Bila Istanbul Melambai Datang…

PART 1 : Sebelum Kuala Lumpur Kami Tinggalkan….

Anda suka sangat bila tengok kawan-kawan melancong ke Turki tanpa menggunakan perkhidmatan agen pelancongan. Anda pun nak travel mcm diaorg –

  • ikut jadual sendiri, tak payah nak tunggu semua ahli rombongan semua ada baru boleh bergerak. Kalau grup kecil, ok lg tunggu, kalau grup besar…hmmm
  • boleh plan tpt mana yang minat, tak perlu gi kedai wajib yg mengarut – kedai karpet, kedai kulit bagai,
  • boleh dok lama kat tpt yg kita minat esp Topkapi tanpa perlu rush ke tpt lain,

DSC00359

DSC_2260

  • boleh solat Subuh berjemaah di Masjid Biru; dahlah masjid masa tu kosong, boleh dapat pahala berjemaah, juga harapan menggunung masjid biru akan menjadi saksi di Hari Kiamat nanti anda pernah solat di situ,

DSC_2167

  • malah anda boleh pose bagai nak rak, takde sape rush anda supaya cpt2 ambil gambar sbb mereka nak chop tpt tu pulak utk pose,
perempuan2 melayu terakhir
perempuan2 melayu terakhir
dalam ramai2 kawan kita, mesti ada sorang yg "wayar dlm otak terputus"
dalam ramai2 kawan kita, mesti ada sorang yg “wayar dlm otak terputus”
  • dan siapa tahu ada hati tertinggal di Masjid Biru awww!
Cintaku Tertinggal di Masjid Biru
Cintaku Tertinggal di Masjid Biru

Selingan sikit pasal Cintaku Tertinggal di Masjid Biru. Mamat di atas ni security guard di Masjid Biru. Fakta yg patut anda tahu – Turki dipenuhi mamat2 yg sdp mata memandang. Mamat ni merapatiku sementara Rinie & Elin sibuk posing.

Dengan bahasa omputih sepatah2, dia kata

I want to…(jari telunjuk tgn kanan & jari telunjuk kiri disatukan)

Hah! biar betul. Dahlah diriku bini org. Sebelum sempat jawab apa2, mamat tu tunjuk kat Rinie.  😛

Bersusah payah dia cuba bg tau dia nak kawin dengan Rinie, boleh?

Antara kata2 dia “bring see father mother”  😳  Jom gelak guling2.

Nak melancong ke Turki macam perempuan Melayu terakhir di atas tapi anda tak tahu where to start. Kekangan kewangan dan masa pun buat anda takut nak survey or even nak berangan ke sana. Jangan terus kuburkan impian anda sebab 3 perempuan di atas pun bukannya banyak duit, cuma mereka

DARE TO BERANGAN  😆

Teringat masa kat KLIA, tunggu boarding. Only me and Elin. Kebanyakan penumpang lain mat saleh. Terkontang kanting kami berdua. Berhampiran dgn kami, 2 perempuan Melayu. Masa sembang diaorg tanya kami ke Istanbul atas urusan kerja ke seperti mereka?

Oh tak, kami nak gi bercuti.

Wah bestnya. Gi berdua je?

Bertiga.

Kerja apa mampu gi bercuti 10 hari ke Turki?

Saya cikgu tadika, kawan saya ni tukang jahit

Travel guide tunggu kat sana ke?

Tak lah, jln sendiri.

Jom ikuti persiapan perjalanan cikgu tadika, tukang jahit & agen insurans Prudential (Rinie) yg masa tu baru nak berjinak2 dgn dunia insurans menjejaki bumi Turki.

🙄 AIRLINE MANA NAK PILIH

Proses survey & compare harga dilakukan 4-6 bulan sebelum terbang. Date mmg dah confirmed sedari awal. Paling murah masa tu middle east airlines; sekitar RM2,500-2,800, kena transit.

Sekitar hujung Mac 2013, Malaysia Airlines (MAS) menawarkan tambang murah untuk terbang ke Istanbul. Me & Elin tanpa berlengah terus beli tiket. Kami dapat harga all in RM2,099. Rinie tak sempat nak beli tiket pada harga ini kerana 2,3 hari selepas itu harga melonjak kepada RM2700+. Rinie terpaksa terbang bersama Qatar Airways pd harga RM2400+.

Ada kawan rekemen book melalui seduniatravel. Dia baca insta Chef Wan yg rekemen.

