8 Tip Bercuti Di Universal Studio Singapore

4 cara untuk pergi ke Universal Studio Singapore (day trip) saya kongsikan di sini.

Sebelum pergi pastikan kesemua ahli rombongan mempunyai kad putih yang telah diisi. Ini memudahkan urusan di checkpoint Woodlands nanti.

20160603_084903

Setiba di CIQ (Imigresen Malaysia), kesemua perlu turun. Anak-anak yang bersekolah menengah ke laluanย automatik untuk pemegang passport Malaysia. Mereka perlu diajar untuk menggunakan laluan tersebut. Yang kecil akan bersama ibu mereka di kaunter pemeriksaan manual.

Anak-anak akan tunggu selepas kesemua ahli rombongan melepasi pemeriksaan imigresen. Kemudian sama-sama turun melalui Platform A untuk kembali ke bas. Pastikan ahli rombongan hafal no plat bas. Pada hari kami pergi, bas terpaksa menunggu lama kerana satu keluarga telah hilang arah. Ditambah dengan kesesakan lalulintas, kami tiba di USS lewat 45 minit dari waktu dibuka.

Sewaktu pulang, selepas pemeriksaan imigresen, pastikan anda tidak ke laluan JB Sentral, ianya laluan bertentangan dengan tempat bas parking.

Jangan lupa bawa tiket yang anda telah print untuk discan semasa masuk.

20160603_084941

TIP 1 – PILIH MASA YANG SESUAI

Walaupun anda telah membeli tiket secara online, ramai juga yang berbuat demikian. Jika pergi semasa peak period, anda perlu beratur panjang untuk masuk ke USS.ย Jika boleh elakkan pergi semasa cuti perayaan Tahun Baru Cina, Krismas dan cuti sekolah di Singapore. Anda boleh ke laman web ini untuk semak cuti sekolah di Singapore. Jika anda pergi semasa off-peak :

๐Ÿ˜† Anda tidak perlu beratur panjang untuk bergambar bersama karakter kesayangan anda.

๐Ÿ˜† Anda tidak perlu menunggu lama untuk giliran anda menaiki mana-mana rides/attractions.

๐Ÿ˜† Tiket lebih murah.

TIP 2 : FIRST THING FIRST

๐Ÿ˜† Selepas melepasi palang besi, di kaunter masuk, terus ambil Studio Guide dan jadual pertunjukan berdekatan kaunter masuk.

20160603_172215

Elok juga kalau anda boleh dapatkan Studio Guide dari keluarga/rakan yang telah pergi jika mereka masih menyimpan atau boleh juga print melalui laman web USS. Ini memudahkan anda merancang aturcara anda di USS terutama jika anda bercuti ke USS dengan anak-anak atau kumpulan besar.

๐Ÿ˜† Ramai yang mengambil peluang bergambar di dpn pintu masuk USS dan selepas melepasi kaunter masuk. Lebih baik anda terus menuju ke rides/attractions yang popular dulu seperti Battlestar Galactica, Transformer & Revenge of the Mummy. Anda akan mempunyai banyak masa untuk bergambar di entrance kemudian. Bila lewat petang, tak ramai yang bergambar. Gambar anda pun sukar di photobomb oleh pelancong lain.

gambar ini kami ambil dalam pukul 5.45pm.

๐Ÿ˜† Terdapat 2 jenis pass di USS :

  1. Universal Express – melayakkan pengunjung mendapat keutamaan menaiki satu ride tanpa perlu beratur atau jika beratur mungkin dalam tempoh yang singkat (priority access). Selalunya pengunjung yang membeli Universal Express ini adalah untuk Battlestar Galactica.
  2. Universal Express Unlimited melayakkan pengunjung menikmati priority access tanpa had di mana-mana rides/attractions.

Sebelum beli, tengok-tengok dulu jumlah pengunjung. Kalau agak-agak tak ramai, tak perlu beli. Beli kemudian pun takpe. Selain di pintu masuk (sebelah kiri), tiket-tiket Universal Express dan Universal Express Unlimited boleh juga dibeli di banyak tempat dalam USS.

