PRAKTIKAL
Itinerari hanya bertumpu kepada bajet anda, masa yang anda ada dan minat anda.
ELAK KEDAI WAJIB
Agen tempatan yang dilantik oleh syarikat pelancongan biasanya akan bawa anda ke kedai wajib seperti kedai teh, ginseng, jade dan sebagainya untuk dapatkan komisen. Tanpa mereka, anda boleh elakkan dari pembaziran masa, beli barang yang tak perlu dan penipuan harga.
REFLEKSI DIRI
Anda yang buat keputusan sepanjang travel DIY. Anda boleh tahu di mana kekuatan dan kelemahan anda. Juga beri keyakinan untuk rancang travel DIY berikutnya.