💡 TIP PERTAMA

      • Monitor harga tiket penerbangan antarabangsa sekurang-kurangnya 4 bulan sebelum terbang. Selalunya kami monitor 6 months sebelum terbang. Masa tu sekurang2nya duit utk flight ticket dah ada. Dpt harga cun, terus book. Takde nak pikir2 lg dah. Kejap je harga boleh berubah.

Unlike previous trip where I planned months ahead, this time around, I only planned 2 mths before the trip (kecuali beli flight ticket). Itupun sikit2 sebab Ramadhan. Right after Ramadhan, I was busy with our school’s concert. Tried to book domestic airlines during Ramadhan but to no avail. Only after Raya, I managed to book tickets for 2 domestic flights. By then prices had increased sikit.

💡 TIP KEDUA

      • Jika anda ingin membeli tiket domestik di Turki, jgn beli nak dekat Ramadan atau semasa bulan Ramadan. Website mcm hang, mungkin sbb ramai masuk.

🙄 BANDAR MANA DI TURKI KAMI INGIN PERGI

Pakej melancong ke Turki oleh agen pelancongan selalunya akan melawat lebih dari 5 bandar di Turki. Dalam masa yang singkat dan perlu melalui perjalanan yang jauh dari satu bandar ke bandar yang lain, apa yang biasa agen pelancongan lakukan – bergerak waktu malam. Dengan cara ini mereka dapat mengurangkan kos menyewa hotel.

Saya tak suka cara itu kerana memenatkan. Dua tiga jam dalam bas pun dah penat, apatah lagi kalau antara 5-10 jam. Juga saya tak suka melancong “touch and go” – hanya berada di satu bandar bbrp jam sahaja. Sekurang-kurangnya saya perlu berehat semalam.

Saya akhirnya memilih melancong ke Istanbul,

DSC_1990

menghirup kopi panas di Cappadocia sambil menikmati pemandangan bentuk mukabumi yg menakjubkan,

DSC_2463

melawat Green Mosque di Bursa dan bersantai di balkoni yang mengadap cotton castle Pamukkale.

23

22

21

Istanbul, Cappadocia, Pamukkale adalah antara bandar2 yg sering dilawati. Yg lain Bursa & Selcuk (Ancient City of Ephesus). Plan awal mmg termasuk Ancient City of Ephesus tp tak cukup bajet  😆

  🙄 BAGAIMANA NAK PERGI

 ➡ DARI ISTANBUL KE CAPPADOCIA 

1. BAS

Jika kami pilih untuk naik bas, kami terpaksa mengharungi lebih kurang 12 jam dalam bas. Ramai memang boleh je tidur dalam bas, saya mmg tak boleh. Kalau nak jimatkan kos, boleh je naik bas.

2. SLEEPER TRAIN

Boleh juga naik tren tapi akan memakan masa dan memeningkan sebab dari Istanbul ke train station – Pendik; perlu naik feri, bas, teksi bagai sebelum sampai Pendik. Sekurang2nya 2 jam sebelum dah kena gerak dari hotel di Istanbul.

3. FLIGHT

Ada 2 airport berdekatan Goreme, Cappadocia – Kayseri (1 jam perjalanan ke Goreme) dan Nevsehir (1/2 jam perjalanan ke Goreme). Banyak pilihan terbang ke Kayseri dari Nevsehir.

Kami memilih utk terbang ke Kayseri, Cappadocia.

DSC00396

Penerbangan dari Istanbul (airport Sabiha Gokchen) ke Kayseri/Nevsehir mengambil masa antara 1 jam 30- 1 jam 45 minit.

Ada bbrp penerbangan domestik yang anda boleh pilih; bergantung kpd harga yg ditawarkan pd masa tu. Kena compare juga ye.

Antara penerbangan domestik :

Turkish Airlines juga ada membuat penerbangan domestik.

Sebaiknya check dulu harga domestic flight sbb kami dapat harga tiket less than RM100; luggage 15kg.

 ➡ DARI ISTANBUL KE BURSA

Di awal perancangan kami, kami akan menaiki feri. A day trip dari Istanbul. Tiket feri boleh dibeli secara online. Kami beli sebelum bertolak ke Istanbul lg.