20160603_172051

TIPS 3 :ย CUT THE QUEUE

Di USS, terdapat 7 zon bertema (themed zones).

Anda akan bertemu dengan Zon Hollywood dahulu. Di sini terdapat kedai-kedai cenderahati. Tak perlu tergesa-gesa membeli. Di setiap zon ada kedai. Kalau ada yang berkenan di mana-mana zon, beli sahaja. Ada kalanya cenderahati yang anda nampak di zon tidak terdapat di kedai cenderahati di Zon Hollywood. Di sini juga ada Character Meet and Greet – artis-artis/karakter Hollywood seperti Marilyn Monroe, Woody Woodpecker, Minions.

Di persimpangan Zon Hollywood, anda perlu ke kanan jika anda membawa anak-anak dewasa/ kesemua ahli rombongan dewasa dan ingin mencuba Battlestar Galactica/Transformer/Revenge of the Mummy yang queue saban masa panjang.

Jika anda membawa anak-anak kecil/ahli rombongan anda tak berani cuba ketiga-tiga di atas, maka di persimpangan Hollywood, ambil jalan kiri.

TIP 4 – MAKANAN DAN MINUMAN

๐Ÿ˜† Keempat-empat kali saya ke USS, tidak sekali pun mereka memeriksa beg yang dibawa. Saya bawa makanan ringan dan botol air (letak dalam beg, jangan nampak sangat makanan tu). Makanan di USS sama seperti taman tema lain, agak mahal. Air kosong pun dalam $4. Bawa botol air kecil, di sana banyak disediakan water cooler, boleh isi air.

Bawa botol mineral kosong untuk anda beristinjak. Di USS tiada paip disediakan dalam toilet. Kena isi air dalam botol mineral kosong dan dibawa masuk dalam toilet.

Makanan halal terdapat di tempat-tempat berikut :

Mel’s Drive Inn – menjual burger, kentang goreng, milkshakes

Marty’s Casa Del Wild Food Court – – menjual nasi lemak dan briyani

Friar’s – menjual seafood dan aiskrim

Goldilocks – menjual ayam goreng dan aiskrim Ben & Jerry

Oasis Spice Cafe – menjual makanan timur tengah (pic)

20160603_142433

20160603_142507

20160603_142511

20160603_142456

20160603_142500

TIP 5 – AKSESORI TAMBAHAN

Ride kegemaran saya Jurassic Park Rapids Adventure (Zon : The Lost World). Anda akan basah menaiki ride ini. Kalau nasib tak baik, lencun. Dalam raft tu pun memang sedia basah. Jika anda tak ingin basah, bawa bersama anda poncho yang boleh dibeli dengan murah di Malaysia seperti di 7-Eleven dan Daiso. Jika anda beli di USS, harga adalah $4.

Disyorkan bawa payung lipat, senang bawa dalam beg. Saya juga bawa payung, cuma Alhamdulillah beli payung tak perlu pegang di pasar malam Hanoi (RM10).

20160603_105301

Getah yang perlu diletakkan di kepala langsung tidak menyakitkan. Dapat melindungi dari terik matahari. Kalau hujan, setakat kepala je yang tak basah.

Jangan lupa cermin mata hitamย  ๐Ÿ˜Ž .

TIP 6 : HAD KETINGGIAN

Panduan boleh diperolehi di sini.

TIP 7 : PERTUNJUKAN

Bagi saya pertunjukan yang anda tak boleh miss :

Waterworld (Zon : The Lost World)

  • selalu pertunjukan diadakan pada pukul 12.30pm /1.00pm. Ada 2/3 pertunjukan ini sehari. Biasanya pengunjung akan tengok pertunjukan pada pukul 12.30pm/1.00pm. Ini kerana jika hujan pada waktu petang, pertunjukan ini akan dibatalkan.
  • jika cuaca baik, anda boleh tengok pertunjukan ini pada sesi berikutnya dan boleh mengambil kesempatan untuk menaiki rides lain di waktu ini kerana ramai yang akan menyaksikan pertunjukan Waterworld.

