Meru kawasan sekitarnya).

Perjalanan dari Sungai Buloh ke Raub sepatutnya mengambil masa antara 1 hingga 1 1/2 jam. Kami mengambil masa lama sedikit kerana berhenti di R & R Genting Sempah.

Kami diberitahu melalui emel untuk membawa barang-barang berikut ke Tanah Aina Farrah Soraya :

2 pasang kasut : saya syorkan anda bawa

  • sepasang kasut getah. Kawan-kawan saya beli RM7 sepasang. Di Tanah Aina mereka jual pada harga RM12. Kasut getah ini anda boleh gunakan semasa jungle/waterfall trekking.

kasut getah

  • sepasang kasut sukan untuk melihat sun rise dan aktiviti flying fox (anda perlu mendaki bukit untuk tujuan ini)

Insect repellants – saya bawa tapi tidak digunakan sebab pintu dorm kami tutup terutama pada waktu petang dan malam. Saya beli di Guardian.

Lampu suluh; mana tau kot blackout

Gel mandian, shampu dan conditioner disediakan dalam dorm Pandan yang kami menginap. Tuala juga disediakan

Kami disyorkan bawa jaket tapi masa kami pergi TA Farrah Soraya pada awal April, cuaca panas – jaket tidak diperlukan.

Ubat-ubatan

Kami menggunakan waze untuk sampai ke sana. Sejurus selepas exit 808 Bentong, kami mula menelefon staf TA yang kami baru exit 808 Bentong seperti yang diarahkan dalam emel. Sebenarnya dari exit Bentong, lama juga nak menyampai ke TA. Bila waze mengatakan “you have reached your destination”, kelibat Tanah Aina Farrah Soraya masih tidak kelihatan. Kami meneruskan perjalanan, melepasi Tanah Aina Restaurant dan akhirnya sampai di sini.

20160409_112117

Bermula di sini keadaan jalan kurang elok dan laluan kecil. Kami hanya mengikut anak panah yang ditulis “Tanah Aina Parking”.

Sampai di tempat meletak kereta, sebuah lori sudah menunggu kedatangan kami.

Dorm kami – PANDAN

  • boleh memuatkan 10 orang; katil tambahan untuk 2 orang lagi
  • terdapat 2 bilik air – satu bilik air dengan kemudahan tandas dalam dorm.

20160409_12081220160409_120755

  • Saya syorkan kalau trip anda hanya perempuan-perempuan sahaja, baiklah pilih yang ada kemudahan tandas dalam dorm. Kalau tandas di luar, kalau anda bertudung, memang kena tudung lengkap bagai sebab bukan 2,3 langkah ke tandas tapi berlangkah-langkah.
yang paling kiri tandas, yang paling kanan ada dorm. tak boleh nak berkemban je gi bilik air 🙂
  • dorm ini mempunyai 4 katil double decker, 2 katil single dan 1 katil king (1 katil king & 1 katil single terletak di tingkat atas)
  • tiada aircond untuk bilik-bilik di Tanah Aina Farrah Soraya. Jika anda dapat katil bawah, agak panas sikit pada waktu siang kerana kipas hanya mampu menyejukkan mereka yang tidur katil atas. Di tingkat atas yang menempatkan 1 katil single dan 1 katil king, keadaan lagi panas. Malam agak sejuk – tak tahulah sebab hujan atau keadaan semulajadi yang menyejukkan malam. Kepanasan ini mungkin disebabkan fenomena El Nino yang melanda negara masa saya pergi.
  • yang bestnya dorm PANDAN, ianya terletak di tepi sungai, berdekatan dengan reception dan tempat makan.
  • di bawah dorm ada surau. Luas juga untuk yang nak solat berjemaah.