We thought feri ke Bursa dari Eminonu, which is 2 stations away from Sultanahmet; where we stay. Rupanya dari Kadikoy. Bila sampai Eminonu, seksa bertanya orang dr mana nak board feri ke Bursa. Bukan mereka taknak menolong tp most of them tak boleh berbahasa Inggeris. Someone kata kami kena naik feri ke Kadikoy. Tak sempat naik feri yg awal ke Kadikoy sbb penuh. Terasa masa begitu lambat berlalu bila kami naik feri seterusnya…

By the time we reached Kadikoy :-

hujan renyai menyambut ketibaan kami

demi tiket yang telah dibeli

demi masa mencemburui kami

dengan payung melindungi diri dari dibasahi gerimis pagi,

dengan skirt ala2 Kajol penghias diri,

dengan shawl menutup muka kami semasa berlari….

kami berlari anak mengejar feri…

apakan daya, feri baru saja berlalu pergi,

takkan menunggu walau sedetik lagi

tukar tarikh tiket di kaunter dengan sedikit penalti…

harapan menggunung tinggi…

Bursa, esok mu tunggu kedatangan kami…

takdir Ilahi mengatasi tadbir kami.

walau esoknya tiba tepat seperti yang dikehendaki,

hati hampa tidak terperi,

bila gadis kaunter memberitahu feri tidak belayar hari ini

kerana ombak bergelora membahayakan feri & diri.

Ok tak puisi ni? Mujur boleh dapat semula refund; ditolak sikit admin charge bagai.

 ➡ DARI CAPPADOCIA KE PAMUKKALE

Boleh juga naik kapal terbang, airport berhampiran Pamukkale adalah Denizli. Kami memilih untuk menaiki bas. Pada hari sampai Goreme, Cappadocia, sebaiknya jalan kaki gi beli tiket ke Pamukkale. Selalunya bas bertolak antara 8.30-9.00pm. Boleh juga minta owner hotel di Goreme belikan.

Perjalanan mengambil masa 10 jam. Elin & Rinie lena sepanjang jalan, Me? Boleh tidur sekejap2 je. Bas berhenti 3x. Elin & Rinie langsung tak turun; lena tidur. Saya turun di ketiga2 tpt. Sejuk kat luar tak terkata. Menggigil. Sempat beli shawl seperti dalam gambar ni.

DSC_2849

Kat istanbul 15TL, kat R & R RM10TL. Beli bbrp helai utk anak2 sedara.

Di tgh2 jln, bas berhenti menurunkan penumpang yg ingin ke Pamukkale. Just imagine, lebih kurang 5am detik itu, kami dan bbrp penumpang lain diarahkan turun. Gabra gak lah kan. Sekeliling takde satu bangunan pun. Rupa2nya ada satu coach akan membawa penumpang2 ke pejabat tour company. From there, walking distance ke hotel2 kaw sekitar. Kami sempat book 1 day tour & airport transfer dengan company ini. We were lucky tak kena tipu. Ramai yg kena tipu dgn company ni.

Nasihat saya, book sedari awal dgn reliable tour company. So kalau ada coach yg dtg ambil, naik je mcm org lain but bila sampai off diaorg, tell them u dah book tour lain. Be firm.

  ➡ DARI PAMUKKALE KE ISTANBUL

Ada backpackers yg akan singgah di Selcuk utk melihat Ancient City of Ephesus. Dr Pamukkale boleh naik bas ke Selcuk (3 – 3 1/2 jam). We skipped Selcuk sbb kekangan masa & duit.

Kami terus balik semula ke Istanbul dengan Pegasus Airlines. Airport Denizli which is 65km/ 1hr dari Pamukkale.

Next post, saya akan bercerita bila Istanbul Melambai Selamat Datang 🙂

16 thoughts on “Bila Istanbul Melambai Datang…

  1. Nur March 7, 2017 at 6:38 pm

    Assalamualaikum. Saya ada baca post sis pergi ke Turki. Boleh sis email pada saya total budget dan itinerary keseluruhan trip. Di atikahfitri86@gmail.com. Terima kasih.

    • Emylia June 1, 2017 at 2:44 pm

      Waalaikumsalam Cik Nur. Nanti saya cuba update di blog contoh itinerari sbb saya ada dapat pertanyaan serupa. InsyaAllah

  2. Didi Kartika June 6, 2017 at 10:31 pm

    Assalamualaikum, nama saya Didi. Sedang merancang utk solo trip ke Turki pada Disember ini. Saya merancang nak ke Kayseri dgn menaiki kapal terbang dari sabiha gocken airport, tapi menemui jalan buntu bila memikirkan airport transfer dari kayseri airport ke goreme.. Nak tanya macam mana Cik Puan dan rakan-rakan gerak dari airport ke goreme ya,.. Terima kasih..

    • Emylia July 1, 2017 at 11:37 am

      Waalaikumsalam Didi

      Masa saya pergi 2013, kami bayar airport transfer dari hotel yg kami menginap – Guven Cave Hotel.Hotel caj TL30 per pax.

