Itinerari Istanbul-Cappadocia-Pamukkale

Ada yang bertanya pada saya itinerari Istanbul-Cappadocia-Pamukkale. Saya senaraikan contoh itnerari untuk panduan anda merancang percutian ke tiga tempat ini.

Nota  :

  1. Saya pergi bersama 2 orang rakan perempuan; tiada warga emas/kanak-kanak dalam kumpulan kami. Faktor ini perlu anda ambil kira dalam merancang.
  2. Kami menetap di Sultanahmet semasa berada di Istanbul (baca di sini untuk pilih penginapan di Istanbul)
  3. Harga dinyatakan mungkin berubah dari masa ke semasa.

Tiba di lapangan terbang :

  1. Saya pilih airport transfer. Saya emel kepada hotel saya menginap dari Malaysia. Boleh juga ambil teksi di Balai Ketibaan.
  2. Beli Istanbulkart. Boleh kongsi satu kad guna untuk beberapa orang.
  3. Sim kad tempatan agak rumit. Lebih baik sewa pocket wifi dari Malaysia.

Hotel di Sultanahmet :

  1. Semasa daftar masuk, ambil kad perniagaan (business card) hotel dan beri kepada setiap ahli dalam kumpulan. Kad perniagaan ini hendaklah dibawa bersama setiap masa.
  2. Boleh bincang dengan hotel jika anda perlukan guided tour di Istanbul atau ke destinasi lain seperti Bursa. Perlu diingatkan, jika tempah melalui hotel, mereka akan ambil sedikit komisen. Tanya rakan-rakan yang pernah pergi untuk dapatkan nombor telefon pemandu pelancong mereka. Lebih mudah berurusan terus sebelum sampai Istanbul.
  3. Saya telah emel pemilik hotel sebulan sebelum sampai Istanbul untuk beli Museum Pass bagi pihak kami. Bila daftar masuk, terus kami diberi Museum Pass.

Jika penerbangan malam dan tiba di Istanbul waktu pagi

  1. Masjid Biru (baca di sini untuk panduan melawat Masjid Biru, Aya Sofia,Topkapi) – percuma
  2. Aya Sofia (1-2 jam) – bayaran masuk 40TL tanpa Museum Pass
  3. Basilica Cistern (30-45minit) -20TL
  4. Hippodrome – percuma

Hari Kedua – Topkapi/Eminonu

  1. Topkapi (3-4 jam) – 4OTL, Harem 25TL tanpa Museum Pass
  2. Bosphorus Cruise – Sehir Hatlari (9TL dengan Museum Pass)
  3. Spice Bazaar/Grand Bazaar – kami lebih banyak habiskan masa di Spice Bazaar kerana harga di Grand Bazaar agak mahal

Hari Ketiga – Kabatas

  1. Taksim Square/Istiklal Street
  2. Dolmabahce Palace
  3. Galata Tower
  4. Suleymaniye Camii
  5. Beli tiket feri ke Bursa (jika pergi Bursa tanpa pemandu pelancong)

Hari Keempat

Bursa – Pelabuhan : Kabatas (Istanbul), Mudanya (Bursa), Feri 24TL. Kami lewat lima minit dan feri telah pun berlepas. Hari kedua kami cuba lagi tapi laut bergelora, feri tak beroperasi. Rahmat di sebalik dugaan, kami dapat habiskan lebih banyak masa di Istanbul.

Hari Kelima

Penerbangan ke Cappadocia. Kami pilih Pegasus Airlines sebab selepas perbandingan harga waktu itu, tiket mereka murah.

Sabiha Gokchen (Istanbul)

Kayseri (Cappadocia)

Nota : Di Cappadocia, aktiviti yang biasa dilakukan untuk kali pertama datang adalah tarian sufi (boleh juga tengok di Istanbul), belon udara panas, red dan green tour. Aktiviti ini agak mahal; pilih ikut kemampuan anda. Kami tidak ada bajet untuk belon udara panas dan tarian sufi. Red tour dan green tour memerlukan kekuatan fizikal; banyak berjalan. Pilih mana yang sesuai untuk ahli rombongan. Jika hanya satu tour dipilih, tidak perlu 3h2m di Cappadocia; 2h 1m mungkin cukup. Sehari lagi boleh dihabiskan di Istanbul.

Tarian Sufi (jika nak tengok)

Hari Keenam

Hot air balloon

Green Tour

Hari Ketujuh

Pagi : Red Tour

Malam : Flight/Bas ke Pamukkale. Jika ingin menaiki bas malam ke Pamukkale, lebih baik aturkan dengan pemandu pelancong untuk tunggu bila sampai. Ini kerana bas akan teruskan perjalanan ke Denizli kalau tak silap, dan anda akan diberhentikan di tengah-tengah jalan. Perlu diingatkan anda akan sampai pukul 4.30 – 5.00 pagi.  Jika tiada pemandu pelancong, ada satu syarikat pelancongan akan ambil semua penumpang yang diturunkan dan dibawa ke pejabat mereka. Mereka akan cuba jual pakej pelancongan kepada anda. Jika hotel anda dekat dengan pejabat tersebut, anda boleh berjalan kaki. Banyak hotel bed and breakfast tak buka awal pagi.