20160409_133043

  • 2 tempat penyangkut baju disediakan di balkoni, juga sebuah meja kecil dan 2 kerusi untuk anda berehat di balkoni
  • bantal dan tilam sangat selesa
  • keadaan dorm sangat bersih
  • di bawah dorm Pandan, adalah dorm Sireh (utk 8pax, attached bathroom, percuma kanak2 bawah 2 tahun)

Bila kami sampai :

  • kami diberikan welcome drink
  • isi borang

20160409_114544

Line Maxis masih ok di reception. Bila di dorm, masih ada tapi tak kuat sangat. Sempat juga saya post updates di Facebook, whatsapp dengan suami dan keluarga.

Staf Tanah Aina akan tolong angkat beg bila naik lori, turun lori, daftar masuk, daftar keluar. Mereka memang yang terbaik.

Aktiviti di Tanah Aina Farrah Soraya – Hari Pertama

12.30pm – Makan tengah hari

Bestnya makan sambil mendengar air mengalir. Makanan yang disediakan ala buffet memang terbaik. Yang lagi best, selain dari kami 12 orang, penghuni lain hanya sepasang suami isteri dari Oman & Malaysia, satu keluarga suami isteri dan 2 anak mereka (isteri staf Tanah Aina dan datang untuk site visit). Jadi bila waktu makan, takde isu berebut-rebut atau makanan habis. Kami dapat makan dengan tenang.

2.30pm – Aktiviti Waterfall/Jungle Trekking

Bermula dengan penerangan tentang jungle/waterfall trekking dan group photo.

DSC08795

Memulakan aktiviti sejurus selepas itu. Memula pose semua senyum lebar  😀

DSC08802

DSC08805

DSC08806

Laluan agak sukar. Ibu mengandung, kanak-kanak kecil, mereka yang mempunyai masalah pergerakan tidak digalakkan melakukan aktiviti ini. Staf saya yang mengandung 5 bulan buat juga aktiviti ini walaupun dinasihatkan tidak melakukannya. Serik katanya.

DSC08811
memula air sungai paras buku lali je
diriku adalah makcik yg atas pelampung tu; tak berani sbb kaki tak jejak dasar sungai
nak balik daaa
pose terakhir utk aktiviti ini
pose terakhir utk aktiviti ini

Tidak perlu bawa kamera, handphone, gajet2 seumpamanya melainkan beg anda kalis air. Staf Tanah Aina akan mengambil gambar anda sepanjang perjalanan. Maka jangan lupa senyum dan pose bila dia di hadapan anda. Saya menyesal tak pose comel 😆

4.30pm – Minum petang

Selepas itu aktiviti bebas. Ada staf yang berehat di tepi sungai, ada yang tidur…

7.30pm – Makan Malam

Tenangnya malam di Tanah Aina. Makanan ala-ala bbq disediakan.

Kami juga menyambut harijadi salah seorang staf di situ. Yang bestnya, masa kami tiba, kawan saya tanya boleh tempah kek tak sebab nak buat surprised birthday party. Staff TA kata boleh, siap suruh pilih nak kek apa. Kek coklat tu diaorang buat sendiri. Surprisingly best kek coklat tu.

9.00pm – Menonton video gambar-gambar yang diambil semasa waterfall/jungle trekking. Sepatutnya ada aktiviti persembahan staf Tanah Aina tapi hujan lebat membasahi Tanah Aina sejurus selepas kami habis tonton video.

End of Day 1

Hari Kedua di Tanah Aina Farrah Soraya

Seawal 7.00am, kami berkumpul untuk melihat matahari terbit. Perlu mendaki untuk aktiviti ini. Jangan lupa bawa air, tuala, kamera.

Mungkin hujan malam sebelumnya, kabus memenuhi ruang udara, matahari malu menunjukkan rupa.

20160410_072524

7.30am – Sarapan pagi 

9.00am – Flying Fox

Aktiviti ini optional. Kalau nak kena bayar RM30 seorang sekali. Perlu ada minimum 10 orang

  • boleh join grup lain kalau grup anda tak cukup 10 orang
  • kalau tiada grup lain, ada antara ahli grup anda boleh buat beberapa kali untuk cukupkan jumlah 10 orang (kali pertama RM30, kali kedua dan seterusnya RM15)

Pose dulu sebelum terbang

IMG-20160410-WA0029

Hanya 7 saat anda terbang. Hilangkan perasaan takut itu. Saya kurang takut sebab ini kali kedua saya melakukan flying fox. Kali pertama di Bali pada tahun 2009. Masa tu takut yang amat. Pelantar pun tinggi. Saya mengambil masa antara 5-10 minit sebelum “terbang” di Bali.

