Aku & Dia – Kembara Selfie Dua Kota

MENGHITUNG NIKMAT ALLAH

Kembara kali ini membawa saya dan suami ke Auckland & Rotorua pada 22 Oktober – 30 Oktober 2016.

20161022_101402-1
Maori Girl dah tak sabar nak terbang

Memang tidak sabar ingin berkongsi kehijauan Mount Eden dan Waitakere Ranges, Kite Kite Waterfalls yang memukau, Hobbiton yang mengasyikkan, Rotorua yang mendamaikan, aiskrim yang yang masih terasa kelazatannya….

…tapi sebelum itu, ingin saya kongsikan nikmat yang Allah kurniakan kepada kami, suami isteri sebelum bumi Auckland melambai Kia Ora kepada kami.

quotescover-1

1. Ticket 

Rakan saya yang saya kenali ketika berusia 7 tahun menghantar mesej ini :

2016-11-10_14-55-341

Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan. Ini bermakna saya boleh terbang ke mana-mana destinasi Malaysia Airlines terbang dengan harga tambang murah (standby). Terharu yang amat she had me in mind untuk beri slot ini. Dan yang lebih mengharukan, dia tolong dapatkan slot untuk suami saya untuk menemani saya. Hanya doa mampu dipanjatkan agar bahagia dunia akhirat milik dia.

Kami memilih New Zealand (NZ) sebab :

😥 tiket kapal terbang ke Auckland (AKL) sentiasa mahal walaupun menggunakan Air Asia (AA) apatah lagi MAS.

😎 impian saya untuk ke New Zealand pada tahun 2012 ditangguhkan kerana saya menemankan ibu bapa saya ke Sri Lanka; bajet untuk ke NZ menjadi kurang.

🙂 kepadatan penduduk rendah & ramai pelancong terutama dari Malaysia yang lebih gemar ke South Island NZ/ Australia menyebabkan kami berasa Auckland sesuai untuk kembara lebih santai.

2. Panggilan terakhir

Kerisauan kami bermula sebulan sebelum penerbangan dijadualkan. Risau sama ada ada tempat untuk kami. Bayaran hotel untuk malam pertama dan terakhir telah dibuat. Saya perlu memberitahu hotel jika ingin membatalkan penempahan 72 jam sebelum sepatutnya check in; jika tidak, tak dapat balik duit tempahan.

Setiap hari saya semak status tiket kami. Dari KUL-AKL – flight penuh; AKL-KUL masih banyak kosong.

Dua hari sebelum penerbangan, saya telefon MAS. Pegawai yang menjawab macam tak membantu mengurangkan kerisauan kami. Sehari sebelum penerbangan saya telefon MAS lagi. Pegawai yang menjawab panggilan saya bagi tau, peluang cerah sebab masih ada 17 tempat kosong, yang standby 5 orang sahaja termasuk kami. Tambah beliau lagi selalunya sukar bagi mereka untuk jual 17 tiket dalm masa 24 jam.

3. Check In 

Oleh kerana tiket kami on standby, kami tidak boleh check in secara online.

Kami dijadualkan terbang pada pukul 21.45, 22 Oktober 2016. Seawal 15.15 kelibat kami mengheret bagasi dah kelihatan di KLIA. Hati penuh debar. Di KLIA ada kaunter utk tiket standby. Seorang anak muda di kaunter terus check in kami.

20161022_150141-1-1

Perasaan gembira, hanya Allah yang tahu. Walaupun dia tengah print tiket, kami tanya lagi “betulke kami boleh check in?” Jawab beliau “sebab Puan 2 orang je & kami masih ada seat kosong, insyaAllah saya tolong”. Semoga Allah membalas jasa anak muda ini dengan rezeki yang luas, amin.

4. Seat

Bukan sahaja anak muda itu permudahkan urusan check in kami, diberinya kami seat 28K & 28H; extra legroom. Penerbangan malam 10 jam 50 minit, boleh meluruskan kaki ke depan dengan selesa, saya tidur lena sepanjang penerbangan.

img-20161024-wa0062
1st time dapat seat camni, makanya naikkan skrin tu pun terkial-kial

5. Boarding

Kami tiba awal di bilik menunggu sebelum berlepas. Ada tempat duduk untuk mereka yang memerlukan. Masa kami sampai, 4 tempat duduk sebelah tandas tu kosong. Kami bentang sejadah dan solat di situ. Penumpang sedikit demi sedikit beratur hingga membentuk barisan yang panjang. Mereka dah beratur awal; sebelum pegawai-pegawai yang bertugas sampai.

20161022_190543
Muka lega. penantian berakhir. AKL – nantikan kehadiranku

Memikirkan kami dah cukup stress bila tiket on standby; kami duduk sahaja dan menanti giliran untuk yang terakhir masuk. Hanya satu kaunter masuk dibuka pada mulanya. Pergerakan masuk sangat perlahan.

Tiba-tiba salah seorang pegawai bertugas ke tandas bersebelahan kami. Shahrul, peramah seperti biasa sapa pegawai tersebut “ramai ye Encik malam ni?”

Jawab beliau “betul, 278 penumpang” Tu dia…

Tambah beliau “tapi kami akan buka 1 kaunter lagi di sini”….depan kami je.

Bila kaunter satu lagi dibuka, cuba teka siapa beratur paling depan?

YES, Kami  😆

Kalau korang termasuk dalam golongan mereka yang terperangkap dalam barisan yang panjang sebelah barisan kami, bengang tak tengok kami? Bengang. Tak baik tau.

6. …dan Kuala Lumpur ku tinggalkan…

Sebelum tidur sempat jeles dengan suami bila stewardess cantik bernama Norliza tanya dia

“Encik, nak teh/kopi?”

“Milo ada?” and he got it.  🙄

Alhamdulillah selepas menonton Ocean 11 & 12, saya terus lena dibuai mimpi.

Mimpi bumi Auckland terbentang luas, saujana mata memandang.

dsc_4331

Leave a Reply