Bercuti Bersama Anak : Destinasi USS

Pada 3 Jun 2016, saya, suami, 2 orang adik-adik saya dan anak-anak saudara seramai 10 orang bercuti ke Universal Studio Singapore (USS). Anak-anak saudara saya berumur antara 4-17 tahun. Ini adalah kali ke-4 saya ke USS; kali pertama pada Mac, 2010.

4 cara bercuti ke USS dari Johor Bahru :

1. Membawa kenderaan sendiri dari Johor Bahru (day trip)

Kali pertama saya ke USS pada tahun 2010, saya dan rakan menaiki kereta ke USS. Rakan saya park kereta berdekatan kasino; kemudian menggunakan escalator untuk ke USS. Caj letak kereta pada masa itu $20 per entry.

Agak mudah jika drive ke USS dari Johor Bahru kerana tidak perlu turun kenderaan bila melewati CIQ checkpoint & Woodlands checkpoint. Cuma kesesakan lalulintas (jika ada) perlu juga diharungi, malah mungkin lebih lama dari bas kerana bas ada laluan sendiri.

2. Pakej hotel + USS melalui laman web hotel/ melalui agen

Kali ke-3 dan ke-4, saya melancong ke USS, saya menggunakan cara ini. Saya dan keluarga menginap di M Suites Hotel. Oleh kerana ianya waktu sekolah, harga pakej di M Suites :

Dewasa : RM460 + RM50 (Surcharge) + GST

Kanak-Kanak 4-11 tahun – RM325 + RM30 (Surcharge) + GST

Pakej termasuk penginapan, sarapan percuma, pengangkutan pergi balik USS & tiket masuk USS.

Sarapan di M Suites bermula pukul 6.30am, disuruh bersedia di lobi hotel 7.30am. Banyak masa untuk bersarapan sebelum pergi.

3. Penginapan sendiri; sama ada book homestay atau tinggal bersama kawan/ahli keluarga

Anda hanya perlu beli tiket bas Odyssey di Tune Hotel. Bas akan mengambil penumpang depan Tune Hotel.

Boleh juga menaiki bas dari Terminal Bas Larkin, berhenti di MRT Kranji. Dari sana berhenti di MRT Dhoby Ghaut, tukar MRT ke Harbour Front.

System Map_w 24022016

Agak leceh jika membawa kanak-kanak. Rombongan kami pernah terpisah bila tukar-tukar tren di Hong Kong. Tren yang padat menyebabkan hanya anak-anak saudara saya yang dewasa berjaya masuk tren dulu. Mujur mereka telah diberitahu untuk berhenti di stesen mana.

4. Day Trip KUL-SIN (USS)

Odyssey juga menawarkan pakej ke USS dari Kuala Lumpur. Bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 3.00am dan kembali semula ke Kuala Lumpur dari USS jam 8.00pm. Setakat post ini ditulis, harga untuk dewasa RM325 & untuk kanak-kanak RM290.

Berikut adalah persediaan saya membawa rombongan seramai 14 orang ini :

1) Memastikan kesemua ahli keluarga yang menyertai mempunyai passport yang belum tamat tempoh

Dulu boleh buat passport tempoh laku 2 tahun. Kali terakhir adik-adik dan anak-anak saudara saya membuat passport adalah sebelum kami melancong ke Hong Kong pada Disember, 2014 untuk tempoh 2 tahun. Jadi kesemua mereka perlu memperbaharui passport kerana kesemua passport telah tamat tempoh. Kini tempoh sah 2 tahun telah dimansuhkan; kesemuanya tempoh sah 5 tahun. Bayaran membuat passport :

 ➡ Pemohon biasa (13 tahun – 59 tahun) – RM 200

 ➡ Warga emas (60 tahun ke atas) – RM 100

➡ Kanak-kanak (bawah 12 tahun) – RM 100

➡ Siswazah luar negara (bawah 21 tahun) – RM 100

 ➡ Jemaah haji – RM 100

➡ Orang kelainan upaya (OKU) – Percuma

2) Mencari cara mudah dan murah melancong ke USS dari Johor Bahru

Beberapa hotel sekitar Johor Bahru menawarkan pakej hotel + USS seperti Bayu Marina Resort, KSL Resort, Pulai Springs Resort, Tune Hotel, M Suites….

Kali ke-3 saya bercuti ke USS bersama staf saya pada tahun 2013, kami menginap di Bayu Marina Resort yang menawarkan pakej day trip ke USS. Kami menginap di studio suite dan 3 bedroom-suite. Pada masa itu memang berpuashati menginap di sana. Suka sangat dim sum masa sarapan pagi; sarapan pagi termasuk dalam harga pakej. Cuma yang tak best pakej USS yang ditawarkan oleh pihak ke-3 kepada tetamu Bayu Marina Resort :

  1. Kami dibawa ke satu tempat dengan coach dan dibiarkan di tepi jalan menunggu bas yang akan membawa kami ke USS. Kena tunggu dalam 1 jam.
  2. Waktu balik dijanjikan 7.30 malam; menunggu lagi sebab bas datang lambat.

Kali ini saya memilih M Suites sebab kali pertama menginap di M Suites pada bulan April tahun ini, saya suka studio suite di M Suites. Walaupun perabot lama, bilik luas, staff memberikan layanan memuaskan, buffet breakfast tak menghampakan (mee goreng/koay teow sedap) dan saya yakin anak-anak saudara saya suka swimming pool di M Suites yang ada 2 slides.

3) Menukar matawang

Jika pakej melancong ke USS dari Johor Bahru, bayaran anda akan buat bila check out kepada pihak hotel dalam RM. Anda hanya perlu membawa dollar Singapore untuk membeli makanan, minuman dan cenderahati. Saya suka menukar matawang asing di Mid Valley berdekatan escalator. Kadang-kadang di Bandar Baru Sungai Buloh & Setia City Mall berdekatan rumah saya.

4) Roaming

Bagi pengguna prepaid tiada masalah; auto roaming. Bagi pengguna postpaid macam saya, pakej MaxisONE World; sehari RM38 – unlimited voice, SMS and data serta tambahan 500MB high-speed data. Bila masuk Singapura, turn on data roaming. Maxis akan menghantar SMS, connect provider SingTel. Penting utk tahu provider mana supaya kita tak dicaj ribu riban bila balik Malaysia. Pakej ini hanya terpakai kepada 8 negara ASEAN :

Singapore, Indonesia, Thailand, Myanmar, Brunei, Philippines, Cambodia, Laos

Jika ini kali pertama anda ke luar negara & anda adalah pengguna postpaid, kena inform service provider. Macam saya kalau tak silap, dulu saya bayar deposit RM300 utk roaming service Maxis. Jika sudah bayar deposit ini, tidak perlu inform Maxis lagi bila ingin ke luar negara seterusnya.

5) Kad Kredit

Juga jika kali pertama anda keluar negara, pastikan anda beritahu bank yang mengeluarkan kad kredit anda tarikh anda akan keluar negara, terutama jika anda menggunakan kad debit. Hingga kini saya masih beritahu Maybank jika saya keluar negara supaya segala transaksi tidak dihentikan sepanjang saya berada di luar negara.

Pengeluaran wang tunai melalui mesin ATM di luar negara akan dikenakan bayaran bagi setiap pengeluaran.

Post berikut nanti saya akan menceritakan pengalaman kami di USS insyaAllah.

One thought on “Bercuti Bersama Anak : Destinasi USS

Leave a Reply