Staf saya yang nak buat hanya 4 orang; semua tak pernah buat. Yang paling muda memang saya push sikit untuk dia buat. Takut katanya. Bila dah buat, semua rasa best, nak buat lagi  😎 . Mujur ada staf saya di bawah ambil gambar; sopan je saya. Ada staf lain, gambar dia, kaki terkangkang  😛

IMG-20160410-WA0063

Selepas itu aktiviti bebas dan kemudiannya check out.

Jom tengok video kami di Tanah Aina Farrah Soraya

Staf Tanah Aina kata akak kena datang bulan Julai dan Ogos kerana waktu itu musim durian. Memang nampak banyak pokok durian di Tanah Aina Farrah Soraya. Merancang nak bawa 3 anak saudara yang kini menuntut di institusi pengajian tempatan. Mereka dah bincang tarikh di mana ketiga-tiga mereka cuti serentak.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Tanah Aina Farrah Soraya, boleh letakkan komen di bawah.

Harga Sebuah Senyuman di Hotel Rimba Kuala Terengganu

Baru-baru ini saya menginap di Hotel Rimba, Kuala Terengganu selama 3hari 2 malam.

Ibu saya ingin melihat Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di mana cucu dia yg kedua belajar. Ibu ingin melihat setiap sekolah berasrama penuh dan universiti di mana cucu2 dia belajar.

Ibu memang dari dulu pengidap asthma. Kalau tak kena asthma attack, dia ok je. She’s very independent. Dia akan drive pergi mengaji, pergi rumah kakak saya – about 10 mins drive dari rumah dia, bela ayam, bagi makan kucing jalanan yang akan berkumpul luar rumah setiap pagi….the list goes on.

Bila Ibu ajak ke Kuala Terengganu, I obliged. Saya dianggap travel agent oleh my siblings & Mom. Mana saja they wanna go, they rely on me to book hotel rooms, flight tickets what not. Turut menemani kami – kakak sulong saya & anak bongsu dia. MAS menerbangkan kami ke Kuala Terengganu. Alhamdulillah, kami dapat beli tiket kapal terbang pada harga RM210 seorang to and fro.

Kalau hotel murah di Malaysia terutama di negeri yang kurang pelancong asing, tak banyak review di TripAdvisor.  Masa saya menempah Hotel Rimba, masih belum ada review tentang hotel ini. Saya tempah hotel murah ini kerana :

  1. hotel ini masih baru; dikatakan dibuka pada Januari 2016
  2. hotel ini terletak antara UMT dan pusat bandar
  3. tidak jauh dari Sultan Mahmud Airport
  4. harga bilik Standard Twin with Window (Booking.com) hanya RM104 setiap bilik semalam

Kami tiba di airport Kuala Terengganu seperti yang dijadual 8.05am. Selesai urusan bagasi sekitar 8.20am. Ibu saya kata dia mabuk. Kami tahu kalau Ibu kata dia mabuk, dia akan mengambil masa 3-4 hari untuk pulih. Ibu saya a strong woman. Kalau sakit sikit-sikit, dia takkan komplen sakit. Jadi bila dia kata sakit, memang dia sakit.

20160315_081812

Kami sewa kereta dari Kereta Sewa Kuala Terengganu (FB page). Urusan tempahan agak mudah; melalui whatsapp (Encik Sukor (016-951-4414) & Mohd Dasuki (013-981-8443), deposit minima RM50 ke dalam akaun Maybank/CIMB. Kami tempah kereta Myvi dengan Encik Sukor pada pukul 8.30am. Kami hanya dapat kereta pada pukul 9am. Menurut Encik Sukor dia dah sediakan kereta; tukang hantar lambat. Geram jugak tapi Encik Sukor bagi diskaun RM20 atas kelewatan tersebut. Jika saya pergi ke KT lagi, saya akan sewa kereta dari mereka; bertanggungjawab atas kelewatan yang mungkin tak disengajakan.

