3 Ikon Sultanahmet Istanbul Anda Wajib Pergi

Bila melawat Istanbul, 2 kawasan penginapan dicadangkan : Sultanahmet @ Beyoglu. Jika anda sukakan night life, pilih Beyoglu. Jika anda seperti kami yang inginkan suasana malam yang tenang, pilih Sultanahmet. Jika membawa anak-anak kecil/ warga emas, pilih Sultanahmet terutama jika ini lawatan anda yang pertama ke Istanbul. Boleh baca di sini sebelum memilih penginapan di Istanbul.

💡 Klik di tempat menarik yang disenaraikan untuk terus ke laman web tempat tersebut

1) MASJID BIRU (SULTAN AHMET CAMII)

Masjid Sultan Ahmed @ Sultan Ahmet dibina pada tahun 1609 di zaman pemerintahan Sultan Ahmet dan siap sepenuhnya pada tahun 1616. Lebih dikenali sebagai Masjid Biru kerana jubin biru menghiasi dinding bahagian dalam masjid.

Apa yang unik tentang Masjid Biru – dari bahagian luar jelas kelihatan enam menara. Kebanyakan masjid hanya ada dua, empat. Ada juga yang mempunyai hanya satu menara. Sultan Ahmet mahukan menara yang dibuat dari emas (altin dalam Bahasa Turki). Akibat salah faham, enam (alti dalam Bahasa Turki) menara dibina.

➡ Jika anda menginap di Sultanahmet, anda hanya perlu berjalan kaki dari hotel. Pastikan anda memakai kasut yang sesuai kerana kebanyakan hotel di Sultanahmet terletak di kawasan berbukit. Saya pakai kasut Clarks yang saya beli sebelum trip ke London-Sheffield-Manchester-Edinburgh-Paris 2010. Kasut yang saya beli dengan harga RM339 telah mengembara ke lebih dari 20 bandar dunia dan masih boleh digunakan sehingga hari ini. Alhamdulillah.

➡ Tiada yuran masuk dikenakan. Pintu masuk adalah melalui Hippodrome.

DSC_1970
me & Elynn – bff sejak usia 13 tahun, telah kembara bersama ke beberapa buah negara; bermula dengan Gold Coast pada tahun 2004.
DSC_1976
Hippodrome – anda tidak akan terlepas pandang tempat ini insyaAllah
masuk melalui pintu ini, berdekatan Hippodrome

➡ Masjid Biru dibuka setiap hari. Masjid ditutup selama 90 minit setiap waktu solat. Jika boleh, elakkan melawat setengah jam selepas azan berkumandang terutama pada hari Jumaat melainkan anda ingin sertai solat berjemaah di Masjid Biru.

Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ketika melawat Istanbul – dapat mengerjakan solat Subuh berjemaah di Masjid Biru. Saya dan dua rakan menginap di sebuah hotel yang jaraknya kurang dari 1km dari Masjid Biru.

pernah tak gi Masjid Biru, tiada satu umat pun dalam Masjid Biru? Kami merasainya

sebab takde orang, boleh pose sesuka hati

Biarpun pemilik hotel tidak suka dibangunkan pada awal pagi untuk membuka pintu buat kami, kami gigih mengharungi kedinginan pagi demi merasai pengalaman solat subuh berjemaah di Masjid Biru.

Suasana sangat tenang dan nyaman (Oktober ketika itu). Selepas azan berkumandang, kami perlu tunggu setengah jam sebelum solat subuh dilakukan. Ini demi menunggu jemaah lain.

…me mengintai; tertanya2 bila nak mula solat….

Jemaah wanita hanya kami bertiga.

…the 3 of us at Blue Mosque, Istanbul…

Hanya beberapa baris memenuhi saf lelaki.