Nota : Ramai datang sini hanya untuk menyaksikan cotton castle. Guided tour akan bawa anda ke tempat bersejarah dulu sebelum sampai Cotton Castle. Ada juga yang buat day trip dari Cappadocia.

Hari Kelapan

Guided tour bersama Tours4Turkey

Hari Kesembilan

Penerbangan ke Istanbul

Hari Kesepuluh

Penerbangan balik ke Kuala Lumpur

Nota : Jika anda kesuntukan masa/ ada bawa anak-anak kecil atau warga emas, mungkin Istanbul sahaja sudah memadai, melainkan ada tour guide mengiringi perjalanan anda. Jika ada tour guide, tiada masalah untuk ke bandar lain. Kami DIY di Istanbul tapi di Cappadocia dan Pamukkale, kami ambil guided tour.

Sebarang pertanyaan, boleh tulis di ruang komen. InsyaAllah saya akan cuba menjawab.

 

 

 

 

 

 

33 thoughts on “Itinerari Istanbul-Cappadocia-Pamukkale

  1. fiza February 12, 2018 at 11:15 am

    Assalamualaikum,
    In shaa Allah sy akan ke sana end of april 2018. sis ambil flight pagi atau malam ke cappadocia? dan sis stay di hotel mane ye di cappadocia? sy akan ke sana bersama dengan mak ayah, suami dan anak sy.

    • Emylia February 12, 2018 at 12:00 pm

      Waalaikumsalam

      Flight pagi ke Cappadocia. Airport kecil. Better ambil pagi just in case airport transfer lambat.

      Guven Cave Hotel. Arrange untuk airport transfer. Senang.

  2. Mazlin February 17, 2018 at 2:26 pm

    Sis ambik tour guide di cappadocia & pamukkale dgn siapa? Sy akan ke istanbul end april 2018.. Tgh pening nak wat itinerary ni

    • Emylia February 18, 2018 at 8:51 am

      Sampai sana baru owner hotel syorkan. Tapi baru2 ni saya syorkan kawan saya gi dengan Tours4Turkey utk arrange Cappadocia & Pamukkale. Mereka kata ok. Puashati..deal direct dari sini. Mungkin boleh cuba insyaAllah

  3. azrina zakaria April 22, 2018 at 2:33 pm

    Assalam..sis nak tanya , ticket bus dari cappadocia ke pamukale bole beli awal atau turun dari flight ( neveshir) baru beli mana satu yang selamat? Dan jika kita tiada tour guide di pamukale bole amik direct dengan bus company ker?

    • Emylia April 23, 2018 at 6:32 am

      Waalaikumsalam.

      Tiket bas boleh dibeli setiba di sana. Ada bas malam ke Pamukkale. Ini bukan chartered bas ye. Ini bas seperti Transnasional.

      Takde guide pun boleh pergi Cotton Castle. Cuma hierapolis tu kalau nak tahu sejarah kena ada guide. Jika tak minat Sejarah boleh je explore cotton castle sendiri.

      Harap membantu.

      Bila sis nak pergi? Moga dipermudahkan amin.

  4. jaa July 11, 2018 at 11:41 pm

    Slm Sis, nak tanya. From Pamukkale to Istanbul cmana? sis ambk flight dari situ or back to Cappadocia then fly to IST? Nak tanya airport mana paling okay nak arroved in cappadocia? kayseri or Navsehir?TQ

    • Emylia July 12, 2018 at 7:15 am

      Waalaikumsalam

      From Pamm to Istanbul kami naik floght Anadolujet.

      Airport di Capp paling mudah Kayseri.

  5. SITI ZULAIKHA AHMAD July 17, 2018 at 11:27 am

    Salam sis,
    Nak tny di cappadocia n pamukkale sis tdo hotel mn ye?

    • Emylia July 17, 2018 at 11:34 am

      Waalaikumsalam

      Di Cappadocia – Guven Cave Hotel
      Di Pamukkale – Hotel Sahin

  6. SITI ZULAIKHA AHMAD July 17, 2018 at 3:43 pm

    Di cappadocia dan pamukkale sis amek tour guide yg sama ke lain2?

    • Emylia July 17, 2018 at 4:25 pm

      Tour yang berlainan. Mungkin Puan boleh survey Tours4Turkey untuk kedua-dua bandar.

  7. syiadatul October 5, 2018 at 3:10 pm

    Hi sis, boleh tahu tak overall budget termasuk duit poket semua berapa yang sesuai kalau nak buat backpackers ke Turki ni? Menarik sangat itineari sis ni

    =)

    • Emylia October 5, 2018 at 6:15 pm

      Hai. Soalan terlalu umum sis. Rancang dulu nak pergi bandar mana, mungkin baru boleh tahu. Yang mahal tiket kapal terbang. Guided tour Capp dan Pamm juga mahal. Kalau seminggu baik fokus Istanbul, mungkin day trip Bursa.