Shrek 4D (Zon : Far Far Away )

  • pertunjukan indoor yang menarik, umpama menonton wayang. Dapat merasakan gegaran, percikan air dan sebagainya. Ada tempat duduk yang dikhaskan untuk wanita mengandung, bayi dan mereka yang tidak mahukan gegaran. Jika anda ingin merasakan pertunjukan 4D, pastikan anda tidak duduk di barisan untuk mereka yang dinyatakan di atas.

Madagascar Boogie

  • berhibur bersama penguin-penguin yang comel dan King Julien yang mencuit hati. Selepas pertunjukan, cepat-cepat beratur untuk bergambar bersama mereka.

Hollywood Parade

  • hanya diadakan pada hari Sabtu pada pukul 3pm.

Bunga Api

  • juga diadakan pada hari Sabtu pada pukul 8pm.

Sesame Street Stage Show

  • menarik untuk anak-anak kecil.

TIP 8 : Kemudahan

๐Ÿ˜† Terdapat kaunter kadar tukaran wang sebelum pintu masuk USS, di sebelah kanan.

๐Ÿ˜† Terdapat kemudahan tandas di sebelah kanan selepas melepasi palang masuk. Dini juga terdapat kemudahan stroller & wheelchair.

electric vehicle
double stroller
single stroller
single stroller

20160603_172021

๐Ÿ˜† Surau terdapat di Egypt World – bersebelahan Revenge of Mummy dan bertentangan dengan Oasis Cafe.

20160603_140821

20160603_142157

๐Ÿ˜† Loker terdapat di beberapa tempat di USS; salah satunya di Revenge of the Mummy.

20160603_142334

Pertanyaan lain? Boleh komen di bawah, insyaAllah saya boleh bantu.

Jika anda merancang betul-betul percutian ke USS, insyaAllah percutian ke sana stress freeย  ๐Ÿ˜€ .

11 thoughts on “8 Tip Bercuti Di Universal Studio Singapore

  1. Aida December 11, 2016 at 3:57 pm

    Kalau naik bas pergi uss . Naik dari station mana ?

  2. Emylia December 11, 2016 at 4:00 pm
  3. Haana February 24, 2017 at 6:47 am

    Salam sis.. bleh kew saya membeli tiket ke uss n pngangjutan semasa check in .. saya booked bilik melaui booking .Com n xde packages, so cadang hnya akn beli tiket uss masa checkin nanti

    • Emylia February 24, 2017 at 9:26 am

      Waalaikumsalam Sis Haana

      Saya rasa tak boleh sis melainkan sis book direct dengan M Suites yang ada pakej USS. Ada company di JB yg boleh arrange utk pick up sis dari M Suites ke USS, cuba sis call no ni 013-756 3824 (Farid)

      Harap membantu insyaAllah

  4. Haana February 24, 2017 at 4:53 pm

    Oo.. ok tq ..

  5. Nurul Ashikin February 26, 2017 at 12:26 am

    Sis, nk beli tiketnye kt mne yer? Kat sana ada jual eh? Tiket tu skali jer ke beli dan boleh naik dan pergi semua tempat?

    • Emylia March 4, 2017 at 7:09 am

      Boleh beli di sana tapi queue selalu panjang. Kalau sis beli online di laman web mereka lg senang. Yes tiket boleh naik semua attractions & rides

  6. ilannur March 7, 2017 at 11:48 am

    salam sis, tiket online yang trusted boleh beli dimana? ada link or number phone tak? tq:)

  7. Fasiha May 20, 2017 at 2:42 am

    Assalamualaikum,

    Nak tanya kalau locker rental tu berapa ye charge dia?
    Saya plan nak bawak biskut n roti gardenia kecik tu agak2 lepas tak?

    Thanks

  8. scha December 5, 2017 at 1:51 am

    sis..de storage/locker x kt uss?..if ade berapa charges and muat ke utk ltk beg galas?
    tq

Leave a Reply