➡ Bagi kaum wanita ingin solat di Masjid Biru, disyorkan agar mengambil wudhu terlebih dahulu di hotel atau di tandas awam seperti di Hippodrome. Tandas awam di Hippodrome mengenakan bayaran masuk, kalau tak silap TL1

➡ Anda perlu menanggalkan kasut sebelum memasuki Masjid Biru. Kasut dimasukkan ke dalam plastik yang disediakan dan dibawa bersama anda.

➡ Pengunjung diwajibkan memakai pakaian sopan untuk memasuki Masjid Biru. Seluar / skirt pendek tidak dibenarkan. Baju tanpa lengan tidak dibenarkan. Wanita perlu menutup kepala. Tudung kepala disediakan di pintu masuk. Anda boleh pinjam dan dikembalikan bila keluar. Lebih baik bawa sendiri jika ingin mengelakkan perlu beratur panjang.

➡ Anda boleh mengambil gambar tanpa flash.

➡ Bila keluar, anda boleh menyumbang untuk penambahbaikan Masjid Biru. Resit rasmi akan diberikan bila anda membuat sumbangan.

➡ Jika anda menginap di kawasan Sultanahmet, gunakan peluang ini untuk berjalan-jalan di sekitar Masjid Biru pada waktu malam. Bas-bas pelancongan tidak dibenarkan memasuki kawasan Sultanahmet pada waktu malam. Tiada kelab-kelab hiburan di kawasan Sultanahmet. Cuma jangan berjalan hingga lewat malam.

Kami menghabiskan waktu malam berjalan-jalan di sekitar Masjid Biru. Terdapat peniaga-peniaga kecil menjual tembikai yang siap dipotong, besar, manis dalam bekas. Harga 10TL.

mahal gakkan, kami share, so juicy & sweet
merecik!

Juga ada peniaga jagung,

tudung.

shawl dipakai dibeli di luar Masjid Biru 15TL

Kalau boleh elakkan beli cenderahati di luar Masjid Biru, mahal sikit tapi kalau jiwa meruntun nak beli juga, silalah guna kemahiran tawar menawar anda  😆

Masjid Biru pada waktu malam memang cantik. Peminat fotografi tentu tidak akan melepaskan peluang ini.

2) AYA SOFIA/ HAGIA SOPHIA

➡ Musim panas 15 APRIL – 25 OKTOBER dibuka dari 9am – 7pm. Tiket perlu dibeli sebelum 6pm

➡ Musim sejuk 25 OKTOBER – 15 APRIL dibuka dari 9am – 5pm. Tiket perlu dibeli sebelum 4pm

➡ Bermula 2 Mei 2016, Aya Sofia akan ditutup setiap Isnin. Pengecualian 01/04/2017 sehingga 31/10/2017, Aya Sofia akan dibuka setiap Isnin.

 ➡ Aya Sofia juga ditutup beberapa hari pertama Ramadhan.

 ➡ Aya Sofia masih dalam proses penambahbaikan.

➡ Bayaran Masuk  40TL. Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah boleh masuk free kecuali di Harem, Topkapi, yg boleh masuk free kanak-kanak di bawah usia 6 tahun.

➡ Anda dijangka menghabiskan masa di sini selama 1-2 jam. Kalau nak benar-benar menghayati sejarah Aya Sofia boleh hire guide di luar – 50TL. Pastikan guide yang dipilih fasih berbahasa Inggeris. Sembang dulu baru tahu. Boleh juga Google sejarah Aya Sofia sebelum datang.

➡ Anda digalakkan beli Museum Pass untuk menjimatkan masa, wang dan tenaga. Jika tiada Museum Pass/ tiket, di entrance, sila beratur di sebelah kiri. Jika ada Museum Pass/tiket, sila beratur di sebelah kanan. Takut bila orang ramai sangat, anda tak nampak sign di depan

➡ Museum Pass ini berharga 85TL. Museum Pass ini :