  8. Lisa October 5, 2018 at 9:46 pm

    Salam..dari sultanahmet ke airport sabiha gocken naik apa & brp kos?

  9. Lisa October 5, 2018 at 9:47 pm

    Salam..dari sultanahmet ke airport sabiha gocken naik apa & brp kos?

    • Emylia October 6, 2018 at 1:08 pm

      Waalaikumsalam. Airport transfer. Saya tak ingat berapa kos tapi kami kongsi 3 orang. Airport transfer di istanbul walau hotel bajet; kereta best

  10. maslina binti nor October 27, 2018 at 7:25 pm

    macammana nak dptkan agent untuk jemput kita bila sampai di pamukkale awal pagi tu..berapa bayaran

    • Emylia October 27, 2018 at 11:29 pm

      Masa saya pergi, kami ditinggalkan di tepi jalan bersama beberapa pelancong lain. Memang ada van dari tour company yang kami tak kenal bawa kami ke pejabat mereka. Di sana mereka promote juga tour mereka tapi tak paksa.

      Tahun lepas saya book untuk kawan saya guna Tours4Turkey. Jadi Tours4Turkey ambil mereka dan hantar ke hotel

  11. natuti November 12, 2018 at 3:18 pm

    salam sis.dari malaysia ke istanbul naik flight apa ye

    • Emylia November 13, 2018 at 11:13 am

      Waalaikumsalam.

      Kali pertama saya pergi naik Malaysia Airlines. MAS dah tak pergi lagu. Kali kedua saya naik Emirates. Boleh bandingkan harga di skyscanner.com

  12. Azlina December 15, 2018 at 11:58 pm

    Salam sis,nak tanya.Dari pamukkale ke airport Denizli naik apa ye?berapa TL ya?

    • Emylia December 16, 2018 at 7:12 am

      Waalaikumsalam.

      Airport transfer, hotel arrange. Tak ingat berapa.

  13. Salmia Muri January 14, 2019 at 1:26 pm

    salam sis, nak tnya… istanbulkart tu macam mana penggunaan if share dgn kawan?

    • Emylia January 17, 2019 at 6:05 am

      Sis swipe dulu lepas tu pasa pada kawan utk kawan swipe pula

  14. habi81 August 26, 2019 at 11:44 am

    salam puan.. antara green dan red tour di cappadocia, yg mana bagi puan paling menarik.. TQ

    • Emylia August 26, 2019 at 1:07 pm

      Waalaikumsalam.

      Saya lebih suka green tour.

  15. Halimaton September 8, 2019 at 5:56 pm

    As Salam Pn. Emylia,

    Trolley bag/luggage bag beroda sesuai tak utk trip dgn bas dari Cappadocia ke Pamukkale?

    Saya tak larat utk bawa backpack, tapi risau jalan² kat Cappadocia dan Pamukkale tak friendly dgn beg beroda.

    • Emylia September 8, 2019 at 7:15 pm

      Waalaikumsalam.

      Saya pun bawa beg beroda lecil puan. Beg besar ditinggalkan di hotel di Istanbul. Beg letak di tempat letak beg di bahagian bawah bas dari Cappadocia ke Pamukkale, tidak dibawa bersama saya di tempat duduk.

      Di Cappadocia dan Pamukkale saya guna guided tour,Untuk ke Denizli Airport saya guna airport transfer (kereta), Tiada masalah letak beg di boot kereta.

      Harap saya menjawab soalan puan.

      • Halimaton September 8, 2019 at 9:46 pm

        Terima kasih Puan. Untuk mudah, kiranya awal pagi sampai di Pamukkale tu sepatutnya dah arrange pickup ye? Contohnya dari Tours4Turkey seperti respon Puan 27 Okt 2018 ye?

  16. Hj. Yusuff September 28, 2019 at 1:19 pm

    Assalamua’alaikum Puan,
    Kami 13 pax sekeluarga insyaAllah akan ke Coppadocia dari Istanbul, naik flight. Melalui carian di google, ada yang share boleh dapat tiket naik hot air balloon tak sampai 100 Euro. Harga ni sangat murah yer.. Just nak confirm untuk kami sediakan bajet bagi kami sekeluarga. Bolehkah kanak-kanak bawah 12 tahun naik balloon tu? Tkasih ya puan. Info dan pengalaman yang puan share sangat bermanafaat. Selamat mengembara dan share lagi yer.

  17. Norzuraida Kamaruddin November 25, 2019 at 5:52 pm

    As Salam

    Nak tanya di Göreme ada local tours ke? Saya tak book Apa apa, ingatkan bila sampai Goreme baru nak book yang local di sana. Dan senang tak nak dapat teksi

    • Emylia November 25, 2019 at 7:21 pm

      Waalaikumsalam

      Ya ada puan. Sampai sana baru saya ambil tour. Tanya pada owner hotel.

      Saya tak pasti tentang teksi. Saya ambil red.dan green tour. Tak sempat gi tempat lain

Leave a Reply