20160315_070100

20160313_095513

Menggunakan Waze, kami tiba di Hotel Rimba sekitar 10am selepas sarapan pagi di gerai berhampiran. Hotel Rimba adalah bangunan kedai 2 tingkat, lot tepi. Saya minta dibenarkan masuk – early check in sebab keadaan Ibu. Mereka kata bilik penuh. They have 70 rooms, yg saya tengok kereta di luar lebih kurang 4,5 buah je. Dari pengalaman saya, kalau ada bilik kosong, tak pernah hotel kata kena tunggu 2pm. Manalah nak melangut sementara tunggu 4 jam di Kuala Terengganu. Cuaca terik menyukarkan lagi untuk kemana-mana; tentu mabuk Ibu lg teruk. Bila saya insist, atleast bagi 1 bilik dulu, diaorang kata kena bayar tambahan separuh dari harga bilik (RM50) sebab early check in. Bermakna memang ada bilik kosong. They called a guy in. Maybe the supervisor. Memula that guy pun kata kena bayar separuh. Atlast they gave in.

What followed next – the staff never smiled at us, acknowledged us, greeted us….hingga ke hari we checked out. Even masa nak masukkan barang dalam kereta, me & my sister carried a box each (my nephew tunggu my mom upstairs), the guy at the reception counter tak tolong buka pintu pun.

Hati kecil berbisik – if only I pay the RM50….they wouldnt treat us like that. Thats the price of a smile di Hotel Rimba 😥 I leant a lesson – before beli tiket kapal terbang pagi yg murah, better check dgn hotel whether they allow early check in. Sebab tak pernah mengalami pengalaman sebegini di dalam mahupun di luar negara.

They gave us Room 302 and Room 301.

20160313_101307

Its clean. Bilik agak sempit as expected. Ada 32″ LED Flat Screen TV

20160313_162200

tapi saya tak berkesempatan tengok. Coffee making facilities pun ada. Complimentary body wash & shampoo pun ada. Cuma kena bawa sejadah & penyangkut baju sebab yg disediakan hanya 3 penyangkut baju.

Bantal agak keras. Tidak ada pembahagi antara shower dan toilet, bila mandi, air membasahi segenap ruang bilik air.

20160313_162145

WiFi agak baik di bilik 302 tapi di bilik 301 semput.

Tiada kedai makan di bangunan yang sama tetapi berdekatan dengan Hotel Rimba ada Giant & Mydin. Lokasi berdekatan juga dengan Kampung Losong kalau nak beli keropok lekor. Masjid Kristal pun tak jauh dari Hotel Rimba.

Disebabkan keadaan Ibu, tak berkesempatan mencuba makan di kedai yang disenaraikan antara yg ter-best di Kuala Terengganu. Hanya sempat menjamu selera di NR Cafe (guna Waze)

nr

nr2

Antara yg kami pesan

Tomyam poktek; yg dtg tomyam merah. Rasa tomyam merah biasa je

ABC – my sister suka

Chicken chop – besar gak portion

Nasi goreng – biasa2 je

Restoran lain yang kami sempat cuba – Adeq Sue Ikan Bakar

20160314_190302-1

Love the tomyam poktek

Sotong goreng tepung not so rangup tp fresh

My sister & anak cuba siakap 3 rasa. Boleh lah kata mereka.

Sempat juga bertemu rakan yang sama2 belajar di Fakulti Undang-Undang UM. Kami tinggal serumah for 3 years di Pantai Dalam dulu.

zura

Would love to go back to Kuala Terengganu untuk mencuba masakan tempatan. InsyaAllah. Next time nak menginap di hotel lain  😉