  3. ann July 25, 2017 at 10:28 am

    As salam,

    Nak Tanya. Berapa hari trip yang sesuai untuk ke Istanbul, Cappadocia, pamukkale dan bursa?

    Dan boleh dapatkan full itinerary untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat?

    • Emylia July 25, 2017 at 3:10 pm

      Waalaikumsalam

      4/5 malam di Istanbul, 1/2 malam di Cappadocia, 1 malam di Pamukkale, day trip/1 malam ke Bursa (bergantung pada itinerari cik puan).

      Feri ke Bursa, terbang ke Cappadocia (airport Kayseri lagi banyak flights), boleh terbang ke Pamukkale (airport Denizli) atau naik bas malam Cappadocia-Pamukkale

      -Emylia-

  4. Fawiza August 9, 2017 at 7:53 am

    As salam,

    Nak tanya kalau kat Cappadocia, utk hot balloon tu awak pilih company mana dan berapa anggaran bayarannya.

    Terima kasih.

    • Emylia August 10, 2017 at 2:03 pm

      Waalaikumsalam,

      Pemilik hotel tpt kami menginap; Guven Cave Hotel adalah salah seorang pilot Turkiye Balloons. Ini rate yang diberikan kepada saya bila saya ingin book utk client saya pada tahun lepas. Diskaun yang diberikan oleh hotel, bukan oleh balloon company. Mungkin balloon company pun ada promo lebih baik.

      Türkiye Balloons: We are highly recommend this company because they have most experienced Pilots in the area. All their pilots are instructor and they have very well service. They are also rated top 3 Balloon companies on tripadvisor. We have 20 € cash discount. Their standard flight price is 160 Euro if you book trough us the price will be 140 €. Their Basket size for 16 to 24 people. The price include pick up and drop to Hotel, before flight open buffet breakfast 1 Hour flight, after landing champagne ceremony and certificate with your name.
      Atmosfer Balloons: Biggest Balloon company in the area they doing very well they have basket between 12 people to 20 people. Their price is 160 € If you book through us we are able to offer you a discount price of 145 Euro for cash.
      Kapadokya Balloons: is 175 euro for Standard flight in a basket with 20 people. If you book through us we are able to offer you a discount price of 155 euro per person for cash.

      Kapadokya Kaya Balloons: 160 Euro for standard flight their Basket with maximum 20 people if you book through us we are able to offer you a discount price of 135 Euro for cash. (15% discounted price)
      Standard balloon flight offer the one hour flight time. You are picked up from your hotel early in the morning, before sunrise, and driven to the take-off site. While you are having an open buffet breakfast, you can also see the inflation of the balloon and you get a brief instruction about the basic rules of balloon flights. Right after that the highlight of your trip to Turkey begins and you will smoothly take off in your balloon. Having glided over the beautiful valleys of Cappadocia and taken hundreds of pictures, you will land and celebrate your flight with champagne. After getting your flight certificates you will be taken back to your hotel not later than 08:30 am, having still a full day for other activities ahead of you.

      Semoga dapat membantu cik puan/tuan.

      -Emylia-

  5. Miszdae August 14, 2017 at 4:09 pm

    Nak tanya dari airport kayseri tu ke goreme cmne u pergi?

    • Emylia August 14, 2017 at 4:23 pm

      Kami menginap di Guven Cave Hotel. Kami minta pihak hotel ambil kami dari airport. TL30 per pax

  6. Waniey September 18, 2017 at 10:24 pm

    Salam..sy suka bca post sis sal turki ni..insyaallah sy kn ke sna dis 2017 ni..jika xkeberatan boleh bg email x,de bbrpa soaln yg sy nk tny dgn lbh detail,tq sis

  7. Sandra September 19, 2017 at 8:11 pm

    Assalamualaikum sis.Saya bercadang ingin ke Turkey secara solo Dec ni. Nak tny, masa pergi haritu hot air balloon tu bayar cash or booking & pay online?

    • Emylia September 19, 2017 at 9:20 pm

      Waalaikumsalam

      Sepatutnya kami bayar kpd owner hotel guven cave sama dgn duit hotel sbb owner tu pilot hot air balloon juga.

      Sampai sana baru book pun boleh. Kalau nak book online pun boleh

  8. Noriza Ra September 25, 2017 at 3:15 pm

    Best kalau boleh ke sana sendiri tak perlu dengan travel agency. Mesti jimat banyak kan. Banyak tempat boleh pergi sendiri

    • Emylia September 25, 2017 at 3:22 pm

      Yang penting tak perlu pergi kedai wajib seperti kedai karpet, kedai barangan kulit dan sebagainya

Leave a Reply