  • melayakkan anda masuk ke beberapa muzium yg tersenarai termasuk yang popular – Topkapi (40TL) dan Harem (25TL)
  • mendapat diskaun di beberapa tempat yg tersenarai
  • yang paling penting – tidak perlu beratur panjang. Musim sejuk mungkin pengunjung kurang sikit, Dikatakan Museum Pass membolehkan anda jimat masa antara 30 minit hingga 2 jam beratur untuk masuk.
  • Fakta perlu ingat terutama kalau anda pergi tanpa agen, Museum Pass ini hanya sah 5 hari dari tarikh anda masuk muzium yg pertama.
  • Pass ini membolehkan anda masuk sekali sahaja untuk setiap muzium. Katakan anda dah masuk Aya Sofia pada waktu pagi, anda tak puas, nak melawat lagi waktu petang; ini tak boleh.

➡ Anda boleh beli Museum Pass di sini. Boleh juga minta hotel belikan bagi pihak anda. Tentunya mereka perlukan bayaran dari anda terlebih dahulu. Masa kami pergi dulu, memang dah siap2 suruh owner hotel belikan museum pass sbb bila nak beli online di sini – bahasa yang tidak difahami. Bila sampai hotel terus tanya pasal museum pass kami. Boleh juga dibeli di mesin.

➡ Kalau anda beli tiket online, jgn lupa cetak dari rumah dan bawa bila nak masuk muzium. Pihak muzium akan scan barcode di online ticket itu.

➡ Jangan rancang lawatan ke Aya Sofia dan Topkapi pada hari yang sama kerana kedua-duanya anda perlu masuk 9am bila muzium dibuka. Jika tidak, pengunjung dah ramai bila anda masuk muzium kedua, sama ada Aya Sofia atau Topkapi.

➡ Anda digalakkan berpakaian sopan ketika mengunjungi Aya Sofia. Jika anda tidak memakai hijab, anda tidak perlu berbuat demikian untuk masuk ke Aya Sofia; tidak seperti Masjid Biru yang memerlukan anda menutup kepala.

➡ Aya Sofia dibuka pada pukul 9.00 am. Anda harus tiba awal sekurang-kurangnya 15-30 minit awal. Jika anda sampai 10 am ke atas, Aya Sofia akan dipenuhi dengan tour group. Masa menunggu jika anda datang selepas pukul 10 am adalah antara 30 minit hingga 2 jam.

➡ Digalakkan anda membaca sejarah Aya Sofia sebelum menjejakkan kaki ke sana untuk memahami dan menghargai pelbagai kesan sejarah dalam Aya Sofia.

➡ Bila dah masuk dalam Aya Sofia, pusing ke kiri, anda boleh menonton sedikit sebanyak maklumat tentang Aya Sofia.

Apa yang terdapat dalam Aya Sofia, boleh je anda Google, tapi gambar2 kami ni, Google tak dapat cari  😛

intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan
cantik minah2 ni eh silap Aya Sofia

caya tak, sepanjang lawatan 10 hari ke Istanbul-Cappadocia-Pamukkale, kami pakai jubah/skirt panjang, langsung tak pakai pants. Perempuan melayu terakahir di bumi Istanbul gitu 🙂
road less travelled

3) TOPKAPI

 ➡ Topkapi sangat luas, terbahagi kepada beberapa bahagian, lebih baik jika ada map sebelum pergi.

➡ dibuka setiap hari kecuali hari Selasa. Waktu dibuka 9.00am – 6.45pm. Digalakkan berada di sana sekurang-kurangnya pada pukul 8.30am.

➡ digalakkan melawat pada hari Isnin. Rabu & terutamanya Jumaat selalunya sibuk. Masjid Biru ditutup pada hari Jumaat sehingga 2.30pm. Pengunjung akan bertumpu di Topkapi.

➡ purata waktu menunggu untuk masuk pada hujung minggu dan hari cuti am adalah 40 minit.

➡ musim sejuk, Topkapi tak ramai pengunjung. Musim terbaik untuk menikmati Istanbul dan Topkapi. Jika anda minah bunga-bunga, datang April/Mei  😆

➡ anda dijangka menghabiskan masa di sana lebih kurang 3 jam atau lebih.

➡ bayaran masuk ke Topkapi 40TL, bayaran masuk ke Harem (satu bahagian dalam Topkapi) 25TL. Seperti juga Aya Sofia, dapatkan Museum Pass; kurang masalah. Jika taknak beli Museum Pass, mungkin sebab kesuntukan masa tak dapat nak pergi banyak muzium, datang awal. Pengunjung paling ramai tiba lewat pagi antara 10-11am. Selepas 3pm, pengunjung tak ramai. Boleh juga melawat waktu ini.

➡ anda digalakkan melawat Harem terlebih dahulu sebab Harem sempit. Biasanya pengunjung akan melawat muzium dulu, kemudian Harem. Anda melawat Harem dulu, anda boleh take your own sweet time, tak perlu bersesak-sesak kemudian. Tip ini saya dah dapat sebelum melawat Topkapi. Bila sampai di pintu masuk, pekerja yang jaga di situ siap tanya “Malaysia?”. Kami dengan gembira mengiyakan. Beliau bagitau “go Harem first”. Sebab kedua – Harem ditutup lebih awal dari bahagian lain. Cuma ada yang kata Harem dalam proses penambahbaikan, mungkin ada bahagian terjejas.

➡ banyak sangat khazanah berharga di Topkapi. Yang anda tak boleh miss –  Harem, Treasury & Marble Terrace, Islamic Museum, Kitchens, Jewel Museum.

➡ antara yang terdapat dalam Islamic Museum salinan pertama naskhah Quran yang dikumpulkan pada zaman Uthman bin Affan, helaian rambut Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasalam, pedang Ali bin Abi Talib dan ramai sahabat baginda, tongkat Nabi Musa Alayhi Salam.

➡ ada ramai pemandu pelancong berlesen di luar kaunter tiket. Pastikan mereka fasih berbahasa Inggeris jika ingin menggunakan khidmat mereka. Sembang dulu.

Banyak sangat gambar nak ambil  😀

Selepas lebih dari 3 jam di Topkapi, kami keluar gi makan aiskrim  🙂

bukan sahaja yang gambar diambil comelssss….
…yang tolong ambil gambar pun comel haha. Siap pesan jangan delete gambar dia
kepenatan macam baru run full marathon. mujur hotel walking distance, terus balik tidur dulu

Bagi anda yang ingin melancong ke Turki tapi :

  1. tiada masa untuk merancang sendiri, tak tahu mana nak mula;
  2. tidak yakin untuk mengembara tanpa tour guide terutama di Turki; rakyatnya tidak ramai mampu berbahasa Inggeris;
  3. ahli rombongan ramai; taknak pening2 anda nak uruskan semua – beli tiket kapal terbang, tempah hotel, sewa van/kereta dan sebagainya memenatkan;
  4. ingin membawa anak-anak/warga emas; bila bersesak-sesak dalam pengangkutan awam, jangan harap setiap kali anda mengendong bayi, atau anda warga emas, ada yang beri tempat duduk kepada anda;
  5. tak suka travel gaya backpacker, anda suka segalanya teratur dan terjamin;
  6. suka maksimakan kos melancong anda dengan pergi ke beberapa bandar untuk lawatan kerana tak tau bila pulak nak datang lagi;
  7. ingin solat dengan sempurna sepanjang lawatan;
  8. ingin merasai makanan tempatan dengan yakin (bukan semua rakyat Turki beragama Islam, ada restoran yang menyediakan minuman keras)

anda boleh melancong bersama Arba Travel. Di Arba Travel, mereka menjanjikan :

  1. Tour guide yang berpengalaman
  2. Guesthouse yang selesa
  3. Makan 3 kali sehari
  4. Private transport
  5. Waktu solat terjaga
  6. Khidmat nasihat percuma
  7. Tidak dibawa ke tempat “paksa beli”.
Istanbul Sunset